Ibadat sebenar
Orang-orang Kudus Tuhan ialah mereka yang memelihara segala Perintah Tuhan dan Kesaksian Kristus (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14). Mereka menyembah Allah Maha Esa (Ulangan 6:4; Yohanes 1:18; 17:3; 1 Tim. 6:16; 1 Yohanes 5:20). Mereka mentaati seluruh Hukum itu dan beribadah kepada Tuhan pada hari-hari yang betul menurut cara yang Tuhan telah perintahkan.
Sistem-sistem ibadat yang palsu
Iblis merupakan penguasa kerajaan angkasa (Efesus 2:2). Ini bererti bahawa Iblis boleh mempengaruhi cara orang berfikir. Iblis ingin menggagalkan Rencana Tuhan. Sesungguhnya, Tuhan tidak akan mengizinkan itu terjadi. Namun dalam 6,000 tahun pertama yang selamanya Iblis dibenarkan menguasai Bumi, dia memperkenalkan banyak ajaran palsu dan, dengan berbuat demikian, dia menipu ramai orang.
Mengubah Tuhan yang kita sembah
Iblis menggabungkan bahagian-bahagian kebenaran dengan dusta. Atau dia mengambil tradisi pagan lama dan mencampurnya dengan sedikit kebenaran. Malah Iblis telah membuat orang percaya bahawa Tuhan terdiri daripada tiga bahagian, yang dipanggil Trinitas (Triniti). Kita jelas tahu daripada 1 Timotius 6:16 bahawa hanya ada Allah Maha Esa (lihat kertas Siapakah Tuhan (No. CB1)). Allah Maha Esa inilah yang kita sembah pada hari-hari yang dikhususkanNya sebagai Hari-hari KudusNya dan diperintahNya untuk mengadakan pertemuan. Walaupun Iblis dicipta sempurna, dia menderhaka. Dia mengingkari Tuhan dan cuba merebut Takhta Tuhan (Yesaya 14:13). Ketika dia mula-mula dicipta namanya ialah Lucifer, ertinya Pembawa Terang, tetapi Tuhan mengubahnya kepada Satan (Iblis), yang ertinya Musuh atau Penuduh (1 Petrus 5:8; Wahyu 12:10). Untuk perincian penderhakaan itu lihat kertas Penciptaan Keluarga Tuhan (No. CB4).
Selang waktu, Iblis telah membuat banyak cubaan untuk menghentikan Rencana Tuhan. Sekejap selepas kematian Kristus, Iblis mendirikan sistem-sistem yang cuba menghapuskan Hukum itu. Dia kemudiannya mengubah kudrat Tuhan yang kita sembah, dengan menggabungkan beberapa bahagian agama pagan dengan agama Kristian. Orang pagan merupakan orang yang memuja banyak tuhan berlainan, tetapi tidak Allah Maha Esa (Eloah). Di bahagian-bahagian berlainan dunia ini, banyak Trinitas (tuhan-tuhan yang mempunyai tiga bahagian atau oknum) dipuja. Dalam abad-abad awal selepas kematian Kristus, Trinitas diperkenalkan ke dalam Jemaat Roman Katolik.
Ramai orang hari ini percaya bahawa Tuhan terdiri daripada tiga bahagian – Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini dusta. Ada Allah Bapa, Pencipta segala sesuatu dan hanya Dia yang harus kita sembah. Juga ada Yesus Kristus, AnakNya, yang datang ke Bumi sebagai Malaikat Yahovah dan berbicara dengan Musa dan orang lain, seperti yang diceritakan Alkitab kepada kita. Kemudian hari, Kristus datang dalam bentuk manusia dan memperkenalkan simbol-simbol baru untuk Paskah. Dia menjadi korban sempurna yang mendamaikan manusia dan Angkatan Syurga kepada Allah Bapa. Lihat kertas Siapakah Yesus? (No. CB2).
Roh Kudus ialah kuasa Tuhan. Ia membantu kita berhubung dengan Tuhan dan menolong kita mengerti apa yang Tuhan ingin kita lakukan. Tetapi jangan kita biarkan sesiapa memperdaya kita dengan mengatakan bahawa ketiga-tiga ini ialah satu Tuhan. Iblis tidak peduli bagaimana caranya dia membawa orang jauh daripada Allah Esa. Lihat kertas Apakah Roh Kudus? (No. CB3).
Mengubah kalendar dan permulaan hari
Tuhan memberitahu kita bahawa tahun bermula pada Abib, bulan bilamana Israel dibawa keluar dari Mesir (Keluaran 13:4). Pada kalendar Roma (Rumi), ini dalam bulan Mac atau April bergantung pada tahun. Untuk pengertian lengkap tentang Kalendar, lihat kertas Kalendar Suci Tuhan (No. CB20). Kalendar Roma primitif juga memulakan tahun pada Mac/April. Sepanjang satu tempoh waktu yang singkat, Iblis mampu meyakinkan kebanyakan penduduk dunia untuk mengubah permulaan tahun kepada bulan Januari, sebagaimana keadaannya dengan kalendar Gregorian.
Kebanyakan bulan dalam tahun dinamakan sempena dewa-dewa pagan, maharaja-maharaja, atau bilangan bulan itu dari bulan pertama kalendar:
Januari daripada Janus, dewa Roma purba.
Februari daripada Februaries, sebab penyucian Roma diadakan pada tanggal 15 bulan itu.
Mac daripada Mars, dewa Perang. Dahulunya orang Roma, serta kebanyakan dunia, memulakan tahun pada bulan Mac.
April daripada Aprilis, tanah terbuka untuk pertumbuhan tanam-tanaman.
Mei daripada Maia, dewi pertumbuhan atau pertambahan.
Jun daripada perkataan Latin Junius (dewi Juno). Ini merupakan kuasa reproduktif perempuan Negara Roma dan sebahagian daripada sistem triune atau lipat tiga.
Julai/Juli daripada perkataan Latin Julius (dinamakan sempena Kaisar Julius).
Ogos daripada Augustus, Maharaja Roma.
September daripada perkataan Latin Septim bererti tujuh, sebab bulan ini asalnya bulan ketujuh dalam kalendar Roma. Ini kini bulan ke 9. Dua bulan yang dinamakan sempena maharaja-maharaja itu telah ditambah.
Oktober daripada Octo bererti lapan; bulan ke 8 Kalendar Roma primitif yang memulakan tahun pada bulan Mac. Ini bulan ke 10 kalendar Gregorian.
November daripada Novem untuk sembilan; bulan ke 9 Kalendar Roma primitif. Ini kini bulan ke 11 kalendar Gregorian.
Disember daripada Decem untuk sepuluh; bulan ke 10 orang Roma mula-mula. Ini kini bulan ke 12.
(Berdasarkan The Living Webster Encyclopedic Dictionary of the English Language 1977.)
Tuhan menggunakan bilangan-bilangan untuk mengecamkan bulan-bulanNya (Keluaran 12:2; 13:4; 2 Taw. 30:2; Neh. 8:2). Kadangkala, kita akan melihat nama-nama digunakan untuk merujuk kepada bulan-bulan dalam Kalendar Tuhan. Nama-nama ini berasal daripada bahasa Kanaan atau Babel dan telah memasuki bahasa Ibrani.
Tuhan juga menggunakan bilangan-bilangan untuk mengecamkan hari-hari dalam minggu. Satu-satunya pengecualian ialah Sabat. Sabat ialah hari ketujuh minggu, namun ia dipanggil sebagai Sabat.
Sistem palsu Iblis juga menggunakan nama-nama para dewa untuk hari-hari dalam minggu:
Hari Minggu (Sunday) daripada Sunnandaeg dalam Inggeris Lama, iaitu, hari matahari. Dahulukalanya ditujukan kepada matahari atau ibadatnya.
Isnin (Monday) daripada Monandaeg I.L., hari bulan.
Selasa (Tuesday) daripada Tiwesdaeg I.L., iaitu, hari Tiw, Mars utara, atau dewa perang.
Rabu (Wednesday) daripada Wodnesdaeg I.L., iaitu, hari Woden.
Khamis (Thursday) ialah hari yang ditahbiskan untuk Thor, dewa Guruh Scandinavia lama.
Jumaat (Friday) daripada Frigedae I.L., hari yang suci untuk Frigga atau Freya, dewi Teutonic.
Sabtu (Saturday) daripada Saeterdaeg I.L., hari Saturn. (ibid.)
Nota: I.L. = Inggeris Lama.
Seperti yang kita lihat, Iblis telah cuba mengubah semua benda yang Tuhan telah sediakan untuk kita menentukan bilakah waktu yang betul untuk beribadah kepadaNya. Ibadah pada hari yang salah bermakna tidak menghormati Allah Bapa kita dan mentaati Perintah-perintahNya.
Alkitab memberitahu kita bahawa hari bermula pada mulanya waktu gelap (Imamat 23:32; Neh. 13:19; Kisah 27:27-33). Dahulukala, orang tahu bahawa hari bermula pada waktu gelap. Tetapi Iblis juga berjaya membuat manusia mengubah waktu permulaan hari. Kini hari bermula pada waktu tengah malam. Ini satu lagi cubaan Iblis untuk mengelirukan manusia dan menjadikan tidak sah hari bilamana mereka menyembah Tuhan.
Jika kita tidak menyembah Allah Maha Esa pada hari-hari yang ditetapkanNya, kita tidak mentaati atau menghormati Tuhan!
Mengubah Sabat
Dalam satu cubaan lanjut untuk memusnahkan Rencana Tuhan, Iblis telah berusaha untuk mengubah hari-hari bilamana kita harus beribadah. Itulah sebabnya kenapa sesetengah orang mungkin berkata yang kita harus beribadah kepada Tuhan pada hari Minggu. Dahulunya, manusia menyembah matahari kerana itu benda yang mereka boleh lihat dan mereka tahu matahari itu penting untuk memelihara hidup mereka dan hasil tanaman mereka. Mereka menyembah matahari pada hari Minggu. Sejak abad kedua, ibadat hari Minggu diperkenalkan di Rom di samping ibadah Sabat. Pada kira-kira abad ke 3 hingga ke 4, ada orang cuba mengubah Sabat kepada hari Minggu dan mereka meyakinkan orang lain akan dusta ini. Lihat kertas Hari Sabat (No. CB21).
Menggantikan Hari-hari Raya tahunan Tuhan dengan sistem palsu
Banyak hari cuti pagan tertumpu pada musim-musim pertumbuhan. Tahun dibahagikan menurut ekuinoks, solstis, dan hari silang-kuarter (cross-quarter). Ekuinoks terjadi apabila matahari melintasi khatulistiwa dan waktu siang dan malam sama panjangnya di seluruh dunia. Ekuinoks vernal atau musim bunga adalah sekitar Mac 21 dan ekuinoks musim gugur sekitar September 23. Solstis ialah waktu matahari berada pada jarak paling jauh dari khatulistiwa angkasa. Ia sampai titik paling utara pada Jun 21, iaitu hari terpanjang tahun di Hemisfera Utara, dan Disember 21, iaitu hari terpendek tahun di Hemisfera Utara. Di Hemisfera Selatan, hari terpanjang ialah Disember 21 dan terpendek ialah Jun 21. Hari-hari silang-kuarter berlaku antara solstis dan ekuinoks.
Mac 21 Ekuinoks Musim Bunga/Ostra/Easter
Sama seperti usaha dibuat untuk mengubah Sabat kepada hari Minggu, sesetengah orang juga cuba mengubah Paskah kepada Easter. Sebenarnya, cubaan untuk memindahkan Sabat kepada hari Minggu terikat dengan amalan-amalan pagan lama, yang terikat kepada Easter. Easter merupakan pesta pagan untuk dewi Ishtar. Dewi ini mempunyai nama-nama berlainan di bahagian berlainan dunia. Sesetengah namanya ialah: Cybele, Shingmoo, Isis, Diana, Nuria, Venus, Nana, dan Disa. Dalam Inggeris Lama, namanya ialah Easter, dan itulah asalnya nama Inggeris pesta itu.
Kelinci (arnab) Easter adalah suci bagi dewi ini dan bertelur untuk anak-anak baik. Easter menggambarkan hidup baru dan simbol-simbolnya ialah arnab, telur dan benda sebegitu. Jelas sekali Alkitab tidak mengatakan bahawa kita harus merayakan Easter. Sesetengah orang pula sanggup mengubah bahagian-bahagian Alkitab untuk cuba mendorong orang merayakan Easter. Dalam Alkitab Versi King James (KJV) bahasa Inggeris, Kisah 12:4 tidak betul sebab ada tertulis “Easter”. Kita perlu melihat Revised Standard Version (RSV) atau terjemahan betul yang lain untuk erti yang tepat.
Usaha untuk mengatakan bahawa Kristus bangkit daripada mati pada awal pagi hari Minggu ialah olahan kembali satu tradisi lama yang mana para imam Ishtar mengadakan upacara matahari terbit. Ham (paha babi salai) Easter tradisional nampaknya datang daripada makhluk purba yang menjadi dewa Tammuz, yang dibunuh oleh babi hutan. Tuhan memberitahu kita bahawa babi adalah haram untuk kita makan. Sila baca pelajaran tentang Hukum Makanan Alkitabiah (No. CB19).
Attis ialah satu lagi dewa yang amat menyerupai Kristus. Attis dikatakan lahir tanpa bapa manusia, datang untuk menjadi penyelamat bangsanya, disalibkan pada pohon pain (berangan), dikuburkan dan, pada hari ke 3, dia bangkit daripada mati. Kematian Attis pada asalnya dirayakan pada Mac 25. Mereka sebenarnya mempunyai perayaan sepanjang minggu dipanggil Hilaria (Barbara Walker, The Woman’s Encyclopedia of Myths and Secrets, New York: Harper Collins, 1983, ms 267, 268, 403). Ini diubah menjadi penyaliban hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu yang kita semua kenali hari ini dan yang dilabel palsu sebagai Kristian.
Lent
Bagi Kekristianan arus utama, Lent merupakan waktu yang dirayakan dari hari Rabu Abu dan berakhir pada hari Minggu Easter. Lent bertujuan sebagai 40 hari penebusan dosa sebagai persediaan untuk Easter. Ramai orang memelihara Easter dengan berpuasa, memberi persembahan, tidak memakan makanan tertentu dan menjauhi hiburan, dll.
Bagaimanapun, mereka yang menuruti Kalendar sejati Tuhan tahu bahawa Lent ialah penyesatan kepada persediaan untuk bulan Pertama (Abib) bilamana kita bersedia untuk dan mengambil Paskah menurut Hukum Tuhan. Sistem pagan mengambil hari raya ini sebagaimana yang dilakukannya dengan Easter dan semua hari cuti dan tradisi lain yang diperkenalkan oleh manusia.
Mardi Gras
Ini ialah perayaan berwarna-warni yang diadakan pada Hari Pengakuan Selasa (Shrove Tuesday), hari sebelum Lent bermula. Tarikhnya bergantung pada tarikh Easter. Perayaan ini diadakan pada hujung musim karnival yang panjang yang bermula pada Januari 6 atau Malam Kedua belas. Mardi Gras ialah istilah Perancis bererti Selasa Gemuk (Fat Tuesday). Istilah ini timbul daripada adat mempawaikan lembu jantan gemuk melalui jalan-jalan Paris pada Hari Pengakuan Selasa.
Perayaan Mardi Gras ini berasal daripada satu adat bersukaria Roma purba sebelum satu waktu berpuasa.
(World Book Encyclopedia, 1989 Ed.)
Hari Rabu Abu
Pada Hari abu Abu dalam jemaat-jemaat arus utama, orang-orangnya diletakkan abu pada dahi mereka oleh imam atau pendeta. Ini kononnya untuk mengingatkan orang tentang kependekan hidup dan keperluan untuk bersedia untuk kematian.
Ini bukan adat Kristian asal dan berasal daripada adat-adat pagan yang diterima pakai bersama sistem Easter pada abad kedua. Hari Rabu Abu tiada kena-mengena dengan sistem Alkitab. Pada mulanya Hari Rabu Abu ini ialah perkabungan untuk dewa yang hampir mati dan kematian shrove di karnival. Ini pada waktu mereka membakar shrove itu dan dari situlah datangnya abu itu.
Hari April Fool
Karnival Hilaria berakhir April 1. Pada hari ini, orang ramai ke sana sini dengan samaran dan secara umumnya mereka boleh berkata atau melakukan apa saja yang mereka suka (ibid., ms 79, 403).
Mei 1 Belatine/Hari Mei
Di Jerman, ini dikenali sebagai Walpurgisnacht, di Ireland dan Scotland sebagai Beltaine atau Baltein, bilamana dewa Baal, Bel atau Balder dibakar patungnya. Kadangkala seorang lelaki dipilih untuk melompat melintasi api-api itu yang dikenali sebagai api-api bungkusan Baler di pedalaman Scandinavia (ibid., ms 624-626). Ramai akan ingat daripada Alkitab tentang rujukan-rujukan kepada Baal.
Dahulunya, Israel juga melayani Baal. “Mereka telah meninggalkan segala perintah TUHAN, Allah mereka, dan telah membuat dua anak lembu tuangan; juga mereka membuat patung Asyera, sujud menyembah kepada segenap tentara langit dan beribadah kepada Baal” (2 Raja-raja 17:16). Lihat juga Hakim 2:13.
Tetapi apakah firman Tuhan kepada Elia? “Aku masih meninggalkan tujuh ribu orang bagi-Ku, yang tidak pernah sujud menyembah Baal” (Roma 11:4). Kita juga harus berada di kalangan mereka yang kekal setia kepada Allah Maha Esa dan tidak menyembah tuhan lain.
Inilah waktunya dalam tahun bilamana dewi ilmu sihir mencapai kuasa penuhnya. Api-api unggun besar dinyalakan untuk menyambut dewi ini. Yeremia memberitahu kita bahawa kadangkala api-api ini digunakan untuk mengorbankan manusia, “Mereka telah mendirikan bukit-bukit pengorbanan bagi Baal untuk membakar anak-anak mereka sebagai korban bakaran kepada Baal, suatu hal yang tidak pernah Kuperintahkan atau Kukatakan dan yang tidak pernah timbul dalam hati-Ku.” (Yeremia 19:5). Kita tahu ini bukan Hukum Tuhan atau kehendakNya.
Tarian Maypole (tiang Mei) merupakan simbol dan tarian kesuburan purba. Tarian ini merupakan tarian berjalin-jalin berterusan antara pasangan untuk menghindari kejahatan. Tarian Maypole ini ialah asal gerakan Grand Right and Left penari tarian square, sementara lelaki dan perempuan melintas masuk keluar daripada bulatan masing-masing sambil melingkar pita-pita sekeliling tiang itu (Walker, ibid., ms 25,26).
Solstis Musim Panas Jun 21 Litha/Pertengahan Musim Panas
Perayaan solstis musim panas adalah seperti perayaan-perayaan ekuinoks dan merupakan perayaan penting musim-musim pertumbuhan. Unggun-unggun api dinyalakan sepanjang malam untuk mendorong matahari kembali. Ada tarian-tarian liar dan keadaan bising serta kasar secara umumnya.
Hari Kemerdekaan Julai 4 di AS
Ini satu lagi hari korban purba dalam kalendar pagan. Ini dipindah kepada Julai 4 supaya cocok dengan kalendar Ilmu Sihir atau Wicca purba, yang merupakan hari korban manusia.
Ogos 1 Lughnasad / Lammas
Lammas bererti Perayaan Roti. Ini nama Kristian bagi Lugnasad pagan, “Permainan Lug” orang Celt (ibid., ms 556-556). Lug merupakan dewa bijirin yang dikorbankan dan dibangkitkan untuk menghormati Ibu Tuaian pada permulaan Ogos.
Ekuinoks Musim Gugur September 21 Mabon
Ini satu lagi hari korban purba dalam kalendar pagan.
Halloween Oktober 31 – All Soul’s Day November 1
Halloween atau All Hallow’s Day ialah apa yang dipanggil versi Kristian untuk Samhain, perayaan Celtic untuk dan kepada orang mati. Ia dinamakan sempena Tuan Orang Mati Aryan. Idea pagan sebelumnya ialah pada waktu-waktu tertentu dalam musim-musim “retakan-retakan” terbuka dalam tirai waktu antara “dunia hantu” dan dunia manusia (ibid., ms 371-372). Kita tahu daripada Alkitab bahawa keadaan orang mati ialah mereka tidur (Matius 9:24; Lukas 8:52); bahawa mereka tidak tahu apa-apa (Pengkhotbah 9:5); bahawa mereka senyap (Mazmur 115:17); dan mereka berada dalam kegelapan (Mazmur 143:3). Dahulunya, ramai orang percaya dalam jiwa abadi. Ini bererti bahawa mereka dapat hidup selamanya sebagai jiwa (roh). Manusia masih mempercayai dusta ini. Simbol seperti burung hantu, kelawar, dan kucing ialah simbol jenis jiwa.
Hari Kesyukuran
Bekas berbentuk tanduk (cornucopia), yang biasanya dilihat pada Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat, pada mulanya merupakan tanduk Ibu Agung dalam rupa bentuknya sebagai lembu atau kambing. Nama-namanya ialah Io, Ceres, Hera, dan Hathor. Segala benda baik mencurah keluar daripada tanduk berongga (berlubang) itu, yang melambangkan doa kepada dewi itu. Bekas-bekas ini masih sering dilihat sebagai hiasan-hiasan walaupun ramai tidak mengetahui erti pagannya sebagai perayaan suci (ibid., ms 90). Hari Kesyukuran asal dipindahkan kepada tarikh ini atas sebab-sebab pagan oleh kultus-kultus rahsia AS mula-mula.
Krismas
Alkitab tidak menyuruh kita untuk merayakan apa-apa hari suci pada bulan ke 11 atau Disember. Tetapi, sekali lagi, Iblis menggantikan satu perayaan pagan Saturnalia, dan menghubungkannya dengan apa yang diandaikan hari lahir Kristus, dan kisah-kisah Santa Klaus. Lihat kertas Kenapa kita tidak merayakan Krismas (No. CB24).
Terdapat banyak upacara pagan yang terikat kepada solstis musim dingin yang beribu-ribu tahun tuanya.
Hari Tahun Baru
Dalam kalendar Roma purba, Tahun Baru bermula pada Ides, iaitu pertengahan Mac. Ini umumnya dipercayai merupakan waktu pesta-pesta liar dan kemabukan kerana Tahun Baru akan mengampuni dosa-dosa tahun sebelumnya. Sekarang ini, karnival pra-Lent masih merupakan waktu pesta-pesta liar dan dosa. Bila kalendar Roma berubah, Tahun Baru dirayakan selepas solstis musim dingin dan dihubungkan dengan Janus. Janus ialah dewa dua muka yang memandang ke belakang dan ke hadapan. Dia ialah Ibu Waktu, memerintah Benda-benda Angkasa di belakang Angin Utara, yang sekelilingnya alam semesta berpusing (ibid., ms 208).
Februari 1 Imbolg/hari Candlemass/hari Ground hog
Asalnya hari Candlemas merupakan pesta Roma yang menghormati Juno Februata sebagai ibu perawan Mars. Orang pagan mengelilingi Rom dengan lilin-lilin bernyala untuk menyembah Februa. Di kalangan orang Celt, ini dikenali sebagai Imblog (ibid., ms 171).
Kelakuan binatang dianggap sebagai petanda atau ramalan cuaca (Sam Epstein, Spring Holidays, Champaign, Illinois. 1964, ms 5-11). Justeru, hari ground hog AS meniru perayaan ini dan pagan asalnya.
Hari Kekasih (Valentine’s Day) Februari 14
Santo Valentine dianggap sebagai penaung kekasih-kekasih, satu tradisi yang mungkin berkaitan dengan kepercayaan lama bahawa burung-burung berpasang pada Februari 14. Atau ini mungkin berkaitan dengan perayaan kesuburan pagan, Lupercalia. Ini perayaan dalam mana kaum lelaki muda memilih pasangan-pasangan perempuan dengan mengundi nama mereka dan bergiat dalam aktiviti dan permainan seksual (Oxford Australian Reference Dictionary).
Hari Santo Patrick
Mac 17 pada asalnya dikaitkan dengan orang Leprechaun yang merupakan orang kecil berbaju hijau yang melakukan kekacauan. Hijau ialah warna simbolik alam semulajadi. Shillelagn atau Shillelagh ialah tongkat kuasa ghaib. Ini juga dikenali sebagai tongkat sihir pari-pari, tanduk unicorn, Tanduk Molekh dan Tanduk Italy. Kawah-kawah digunakan oleh tukang-tukang sihir wanita untuk ubat-ubat minuman mereka dan melambangkan berkat-berkat kewangan Molekh.
Hari kelahiran
Alkitab menyatakan bahawa hari kematian seseorang lebih baik daripada hari kelahirannya (Pengkhotbah 7:1). Tiada di manapun dalam Alkitab kita disuruh untuk merayakan hari kelahiran. Sebenarnya, contoh-contoh dalam Alkitab menunjukkan bahawa kita harus jangan merayakan hari lahir (Kejadian 40:20; Ayub 1:4; Matius 14:6; Markus 6:21). Alkitab Iblis menyenaraikan hari lahir seseorang sebagai hari kita menjadi tuhan. Walaupun kita boleh menjadi anggota Keluarga Tuhan, kita akan pernah menjadi Tuhan sebagaimana Tuhan ialah Tuhan. Merayakan hari lahir ialah satu lagi dusta Iblis.
Satu lagi amalan yang berkaitan dengan sesetengah budaya untuk hari lahir ialah mempunyai Piñata. Ini juga asalnya pagan dan kita janganlah ada kena-mengena dengan amalan ini. Asalnya, Piñata dibuat dalam bentuk duyung (puteri laut), walaupun ini bukan selalunya duyung sekarang. Kadangkala, ini bintang enam mata. Bintang dewa ini diperolehi daripada sumber sama seperti duyung itu. Semua itu ialah dewa-dewa pagan.
Duyung tadi dipukul dengan batang-batang kayu untuk memecahkan Piñata atau bungkusan biji benih, yang ada padanya, agar benih-benih itu jatuh ke Tanah dan dengan itu membiak. Itulah sebabnya kenapa Piñata mengandungi gula-gula/di dalamnya yang mewakili benih-benih itu.
Pada zaman dahulukala, mereka meletakkan orang di dalam kulit-kulit dan memukul mereka. Seringkali upacara-upacara itu membabitkan korban manusia.
Hari Ibu dan Hari Bapa
Kultus Hari Ibu / Hari Bapa telah diterima masuk oleh orang Roma. Ini sebahagian daripada kultus kesuburan, yang diwakili Trinitas. Dewa Triune di Rom merupakan suatu Trinitas Jupiter, iaitu Jin (Genii) reproduktif lelaki, atau genius kolektif Negara Rom. Dewi Juno mewakili kesuburan perempuan. Elemen ketiga ialah Minerva, yang datang dari Timur dan mewakili pengaruh dewi perawan dalam bertindak dengan yang dua lagi dalam sistem itu. Ini mewakili kuasa rohaniah Lucifer. Inilah sebabnya boneka perempuan bersayap diletakkan pada pohon-pohon Krismas
Hari Ibu / Hari Bapa sistem moden berbeza dari negara ke negara. Kebanyakannya merupakan komersialisme, namun sesetengahnya juga terikat kepada sistem purba itu.
Ringkasan
Terdapat banyak hari cuti lain yang kita harus tidak rayakan. Jika kita tidak pasti tentang hari atau perayaan tertentu, kita harus bertanya ibu bapa kita apakah erti sebenar hari itu untuk memastikan jika itu aktiviti yang kita harus sertai.
Ingat bahawa apabila kita mempunyai sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa kita yang terbaptis dan percaya dalam Allah Maha Esa, kita kudus, atau dipilih (1 Kor. 7:14). Apa yang ibu bapa kita yang percaya ajarkan kepada kita sebagai betul daripada Alkitab harus menuntun kita, dan bukan apa yang diajar dunia kepada kita.
Kita perlu menghindari daripada belajar tingkah langkah bangsa-bangsa.
Yeremia 10:2 Beginilah firman TUHAN: “Janganlah biasakan dirimu dengan tingkah langkah bangsa-bangsa, janganlah gentar terhadap tanda-tanda di langit, sekalipun bangsa-bangsa gentar terhadapnya.
Terpulanglah kepada setiap kita untuk belajar takut akan dan menyembah Tuhan dengan lebih tepat lagi setiap kali kita lalui musim Hari RayaNya. Lihat kertas Hari-hari Raya Tuhan (No. CB22).