Christian Churches of God
[CB2]

Siapakah Yesus?

(Edisi 1.0 20020512-20020512)
Alkitab memberitahu kita bahawa Yesus adalah Anak Tuhan. Aliran umum agama Kristian mengatakan bahawa Yesus adalah orang kedua di dalam suatu Trinitas. Bapa dan Roh Kudus dikatakan adalah dua aspek lain di dalam Tuhan bertiga-bahagian ini. Namun begitu, Alkitab mengatakan bahawa hanya ada seorang Allah Benar dan kita harus memahami hal ini jika ingin menyembah Tuhan di dalam roh dan kebenaran.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ã 2002 Denise Sostaric and Wade Cox)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Siapakah Yesus?

Kelahiran Yesus telah lama diketahui sebelum ia benar-benar terjadi: Sebab itu Tuhan sendirilah yang akan memberikan kepadamu suatu pertanda: Sesungguhnya, seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki, dan ia akan menamakan Dia Imanuel. (Yesaya 7:14).

Melalui suatu keajaiban oleh Allah Benar yang Tunggal, bayi Yesus telah diperanakkan melalui Roh Kudus dan dilahirkan ibu manusianya, iaitu perawan Mariam (Lukas 1:26-35; Matius 1:23). Suami Mariam bernama Yusuf, tetapi dia bukanlah bapa Yesus.

Khabar gembira telahpun diperkatakan lama sebelumnya oleh nabi Yesaya.

Yesaya 9:6-7 6 Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai. 7 Besar kekuasaannya, dan damai sejahtera tidak akan berkesudahan di atas takhta Daud dan di dalam kerajaannya, karena ia mendasarkan dan mengokohkannya dengan keadilan dan kebenaran dari sekarang sampai selama-lamanya. Kecemburuan TUHAN semesta alam akan melakukan hal ini.

Raja yang disebutkan Yesaya di atas telah dilahirkan lebih 2000 tahun yang lalu di dalam suatu kandang dan dibaringkan di dalam palungan. Kelahirannya dikhabarkan kepada para gembala domba sebagai “kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud.” (Lukas 2:8-12).

Yesus telah dilahirkan di dalam suku kaum Yehuda, iaitu salah satu daripada suku bangsa Israel, di Betlehem di Yudea pada zaman raja Herodes (Matius 2:1). Herodes merupakan seorang bangsa Idumea atau Edom, satu keturunan Esau, yang umatnya telah memeluk Judaisme lebih kurang dua ratus tahun sebelumnya. Ingat, Esau merupakan saudara kembar Yakub dan mereka adalah anak-anak Ishak (Kejadian 26:21-27).

Alkitab tidak mengatakan dengan jelas kepada kita bila Yesus dilahirkan. Ini adalah untuk sebab yang baik, kerana kita tidak sepatutnya merayakan hari lahirnya. Dalam hal ini, kita tidak harus merayakan hari lahir sesiapapun. Lihat karya Hari-hari Lahir [287]. Kita diberitahu untuk mengingati kematian Yesus, dan kita melakukan perkara ini setiap tahun sewaktu Paskah. Ini akan diterangkan dengan lebih lanjut lagi di dalam karya Hari-hari Kudus Tuhan [CB22].

Kebanyakan orang di dalam negara-negara Kristian hari ini, merayakan kelahiran Yesus pada 25 haribulan Disember. Ini adalah tujuan utama kebanyakan orang merayakan Hari Krismas. Namun kita akan lihat di dalam suatu karya lain, bahawa adat-adat pagan serta tradisi-tradisi Krismas tiada kaitan langsung dengan kelahiran Yesus (lihat karya Kenapa Kita Tidak Merayakan Hari Krismas [CB24]).

Anak Tuhan

Ramai orang hari ini memikirkan Yesus adalah Tuhan. Memang benar bahawa dia adalah seorang Tuhan, namun dia bukanlah Allah Benar yang Tunggal (lihat juga Yohanes 20:27-28). Yesus adalah “Kristus, (yang bermakna “Yang Diurapi”), Anak Allah yang hidup” (Matius 16:16). Dia juga adalah Mesias (Yohanes 1:41). Eloah adalah nama Allah dan Dia adalah Tuhan kepada Mesias dan kita. Nama yang diberikan kepada Mesias di bumi ini di dalam bahasa Ibrani adalah Yahoshua atau Yashua. Di dalam Inggeris ia dipanggil Joshua (Yosua).

Yesus adalah Anak Tuhan dan dia berkongsi gelaran ini dengan makhluk-makhluk lain, yang juga merupakan anak-anak Tuhan. Yesus dipanggil “Anak Allah yang Maha Tinggi” (Markus 5:7). Namun, Yesus adalah satu-satunya Anak Tuhan yang diperanakkan (Matius 3:17; Yohanes 1:18; 1Yohanes 4:9).

Ada satu Allah, iaitu Bapa, dan satu Tuhan, iaitu Yesus Kristus, melalui siapa segala sesuatu diciptakan dan melalui siapa kita hidup (1Korintus 8:6). Alkitab jelas bahawa hanya ada satu Allah yang Benar dan bahawa Dia telah mengutus Yesus Kristus untuk melakukan suatu tugas (Yohanes 17:3-4). Sebahagian daripada tugas ini adalah untuk menjadi Juruselamat serta Penebus kita (Matius 14:33; Yohanes 8:42; Efesus 1:7; Titus 2:14).

Yesus adalah jalan kepada Bapa. Kita hanya boleh mengenal Allah Benar yang Tunggal melalui AnakNya Yesus Kristus. Ini adalah sebabnya kenapa kita berdoa kepada Bapa di dalam nama AnakNya (Yohanes 14:12-14; 15:16). Kita tidak menyembah Yesus, tetapi hanyalah Bapa. Ini adalah kerana perintah pertama mengatakan: “Jangan ada padamu allah lain di hadapanKu” (Keluaran 20:3). Kita hanya menyembah Allah Benar yang Satu.

Pada suatu titik masa tertentu, bahkan sebelum penciptaan bani rohani serta manusia, Allah Bapa (Eloah) berseorangan. Tuhan ini tidak boleh mati (1Timotius 6:16). Namun kita perhatikan daripada Kitab Suci bahawa Yesus memang telah mati. Jadi kita tahu dengan pasti bahawa Yesus Kristus bukanlah Allah Maha Tinggi. Dalam kata lain, dia bukanlah bos terakhir.

Kristus memberitahu kita bahawa dia keluar dan datang dari Tuhan (Yohanes 8:42). Dalam hal ini, segala sesuatu adalah “keluar dari” atau “datang dari” Allah Bapa (Roma 11:36). Anak telah mencipta segala sesuatu melalui kuasa Bapa. Sebagai Gambaran Bapa, AnakNya boleh memiliki gelaran “Tuhan”. Dia boleh mendapat penghormatan yang sama seperti Bapa (Yohanes 5:22-23), namun kita tidak menyembah dia sebagai Allah Benar yang Satu. Bapa adalah lebih besar dari segalanya (Yohanes 10:29). Bapa memberikan hdiup kepada AnakNya (Yohanes 5:26). Yesus mengatakan dia hidup kerana Bapa (Yohanes 6:57). Dia melakukan apa yang dikehendaki Bapa dan bukannya apa yang diingininya sendiri.

Dalam kata lain, Allah Bapa telah mencipta Anak ini (yang menjadi Yesus) dan juga bani rohani yang lain. Mereka telah dicipta lama sebelum penciptaan fizikal itu sendiri. Sememangnya, mereka semua hadir di situ ketika bumi diciptakan.

Ayub 38:4-7 4 Di manakah engkau, ketika Aku meletakkan dasar bumi? Ceritakanlah, kalau engkau mempunyai pengertian! 5 Siapakah yang telah menetapkan ukurannya? Bukankah engkau mengetahuinya? –Atau siapakah yang telah merentangkan tali pengukur padanya? 6 Atas apakah sendi-sendinya dilantak, dan siapakah yang memasang batu penjurunya 7 pada waktu bintang-bintang fajar bersorak-sorak bersama-sama, dan semua anak Allah bersorak-sorai?

Kitab Suci juga memberitahu kita bahawa Allah Bapa (Eloah) tidak boleh dilihat atau didengar manusia (Yohanes 1:18; 5:37). Ini tidak berlaku bagi Anak Tuhan. Dia merupakan Gambar Allah yang tidak kelihatan (Kolose 1:15), namun dia memang dilihat dan didengar manusia. Jadi anak ini sebenarnya menggambarkan Bapa di dalam apa yang dikatakan dan dilakukannya. Di dalam zaman Perjanjian Lama, orang-orang melihat dan berbicara kepada Tuhan. Namun ini sebenarnya bukanlah Allah Benar yang Tunggal. Para malaikat adalah utusan-utusan Allah dan merekalah yang berbicara dengan manusia dan dilihat oleh mereka. Adam melihat Tuhan di dalam taman itu (Kejadian 3:8-19). Abraham melihat dan bercakap kepada Tuhan (Kejadian 12:7; 17:1-3). Musa berjumpa denganNya di atas gunung itu (Keluaran 3:2-7). Yosua bertemu denganNya di Yerikho (Yosua 5:13 hingga 6:2 RSV).

Semua ini adalah pertemuan-pertemuan yang nyata. Mereka benar-benar melihat seseorang dan mendengar suaranya. Terdapat banyak lagi kejadian yang serupa di dalam Alkitab, di mana orang-orang melihat dan berbicara kepada Tuhan. Ini tidak mungkinlah Allah Benar yang Tunggal, kerana tiada seorangpun yang pernah melihatNya ataupun mendengar suaraNya (Yohanes 5:37). Ketika Filipus meminta untuk ditunjukkan Bapa, Kristus mengatakan: “Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa” (Yohanes 14:8-10).

Hidup Yesus Sebelumnya

Makhluk ini yang dilihat dan didengar hanya mungkin adalah Kristus. Dia dipanggil Malaikat Yahovah di dalam Perjanjian Lama (rujuk kepada karya Malaikat YHVH [024]). Alkitab mengatakan bahawa Kristus mempunyai kehidupan sebagai makhluk rohani di syurga sebelum bumi dicipta (Yohanes 6:38; 8:23, 58; Filipi 2:5-7 RSV).

Yohanes 17:5 5 Oleh sebab itu, ya Bapa, permuliakanlah Aku pada-Mu sendiri dengan kemuliaan yang Kumiliki di hadirat-Mu sebelum dunia ada.

Yohanes Pembaptis jelas mengatakan bahawa Kristus ada sebelumnya (Yohanes 1:15-18). Namun Alkitab memberitahu kita bahawa Yohanes adalah enam bulan lebih tua daripada Kristus. Jadi mustahil untuk Kristus ada sebelum Yohanes melainkan dia sudahpun hidup sebelumnya. Kehidupan ini, sebelum menjadi seorang manusia, adalah sebagai seorang tuhan, elohim, atau theoi. Elohim merupakan suatu perkataan plural di dalam bahasa Ibrani, yang bermaksud tuhan atau tuhan-tuhan dan digunakan bagi semua anak-anak Tuhan dan juga beberapa manusia. Orang-orang dahulu mengenal perbezaan di antara Allah (Eloah) dengan Elohim, yang muncul kepada manusia dan berbicara dengan mereka.

Perjanjian Baru juga menunjukkan dari kata-kata Kristus sendiri bahawa dia telah hidup sebelum dia menjadi manusia bernama Yesus. Bahkan, dia berkata: “sebelum Abraham jadi, Aku telah ada” (Yohanes 8:58). Di sini dia mengatakan bahawa dia sudahpun hidup sebelum Abraham dilahirkan. Jadi dia adalah seorang Tuhan, dan dia seorang malaikat, atau utusan Allah Benar yang Satu, seperti yang telah kita ketahui, yang berbicara bagi pihak Allah Maha Tinggi (lihat karya Malaikat adalah Utusan [CB28]). Kemudian dia menjadi manusia. Lihat juga karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243]).

Kenapa Yesus Datang?

Yesus telah datang ke dunia ini supaya barangsiapa yang percaya padanya akan memperolehi kehidupan kekal (Yohanes 3:16). Yesus dengan rela mati demi memberikan kehidupan kekal kepada umatnya (dan umat Tuhan). Adam mempunyai peluang untuk berbuat demikian namun telah berdosa. Disebabkan dosa ini, manusia telah ditahan dari mendekati Allah Benar yang Satu. Dosa memisahkan kita dari Tuhan. Jadi, apabila kita dewasa kita haruslah bertaubat dan dibaptiskan agar menerima Roh Kudus Tuhan. Yesus telah datang untuk menyerahkan nyawanya (iaitu mati) supaya kita beroleh hidup kekal bersama dia dan Bapa. Melalui kematiannya, manusia dapat bertaubat dari dosa-dosa mereka dan sekali lagi boleh menghampiri Bapa melalui Roh KudusNya.

Kita semua akan mati sebagai manusia, namun kita mempunyai peluang untuk hidup semula. Kita tidak boleh hidup selamanya di dalam tubuh manusia (fizikal), kerana ia hanyalah kehidupan sementara. Semua orang mati akan dibangkitkan dari kubur (Yohanes 5:25-26). Allah Sebenar yang Tunggal mempunyai rencana yang lebih besar untuk manusia (1 Korintus 2:1-16). Kita mempelajari rencana ini dengan lebih lanjut selepas pembaptisan.

Sewaktu Kehidupan Yesus

Ramai orang tidak mahu mendengar Yesus dan mereka mengatakan dia seorang iblis (Yohanes 10:20). Sungguhpun para imam dan pemimpin agama ingin membunuhnya, rakyat biasa suka mendengarnya. Dia memiliki kuasa yang menyelubunginya dan ajarannya (Lukas 19:47-48). Orang ramai hairan terhadap ajarannya (Matius 7:28-29).

Yesus berbicara di dalam perumpamaan, iaitu dia memberi ceritah-cerita yang mempunyai maksud tersembunyi. Ramai orang tidak memahaminya, dan Yesus hanya memberitahu maksud sebenarnya kepada murid-muridnya (Markus 4:34). Yesus suka memakan dan meminum anggur, iaitu perkara biasa yang dilakukan seorang lelaki. Namun ada orang yang mengatakan bahawa dia memakan dan meminum terlalu banyak. Mereka memanggilnya pelahap dan peminum (Matius 11:19) kerana mereka menganggap diri mereka benar.

Di dalam Matius bab 4, Iblis telah mencuba Yesus untuk menerima serta mengerjakan suatu rencana lain untuk memerintah dunia. “Semua itu akan kuberikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku.” (Matius 4:9). Iblis mengkehendaki Yesus untuk mengakuinya sebagai Tuhan dan pemerintah tertinggi. Yesus tahu bahawa hal ini melanggar perintah pertama dan dia berkata: “Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!” Kemudian iblis itu telah meninggalkannya (Matius 4:10-11).

Kita janganlah mendengar mereka yang mengatakan bahawa Yesus telah datang untuk menghapuskan Hukum itu (Matius 5:17-19). Sebagai Kristus, atau Mesias (yang bermakna “Yang Diurapi”), dia hanya telah menggenapi hukum korban (Ibrani 1:1-18). Perintah-perintah Tuhan (Hukum Sepuluh) tetap kekal dan mengikat bagi kita hari ini, seperti mana selalunya, sejak dari penciptaan bani rohani, dan manusia pertama di dalam Taman Eden.

Keajaiban-keajaiban yang Yesus Lakukan

Melalui kuasa Roh Kudus Tuhan, Yesus telah melakukan banyak mukjizat sewaktu berada di dunia. Di sini hanyalah sedikit daripadanya. Bukalah Kitab Suci dan bacalah mengenai hal-hal ini.

Dia menyembuh orang sakit (Matius 4:23-24).

Dia mengubah air kepada air anggur (Yohanes 2:1-10).

Dia berjalan di atas air (Matius 14:22-33).

Dia menghentikan ribut taufan itu (Markus 4:35-41).

Dia mengampuni serta menyembuhkan orang lumpuh (Lukas 5:17-26).

Dia membangkitkan Lazarus dari mati (Yohanes 11:38-44).

Dia menghalau keluar iblis setan (Markus 5:1-16).

Dia memberi makan kepada lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan (Lukas 9:10-17).

Kematian Yesus

Sama seperti ianya diketahui lama dahulu bahawa Yesus akan dilahirkan, begitu juga ianya diketahui bahawa dia akan mati dan dibangkitkan setelah 3 hari dan 3 malam di dalam kubur (Matius 16:21). Dia kemudiannya akan kembali ke syurga (Yohanes 14:2,3).

Kematian (penyaliban) serta kebangkitan Kristus merupakan peristiwa-peristiwa sangat penting di dalam sejarah manusia. Namun kebanyakan agama hari ini tidak memahami hal ini sepenuhnya. Salah satu ajaran mereka mengenai kematian Yesus, adalah bahawa dia telah disalibkan pada salib. Namun kata Yunani stauros bermakna suatu tiang atau pancang yang tegak, pada mana para penjenayah dipakukan untuk dihukum bunuh. Jadi Yesus sebenarnya mati pada pancang dan bukan satu salib. Untuk butir-butir lanjut mengenai hal ini, lihat karya Salib – Asal-Usul dan Maksudnya [039]).

Mesias dikenali sebagai Anak Domba Allah.

Yohanes 1:29-30 29 Pada keesokan harinya Yohanes melihat Yesus datang kepadanya dan ia berkata: “Lihatlah Anak domba Allah, yang menghapus dosa dunia. 30 Dialah yang kumaksud ketika kukatakan: Kemudian dari padaku akan datang seorang, yang telah mendahului aku, sebab Dia telah ada sebelum aku.

Sebagai “Anak domba Allah” Yesus harus dibunuh pada masa yang betul. Kalau tidak, dia akan hanya seperti orang mati yang lain. Kita tahu dari tulisan-tulisan ahli sejarah *Josephus bahawa anak-anak domba untuk Paskah disembelih dari jam sembilan hingga jam sebelas (iaitu pukul 3 petang hingga 5 petang) pada sebelah petang hari keempat belas Bulan Pertama, mengikut Kalendar Tuhan. Bulan ini dipanggil Abib atau Nisan. Anak-anak domba itu kemudiannya diolah dan dimakan pada malam hari ke 15. Namun begitu, hanya domba pertama yang disembelih pada pukul 3 petang yang dipersembahkan di hadapan imam besar sebagai korban Paskah. Untuk butir-butir lanjut mengenai hal ini, rujuk kepada karya Kematian Anak Domba [242].

(* Josephus: Wars of the Jews, Bk. VI, IX, 3).

Yesus sebenarnya telah mati pada hari ke 14 bulan pertama kalendar Tuhan. Dia mati pada pukul 3 petang pada hari Rabu pada tahun 30 TM. Ini adalah sewaktu pemerintahan Kaisar Tiberius. Terdapat banyak kekeliruan di kalangan pelbagai agama hari ini berkenaan hari dan tahun di mana Yesus mati. Semua ini agak rumit untuk mereka yang masih muda di dalam iman ini. Tidak penting pada peringkat ini untuk mengetahui semua itu. Apa yang penting adalah Yesus harus mati pada masa yang betul mengikut Kalendar Tuhan, kerana jika tidak, dia bukanlah Kristus yang disebutkan itu (lihat karya Kalendar Kudus Tuhan [CB20]).

Untuk maklumat serta kajian lanjut terhadap aspek ini sila rujuk kepada karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159].

Ramai orang percaya bahawa Yesus telah mati pada hari Jumaat dan dibangkitkan pada hari Minggu berikutnya. Namun apa yang mereka percaya ini adalah tidak mungkin, kalau kita melihat Alkitab dengan lebih dekat lagi. Sama seperti Yunus yang berada tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan yang besar itu, begitu jugalah Kristus berada tiga hari dan tiga malam di dalam kubur (Matius 12:39-41). Mengatakan bahawa Yesus mati pada hari Jumaat dan bangkit dari kubur pada hari Minggu berikutnya adalah nyata salah, jika kita melakukan perkiraan kita. Ini hanya meliputi dua malam (hampir) dan satu hari.

Yesus telah mati pada hari Rabu dan bangkit dari kubur pada hari Sabtu sekitar waktu matahari terbenam. Jadi ini adalah sebelum bermulanya hari Minggu, iaitu hari pertama minggu. Ingat, hari-hari bermula dan berakhir pada waktu matahari terbenam atau menjadi gelap mengikut Kalendar Tuhan, dan bukannya dari tengah malam seperti yang lazimnya dilakukan di dalam dunia hari ini. Jadi, mari kita membuat penghitungan hari dan malamnya. Malam Rabu merupakan malam pertama, diikuti dengan hari Khamis sebagai hari pertama. Seterusnya adalah malam Khamis, iaitu malam kedua, diikuti dengan hari Jumaat iaitu hari kedua. Jumaat malam merupakan malam ketiga diikuti dengan hari Sabtu sebagai hari ketiga, yang berakhir pada waktu matahari terbenam atau gelap. Semua ini menjadikannya tiga hari dan tiga malam, sama seperti yang Alkitab beritahu kepada kita.

Murid-muridnya percaya bahawa Yesus adalah seorang Mesias manusia dan keturunan fizikal bagi Daud dari suku kaum Yehuda. Namun mereka menganggap dia akan menyelamatkan mereka dan mengambil alih pemerintahan Rom dan menjadi raja mereka di dunia (Yohanes 6:15; Lukas 23:2). Kematiannya merupakan suatu kejutan dan kekecewaan bagi mereka (Lukas 24:21).

Musuh-musuhnya ingin membunuhnya kerana dia mendakwa dia seorang raja. Ketika dibawa ke hadapan Pilatus, Yesus ditanya sama ada hal ini betul dan dia menjawab “Kerajaan-Ku bukan dari dunia ini….(Yohanes 18:36). Pilatus berkata: “Jadi Engkau adalah raja?” Jawab Yesus: ” Untuk itulah Aku lahir dan untuk itulah Aku datang ke dalam dunia ini….” (Yohanes 18:37).

Orang-orang Yahudi tidak mempercayai yang Yesus adalah Mesias yang diutus dari Allah Bapa. Mereka juga mengharapkan Mesias menjadi pemimpin dan raja duniawi mereka. Pihak berkuasa Rom telah menyebat dan menyesahnya. Pilatus mendengar kehendak kumpulan orang itu kerana mereka menuntut supaya Yesus dibunuh. Dia terpaksa melalui jenis kematian yang perlahan dan menyakitkan. Ini dipanggil kematian melalui penyaliban dan ia digunakan oleh orang-orang Roma dan Yunani untuk pesalah-pesalah yang paling jahat sekali. Ia merupakan cara yang ngeri untuk Anak Tuhan mati.

Namun Yesus tahu bagaimana dan bila dia akan mati dan dia rela untuk melalui semua itu. Dia cuba mengingatkan murid-muridnya tetapi mereka nampaknya tidak faham.

Lukas 9:20-22 20 Yesus bertanya kepada mereka: “Menurut kamu, siapakah Aku ini?” Jawab Petrus: “Mesias dari Allah.” 21 Lalu Yesus melarang mereka dengan keras, supaya mereka jangan memberitahukan hal itu kepada siapapun. 22 Dan Yesus berkata: “Anak Manusia harus menanggung banyak penderitaan dan ditolak oleh tua-tua, imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, lalu dibunuh dan dibangkitkan pada hari ketiga.”

Lihat juga Lukas 18:31-34.

Yesus Dibangkitkan

Kita tahu yang Yesus telah dibangkitkan dari mati.

(Roma 1:3-4). Dia menjadi Anak Tuhan yang berkuasa melalui Roh Kudus dengan kebangkitannya dari mati (Roma 1:4).

Terdapat lebih banyak bukti mengenai Kristus yang dibangkitkan dari 1 Korintus 15:3-8 dan Kisah 1:2,3. Dari Kisah 1:9-10 kita perhatikan bahawa Yesus diangkat naik ke syurga. Dia adalah yang sulung dibangkitkan dari orang-orang mati dan dia adalah hasil sulung (1 Korintus 15:20,23). Dia perlu naik ke syurga untuk diterima oleh Allah Bapa sebagai Imam Besar kita (Matius 20:11-18). Kejadian ini kini dirayakan sebagai persembahan Unjukan Berkas pada hari Minggu sewaktu Paskah (lihat Imamat 23:9-14).

Jadi, seperti yang diterangkan di atas, kebangkitan tersebut tidak terjadi pada pagi hari Minggu. Namun ramai orang masih percaya bahawa Yesus telah dibangkitkan pada hari Minggu dan itulah sebabnya kenapa mereka merayakan hari cuti pagan iaitu Easter. Adat Easter telah masuk ke dalam jemaat beberapa lama waktunya selepas Yesus kembali ke syurga. Kita tahu dari Alkitab bahawa Kristus bangkit dari mati pada malam hari Sabtu, dan kemudiannya menunggu sehingga pada hari Minggu dalam persediaan untuk naik ke syurga.

Yohanes 20:1 1 Pada hari pertama minggu itu, pagi-pagi benar ketika hari masih gelap, pergilah Maria Magdalena ke kubur itu dan ia melihat bahwa batu telah diambil dari kubur.

Kerajaan Tuhan

Yesus dilahirkan untuk menjadi Raja di dalam Kerajaan itu, yang Allah Bapa telah berjanji untuk menubuhkan. Kerajaannya nanti bukan seperti yang ada di dalam dunia jahat sekarang ini (Galatia 1:4). Dia diberikan takhta Daud untuk memerintah Keluarga Yakub (Israel) untuk selamanya. Kerajaannya tidak akan berakhir (Lukas 1:32).

Yesus menerima kerajaan tersebut setelah dia dibangkitkan dari kubur oleh Allah Bapa (Matius 28:18). Kini dia duduk di sebelah kanan Allah dan adalah Raja dan Tuhan.

Yesus serupa seperti setiap manusia namun amat berbeza. Dia lebih daripada sekadar seorang manusia biasa. Dia telah dicuba namun tidak pernah berdosa (Ibrani 4:15). Dia telah mati dan dibangkitkan dan dia hidup serta bekerja hari ini. Yesus adalah kepala jemaat. Jadi dia sibuk menjaga umat yang Allah Bapa telah berikan kepadanya untuk dimasukkan ke dalam jemaat itu. Kita yang ada di dalam jemaat juga mesti bekerja. Kita haruslah saling menjaga antara satu sama lain dan sesiapa orang baru yang Kristus berikan kepada kita.

Kita tahu bahawa Yesus memelihara hari Sabat dan hari-hari Perayaan dan begitu juga dengan murid-muridnya setelah dia meninggalkan mereka. Hakikatnya, Yesus dan murid-muridnya menurut segala Hukum-hukum Tuhan. Sama seperti mereka, kita juga harus memelihara Hukum-hukum Tuhan.

Yesus memang seorang manusia yang istimewa, namun dia hanya mempunyai masa yang sedikit di dunia. Dia mati ketika berumur sekitar 33 tahun, namun banyak pencapaiannya dalam tempoh itu. Khabar baiknya adalah bahawa Yesus, Mesias, akan datang semula untuk memerintah bangsa-bangsa yang tidak lagi mengenali Allah Benar yang Tunggal. Mereka ini tidak memelihara Hukum-hukumNya dan mereka menyembah tuhan-tuhan palsu. Dan mereka akan dihukum.

Sebagai umat Kristian kita harus berusaha sedaya upaya kita untuk hidup sama seperti Kristus. Dengan melakukan ini kita pasti bahawa kita menyenangkan hati Tuhan, sambil kita juga bersedia untuk mengambil tempat kita di dalam Kerajaan Tuhan.