Christian Churches of God
[CB21]

Hari Sabat

(Edisi 1.0 20020217-30020217)
Anak-anak biasanya mempunyai persoalan mengenai kenapa kita memelihara hari Sabat sebagai suci dan kenapa anak-anak lain pergi ke gereja atau kumpulan jemaat pada hari Minggu. Karya ini membincangkan beberapa persoalan yang mungkin ditanyakan anak-anak mengenai hari Sabat. Ini akan menolong mereka memahami khabar Tuhan dan maksud di sebalik hari Sabat mingguan.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ã 2002 Carrie Farris and Wade Cox)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Hari Sabat

Kenapa kita memelihara Hari Sabat

Hari Sabat adalah waktu yang kudus. Tuhan ingin supaya sentiasa memelihara Hari SabatNya (Keluaran 20:8-11). Hari Sabat ada supaya kita semua boleh berhenti untuk berehat (Ulangan 5:14), mempelajari firman Tuhan, berdoa kepadaNya dan merenungkan segala sesuatu yang Dia lakukan untuk kita. Ia suatu hari perhentian daripada melakukan perkara-perkara biasa yang mungkin kita lakukan pada enam hari yang lain.

Hari Sabat adalah salah satu daripada perintah Tuhan kepada kita. Tuhan memberikan kita Hukum Bersepuluh itu dan kita akan melihat di bawah bahawa perintah untuk memelihara hari Sabat sebagai suci adalah perintah keempat.

Hukum Bersepuluh itu adalah:

  1. Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku.
  2. Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun.
  3. Jangan menyebut nama TUHAN, Allahmu, dengan sembarangan.
  4. Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat.
  5. Hormatilah ayahmu dan ibumu.
  6. Jangan membunuh.
  7. Jangan berzinah.
  8. Jangan mencuri.
  9. Jangan mengucapkan saksi dusta tentang sesamamu.
  10. Jangan mengingini.

Kita mesti menurut semua perintah Tuhan tetapi di sini kita akan hanya menumpu kepada perintah keempat. Kita dapat mempelajari lebih lanjut lagi mengenai Hukum Bersepuluh ini di dalam karya Hukum Bersepuluh [CB17].

Kita bekerja enam hari dan berhenti pada hari ketujuh

Kita seharusnya bekerja enam hari seminggu. Kita mestilah tidak berdiam ataupun malas. Apa sekalipun yang dapat kita lakukan, kita harus melakukannya dengan seluruh kekuatan kita (Pengkhotbah 9:10). Kita harus belajar bekerja keras dan sentiasa melakukan yang terbaik tidak kira apa pekerjaannya. Kita juga harus bersedia menolong mereka yang memerlukan pertolongan kita. Ini mungkin untuk orang yang kita kenal atau tidak kenal. Ia selalunya baik untuk berbaik terhadap orang lain, namun kita tidak patut bercakap dengan orang asing ataupun orang yang kita tidak kenal sebelum bertanya kepada ibubapa kita sama ada ia boleh (3Yohanes 1:5-7).

Hari Persediaan

Hari sebelum Sabat adalah hari di mana kita harus bersedia untuk hari Sabat (Keluaran 16:5). Kita memanggil hari ini sebagai hari persediaan.

Hari keenam dalam minggu adalah hari Jumaat. Pada hari ini kita haruslah membeli semua keperluan makanan kita dan membersihkan rumah-rumah kita dan menyediakan pakaian-pakaian kita. Kita mestilah menghabiskan semua tugas kita dan menyediakan makanan kita sebanyak yang mungkin (Keluaran 16:23). Ini adalah supaya kaum perempuan juga dapat berhenti dan belajar mengenai Tuhan pada hari Sabat dan tidak perlu menggunakan waktu itu untuk memasak dan membersih. Kaum lelaki juga harus bersedia untuk Sabat dengan menolong isteri-isteri mereka dan anak-anak mereka bersedia.

Keluaran 16:23 Lalu berkatalah Musa kepada mereka: “Inilah yang dimaksudkan TUHAN: Besok adalah hari perhentian penuh, sabat yang kudus bagi TUHAN; maka roti yang perlu kamu bakar, bakarlah, dan apa yang perlu kamu masak, masaklah; dan segala kelebihannya biarkanlah di tempatnya untuk disimpan sampai pagi.”

Adakah hari Sabat ditukar kepada hari Minggu?

Ada orang mengatakan bahawa hari Sabat telah ditukar kepada hari Minggu, ataupun bahawa kita tidak perlu memelihara hari Sabat itu sama sekali. Namun Tuhan tidak pernah berubah (Maleakhi 3:6) dan begitu jugalah dengan Hari SabatNya.

Maleakhi 3:6 Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah, dan kamu, bani Yakub, tidak akan lenyap.

Yesus mengatakan bahawa Hukum itu tidak akan berlalu sebelum semuanya terjadi (Matius 5:17-18). Jadi, sehinggalah semua perkara di dalam Alkitab berlaku kita harus menurut Hukum Tuhan, dan memelihara hari Sabat adalah salah satu dari Hukum-hukum Tuhan.

Matius 5:17-18 17 “Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. 18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

Tiada seorangpun atau jemaat yang mempunyai kuasa untuk mengubah Hukum Tuhan. Hari Sabat adalah suatu tanda umat Tuhan (Yehezkiel 20:12). Oleh itu, orang-orang yang menyucikan hari Minggu tidak taat kepada Hukum Tuhan. Yesus Kristus telah memelihara Sabat, dan Perayaan-perayaan, dan Hari-hari Kudus Tuhan; begitu juga dengan rasul-rasul dan jemaat awal dan begitu juga kita harus. Jangan percaya pada orang yang mengatakan “hari Sabat telah diubah kepada hari Minggu…” Itu bukanlah apa yang dikatakan Tuhan di dalam Alkitab.

Hari Sabat

Hari ketujuh adalah hari Sabat. Ia dipanggil hari Sabtu di dalam kalendar awam. Hari Sabat sentiasa jatuh pada hari ketujuh. Sabat bermula apabila matahari terbenam pada Jumaat malam atau apabila sudah gelap. Sabat berakhir apabila sudah gelap pada malam hari Sabtu. Ia tidak boleh berpindah kepada mana-mana hari yang lain.

Kita mestilah tidak bekerja pada rumah kita atau halaman rumah kita pada hari Sabat.

Yeremia 17:22 Janganlah membawa barang-barang dari rumahmu ke luar pada hari Sabat dan janganlah lakukan sesuatu pekerjaan, tetapi kuduskanlah hari Sabat seperti yang telah Kuperintahkan kepada nenek moyangmu.

Hari Sabat adalah khusus kepada Tuhan. Ia merupakan hari di mana Dia berhenti selepas mencipta segala sesuatu (Kejadian 2:2-3).

Kejadian 2:2-3 2 Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. 3 Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.

Ibubapa dan orang dewasa yang lain sepatutnya tidak pergi bekerja pada hari Sabat (Keluaran 20:8-11). Begitu juga, anak-anak tidak pergi ke sekolah. Kita tidak bermain sukan bertanding, atau pergi menonton wayang, atau menghabiskan menonton televisyen pada hari Sabat. Kita sepatutnya tidak keluar makan di restoran pada hari Sabat. Kita sepatutnya tidak membeli apa-apa ataupun menjual apa-apa pada hari Sabat (Nehemia 10:31).

Nehemia 10:31 Dan bilamana penduduk negeri membawa barang-barang dan berbagai-bagai gandum untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya dari mereka pada hari Sabat atau pada hari yang kudus. Dan kami akan membiarkan begitu saja hasil tanah pada tahun yang ketujuh dan tidak akan menagih sesuatu hutang.

Sebanyak yang mungkin, kita harus menjauhi daripada orang-orang, tempat-tempat ataupun benda-benda yang akan mengalihkan perhatian kepada dari hari Sabat. Kita belajar untuk mengenali hal-hal ini sementara kita bertumbuh di dalam pengetahuan dan pemahaman Hukum Tuhan. Sewaktu kita masih muda, kita berbuat seperti yang disuruh ibubapa kita.

Perintah Janganlah kamu memasang api di manapun dalam tempat kediamanmu pada hari Sabat. (Keluaran 35:3) merujuk kepada bekerja dengan api. Ada orang yang menggunakan api untuk bekerja dengan logam dan kaca, dan kita seharusnya tidak menyalakan api untuk tujuan itu. Ini tidak bermakna bahawa kita tidak boleh menggunakan dapur kita, tempat nyalaan api, atau menyalakan lilin.

Murid-murid Yesus telah memungut gandum pada hari Sabat dan orang ramai marah dengan mereka kerana mereka memikirkan bahawa Yesus sedang melanggar hari Sabat. Namun Yesus menunjukkan kita bahawa dia adalah Tuhan hari Sabat; bukan kerana kita tidak perlu memelihara hari Sabat, tetapi sebaliknya ia harus dipelihara mengikut cara dia melakukannya (Matius 12:1-12). Dia mengajar kita bahawa ianya dibenarkan untuk memungut cukup makanan untuk dimakan pada hari Sabat, tetapi bukan untuk menuai semuanya dan berbuat kerja keras untuk itu.

Di dalam Lukas 14:1-5, ditunjukkan bahawa ianya penting untuk menguruskan hal-hal kecemasan pada hari Sabat. Kita boleh pergi ke hospital jika kita cedera, atau jika kita sakit, atau perlu melahirkan anak. Kita boleh menolong mereka yang memerlukan. Kita mestilah selalu merancang terlebih dahulu jika boleh, tetapi kadangkala terjadi kejadian yang tidak dijangkakan dan ada yang sakit, dan kita perlu menyelesaikan keadaan-keadaan ini. Tuhan memahami ini dan membenarkan kita menguruskan hal-hal itu. Inilah yang dikatakan sebagai keadaan “lembu yang termasuk di dalam sumur”. Ia sesuatu yang tidak dirancang, namun perlu dibereskan, walaupun pada hari Sabat.

Hari Sabat adalah hari untuk bersukacita, bukannya hari untuk berduka. Kita harus bersukacita pada hari Sabat dan membawa kesukacitaan kepada rumah Tuhan (Yesaya 58:13-14).

Ada perkara-perkara yang boleh kita lakukan pada hari Sabat untuk menjadikannya suatu waktu yang gembira. Ia biasanya bermakna menghabiskan masa hari itu bersama keluarga kita dan biasanya dengan orang-orang lain yang menyucikan Sabat Tuhan. Kebanyakan ibubapa mengaturkan acara dan aktiviti khas untuk dilakukan anak-anak mereka pada hari Sabat. Ianya dibenarkan bagi anak-anak bermain pada hari Sabat tetapi ini tidak termasuk permainan kasar yang bising. Ada keluarga yang pergi ke taman atau tempat-tempat luar yang lain supaya mereka dapat menikmati ciptaan-ciptaan semulajadi Tuhan. Mempelajari mengenai Allah Benar yang Satu dan Hukum-hukumNya adalah juga meriangkan. Semua ini biasanya adalah hal-hal yang kita tidak lakukan pada enam hari yang lain kerana ia adalah waktu yang istimewa.

Menguduskan hari Sabat juga termasuklah berkumpul bersama dengan mereka yang berfikiran serupa agar kita dapat bersatu dan bertumbuh di dalam pengetahuan jalan-jalan Tuhan. Ini diajar oleh rasul Yesus iaitu Paulus (Ibrani 10:23-25).

Kita harus sentiasa bersedia untuk hari Sabat. Orang-orang muda akan bergantung pada ibubapa mereka untuk melakukan hal ini untuk mereka. Kita harus menolong antara satu sama lain dan menunjukkan bahawa kita mengasihi sesama sendiri seperti Yesus Kristus mengasihi kita. Kita mesti terus belajar mengenai Hukum Tuhan sementara kita bertumbuh di dalam pengetahuan.

Lukas 5:5-14 menceritakan tentang Yesus yang menunjukkan kepada orang lain bahawa jika mereka mengikutinya maka dia akan mengubah hidup mereka menjadi lebih baik. Juga, dengan pertolongannya, mereka dapat menolong orang lain berbuat demikian. Di dalam cerita ini, Yesus juga telah menyembuhkan seorang lelaki yang mempunyai penyakit yang benar-benar dahsyat. Yesus telah membuatkan orang ini sempurna dengan menyembuhkannya dan dia menjadikan kita sempurna dengan menolong kita menjadi lebih dekat kepada Bapanya dan Tuhan kita.

Jemaat Tuhan adalah kecil sahaja dan kita haruslah berjumpa bersama bila mana kita boleh. Ianya sentiasa baik untuk bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat sama seperti kita, dan percaya sama seperti kita percaya. Terdapat banyak percubaan sudah untuk menghentikan penyembahan pada hari ketujuh. Ini akan berlaku lagi. Kita harus tidak takut. Jika kita menurut Hukum Tuhan, Dia akan menjaga kita.

Jika kamu mempunyai ibubapa yang menguduskan Hari Sabat dan mengajar kamu mengenai Allah Benar yang Satu dan Hukum-hukumNya, maka kamu diberkati. Ingat, kamu dikuduskan, iaitu dijadikan suci, oleh ibubapamu sebelum kamu cukup umur untuk dibaptiskan ke dalam tubuh Yesus Kristus, iaitu Jemaat Tuhan. Setiap seorang dari kita mempunyai tanggungjawab kepada Tuhan untuk memelihara Hari SabatNya kudus.

Rujuk juga kepada karya Sabat [031].