Christian Churches of God
[CB24]

Kenapa Kita Tidak Merayakan Hari Krismas

(Edisi 1.0 20021124-20021124)
Umat Kristian telah dibiasakan untuk menerima bahawa Krismas adalah sebahagian penting daripada tradisi Kristian. Hakikatnya adalah Krismas tidak sama sekali berunsur Kristian. Dongeng-dongeng masakini mengenainya terbit dari sistem-sistem paganisme atau kekafiran.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ã 2002 Erica L. Cox dan Wade Cox)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Kenapa Kita Tidak Merayakan Hari Krismas

Karya ini terbahagi kepada bahagian-bahagian berkenaan asal-usul tradisi-tradisi Krismas yang popular, diikuti dengan Hari-hari Kudus Tuhan yang diinginiNya untuk kita pelihara:

  1. ‘Musim Perayaan’
  2. Kenapa 25 Disember
  3. Kelahiran
  4. Tiga Raja
  5. Pohon Krismas
  6. Lampu-lampu Krismas dan lilin-lilin
  7. Santa Klaus
  8. Para penolong (orang halus) Santa
  9. Kek Krismas
  10. Tumbuhan Holly, Ivy dan Mistletoe
  11. Batang kayu Yule
  12. Tambahan-tambahan terkini kepada mitos Krismas
  13. Apa yang dikatakan Alkitab mengenai penentuan masa kelahiran Kristus
  14. Perayaan-perayaan apakah yang harus kita pelihara?

***********************

  1. ‘Musim Perayaan’

Terdapat satu perayaan kuno yang dirayakan di Rom sekitar bulan Disember. Perayaan ini adalah perayaan pendahuluan kepada solstis musim sejuk. Perayaan ini dipanggil Saturnalia, atau perayaan Saturn, iaitu dewa pertumbuhan tunas dan air anggur (wain).

? Apakah suatu solstis?

Ini berlaku dua kali setahun di antara kedua-dua ekuinoks itu. Ini adalah apabila matahari berada paling jauh dari khatulistiwa.

? Apakah suatu ekuinoks?

Ini terjadi dua kali setahun. Ini adalah apabila waktu siang dan waktu malam sama panjangnya. Matahari melintasi khatulistiwa pada masa ini.

Orang-orang Rom merayakan solstis musim sejuk pada 25 Disember. Ini adalah musim sejuk pada hemisfera utara.

Sewaktu zaman Empayar Rom, perayaan ini dirayakan selama suatu tempoh tujuh hari, dari 17 Disember hingga 23 Disember.

Perayaan ini dibahagiakan kepada 3 bahagian:

  1. Saturnalia sebenar: dirayakan dari 17 Disember dan ditujukan khas kepada dewa Saturn.
  2. Opali: dirayakan dari 19 Disember dan ditujukan khas kepada Opis.
  3. Sigillaria: dirayakan dari 22 hingga 23 Disember (hari ke 6 dan ke 7 Saturnalia). Semasa Sigillaria ini, alat-alat mainan tanah liat dibuat dan dijual. Alat-alat mainan ini diberikan kepada anak-anak kecil sebagai hadiah-hadian pada hujung perayaan ini. Dari sinilah asalnya adat memberi hadiah kepada anak-anak pada Malam Krismas.

Perayaan Saturnalia merupakan hari cuti Umum, di mana tiada perdagangan dapat dilakukan dan semua sekolah ditutup. Majlis-majlis jamuan istimewa diadakan. Hamba-hamba diberikan hak-hak istimewa orang yang bebas. Setiap orang mengambil bahagian di dalam berpesta dan keramaian.

Saturnalia dirayakan setiap tahun oleh orang-orang Rom untuk suatu masa yang panjang, di mana akhirnya ia menjadi sebahagian daripada apa yang disebutkan sebagai Krismas hari ini.

Petikan yang digunakan untuk menggambarkan Musim Krismas, iaitu ‘Musim Perayaan’ berasal dari pesta-pesta keramaian Saturnalia.

  1. Kenapa 25 Disember

Kalendar Julian menetapkan 25 Disember sebagai solstis musim sejuk.

? Apakah itu Kalendar Julian?

Kalendar Julian telah dibuat oleh Julius Caesar – iaitu pemerintah Empayar Rom, 46 tahun sebelum tarikh yang dikhaskan sebagai kelahiran Kristus.

25 Disember dianggap sebagai Kelahiran (atau kelahiran matahari), yang dilahirkan dewi Ibu Surgawi. Waktu siang menjadi semakin panjang dan waktu malam semakin pendek. Dipercayai bahawa waktu siang bertambah panjang kerana matahari menjadi semakin kuat bermula dari hari itu.

  1. Kelahiran

Perayaan-perayaan sekitar kelahiran ini serupa dengan yang ada untuk Krismas. Di dalam Empayar Rom, penyembahan dewi Ibu Surgawi serta anaknya adalah popular.

Ibadah ini tetap wujud setelah penubuhan Kekristianan oleh Constantine (seorang Maharaja Rom).

Simbolisme Ibu Surgawi dengan anaknya bukanlah berunsur Kristian. Pada zaman Augustine, para imam berarak di sini seperti golongan paderi Zaman Pertengahan.

Dewi Ibu Surgawi ini telah dibawa masuk ke dalam kepercayaan Kristian sebagai Perawan Maria.

Ibu Kristus bernama Mariam dan bukannya Maria (Mary). Mariam seterusnya mempunyai anak-anak yang lain, tidak seperti Ibu dewi, yang hanya melahirkan seorang anak lelaki dan yang disembah agama-agama katolik.

  1. Tiga Raja

Tiga raja itu yang dikaitkan dengan pesta penyembahan matahari bukanlah orang-orang bijaksana yang dikisahkan di dalam Alkitab. Tiga Raja itu nampaknya berkait dengan 12 hari Krismas.

12 hari Krismas dikaitkan dengan solstis atau 25 Disember. Tempoh dari 25 Disember hingga 5 Januari dikenali sebagai 12 hari Krismas. Malam kedua belas merupakan malam 6 Januari.

Alkitab tidak menyebut tentang bilangan orang-orang bijaksana dari Timur itu. Namun ia memang ada menyebut tentang tiga pemberian. Alkitab juga tidak memanggil mereka sebagai raja, sebaliknya sebagai majus yang bermakna orang-orang bijaksana.

Matius 2:1-12 1 Sesudah Yesus dilahirkan di Betlehem di tanah Yudea pada zaman raja Herodes, datanglah orang-orang majus dari Timur ke Yerusalem 2 dan bertanya-tanya: “Di manakah Dia, raja orang Yahudi yang baru dilahirkan itu? Kami telah melihat bintang-Nya di Timur dan kami datang untuk menyembah Dia.” 3 Ketika raja Herodes mendengar hal itu terkejutlah ia beserta seluruh Yerusalem. 4 Maka dikumpulkannya semua imam kepala dan ahli Taurat bangsa Yahudi, lalu dimintanya keterangan dari mereka, di mana Mesias akan dilahirkan. 5 Mereka berkata kepadanya: “Di Betlehem di tanah Yudea, karena demikianlah ada tertulis dalam kitab nabi: 6 Dan engkau Betlehem, tanah Yehuda, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yehuda, karena dari padamulah akan bangkit seorang pemimpin, yang akan menggembalakan umat-Ku Israel.” 7 Lalu dengan diam-diam Herodes memanggil orang-orang majus itu dan dengan teliti bertanya kepada mereka, bilamana bintang itu nampak. 8 Kemudian ia menyuruh mereka ke Betlehem, katanya: “Pergi dan selidikilah dengan seksama hal-hal mengenai Anak itu dan segera sesudah kamu menemukan Dia, kabarkanlah kepadaku supaya akupun datang menyembah Dia.” 9 Setelah mendengar kata-kata raja itu, berangkatlah mereka. Dan lihatlah, bintang yang mereka lihat di Timur itu mendahului mereka hingga tiba dan berhenti di atas tempat, di mana Anak itu berada. 10 Ketika mereka melihat bintang itu, sangat bersukacitalah mereka. 11 Maka masuklah mereka ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu bersama Maria, ibu-Nya, lalu sujud menyembah Dia. Merekapun membuka tempat harta bendanya dan mempersembahkan persembahan kepada-Nya, yaitu emas, kemenyan dan mur. 12 Dan karena diperingatkan dalam mimpi, supaya jangan kembali kepada Herodes, maka pulanglah mereka ke negerinya melalui jalan lain.

  1. Pohon Krismas

Perhiasan pokok pain datang daripada penyembahan dewa Attis.

? Siapakah itu Attis?

Attis, seorang dewa pagan, telah disalibkan pada satu pokok. Adat ini berkait dengan roh atau semangat purba pokok. Pokok pain ditebang dan dihiasi dengan perak dan emas serta tanda kematian dan kelahiran semula Attis, dengan bintang enam mata yang melambangkan korbannya pada puncak pokok. Orang-orang Yunani menyembah dewa Adonis yang serupa dengan Attis.

Attis dilambangkan oleh pohon pain yang disembah, dan dianggap suci baginya. Sebabnya kenapa pokok-pokok pain dianggap keramat, adalah bahawa mereka masih hijau pada musim sejuk apabila pokok-pokok lain telah kehilangan daun-daunnya.

Lambang-lambang Attis yang diletakkan pada pohon pain itu telah berubah kepada simbol-simbol matahari di atasnya, kemudian malaikat-malaikat. Perhiasan pohon Krismas senang dikenalpasti sebagai matahari dan bulan dan bintang-bintang yang digambarkan oleh barang-barang perhiasannya. Di Timur Tengah, Attis juga dikenali sebagai Baal iaitu pasangan kepada Astarte, Istar atau Easter. Alkitab mengutuk amalan ini. Di dalam Yeremia kita dapat mengenalpasti suatu gambaran pohon Krismas dan kita diperintahkan untuk tidak mengikut adat-adat orang di sekeliling kita.

Yeremia 10:2-5 2 Beginilah firman TUHAN:

“Janganlah biasakan dirimu dengan tingkah langkah bangsa-bangsa,

janganlah gentar terhadap tanda-tanda di langit,

sekalipun bangsa-bangsa gentar terhadapnya.

3 Sebab yang disegani bangsa-bangsa adalah kesia-siaan.

Bukankah berhala itu pohon kayu yang ditebang orang dari hutan,

yang dikerjakan dengan pahat oleh tangan tukang kayu?

4 Orang memperindahnya dengan emas dan perak;

orang memperkuatnya dengan paku dan palu,

supaya jangan goyang.

5 Berhala itu sama seperti orang-orangan

di kebun mentimun,

tidak dapat berbicara;

orang harus mengangkatnya,

sebab tidak dapat melangkah.

 Janganlah takut kepadanya,

sebab berhala itu tidak dapat berbuat jahat,

dan berbuat baikpun tidak dapat.”

  1. Lampu-lampu Krismas dan lilin-lilin

Lilin-lilin bersumbu diberikan kepada mereka yang rendah hati oleh golongan atasan mereka sewaktu Saturnalia. Lilin-lilin ini juga digunakan untuk menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan di samping ahli-ahli sihir dan roh-roh jahat. Lilin-lilin itu dinyalakan dan diikat kepada pohon oak yang keramat.

  1. Santa Klaus

Santa Klaus seperti yang kita kenali hari ini merupakan suatu hasil komersialisme Amerika. Orang-orang Amerika telah membentuknya dari cerita rakyat Jerman dan Belanda.

Lelaki yang dikenali sebagai Santo Nicholas adalah Nicholas dari Myra. Dia merupakan biskop Lycia di Asia Minor dan telah mati pada tahun 345 atau 352.

Mengikut ceritanya, dia telah mengambil upahnya untuk tiga tahun dan menjadikan upah setiap tahun kepada bola emas yang digolekkannya ke dalam rumah-rumah orang miskin. Kononnya satu daripadanya telah bergolek masuk ke dalam sarung kaki. Ini adalah asal-usul penerimaan hadiah di dalam sarung kaki (stoking) Krismas.

Tiga bola emas itu telah menjadi simbol para pedagang, dan akhirnya sampai ke kedai-kedai pajak gadai. Atas sebab ini, Santo Nicholas telah menjadi santo penaung bagi para pedagang.

Teladan Nicholas dari Myra yang memberi kepada orang miskin telah ditiru oleh para biarawati Perancis. Hadiah-hadiah didistribusikan dari kotak (box) sedekah pada 26 Disember. Atas sebab ini, hari selepas Krismas dikenali sebagai Hari Boxing.

Di negeri Belanda, Santa Klaus dikenali sebagai Sinterklaas. Sinterklaas adalah seorang biskop yang memakai penutup kepala (mitre) dan mempunyai sebuah buku yang mencatatkan perbuatan baik dan dosa. Dia mempunyai tongkat gembala dan menunggang seekor kuda putih di atas bumbung-bumbung rumah. Sinterklaas mempunyai seorang hamba bernama Black Peter. Di Belanda, anak-anak menyanyikan lagu-lagu di sekitar cerobong kepada Sinterklaas. Black Peter mendengar di atas cerobong itu untuk menentukan sama ada anak-anak itu menyanyikan lagu-lagu yang betul dan menyediakan pemberian-pemberian yang sesuai kepada kuda Sinterklaas, iaitu karot dan jerami. Hadiah-hadiah kemudiannya diberikan kepada anak-anak itu melalui cerobong tersebut.

Sinterklaas merupakan Santo penaung kota Amsterdam serta para pelaut yang belayar dari pelabuhan-pelabuhan Amsterdam.

Asal-usul Jerman bagi Sinterklaas adalah berdasarkan pada dewa Woden (dari siapa kita mendapat perkataan ‘Wodenesday’ yang bermaksud hari Woden – hari ini kita menyebutnya Wednesday (hari Rabu)). Woden penting bagi para penduduk tempat yang kita kenali hari ini sebagai Jerman dan orang-orang Teuton kuno, di samping orang-orang English. Woden, iaitu seorang tokoh di dalam sejarah, digambarkan di dalam mitologi sebagai menunggang kuda putihnya melalui udara, dengan berpakaian jubah yang berjela-jela. Dia mempunyai janggut putih yang panjang dan topi yang besar kerana dia juga dipercayai mempunyai kebijaksanaan, dan dia membawa sebuah buku di dalam tangannya.

  1. Para penolong (orang halus) Santa

Orang-orang Shetlander menamakan musim perayaan ini sebagai Yules. Tujuh hari sebelum Krismas, orang-orang halus (elves) yang dipanggil ‘trows’ dibebaskan dari tempat tinggal mereka di dalam bumi dan dibenarkan tinggal di atas tanah jika mereka ingin berbuat begitu. Pada hari terakhir musim cuti tersebut, orang-orang Shetlander menghalau orang-orang halus ini kembali ke tempat tinggal bawah tanah mereka. Ini dipanggil ‘saining’. Saining perlu dilakukan dengan betul untuk menghalau orang-orang halus ini, yang juga dipanggil ‘orang-orang kelabu’. Dari sinilah datangnya dongeng moden mengenai makhluk asing berwarna kelabu.

  1. Kek Krismas

Selepas saturnalia adalah suatu perayaan yang dipanggil ‘Pesta Orang-orang Bodoh’. Ini berlangsung dari 25 Disember hingga 6 Januari. Sewaktu masa ini, seorang raja dilantik dan kadangkala seorang ratu. Mereka dipilih pada malam ke 12 dari 12 hari Krismas, (malam 5 Januari). Mereka dipilih secara undian. Asalnya kekacang dimasukkan ke dalam kek untuk memilih raja dan ratu itu. Ada kalanya terdapat banyak kekacang di mana kacang-kacang berwarna mewakili raja atau ratu tersebut. Di England, raja dipilih dengan kacang (bean) sementara ratu dengan kacang pea di dalam kek itu. Kemudiannya, kekacang itu telah digantikan dengan duit syiling.

  1. Tumbuhan Holly, Ivy dan Mistletoe

Merah dan hijau adalah warna-warna kuno kultus-kultus pagan. Buah-buah beri serta daun-daun yang dilihat di dalam perhiasan Krismas, holly, ivy dan mistletoe adalah berwarna hijau dan merah. Tumbuhan ivy adalah suci kepada dewa Attis dan para imamnya penuh dengan tatu ivy. Mistletoe, sejenis tumbuhan yang ditemui pada pohon oak, khasnya suci kepada golongan Druid dan orang-orang Aryan. Ideanya datang dari bagaimana Mistletoe tersebar dan sampai kepada pohon itu dari syurga dan tidak pernah menjejaki tanah.

  1. Batang kayu Yule

Orang-orang Jerman membakar kayu Yule. Ini sudahpun menjadi adat kuno setibanya tahun 1184. Telah direkodkan bahawa seorang paderi kariah Ahlen di Munsterland telah mencatatkan membawa satu pokok untuk menyalakan api keramaian pada kelahiran tuhan. Pembakaran api-api dan lilin-lilin adalah untuk menolong matahari menyalakan semula cahayanya.

  1. Tambahan-tambahan terkini kepada mitos Krismas

Kris Kringle: Ini telah dibawa oleh golongan imigran Eropah ke Amerika Syarikat. Apa yang mereka namakan Christkindl bermaksud Kristus-Anak dan daripada ini kita mendapat Kris Kringle.

Kisah-kisah Knickerbocker: Washington Irvine menggambarkan Santa Klaus sebagai seorang makhluk halus yang mempersembahkan sarung kaki.

Rusa ‘reindeer’: Clement Clark Moore di dalam puisinya A Visit from Saint Nicholas (Lawatan dari Santo Nicholas) yang dinamakan semula sebagai ’Twas the Night before Christmas (Malam sebelum Krismas), telah memperkenalkan lapan rusa tersebut dengan gelaran-gelaran tradisional dewa guruh dan kilat seperti Donner dan Blitzen.

Rupa paras Santa Klaus: Pada tahun 1931, seorang rakyat Scandinavia bernama Haddon Sundblom telah diambil bekerja oleh Syarikat Coca Cola, dan, dengan menggunakan rupanya sendiri, telah menjadi gambar Santa Klaus untuk tempoh 25 tahun selanjutnya.

Pada tahun 1941, lagu Rudolph the Red-Nosed Reindeer telah dinyanyikan oleh Gene Autry, dan tambahan terakhir telah dibuat.

Warna-warna dan mitos-mitos di sekitar orang yang dikenali hari ini sebagai Santa Klaus, merupakan hasil akhir daripada penyembahan berhala selama 3000 tahun serta komersialisme.

  1. Apa yang dikatakan Alkitab mengenai penentuan masa kelahiran Kristus

Kristus nampaknya telah dilahirkan sekitar waktu Perayaan Pondok Daun (September/Oktober) dalam tempoh antara 8 hingga 5 SM. Alkitab mengatakan bahawa terdapat gembala-gembala yang berada di padang-padang yang sedang menjaga kawanan mereka pada malam Kristus dilahirkan (Lukas 2:8). Ini sudah pastinya tidak mungkin pada bulan Disember, kerana tidak ada kawanan domba di padang pada waktu itu. Ia sepatutnya terjadi kira-kira bulan sembilan di dalam kalendar lunar, dan Alkitab juga menyebut bahawa ia merupakan waktu yang sejuk dan berhujan di dalam tahun pada tempat itu (Ezra 10:9).

25 Disember bukanlah hari kelahiran Yesus Kristus. Para rasul dan Jemaat Kristian awal tidak pernah merayakan kelahiran Kristus pada bila-bila masapun. Alkitab tidak memberitahu bilakah sebenarnya Kristus dilahirkan, dan lagipun tiada perintah untuk merayakan kelahirannya.

  1. Perayaan-perayaan apakah yang harus kita pelihara?

Tiada satupun tempat di dalam Alkitab yang menyuruh kita merayakan hari Krismas. Namun Alkitab memang ada menyenaraikan hari-hari kudus tahunan yang harus kita pelihara. Hari-hari Kudus ini adalah suatu siri perayaan yang menggariskan rencana keselamatan Tuhan.

Hari-hari Kudus tahunan itu adalah:

Paskah dan Perayaan-perayaan Roti Tidak Beragi,

Pentakosta,

Perayaan Sangkakala-sangkakala,

Hari Pendamaian,

Perayaan Pondok Daun, dan

Hari Besar Terakhir.

Lihat karya Hari-hari Kudus Tuhan [CB22].

Senarai Hari-hari Kudus ini boleh didapati di dalam Imamat 23:1-44 dan Ulangan 16:1-6.