Christian Churches of God
[CB26)

Apakah Dosa?

(Edisi 2.0 20030831-20061120)
Pelajaran ini ialah tinjauan ringkas tentang bagaimana dosa masuk ke dalam dunia, apakah dosa itu, dan apakah akibat-akibatnya untuk manusia, Angkatan Syurga derhaka dan planet ini kerana dosa.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ã 2003, 2006 Diane Flanagan, ed. Wade Cox)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Apakah Dosa?

Alkitab memberitahu kita bahawa dosa ialah “pelanggaran hukum” (1 Yohanes 3:4). Dosa ialah satu tenaga yang sangat kuat yang membuatkan kita ingin mengikut jalan yang bertentangan dengan jalan Tuhan. Jadi daripada diberkati sebab hidup mengikut jalan Tuhan kita dihukum jika kita hidup mengikut jalan Iblis, iaitu dosa. Jalan Iblis bertentangan dengan jalan Tuhan. Tuhan membenci dosa (Amsal 6:16-19). Sesiapa yang berdosa berasal daripada Iblis sebab Iblis makhluk pertama berdosa (1 Yohanes 3:8).

Seorang Kristian berdepan dengan perjuangan terus-menerus dalam kehidupan hariannya untuk mengatasi dosa. Kita harus mengatasi jika kita ingin memperolehi kesempurnaan watak yang benar dan suci. Iblis menghendaki kita menolak Hukum Tuhan. Jadi jika kita menyerah kalah dalam perjuangan melawan dosa, Iblis menang.

Adakah dosa yang lebih buruk daripada dosa lain?

Sesetengah jemaat yang memanggil diri mereka Kristian mengajar bahawa ada dosa yang mematikan dan dosa ringan. Mereka berkata bahawa sesetengah dosa lebih buruk daripada dosa lain dan dengan itu dosa-dosa ini memerlukan lebih banyak hukuman. Mereka berkata dosa yang mematikan membawa ke neraka dan dosa ringan lebih senang diampuni dan mungkin selepas waktu singkat di Tempat Penyucian seseorang yang melakukan dosa-dosa ringan dapat pergi ke Syurga. Konsep ini datang daripada istilah yang digunakan rasul Paulus berkenaan fakta bahawa ada sesetengah dosa yang membawa kepada kematian. Bagaimanapun, konsep Syurga dan Neraka untuk jiwa abadi sesudah mati bukanlah konsep Kristian.

Konsep orang pergi ke Syurga atau Neraka setelah mereka mati merupakan konsep pagan. Perkataan untuk Neraka ialah Sheol, dan bererti kubur di mana orang mati dikuburkan. Hades ialah perkataan Yunani yang digunakan untuk perkataan Ibrani itu, dan juga bererti kubur. Perkataan ketiga yang diterjemahkan sebagai neraka dalam Alkitab ialah Gehenna, iaitu lubang sampah di luar Yerusalem di mana mereka membakar anjing-anjing dan sampah lain. Satu lagi perkataan yang digunakan dalam Alkitab ialah tartaros atau tartaroo, iaitu lubang yang disediakan untuk para malaikat dalam pengurungan mereka. Tiada apapun yang menyerupai Neraka yang sentiasa membakar.

Yohanes mengatakan bahawa ada dosa yang tidak mendatangkan maut. Itu biasanya bermakna dosa-dosa yang kita kutip atau lakukan sementara kita melakukan pekerjaan harian kita. Bagaimanapun, selepas pertaubatan kita dilepaskan daripada dosa-dosa ini dan kita diizinkan terus kekal dalam Tubuh Kristus dan Kebangkitan Pertama yang diperkatakan dalam Wahyu 20. Mereka yang sengaja berbuat dosa dikirim kepada Kebangkitan Kedua dan boleh menghadapi kematian kedua. Sesiapa yang lahir daripada Tuhan tidak berbuat dosa (1 Yohanes 3:9).

Dosa Lucifer

Ketika Tuhan mencipta makhluk-makhluk rohaniah Dia mencipta mereka sempurna. Hukum Tuhan juga sudah ada sejak mula. Tetapi sama seperti kita boleh melakukan pilihan betul dan salah begitu jugalah makhluk-makhluk rohaniah. Tuhan tidak mengingini orang atau makhluk rohaniah seperti robot. Tuhan menghendaki makhluk-makhluk rohaniah dan jasmaniah yang ingin mentaati segala HukumNya daripada hati mereka dan bukan kerana mereka dipaksa berbuat demikian.

Lucifer dicipta sempurna (Yehezkiel 28:12-15). Dia Kerub diurapi yang menjaga Takhta Tuhan. Lucifer, ertinya pembawa terang, memegang pangkat bintang fajar planet ini (Yesaya 14:12). Pada satu ketika, kecurangan ditemui dalamnya dan dia berdosa (Yehezkiel 28:15-16).

Perkataan yang diterjemah kecurangan ialah SHD 5766 dan bermakna pertentangan, kejahatan, ketidakjujuran, kesalahan, ketidakadilan, dan kerosakan akhlak. Dengan kecurangan ini dalamnya dan dosanya, Allah Bapa membuangnya dari gunung Tuhan (Yehezkiel 28:16). Nama Lucifer kemudian ditukar kepada Iblis (Satan) (Zakharia 3:1), bererti musuh (1 Pet. 5:8; Wahyu 12:10; Zakharia 3:1). Seorang musuh ialah seseorang yang cuba menyakiti kita. Iblis menyakiti kita dengan menuduh kita di hadapan Tuhan.

Dosa Iblis melucutkannya daripada peranan dan tanggungjawabnya sebagai Kerub Penjaga Takhta Tuhan. Iblis melanggar Perintah Pertama dengan mencuba untuk meninggikan dirinya mengatasi Allah Maha Esa. Yesus Kristus berkata bahawa Iblis ‘pendusta dan bapa segala dusta’ (Yohanes 8:44).

Peranan Iblis sebagai Kerub Penjaga adalah kosong sekarang ini. Iblis telah dipertanggungjawabkan Bumi ini dan sepatutnya melaksanakan Hukum-hukum Tuhan di planet ini. Tanggungjawab Iblis untuk Bumi dan penduduk Bumi tidak berubah selepas penderhakaan itu. Iblis diberi kira-kira 6,000 tahun untuk memerintah Bumi. 6,000 tahun itu hampir tamat dan kita boleh menduga dengan semua penderitaan atas planet ini bahawa Iblis tidak mengikuti Hukum-hukum Tuhan atau RencanaNya.

Iblis masih lagi “penguasa kerajaan angkasa” (Efesus 2:2). Ini bermakna Iblis dan Angkatan Syurga derhaka dapat mempengaruhi fikiran kita melalui muzik, televisyen, perbualan, dll. Kita disuruh menjaga fikiran kita (2 Kor. 10:3-5). 2 Korintus 4:4 memberitahu kita ilah dunia ini telah membutakan fikiran orang yang tidak percaya.

Pada mulanya segala sesuatu dicipta sempurna tetapi apabila Angkatan Syurga derhaka cuba naik ke Takhta Tuhan mereka dibuang balik ke Bumi (Yesaya 14:13-14). Itulah sebabnya kenapa Lukas 10:18 menyatakan, “Aku melihat Iblis jatuh seperti kilat dari langit”. Beberapa waktu selepas penderhakaan rohaniah pimpinan Iblis itu, dalam mana sepertiga Angkatan menyertainya (Wahyu 12:4) Bumi menjadi tohu dan bohu, atau tidak berbentuk dan kosong (Kejadian 1:2). Walaupun ia dicipta sempurna, Bumi musnah sebahagiannya kerana pemberontakan Angkatan Syurga derhaka itu.

Dosa Adam dan Hawa

Sebelum mencipta manusia di Bumi, ia dibentuk kembali dan dijadikan tempat yang baik untuk didiami manusia. Lihat kertas Pada Mulanya (No. CB5).

Manusia dicipta menurut gambar rupa Tuhan (Kejadian 1:26-27). Manusia pertama juga dicipta sempurna. Mereka hidup damai dan belajar tentang Hukum Tuhan. Yesus Kristus, sebagai malaikat di Taman Eden, mengajar Adam dan Hawa tentang Hukum-hukum Tuhan.

Seperti yang kita tahu daripada Alkitab, Iblis memperdaya Hawa sampai memakan buah pohon yang dia dilarang makan buahnya. Adam dan Hawa berdosa dalam keinginan mereka untuk mengambil sesuatu yang bukan milik mereka. Mereka juga mengalah kepada godaan dan mencuri daripada pohon yang Tuhan telah beritahu mereka adalah dilarang bagi mereka. Adam dan Hawa dikutuk kerana mengingkari Tuhan (Kejadian 3:14-16). Hasil daripada penderhakaan dan dosa mereka, maut menjalar kepada seluruh manusia (1 Kor. 15:22; Rom. 5:12).

Untuk keterangan lebih tentang apa yang terjadi kepada Adam dan Hawa lihat kertas Adam dan Hawa di Taman Eden (No. CB6).

Akibat dosa

Dosa ialah pelanggaran Hukum Tuhan (1 Yohanes 3:4). Kita tahu apa itu dosa dengan Hukum Tuhan (Rom. 3:19). Untuk keterangan lebih tentang Hukum Tuhan lihat Hukum Tuhan (No. CB25). Semua orang telah berdosa (Rom. 5:12). Akibat (upah) dosa ialah maut (Rom. 6:23). Yesus Kristus datang sebagai satu-satunya tuhan lahir (Yohanes 1:18) untuk membayar penalti maut untuk seluruh umat manusia dan Angkatan derhaka. Oleh sebab Yesus berada di sini sebagai seorang manusia dan menjalani kehidupan tanpa dosa kematiannya melunaskan harganya untuk semua kita. Kematiannya menjadi korban diperkenan sempurna untuk membawa kita semua kembali kepada Bapa (Ibrani 7:27,28; 9:12; 10:10-19; 1 Pet. 3:18).

Walaupun kita tahu kita ada laluan kepada Allah Bapa, mungkin masih ada akibat atau penalti yang harus kita lunaskan untuk dosa-dosa kita.

Terdapat banyak contoh bagaimana dosa mempengaruhi planet ini. Contohnya, oleh sebab kita tidak mematuhi hukum-hukum makanan Tuhan manusia kini mendapat penyakit daripada memakan makanan haram. Binatang-binatang haram di dalam air (lihat Imamat 11:10) bertujuan untuk melakukan tugas tertentu. Bagaimanapun, oleh sebab semua itu dimakan sebagai makanan semuanya tidak dapat melakukan tugasnya dan menolong dalam Rencana Tuhan sebagaimana yang Dia maksudkan. Untuk keterangan lanjut lihat kertas Hukum-hukum Makanan Alkitabiah (No. CB19).

Satu lagi contoh ialah ramai orang di planet ini yang tidak menunggu perkahwinan sebelum melakukan seks. Oleh itu kini ada ramai orang yang mempunyai penyakit jangkitan seksual seperti AIDS. Jadi ramai anak-anak tidak membesar di dalam rumah di mana adanya ibu dan bapa untuk menyayangi dan menjaga mereka.

Terdapat begitu banyak contoh, tetapi masalah utamanya ialah orang tidak menyembah Allah Maha Esa. Ada orang yang memuja wang, teknologi, atau tuhan palsu. Hari ini ramai orang mendapat waktu berehat untuk Krismas sebagai negara mereka mengatakan ini hari cuti. Namun kita tahu bahawa Krismas merupakan perayaan pagan dahulukala dan kita harus tiada kena-mengena dengannya. Lihat kertas Kenapa kita tidak merayakan Krismas (No. CB24). Untuk keterangan lanjut lihat kertas Hukum Sepuluh (No. CB17).

Setiap kali kita berdosa dan terus berdosa, kita meletakkan diri kita semakin jauh dari Tuhan. Namun setiap kali kita mentaati Tuhan semakin banyak Dia menuntun fikiran kita (Amsal 16:3). Kita mesti berdoa, mempelajari Alkitab dan memeriksa diri kita sendiri untuk cuba melihat dosa-dosa kita. Rasul Paulus berkata dia tentunya tidak mengenal dosa kalau bukan Hukum menyatakan apa dosa itu (Roma 7:7).

Bumi terkutuk

Apabila kita berdosa terdapat penalti atau akibat untuk kita sebagai individu, dan kadangkala ini sampai kepada keluarga kita, negara dan planet. Bumi dikutuk kerana keingkaran Adam (Kejadian 3:17-19; Kejadian 4:11,12).

Seperti yang disebut lebih awal, apabila kita melanggar hukum makanan ini menyakiti individu, tetapi ini juga menyakiti planet.

Sebab kita tidak memelihara Sabat-sabat untuk tanah, tanah sedang digunakan berlebih-lebihan. Hasil tanaman tidak sesihat hasilnya bertahun-tahun yang lalu. Orang semakin sakit disebabkan kekurangan zat dalam makanan, dan penggunaan bahan kimia dan racun pembunuh hama yang bertambah dalam rantai pemakanan.

Sebaliknya pula, hanya kerana orang sakit, ini tidak semestinya bererti mereka berdosa. Tuhan sering menyembuhkan orang, tetapi kadangkala Dia memilih untuk tidak memulihkan mereka kepada kesihatan baik. Kadangkala kita tidak menjaga diri kita dengan betul dan dengan itu menjadi sakit. Tetapi kita juga boleh mewarisi penyakit daripada ibu bapa kita. Rasul Paulus boleh menyembuhkan orang lain tetapi dia sendiri tidak disembuhkan. Penyakit dalam masyarakat ini ialah hasil menolak Hukum-hukum Tuhan secara beransur-ansur sejak penciptaan.

Dunia Iblis

Di bawah sistem Iblis semuanya sedang disalah urus dan para individu, keluarga dan negara menderita. Para individu yang mentaati dan memelihara Hukum-hukum Tuhan menjadi makmur dan menerima berkat. Planet ini juga terpelihara dalam keseimbangan betul dan dapat terus menyokong orang-orang yang mendiaminya.

Kita diajar bagaimana untuk melayani orang-orang lain dan planet ini. Namun dunia secara keseluruhannya telah memilih untuk mengingkari Hukum-hukum Tuhan. Lihatlah apa yang terhasil daripada semua salah urus itu: pemanasan global, kepupusan kehidupan binatang, kehilangan haiwan-haiwan penting dalam rantai pemakanan – semua kerana hukum-hukum yang dilanggar. Sekarang ini senarainya tidak habis-habis berhubungan penderitaan yang sedang dialami dengan tidak mentaati Tuhan.

Keadaannya mungkin amat berbeza jika orang bertaubat dan mula mentaati Tuhan. Apabila kita menurut Hukum-hukum Tuhan kita menerima berkat dan mempunyai ketenangan fikiran yang kita melakukan perkara yang betul (Yakobus 1:25). Para individu, keluarga, dan seluruh planet tentunya berkeadaan lebih baik dengan memelihara Hukum-hukum Tuhan.

Kita diperintah untuk tidak mengasihi dunia atau apa sekalipun dalam dunia. Jika kita mengasihi dunia, kasih Bapa tidak ada dalam kita. Dunia dan segala keinginan penuh dosanya akan berlalu. Tetapi sesiapa yang melakukan kehendak Tuhan hidup selama-lamanya (Yohanes 15-17).

Rencana Tuhan untuk CiptaanNya

Walaupun Bumi dikutuk kerana penderhakaan Adam dan Hawa, Tuhan telah menetapkan satu rencana untuk mengecilkan masalah-masalahnya. Apabila dosa terjadi, sistem Yobel dimulakan. Siste Yobel/sabat merupakan sistem ekonomi, alam sekitar, moral dan sosial yang lengkap untuk manusia. Ia melindungi semua individu dan keluarga mereka. Namun manusia masih cuba membuat sistemnya sendiri dan memberontak terhadap Sistem Tuhan.

Yobel bererti 50. Yobel berdasarkan tujuh kitar 7-tahun, dan ini sama dengan 49 tahun. Tahun Yobel ialah tahun ke 50. Imamat 25:10 menyatakan, “Kamu harus menguduskan tahun yang kelima puluh, dan memaklumkan kebebasan di negeri itu bagi segenap penduduknya. Itu harus menjadi tahun Yobel bagimu”. Tuhan memiliki semua dan Dia mengizinkan kita menggunakan Bumi itu.

Yobel seterusnya ialah 2027/28. Mesias akan berada di planet ini sebelum tarikh itu untuk membuat persiapan untuk Yobel. Yobel yang bermula pada 2027/28 akan menjadi Yobel segala Yobel sebab ia Yobel kelima puluh sejak pemulihan dalam Ezra dan Nehemia.

Pada satu waktu di masa hadapan Allah Bapa dan Yesus Kristus akan memerintah alam semesta daripada Bumi. Apabila dosa tiada lagi di planet ini, Tuhan akan memindahkan TakhtaNya yang kini berada di Syurga tingkat Ketiga, ke Bumi. Matahari dan bulan tidak akan ada lagi kerana Tuhan akan menerangi atau mencahayakan Bumi (Wahyu 22:5). Satu sungai air kehidupan akan mengalir dari Takhta Tuhan dan Anak Domba (Wahyu 22:1). Kutukan atas Bumi akan dibuang (Wahyu 22:3).

Memang benar-benar menakjubkan kebijaksanaan, kekuatan dan belas kasihan yang dimiliki Allah Bapa. Dia menetapkan satu Rencana yang mengizinkan manusia dan Angkatan derhaka membuat pilihan mereka sendiri, tetapi berkesudahan dengan dosa dan kematian. Namun Tuhan menetapkan satu cara sebelum Dia mencipta apa-apapun, untuk memulihkan manusia dan Angkatan Syurga derhaka kepada diriNya. Pada waktu ini manusia mentaati Tuhan kerana mereka ingin begitu. Tuhan tidak memaksa orang ramai mentaatiNya. Sukar kita bayangkan satu waktu bilamana semua orang yang pernah dicipta akan memelihara Hukum Tuhan (Ezra 7:14) dan semua manusia akan menjadi makhluk-makhluk rohaniah, beribadat kepada dan mentaati Allah Maha Esa, Eloah.

Sekarang terpulang kepada kita untuk bekerja keras untuk mentaati Hukum Tuhan dan mengurangkan penderitaan seluruh sistem ini. Kita juga bertanggungjawab untuk menyebarkan injil ke seluruh dunia supaya semua orang mengetahui Rencana Tuhan dan boleh bertaubat dan mengubah cara hidup mereka. Semua akan diberi peluang untuk bertaubat dan hidup menurut jalan Tuhan. Sebab Tuhan tidak menghendaki sesiapapun binasa, nampaknya semua makhluk akan memilih untuk taat kepada Hukum-hukum Tuhan. Untuk keterangan lanjut tentang proses pendamaian itu lihat Hari-hari Raya Tuhan (No. CB22) dan Rencana Keselamatan Tuhan (No. CB30).

Memang ada waktu lebih baik seperti ini yang akan datang pada masa hadapan, tetapi ada banyak kerja yang harus disiapkan sebelum dua Saksi itu tiba (Wahyu 11:1-12) diikuti dengan kedatangan kembali Mesias.