Kita teruskan disini dari karya tulis Pelayanan Elisa Berterusan (No. 145)
Ahaziah, raja Yudah
Selepasa kematian Yehoram, Ahaziah, anak lelakinya, menjadi raja di Yudah. Tetapi dia telah dipengaruhi oleh praktik orang pagan, dam tidak memperbaiki keadaan di Yudah. Dia hidup dengan cara kehidupan di rumah Ahab dan adalah jahat di mata Tuhan – di adalah anak menantu di rumah Ahab.
Pada amsa ini Yehoram (bukan Yehoram dari Yudah yang mati kebelangan ini) adalah raja di Israel. Dia memutuskan untuk mengambil tenteranya ke Ramoth-gilead, satu pekan yang diduduki oleh tentera Siria. Kota yang berbenteng ini adalah dalam daerah orang Gad. Raja ini tidak mahu orang Siria terus mempunyai kuasa di dalam Israel, khususnya yang berdekatan dengan Samaria. Apabila seorang raja muda dari Yudah mendengarkan ini, dia menambahkan bala tenteranya bagi Yehoram. Jadi kedua-dua raja dengan tentera gabungan mereka berperang terhadao Hazael, raja orang Siria.
Bagaimana pun, Yehoram telah tercedera teruk jadi dia kembali ke Jezreel untuk menunggu sehingga luka dia sembuh. Kemudian Ahaziah memilih untuk pergi ke Jezreel untuk melawar Yehoram dan ingin mengetahui sama ada dia mula pulih. (2 Raja 8:25-29; 2 Taw 22:1-6).
Yehu dilantik menjadi raja Israel
Sementara itu, Elisa nabi itu sedar dari apa yang berlaku. Melalui Allah, dia mengetahui bahawa iba masanya bagi keluarga Ahabm kerana ketidakturutan, akan berakhir. Allah memerintahkan nabi itu memlih satu daripada muridnya untuk bersedia untuk berjalanan ke Ramoth-gilead.
“Disana kamu akan mendapatkan Yehu, Komandan tentera Yehoram,” Elisa memberitahu orang muda itu. “nyatakan bahawa mempunyai mesej sulit dan bahawa kamu harus berjumpa dengan dia seorang diri.”
Nabi itu memberikan dia satu botol minyak dan menjelakan bagaimana ianya digunakan dan apa yang dia harus katakan. Dia diberi amaran untuk meninggalkan Yehu pada masa misinya selesai.
Apabila orang muda itu tiba di Ramoth-gilead dia mendapati pegawai-pegawai tentera duduk bersama. “Aku mempunyai mesej bagi komandan kamu,” dia berkata. “Untuk siapa.” Yehu bertanya.
“Kamu kamu, komandan,” orang muda itu menjawab.
Yehu berdiri dan masuk ke rumah dan nabi muda itu mengikuti dia. Dia mengambil botol minyak zaitun itu dan menuangkan keatas kepala Yehu.
“Dengan kuasa Allah Israel, Aku mengurapi kamu sebagai raja dalam Rumah Israel,” orang muda itu menjelaskan. “Allah mahu jelaskan kepada kamu bahawa sebagai raja akan datang kamu harus berdendam kepada kematian nabi Allah di Samaria pada maa Ahab; dan kematian hamba Allah yang lain yang disebabkan Jezebel. Dengan bantuan Allah, kamu akan mengakhiri pemerintahan keluarga Ahab. Ini termasuk ratu Jezebel, yang badannya akan dimakan anjing, sehingga sedikit dari badannya yang dikubur” (2 Raja 9:1-10).
Selepas selesai apa yang perlu dia lakukan, orang muda itu membuka pintu dan keluar tergesa-gesa.
Apabila Yehu kembali kepada rakan-rakannya, satu dariapada mereka berkata kepada dia, “Aku harap orang itu tidak menjengkelkan kamu. Mungkin dia seorang alim yang gila. Apakah alasannya untuk datang kesini?”
“Kamu tahu orang itu dan perkara yang dia katakan”, Yehu menjawab.
“Itu tidak benar!” mereka berkata, “Beritahu kami apa yang dia katakan”.
Yehu menjawab, “Dia telah diutus oleh nabi Elisa untuk memberitahu aku bahawa aku akan menjadi raja bagi Rumah Israel yang seterusnya.”
Pegawai-pegawai itu dengan cepat membuka jaket mereka dan meletakkannya diatas badan dia. Dalam cara ini, walaupun mereka bertindak mendadak, hanya satu deklarasi dari ketua mereka, mereka bertindak balas kepadanya sebagai pemerintah baru mereka.
Kemudian mereka meniup sangkakala dan berteriak “Yehu adalah raja” (@ Raja 9:11-13).
Yakin apa yang dia harus lakukan menurut Elisa, yang dia hormat, Yehu bersedia untuk meninggalkan Ramoth-gilead.
“Jangan kamu meninggalkan kemah dan memberitahu berita ini ke Jezreel,” Yehu berkata.
Jadi Yehu pergi ke Jezreel dalam kereta kudanya.
Apabila penjaga di menara melihat Yehu dan bala tenteranya mendekati dia berteriak, “Aku melihat satu bala tentera sedang mendekat”.
“Hantar seorang penunggang kuda untuk berjumpa dengan mereka dan tanya sama ada mereka datang dengan damai”, Yehoram berkata.
Yehu menggenapkan nubuatan
Beberapa minit selepas itu seorang penunggang menghampiri kereta kuda Yehu dan berkata, “Raja itu bertanya sama ada kamu datang dengan damai?”
“Jangan bimbang tentang damai!” Yehu berteriak kembali. “Pergi ke belakang bala tentera ini!”
Apabila penunggang itu tidak kembali pada masa yang ditetapkan, Yehoram mengutus seorang lagi untuk berjumpa dengan bala tentera yang mengahmpiri itu. Yehu memberitahu dia juga untuk pergi ke belakang. Penjaga itu memberitahu yehu bahawa bala itu diketuai oleh kereta kuda, dan Yehu sedang menunggangnya, yang memandu kereta kuda itu seperti orang gila (2 Raja 9:14-20).
Yehoram raja Israel dan Ahaziah raja Yudah keluar sejurus itu, dalam kereta kuda masing-masing, untuk berjumpa dengan bala tentera Yehu. Tidak jauh dari Jezreel, dimana kebun anggur Nabot telah diambil dari dia dahulu (1 Raja 21:1-16), mereka berjumpa dengan Yehu.
“Adakah kamu datang dengan damai?” Yehoram bertanya.
“bagaimana boleh ada damai selagi ada seorang raja yang ibunya menyembah berhala, percaya kepada kedukunan dan tahyul, dan yang mem[unyai anak yang mengikuti jejaknya?” Yehu menjawab (2 Raja 9:21-22).
Yehoram berpaling dan melarikan diri dan memanggil Azahiah, “Lari dari sini? Orang ini tidak menjadi musuh kita!”
Yehu mengambil anak panahnya dan meletakkan di bucu panahnya. Tidak lama kemudian Yehoram mati terlantar di lantai kereta kudanya (2 Raja 9:23-24).
“Ambil tubuh Yehoram dan buanglah ke tempat dimana Nabot penanam anggur itu dilontari batu sehingga batu,” Yehu berkata kepada Bidkar, kapten bala tenteranya. “Adakah kamu ingat ketika kita masih lagi muda dibawah Ahab, bagaimana isteri Ahab Jezebel telah membunuh Nabot dengan kejam? Sekarang biarlah anak lelakinya menjadi makanan anjing liar di tempat yang sama dimana Nabot dibunu” (2 Raja 9:25-26; 1 Raja 21:17-22).
Nabi telah memberitahu bahawa raja lima belas tahun sebelum itu bahawa darahnya akan dijilat oleh anjing-anjing di tempat sama ia menjilat darah Nabot. Dalam peristiwa ini darah anak Ahab yang dijilat darahnya, yang mana ianya dalam keturunan yang sama.
Tidak ada tempat untuk berlindung
Apabila Ahaziah melihat apa yang berlaku di melarikan diri menuju ke Beth-haggan. Yehu mengejar dia dan berkata, “Panah dia juga”. Dan mereka memanah dia di dalam kereta kuda dalam perjalanan ke Gur. Tetapi dia sempat melarikan diri ke Megiddo, dan mati disanan. Hambanya mengambil tubuhnya dan mengukurkan dia dalam kuburan dari moyangnya du Yerusalem.
Yehu kemudiannya pergi ke Jezreel dimana Jezebel menunggu dia. (Jezebel adalah ibu kepada Yehoram dan nenek kepada Ahaziah.) Dia telah mewarnai matanya dan rambutnya disikat dengan rapi.
Sementara dia masuk ke pintu gerbang dia memanggil Yehu dari jendela, “Adakah kamu datang dengan damai, Zimri, kamu pembunuh tuan kamu?” (2 Raja 27-31).
Zimri telah menawan takhta dari Elah dengan pembunuhan dan kemudian membunuh seluruh orang dalam rumah Baasha (1 Raja 16:8-20).
Yehu melihat keatas dan memanggil, “Siapakah yang ada di sebelah kamu?”
Dua atau tiga orang sida-sida muncul dan melihat kebawah. “lontarkan perempuan itu kebawah!” yehu berkata.
Jadi mereka membuang dia keluar dari tingkap dan darahnya terpercik di dinding dan kuda ketika kuda-kuda menginjak-injak dia (2 Raja 9:32-33).
Kemudian Yehu pergi makan dan minum dan berkata, “Kuburkan perempuan terkutuk ini. Dia adalah anak kepada raja, isteri kepada raja, ibu mertua kepada raja dan nenek kepada raja. Tidak patut dibiarkan tanpa dikubur. Ambil dia dan sediakan kubur baginya.”
Orang-orang Yehu pergi ketempat tubuhnya terlantar, ettapi anjing-anjing yang lapar sudahpun ada disana. Hanya tengkorak, kaki dan lengan dan tapak tangannya sahaja yang tinggal. Orang-orang itu kembali kepada komandan mereka dan memberitahu dia apa yang berlaku (ay.34-35).
Ini adala menurut kehendal Allah,” Yehu memberitahu mereka. “Nabi Elija telah memberitahu ini dahulu bahawa anjing-anjing akan memakan perempuan ini berdekatan dengan dinding Jezreel. Malah tidak cukup yang tertinggal untuk dikuburkan. Dia akan menjadi bahan buangan ditanah. Dia tidak akan ada tuguh peringatan atau pusara dengan namanya” (2 Raja 9:36-37; 1 Raja 21:1-26).
Ini adalah akhir kehidupan seorang perempuan yang mungkun paling tidak terkenal dalam sejarah Alkitab. Kejahatannya, kehidupan yang menyembah berhala telah mempengaruhi semua Israel, yang menagkibatkan kesukaran dan ketidak gembiraan kepad ramai orang. Mungkin kebanyakan mereka tidak patut menerima yang lebih baik, dengan itu Allah membenarkan perempuan ini mempengaruhi kehidupan mereka untuk mewujudkan hala tuju semua Israel.
Keluarga Ahab terbunuh
Untuk layak menjadi raja dalam Rumah Israel, tugasan Yehu adalah sukar. Melalui dia Allah bertujuan untuk membinsakan keluarga Ahab. Tujuh puluh dari anak lelaki Ahab tinggal di Samaria, pusat kepada Israel. Yehu mahu melawan mereka sebelum mereka melarikan diri dan bersembunyi di tempat-tempat yang jauh.
Jadi Yehu mengutus surat kepada sabahat dekat Ahab, yang menyanyangi anak lelakinya yang lebih muda, dan ketua orang Samaria. Dia mencadangkan bahwa mereka dengan segera akan memilih satu daripada tujuh puluh anak Ahab untuk memimpin mereka, menggunakan peralatan perang yang ada di kota itu, untuk mempertahankan diri mereka terhadap Yehu dan bala tenteranya. Ini menakutkan orang di Samaria. Mereka mengetahui bahawa ianya sia-sia untuk mencuba bertahan melawan Yehu. Apa yang mereka boleh lakukan adalah menjawab untuk bekerjasama dalam apa juga kecuali berperang (2 Raja 10:1-15).
Tidak berapa lama kemudian satu jawapan dari Yehu. Orang-orang dari Samaria terkejut dan merasa takut bila mereka membacanya.
“Sekiranya kamu berada di pihak aku, ambil kepala-kepala tujuh puluh anak tuan kamu dan datang kepada aku di Jezreel esok pada masa ini.”
Jadi mereka membunuh anak-anak raja dan membawa kepala mereka dalam bakul dan menghantarnya kepada yehu. Apabila Yehu mendengar berita ini, dia memerintahkan mereka untuk mengumpulkan kepala-kepala itu dalam dua timbunan di sisi pintu gerbang utama Jezreel. Ini adalah peringatan kepada sesiapa yang mahu melawan raja.
Yehu keluar dari pintu gerbang itu pada pagi keesokannya dan berkata kepada semua orang, “kamu tidak bersalah. Aku membunuh raja tetapi aku tidak memotong kepala-kepala itu. Saya membunh Yehoram, dan ia adalah menurut perintah Allah. Ianya juga perintah Allah bahawa semua anak-anak Ahab harus mati, menurut kepada nabi Elijah dan Elisah” (2 Raja 10:6-10; 1 Raja 21:17-19; 2 Raja 9:1-10).
Beberapa jam kemudian yehu dan orang-orangnya menjelajah Jezreel dan wilayah yang dekat dengannya yang berkaitan dengan Ahab, dan membunuh mereka. Mereka juga membunuh semua imam kafir yang mereka dapat cari. Mereka kemudiannya bermula di Samaria untuk meneruskan tujuan mereka, tetapi berhenti di perjalanan dimana ada orang berkumpul di tempat percukuran. Yehu tidak mengenali sesiapa disana dan mereka tidak mengenali dia.
“Siapakah mereka ini semua?” dia bertanya kepada seorang disana. “kami adalah saudara mara Ahaziah, raja Yudah,” orang itu menjawab dengan bangga. “Kami dalam perjalanan untuk melawat saudara mara yang lain, Yehoram dan Jezebel. Kami berhenti untuk mengambil bahagian dalam percukuran tahunan.”
Orang ini tidak mengetahui bahawa raja dan ratu mereka sudah mati dan bahawa dia baru saja membawa mautnya sendiri dan kepada saudara maranya. Yehu dan orang-orangnya bertindak dan membunuh semua empat puluh dua orang itu (2 Raja 10:11-14).
Sekali lagi Yehu dan bala tenteranya kembali ke Samaria. Dalam perjalanan mereka berjumpa dengan Yehonadab, anak kepada Rekab. Yehu mengenali Yehonadab, dan bertanya sama ada Yehonadab mahu melawan dia.
“Adakah kamu tidak setujuh dengan apa yang sedang aku lakukan?” Yehu bertanya.
“Aku bersetujuh dengan kamu,” Yehonadab menjawab. “Aku tahu ini adalah menurut kehendak Allah.”
“Maka masuklah di kereta kudaku ke Samaria, dan bantu kami untuk mencari sisa keturunan Ahab,” Yehu berkata, Yehonadab bersetujuh dan menunggang bersama Yehu dalam kereta kudanya. (2 Raja 10:15-16).
Apabila Yehu datang ke Samaria, dia membunuh semua keluarga Ahab yang tertinggal – menurut kepada firman yang Tuhan brikan kepada Eliah (ay. 17).
Yehonadab, anak kepada Rekab membuat namanya dengan menjadi pengikut Hukum Allah dan dengan melatih anak-anaknya untuk mengikuti dia. Mereka telah dikenali sebagai suku kaum Recabite (Yer 35).
Ini menandakan akhir kepada keluarga Ahab. Sekiranya raja itu menurut kepada Allah, keturunannya semestinya tidak dibunuh, dan akan terus memerintah selama mereka hidup dan memerintah dengan bijak.
Imam-imam Baal telah dibunuh
Selepas Yehu telah menubuhkan dirinya di Samaria, dia membuat satu perisytiharan orang ramai yang mengejutkan yang dia telah memutuskan untuk menjadi pengikut Baal, walaupun dia telah hentikan sesetengah sami-sami jahiliah dalam Jezreel. Untuk membentukkan untuk ia, dia menegaskan bahawa dia akan menyembah Baal dengan semangat banyak lagi daripada melakukan Ahab, yang kadang-kadang telah mengimbas untuk menimbangkan Tuhan Israel lebih berkuasa. Ini adalah berita baik untuk ramai pengikut bagi Baal di Israel, dan terutama untuk sami-sami bagi Baal, daripadanya terdapat ratusan dalam tempat itu.
“Saya pernah memilih satu hari pada yang untuk menawarkan pengorbanan kepada Baal,” Yehu mengumumkan. “Setiap paderi setia kepada tuhan itu patut hadir di kuil bagi menyertai dalam majlis. Mana-mana paderi yang gagal untuk muncul akan dibunuh.” Tetapi Yehu adalah berbohong kerana beliau mahu untuk membinasakan penganut-penganut bagi Baal (2Raja.10:18-19).
Bila hari istimewa itu datang , jadi banyak paderi menghadiri dimana bangunan itu penuh sesak. Semua menteri-menteri bagi Baal datang; tiada seorangpun yang tidak hadir.
Kemudian Yehu memberitahu penyimpan jubah untuk membawa juba-juba kepada semua imam itu; dia melakukannya. Maka Yehu dan Yehonadab pergi ke kuil Baal.
Yehu memberitakan perintah bahawa tidak ada pengikut Allah yang dibenarkan melihat dalam kuil itu. Dia juga menempatkan lapan puluh orang di luar dan memberitahu mereka sekiranya ada di antara penganut Baal itu yang keluar, mereka akan dibunuh.
Apabila dia habis membuat korban itu Yehuberkata kepada pengawal dan pegawai-pegawai itu, “Pergi dan bunuh mereka; jangan ada orang yang terlepas!” jadi mereka membunuh mereka dengan pedang.
Selepas mereka mengangkat tubuh-tubuh itu keluar, bala tentera akan merubuhkan kuil Baal ini, bangunan kuil ini musnah. Bilik-biliknya akan digunakan sebagai tempat buangan selama beratus tahun (ay. 20-28).
Yehu dengan tekun dan menurut melakukan ini bagi Allah, tetapi dia sendiri tidak mengikuti Allah dalam erti kata yang lain. Walaupun dia secara fnatik membunuh semua penyembah Baal di Israel, dia sendiri selepas itu menggalakkan penyembahan anak lembu emas di kuil Bethel dekat dengan Yerusalem dan di Dan dekat dengan Gunung Hermon.
Imej-imej binatang ini, yang ditubuhkan oleh Raja Jeroboam lebih daripada sembilan puluh tahun dahulunya, adalah dimaksudkan sebagai menggantikan untuk Tuhan, supaya rakyat suku-suku utara itu tidak akan terpaksa pergi berterusan ke Yerusalem untuk memberi korban dan pengorbanan. Fakta itu adalah bahawa Jeroboam tidak mahu perkara-perkaranya untuk memasuki Judah, supaya mereka mencari kebebasan menyembah di sana dan memutuskan tinggal. Sami-sami palsunya membuktikan kepada ramai bahawa Tuhan berkenankan dengan susunan ini. Dalam perkara ini Yehu mengikuti untuk satu tahap yang besar dalam langkah-langkah Jeroboam.
Melalui seorang nabi atau paderi atau mungkin dengan cara sebuah mimpi, maklumat itu telah disampaikan kepada Yehu yang kerana beliau telah melaksanakan Kudrat Illahi dalam menempatkan satu matlamat untuk keluarga Ahab, keturunannya untuk empat generasi lain itu akan memerintah sepuluh suku-suku Israel. Pada masa yang sama ia adalah dibuat jelas kepadanya bahawa jika dia meneruskan menerima penyembahan patung anak lembu, kekacauan akan datang negaranya.
Yehu adalah seorang lelaki yang bergantung pada kuasanya dan pengaruh dan kekuatan lelaki bersenjata itu. Dia melihat tidak perlu untuk mengubah cara-caranya demi negaranya. Bagaimanapun, kerana beliau telah bersemangat dalam permulaan, Tuhan membenarkan dia menjadi raja untuk dua puluh lapan tahun. Yehu berehat dengan bapa-bapanya dan telah dikebumikan di Samaria. Dan Jehoahaz anak lelakinya menggantikan dia sebagai raja (ay. 29-36).
Anak perempuan Jezebel
Athaliah, ibu Raja Ahaziah Judah, memberi reaksi dalam satu cara dahsyat selepas anak lelakinya mati ke Yeusalem. Dia melihat ini seperti satu peluang untuk menjadi ratu raja Judah. Dia telah ditentukan bahawa jika anak lelakinya tidak dapat meneruskan sebagai raja, tiada anak-anak lelaki bagi suaminya yang lain akan menggantikan Ahaziah. Selain, dia menikmati idea anak cucu David berakhir.
Hanya seorang anak pasangan yang jahat, Ahab dan Jezebel, mungkin telah berkebolehan apa maksud boleh dilakukan (2Raja. 8:16-18). Semua anak lelaki yang bongsu bagi Ahaziah telah ditemui mati kecuali Jehoash yang kecil, bayi anak lelaki bagi Ahaziah. Neneknya bercadang untuk menghapuskan juga, tetapi melalui beberapa kesilapan dia telah luangkan. Jehosheba, kakak Ahaziah, mendapati kanak-kanak hidup dan buat sementara waktu menyorok dia dan jururawatnya dalam satu almari bilik tidur. Kemudian dia mengambil dia ke kuil di mana dia kekal disembunyikan di sana untuk enam tahun kemudian oleh Jehosheba dan suaminya, Jehoiada yang merupakan imam besar.
Sementara itu Athaliah memerintah Yudah, tidak sedar bahawa terdapat satu keturuan lekaki dari Daud yang masih hidup (2 Raja 11:1-3; 2 Taw 22:10-12.
Raja kanak-kanak
Apabila Jehoash (juga dikenali Joash) berumur tujuh tahun, Jehoiada, imam besar, membuat perjanjian dengan komandan Carite dan pengawal dan meletakkan mereka dibawah sumpah. (Carite adalah tentera dari Caria di Asia kecil yang melayani sebagai pengawal diraja; lihta catatan bawah kepada ay. 4 dalam Alkitab NIV Study Bible.)
Mereka pergi ke seluruh Yudah dan mengumpulkan semua suku Lewi dari kota-kota dan semua kepala dari keluarga Israel dan mereka datang ke Yerusalem. Dan semua perkumpulan itu membuat perjanjian dengan raja didalam Rumah Allah.
Kemudian Jehoiada berkata kepada mereka, “Lihatlah anak Raja’ biarlah dia memerintah seperti yang Tuhan kehendaki berkenaan dengan anak-anak Daud” (2 Raja 11:4; 2 Taw 23:1-3).
Jehoiada mendedahkan rancangan-rancangannya bagi mengisytiharkan raja Jehoash pada Sabat seterusnya. Dia membahagikan lelaki-lelaki kepada tiga kumpulan, setiap yang mana adalah menjadi bersenjatakan senjata-senjata David telah meletakkan dalam kuil perbendaharaan sebelum ini. Ini adalah satu tindakan berjaga-jaga pada satu serangan mungkin pada kuil dan Jehoash oleh pengawal diraja. Ratu adalah dijangkakan akan berang apabila beliau mendapat tahu apa yang sedang berlaku.
Pada waktu Sabat orang-orang ini kembali ke Kaabah untuk mengambil senjata dan mengambil kedudukan mereka. Apabila semuanya bersedia, Jehoash dibawa dekat dengan mezbah dan raja yang diurapi oleh Jehoiada dan anak-anaknya. Sangkakala dibunyikan dan orang bersorak gembira sementara mahkota diletakkan di atas kepala budak itu.
“Allah menyelamatkan raja!” Jehoiada dan anak-anaknya berseru, dan para pemerhati mengikut bersorak (2 Raja 11:5-12; 2 Taw 23:4-11).
Di istana itu, Athaliah, yang tidak sembahyang di Kaabah Tuhan, tidak dapat membantu perbicaraan jeritan-jeritan itu dan muzik. Dia ketika pergi ke Kaabah dan melihat dan terdapat raja, berdiri dekat dengan bumbungan seperti adatnya. Ketua-ketua itu dan pemain trompet adalah di sebelah raja dan semua rakyat bergembira dan nyanyian dan meniupkan trompet bersama.
Dan Athaliah mengoyallam pakaiannya dan menjerit, “Ini merupakan penderhakaan!”
“Keluarkan dia dari sini!” Imam besar memerintah. “Jangan biarkan dia mati di dlam Kaabah Allah! Dan bunuh orang yang cuba menghalang kamu!”
Mereka menangkap dia dan dia pergi ke pintu rumah raja itu, dan disana mereka membunuh mereka (2 Raja 11:14-16; 2 Taw 23:12-15).
Sementara orang-orang masih di dalam Kaabah, Jehoiada memberitahu mereka bahawa sudah tiba masanya untuk melayani Allah dengan tekun bagi cara kehidupan yang benar. Dia memerintahkan mereka supaya setia kepada Pencipta dan taat kepada raja baru mereka.
Akhir kepada penyembahan Baal
Ketikan pemerintahannya, Athaliah telah menyebabkan Kaabah dibina bagi penyembahan Baal di Yerusalem. Selepas dia mati, orang-orang pergi ke rumah Baal dan merubuhkannya. Mereka membinasakan mezbahnya dan memecahkan patung-patung. Dan mereka membunuh Mattan, imam Baal, di atas mezbah. Ini adalah akhir kepada perkara jahat yang dibawah Athaliah di Yudah.
Penyembahan Allah di Kaabah yang dibina Salomo telah ditolak pada waktu pemerintahan Athaliah. Sekarang, dengan tiada orang yang mengganggu, orang-orang mula kembali. Jehoiada membawa lebih ramai imam untuk melayani dan mengadakan aktiviti di Kaabah Allah. Malah dia menyusun semula pengawal diraja. Ditemani dengan tenteranya dan pasukan arak, Jehoash berarak dari Kaabh ke istana, dimana dia hidup lam disana (2 Raja 11:17-21; 2 Taw 23:16-21).
Memulihkan Iman
Di bawah pengaruh paderi, Jehoash membesar menjadi saksama dan raja yang mampu. Walaupun dia mengikuti Tuhan kebanyakan daripada hidupnya, dia melakukan kecil untuk memansuhkan pengorbanan yang sekali-sekala mengambil tempat di tempat-tempat lain selain Kaabah, yang telah dirosakkan oleh anak-anak Athaliah (2Taw. 24:7). Ia cita-cita Jehoash, sementara dia menjadi matang, untuk memperbaiki Kaabah, walaupun kosnya mahal bagi memulihkannya kepada keadaannya yang asal.
Untuk mencari wang, Jehoash memberitahu imam-imama untuk memungut semua wang yang dibawa sebagai kudus di Kaabah Tuhan bagi memperbaiki Kaabah itu. Tetapi pada tahun kedua puluh tiga pemerintahan Raja Jehoash, imam-imam itu masih tidak memperbaiki Kaabah itu.
Dengan itu Jehoash memanggil Jehoiada dan imam yang lain untuk bertanya mengapa mereka tidak memperbaiki Kaabah itu. Kemudian dia memberitahu mereka jangan mengambil wang dari perbendaharaan tetapi memperbaiki Kaabah itu. Imam-imam setujuh tetapi mereka tidak membayar bagi pembaikan itu dari wang yang sudah mereka terima (2 Raja 12:1-8; 2 Taw 24:1-7).
Jadi Jehoiada mengambil peti besar, menebuk lubang didalamnya dan meletakkan ia di sebelah mezbah sementara seseorang memasuki Kaabah itu. Imam yang mengawal pintu masuk memasuki semua wang yang dibawah ke Rumah Tuhan. Apabila mereka sedar ada sejumlah wang yang besar dalam peti itu, ianya dikira dan diletakkan di dalam beg dan diberikan kepada orang yang bertanggung jawab memperbaiki Kaabah itu.
Wang digunakan bagi membayar pekerja-pekerja pada Kaabah – tukang-tukang kayu, tukang batu, Pengukir batu dan sebagainya. Mereka membeli semua bahan-bahan itu mustahak untuk membaiki Kaabah serta menemui belanja lain itu. Jehoiada menggunakan kebanyakan daripada apa kekal ada untuk membuat mangkuk-mangkuk emas dan perak dan alat-alat untuk digunapakai imam-imam dalam fungsi-fungsi mereka. Dan mereka menawarkan korban bakaran dalam Rumah Tuhan berterusan sepanjang masa Jehoiada.
Ia adalah era apabila pemerintahan yang benar mengakibatkan kesejahteraan yang lebih baik bagi umat, kerana ramai di antara mereka, termasuk imam dan pekerja yang jujur, mengikuti teladan raja mereka yang baik (2 Raja 12:9-16; 2 Taw 24:8-14).
Dengan itu keadaan di Yudah bertambah baik, selama dua atau tiga abad, daripada yang mereka rasai sejak zaman Jehoshaphat. Kemudian satu peristiwa tidak baik telah berlaku. Ia adalah kematian Jehoiada pada umur seratus tiga puluh tahun. Untuk sekian lama, imam yang agung ini, dengan bantuan oleh isterinya yang baik, telah mengagungkan kuasa raja dan membuat negara itu agung. Dia hampir dianggap sebagai seorang pemerintah dimana dia telah dikuburkan dan dihormati di kalangan raja-raja Yudah di Yerusalem (2 Taw 24:15-16).
Keberhalaan menyelinap masuk
Dari masa itu, tanpa pengaruh baik Jehoiada, perkara di Yudah berjalan kepada jalan yang salah. Para ketua dari semua bahagian bangsa itu datang membawa hadiah kepada raja dan untuk memuji dia, dan dia mendengar mereka. Mereka meninggalkan Kaabah Allah dan menyembah berhala.
Keadaan ini tidak disukai oleh Allah, tetapi Dia tidak menghukum mereka serta merta tetapi, Dia mengutus nabu untuk memberi amaran tentang kemusnahan yang akan datang kecuali penyembahan berhala itu dihentikn. Amaran itu tidak dipedulikan ( 2 Taw 24:17-19).
Anak-anak Jehoiada mengambil pentadbiran Kaabah selepas kematian imam besar itu. Kerana pengaruh ibu bapa yang agung itu, mereka sangat setia kepada tanggung jawab mereka. Satu daripada mereka adalah Zakariah, satu hari telah diinspirasikan memberi kepada umat amaran yang sama yang diberikan nabi tersebut.
“Kamu melanggar Hukum Allah dengan mengikuti tuhan-tuhan pagan,” Zakariah mengumumkan. “Kamu tidak akan makmur. Kerana kamu meninggalkan Allah, Dia telah meningglkan kamu. Kamu tidak ada perlindungan apabila kemusnahan datang, dan ianya akan datang tidak lama lagi.”
Tetapi umat itu tidak mendengar dan mereka melawan Zakariah. Dengan arahan raja mereka melontari dia batu sehingga mati di halaman kaabah. Walaupun bapa dan ibu Zakariah yang sudah tua telah melayani Jehoash dari dibunuh ketika dia masih kecil, Raja Jehoash, sekarang telah dipengaruhi pemimpin jahat yang lebih muda, telah mengeluarkan perintah mendadak ini.
Ketika dia terlantar Zakariah berkata, “Biarlah Tuhan melihat ini dan membawa perhitungan kepada kamu” (2 Taw 24:20-22).
Sementara itu di Samaria…
Sebelum ini, di Samaria, Raja yehu telah mula diganggu oleh pencerobohan orang Siria dibawa pimpinan Raja Hazael, seperti yang diramail oleh Elisah. Selepas yehu mati, anaknya Jehoahaz menjadi raja kepada sepuluh suku kaum Israel (2 Raja 10:30-36).
Pada mulanya dia tidak melakukan apa-apa perubahan daripada bapanya, tetapi selepas bergelut pada suatu jangka masa perang yang sukar dengan Siria, dia memutuskan untuk meminta bantuan dari Allah.
Pada masa ini orang Siria telah mengambil alih wilayah timurIsrael Sungai Jordan, yang daerahnya kepunyaan suku-suku bagi Manasseh, Reuben dan Gad. Penyerang-penyerang itu bergerak ke arah barat membunuh ramai tentera Jehoahaz. Mereka membawa kebanyakan daripada rakyat sepuluh suku-suku di bawah penguasaan, dan pada ketika ini raja Israel dengan keras merayu kepada Tuhan untuk menyelamatkan bangsa itu.
Allah mendengar kepada dia kerana Allah melihat Israel kini sangat ditekan, dan Dia menyediakan kebebasan kepada Israel supaya mereka lari dari kuasa Siria. Jadi umat Israel tinggal dalam rumah mereka sendiri seperti yang mereka lakukan sebelum itu, tetapi mereka tidak berhenti menyembah berhala.
Jehoahaz hanya tertinggal lima puluh orang berkuda, sepuluh kereta kuda dan sepuluh ribu tentera; kerana raja Siria telah memusnahkan semuanya dan membuat mereka seperti habuk tanah (2 Raja13:1-8).
Pada masa itu Hazael, raja Siria bergaduh terhadap Gath dan mengambil ia. Kemudian dia memutuskan untuk menawan Yerusalem. Bila dia mendengar ini, Jehoash, raja Judah, mengambil semua benda-benda maha suci didedikasikan oleh raja-raja lain dan hadiah-hadiah sendirinya dan semua emas yang telah dijumpai dalam perbendaharaan Rumag Tuhan dan rumah raja, dan menghantar ini kepada Hazael, raja Siria. Kemudian Hazael pergi melarikan diri dar Yerusalem (2Raja. 12:17-18).
Jehoash telah diselamatkan dari kemusnahan, dimana dia telah memberikan kebanyakan dari objek berharga dalam istananya yang bolh dibawah. Tetapi bahagian terbesar dari apa yang dia bayar dia telah dengan kejam disingkirkan dari Kaabah demi melarikan diri dari serangan musuh.
Tetapi keselamatan tidak tahan lama. Pada hujung tahun tentera Siria berkawad secara langsung terhadap Yerusalem. Mereka membunuh semua pemimpin-pemimpin bagi orang ramai dan menghantar semua rampasan untuk raja mereka di Damsyik. Walaupun tentera Siria itu telah datang dengan sedikit, Tuhan menyampaikan seorang askar lebih besar lagi kepada mereka. Kerana Yudah telah meninggalkan Tuhan bagi bapa-bapa mereka, penghakiman dilaksanakan terhadap Jehoash. Jadi Tuhan membenarkan orang Siria untuk menghukum Yudah kerana penyembahan berhala (2Taw. 24:23-24).
Apabila para penceroboh lari mereka meninggalkan Jehoash dalam keadaan cedera teruk. Hambanya bersekongkol dengan dia kerana dia membunuh anak Jehoiada imam itu dan mereka membunuh dia di atas katilnya.
Jadi Jehoash mati; dan mereka menguburkan dia di Yerusalem, tetapi oleh kerana dia tidak mendapat kehormatan sebagai pemerintah, dia tidak dikubur dalam kuburan raja-raja Yudah (2 Raja 12:19-21; 2 Taw 24:25-27).
Kita teruskan cerita Alkitab ini dalam karya tulis Raja-raja Terus dalam Keberhalaan (No. CB147)