Kita teruskan di sini dari kertas Israel Berjuang Melawan Aram (No. CB143).
Ahazia diadili oleh Tuhan
Ahazia menggantikan bapanya Ahab sebagai raja Israel. Ahazia pernah jatuh melalui kisi-kisi kamar atasnya di Samaria dan menyakiti dirinya. Dia kemudiannya memutuskan untuk bertanya suatu dewa pagan tentang apa yang akan terjadi kepadanya. Terdapat banyak dewa palsu, tetapi dewa yang dipilih Ahazia ini merupakan berhala yang dianggap, antara lainnya, ilah perubatan. Ini ialah dewa Filistin di Ekron, dipanggil Baal-Zebub, satu lagi nama untuk Iblis. Berhala ini umumnya dikenali sebagai dewa lalat sebab lalat sentiasa hadir di mana korban daging dibuat (2 Raja-raja 1:2).
Sementara itu, Malaikat Tuhan menyuruh Elia untuk pergi bertemu utusan-utusan raja itu dalam perjalanan ke Ekron. Jadi Elia pergi. Seperti yang Tuhan arahkan dia, Elia bertanya utusan-utusan itu kenapa mereka berjalan jauh ke Ekron untuk bertanya maklumat daripada Baal-Zebub daripada bertanya Tuhan Israel.
“Kembalilah dan beritahu rajamu bahawa dia bertindak bodoh sebab cuba mempelajari sesuatu daripada dewa yang tidak tahu apa-apa,” dia memberitahu mereka. “Kenapa dia tidak menanya Allah Maha Esa? Sebab rajamu telah mencari dewa pagan, dia tidak akan pulih daripada kecederaannya. Keadaannya akan bertambah teruk, dan dia akan mati!” (ayat 3-4).
Apabila para utusan itu kembali mereka memberitahu raja apa yang terjadi, dan bagaimana orang asing itu telah menubuatkan kematiannya.
“Bagaimanakah rupa orang itu?” raja bertanya.
“Dia seorang yang berbulu dengan ikat pinggang kulit di sekeliling pinggangnya”, mereka menjawab.
Pakaian Elia mungkin diperbuat daripada bulu unta atau binatang lain. Memang biasa bagi para nabi memakai pakaian kasar (Zakharia 13:4; Matius 3:4).
“Itulah nabi Elia!” Ahazia berseru. “Itulah orangnya yang menyusahkan bapaku. Sekarang dia kembali untuk menyusahkan aku” (ayat 5-8).
Sedikit waktu kemudian, salah seorang perwira raja memimpin satu pasukan lima puluh perajurit keluar dari Samaria. Perwira ini pergi kepada Elia yang duduk sendirian di atas bukit kecil dan berkata kepadanya, “Hai abdi Allah, raja bertitah, ‘Turunlah!’”
Elia menjawab, “Jika aku abdi Allah, biarlah api turun dari langit dan memakan engkau dan lima puluh orangmu!” Lalu api turun dari langit dan memakan mereka (ayat 9-10).
Tidak lama selepas itu, nabi didekati sekumpulan lima puluh orang lagi yang dipimpin seorang perwira. Perwira ini berkata, “Abdi Tuhan, inilah titah raja, “Turunlah sekarang juga!’” Elia menjawab seperti sebelumnya dan api Tuhan sekali lagi turun dari langit dan membakar perwira ini dan lima puluh orangnya (ayat 11-12).
Kemudian raja mengutus perwira ketiga dengan lima puluh orangnya. Perwira ini pergi kepada Elia, berlutut, dan memohon Elia melepaskan nyawa orang-orangnya dan dirinya.
Malaikat Tuhan berkata kepada Elia, “Pergi bersama dia dan jangan takut”.
Tidak kira yang mungkin terjadi kepadanya di Samaria, nabi ini patuh dan turun bersama perwira ketiga dan pergi kepada raja.
Elia memberitahu raja, “Inilah firman Tuhan: sebab engkau mencari dewa pagan untuk meminta nasihat dan pertolongan, dan bukan satu-satunya Allah Benar, engkau akan mati di tempat tidurmu!” Jadi dia mati.
Raja Israel ini tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantinya. Yoram, saudaranya, menjadi raja seterusnya. Selama hampir dua belas tahun berikutnya dia akan mengikut cara Ahazia, yang mendahulukan kepentingan dirinya daripada kepentingan rakyatnya (ayat 15-18).
Elia diambil oleh Tuhan
Selepas itu, apabila Tuhan sudah hampir membawa Elia pergi dalam angin badai, dia dan Elisa berada dalam perjalanan mereka dari Gilgal. Elisa telah menjadi pelayan terpenting di bawah Elia. Memang jelas bagi para pelajar dan pengikut lain Tuhan bahawa Elisa bakal mengambil kedudukan Elia sebagai kepala para nabi.
Waktu itu tiba dengan kematian Ahazia. Pekerjaan Elia telah tamat, sebab usianya yang semakin tua, dan Pencipta telah memilih Elisa untuk berurusan dengan raja Israel yang berikutnya. Kedua-dua Elia dan Elisa sedar tentang hal-hal ini.
“Elia berkata kepada Elisa, “Tinggal di sini, sebab Tuhan telah mengutus aku ke Betel.”
Namun Elisa berkata dia tidak akan meninggalkan Elia, jadi mereka pergi bersama ke Betel. Di situ rombongan nabi – dipanggil pada zaman itu sebagai “anak-anak para nabi” – datang kepada Elisa untuk memberitahunya mereka telah mendengar bahawa Elia sudah hampir diangkat oleh Tuhan.
“Aku tahu tentangnya,” Elisa memberitahu mereka. “Tetapi jangan berbicara tentangnya” (2 Raja-raja 2:1-3).
Elia kemudian memberitahu Elisa bahawa Tuhan telah menyuruhnya pergi ke Yerikho, dan bahawa Elisa harus menunggunya di Betel. Sekali lagi Elisa berkata dia tidak akan meninggalkan Elia, lalu mereka pergi ke Yerikho.
Apabila mereka tiba di Yerikho, rombongan nabi bertanya Elisa jika dia tahu bahawa Tuhan akan mengambil tuannya pada hari itu.
“Ya, aku tahu,” dia menjawab, “tetapi jangan berbicara tentangnya” (ayat 4-5).
Tidak lama selepas itu, Elia memaklumkan Elisa bahawa dia telah disuruh berjalan terus ke Sungai Yordan, dan bahawa Elisa harus tinggal di belakang.
“Demi Tuhan yang hidup aku tidak akan meninggalkan kamu,” Elisa berkata. Jadi mereka berdua terus berjalan. Lima puluh anak-anak para nabi juga pergi dan berdiri memandang dari jauh sementara mereka berdua berdiri di tepi Sungai Yordan.
Kemudian Elia menanggalkan jubahnya, menggulungkannya, berjalan ke tepi sungai itu dan memukul air itu dengannya. Air itu terbahagi ke kanan dan ke kiri dan mereka berdua menyeberanginya atas tanah kering (ayat 6-8).
Sesudah mereka menyeberang, Elia berpaling kepada Elisa. “Aku tahu bahawa engkau tahu aku sudah hampir diangkat dari sini,” nabi lebih tua itu berkata. “Aku tahu engkau tetap dekat kepadaku atas sebab itu. Jika ada apa-apa yang boleh aku lakukan untukmu sebelum aku pergi, katakan kepadaku sekarang.”
Elisa menjawab, “Aku meminta kamu memberi aku dua bahagian kuasa istimewamu daripada Tuhan.”
“Kamu meminta hal yang sukar,” Elia menjawab. Bagaimanapun, jika Tuhan mengizinkan kamu menyaksikan pemergianku, maka kamu akan tahu bahawa permintaanmu akan dikabulkan. Jika kamu tidak melihat aku pergi, ini petunjuk bahawa keinginanmu akan ditolak” (ayat 9-10).
Sementara mereka berjalan dan berbual, tiba-tiba sebuah kereta berapi yang ditarik kuda berapi memisahkan mereka berdua. Lalu Elia diangkat naik dengan angin badai ke langit.
“Bapaku, bapaku!” Elisa berteriak dengan sedih. “Kereta Israel dan orang-orang berkudanya!” (ayat 11-12). Elisa tidak pernah lagi melihatnya.
Elisa memungut jubah Elia, yang telah jatuh ke tanah dan berjalan balik ke tebing Yordan. Di situ dia memukul air itu dengan jubah tadi, sambil berkata, “Di manakah Tuhan Elia?” Sesudah dia memukul air itu, ia terbelah ke kanan dan ke kiri dan dia menyeberang (ayat 13-14).
Memungut jubah Elia melambangkan bahawa Elisa kini pengganti Elia. Pembelahan air itu dengan jubah Elia mempertunjukkan bahawa Elisa benar-benar telah menerima kuasa ilahi yang sama seperti yang dimiliki Elia.
Apa terjadi kepada Elia?
Selama beberapa abad orang ramai telah diajar bahawa Elia telah dibawa dari planet ini ke alam di mana Tuhan ada dan dari mana Dia memerintah, walaupun Alkitab menyatakan bahawa tiada seorangpun kecuali Kristus telah naik ke syurga di mana takhta Tuhan terletak (Yohanes 3:13; Kisah 2:29-34).
Kitab Suci menunjukkan bahawa Elia diangkat naik ke langit, tetapi terdapat tiga langit yang disebut dalam Alkitab. Langit pertama ialah atmosfera yang mengelilingi Bumi, dan burung-burung terbang di bahagian rendahnya (Kejadian 1:20). Langit kedua ialah angkasa seluruh alam semesta; ruang berbintang yang berbilion-bilion batu jaraknya dari hujung ke hujung (Kejadian 1:14-16; Yehezkiel 32:8). Langit ketiga ialah takhta atau tempat yang tidak kelihatan dari mana Tuhan menguasai seluruh alam semesta (Yesaya 66:1; Kisah 7:49; 2 Korintus 12:2).
Langit pertama, atau atmosfera, ialah tempat ke mana Elia dibawa. Kita hidup dan bergerak dalam langit ini, sebab kita memerlukan udara untuk hidup. Elia diangkat, tetapi dia masih berada di langit pertama.
Mereka yang memberi ajaran salah bahawa Elia telah diangkat ke langit ketiga menunjuk kepada satu kisah dalam Perjanjian Baru yang mana Kristus pergi bersama tiga orang muridnya ke gunung untuk berdoa. Dalam satu penglihatan murid-murid itu melihat Elia dan Musa berbicara dengan Kristus, yang kemudiannya memberitahu teman-temanNya untuk titdak memberitahu sesiapa tentang penglihatan itu (Matius 17:1-9).
Tepat empat tahun selepas Elia diangkat, seorang jahat merupakan raja Yehuda, dan dia menerima sepucuk surat (kononnya) daripada Elia. Ini mengingatkannya bahawa dia akan segera berpenyakit dan mati kerana benda-benda dahsyat yang telah dilakukannya (2 Taw. 21:12). Dalam notanya kepada ayat 12 dalam The Companion Bible, Bullinger berkata bahawa apa yang dikirim itu bukan “surat”. Ini boleh merujuk kepada apa saja “tulisan” yang mungkin ditulis pada bila-bila waktu. Jadi kita tidak boleh menganggapnya datang daripada Elia.
Sebab Elia diambil daripada tempat lamanya di Israel, ini tidak bererti bahawa dia sudah mati. Sebab Elia telah diangkat tanpa mengalami kematian. Namun Alkitab mengatakan: “manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja” (Ibrani 9:27). Jadi jika Elia tidak mati maka ada lebihan kepada cerita itu.
Selain Elia, Henokh salah seorang lagi yang Alkitab katakan telah diangkat (Kejadian 5:24; Ibrani 11:5). Jadi Elia dan Henokh tidak mati; mereka diangkat. Lalu kita bertanya, “Di manakah mereka sekarang?”
Kita akan lihat beberapa terjemahan Ibrani 11:5:
Ibrani 11:5 Karena iman Henokh dipindahkan, supaya ia tidak mengalami kematian, dan ia tidak ditemukan, karena Allah telah memindahkannya. (Concordant Literal New Testament)
Green’s Interlinear Bible mengatakan:
Karena iman Henokh diubah [supaya] tidak mengalami kematian, dan tidak ditemui sebab Tuhan telah mengubahnya.
Perkataan diubah (translated) (SGD 3346) bererti: memindah, mengeluarkan, menukar, bertukar tempat, membawa, berubah, membuka, mengubah, beralih. Jadi, dalam kata lain, Henokh dan Elia dipindah/dibawa ke tempat lain (dalam waktu)! Ini mungkin kedengaran seperti cerita dalam filem Sains Fiksyen tetapi ini kesimpulan logik bila semua kepingan teka-teki ini dikumpul bersama. Tiada yang mustahil dengan Tuhan.
Sebab ini topik yang cukup rumit lihat kertas Dua Saksi (No. 135) untuk penjelasan lebih terperinci tentang Henokh dan Elia dan peranan mereka dalam peristiwa-peristiwa masa depan.
Sementara itu, lima puluh orang dari Yerikho yang memerhati berkata, “Roh Elia telah berhinggap pada Elisa” (ayat 15). Kemudian mereka pergi bertemu dia dan tunduk sampai ke tanah di hadapannya. Ini menunjukkan bahawa mereka menerima bahawa Elisa telah menggantikan Elia.
Nabi-nabi itu kemudian berkata kepada Elisa, “Kita ada lima puluh orang kuat; biarlah mereka pergi dan mencari tuanmu. Mungkin dia telah diturunkan di atas gunung atau lembah yang dalam?”
Elisa menjawab, “Tiada sebab untuk mencarinya.”
Namun mereka mendesak sehingga Elisa bersetuju. Jadi selama tiga hari berikutnya lima puluh orang ini mencari Elia, tetapi mereka tidak menemui apa-apa tanda adanya dia. Mereka kembali untuk melaporkan kepada Elisa di Yerikho, di mana dia tinggal seketika.
“Aku tahu kamu tidak akan menjumpainya,” Elisa mengingatkan mereka (ayat 16-18).
Elisa membersihkan air
Beberapa hari kemudian, sementara Elisa masih berada di Yerikho, para pemimpin kota itu memberitahunya bahawa sumber air mereka telah menjadi begitu kotor sekali sehingga ia menghalang pertumbuhan tanaman dan menyebabkan penyakit kepada rakyat. Mereka berharap Elisa boleh melakukan sesuatu tentangnya, dan dia memang bertindak.
Dia meminta pinggan baru dengan garam di dalamnya, yang dibawanya ke mata air dan melemparkan garam itu ke dalamnya. Pinggan itu perlu bersih, sebab itulah pinggan baru diminta. Garam merupakan bahan pengawet, tetapi kali ini ia mungkin melambangkan kesetiaan perjanjian Tuhan (lihat Imamat 2:13; Bilangan 18:19; 2 Taw. 13:3).
Lalu Elisa berkata, “Tuhan ingin kamu tahu bahawa Dia telah menyembuhkan air ini, dan mulai sekarang air ini akan memberi kesihatan baik kepada mereka yang meminumnya dan pertumbuhan subur segala tumbuhan di tempat ini.”
Ini merupakan keajaiban terkenal kedua yang Tuhan lakukan melalui Elisa (2 Raja-raja 2:19-22).
Elisa diejek
Tidak lama selepas itu, tatkala nabi ini berjalan ke Betel, sekumpulan orang muda yang kasar keluar dari kota untuk menghinanya.
“Naiklah botak! Naiklah botak!” mereka berkata.
Apabila Elisa melihat mereka dia mengutuk mereka dalam nama Tuhan. Sesetengah orang mengatakan bahawa “naiklah” mungkin merujuk kepada perubahan Elia dan sebab itu orang-orang muda ini mengejek Tuhan melalui ejekan mereka kepada Elisa.
Kepala botak tidak biasa di kalangan orang Yahudi dahulukala dan kepala yang dipenuhi rambut merupakan tanda kekuatan (lihat 2 Samuel 14:26). Orang-orang muda itu mungkin berfikir Elisa tidak memiliki kuasa, tetapi dia segera membuktikan mereka salah.
Ejekan itu berhenti bila dua ekor beruang keluar dari hutan dan mencabik-cabik empat puluh dua orang muda itu. Kemudian Elisa pergi ke Gunung Karmel dan dari situ dia kembali ke Samaria (ayat 24-25).
Moab menolak ufti
Dalam tahun ke 18 Yosafat raja Yehuda, Yoram bin Ahab menjadi raja baru Israel di Samaria, dan dia memerintah selama dua belas tahun. Dia berbuat jahat di depan mata Tuhan, namun dia membuang batu Baal yang dibuat bapanya. Bagaimanapun, dia tidak meninggalkan dosa Yerobeam, sebab dia menyebabkan Israel melakukannya.
Sejak pemerintahan Salomo, negeri Moab telah membayar ufti tahunan kepada Israel dengan mengirim seratus ribu anak domba dan seratus ribu domba jantan yang telah dicukur, yang bulunya dibawa bersama.
Moab telah ditundukkan oleh Daud (2 Sam. 8:2) dan apabila kerajaan itu terbahagi ia diserahkan kepada Israel. Moab ditindas berat oleh Omri dan Ahab dan sesudah kematian Ahab raja Moab memberontak melawan Israel (2 Raja-raja 1:1; lihat juga nota kaki kepada 2 Raja-raja 1:1 dalam The Companion Bible).
Jadi Yoram memutuskan untuk membawa tenteranya ke Moab. Sama seperti bapanya Ahab telah lakukan, dia pergi kepada Raja Yosafat untuk memintanya mengirim bersama tentera negeri Yehuda untuk menolong negeri sepuluh suku Israel.
Raja Yosafat bersetuju untuk pergi dengan Yoram menentang Moab. (Yosafat juga mempunyai seorang anak bernama Yoram.) Yoram mengusulkan bahawa jalan terbaik ke Moab adalah melalui padang gurun Edom (2 Raja-raja 3:1-8).
Yoram juga telah menjangka negeri itu menyertai dia dan Yosafat melawan Moab, walaupun pada masa lalu Moab dan Edom (kadangkala dipanggil Seir) telah bersekutu menentang Yehuda (2 Taw. 20:10-11).
Dengan perajurit-perajurit tiga kerajaan maju untuk melawan Moab, kemenangan pantas atas pemberontak itu kelihatan seperti satu kepastian. Namun selepas perjalanan memutar selama tujuh hari air sudah habis untuk orang dan binatang (2 Raja-raja 3:9-10).
“Ini mula kenampakan seperti Tuhan telah merencana untuk mengumpul kita bersama supaya kita akan jatuh ke dalam tangan raja Moab,” raja Israel diam-diam bercerita kepada Yosafat.
Yosafat menjawab, “Adakah nabi Tuhan di sini supaya kita boleh bertanya pada Tuhan?”
“Ada seorang di sini,” kata salah seorang pengawai Yoram. “Dia menuntut dirinya nabi Tuhan yang dilatih di bawah nabi Elia. Namanya Elisa”.
“Firman Tuhan ada bersamanya”, Yosafat berkata. Jadi tiga raja itu pergi kepadanya (ayat 11-12).
“Kenapa kamu datang kepadaku untuk meminta bantuan?” nabi ini akhirnya bersuara. “Kenapa kamu tidak memandang kepada nabi-nabi pagan Ahab bapamu dan Izebel ibumu?”
“Tidak, Tuhan telah memanggil tiga raja ini bersama untuk menyerahkan kami kepada Moab,” Yoram menjawab.
“Sebab raja Yehuda ada aku akan bertanya Tuhan apa yang harus dilakukan.” Elisa berkata. “Kalau bukan kerana dia ada aku tidakpun akan memandangmu. Apapun, mula-mula sekali, bawakan aku seorang pemetik kecapi” (ayat 13-15).
Pada zaman itu raja-raja umumnya membawa pemain muzik bersama mereka ke mana saja mereka pergi, termasuk kempen perang.
Sementara Elisa mendengar muzik itu tangan Tuhan menjamahnya dan dia berkata, “Inilah firman Tuhan: Buat parit-parit di lembah ini. Tuhan telah berfirman bahawa lembah ini akan segera mendapat banyak air untuk orang dan binatangmu” Elisa menjelaskan. “Kamu tidak akan melihat angin mahupun hujan, tetapi air akan datang untuk menyelamatkan kamu. Ini hanya perkara kecil. Tuhan juga akan menolong kamu mengatasi orang Moab. Kamu akan merebut kota-kota mereka, menumbangkan segala pohon yang baik, menutup segala mata air dan merosakkan ladang-ladang mereka sebagai hukuman untuk dosa-dosa mereka” (ayat 16-19).
Sepanjang hari itu dan malam itu orang bekerja menggali parit berhampiran dan bersambung dasar sungai yang kering. Sebelum subuh menjelang, tempat itu penuh dengan parit dan kolam di tempat orang Israel berada di sebelah terusan di mana air biasanya mengalir. Pada matahari terbit kerja dihentikan supaya korban pagi dapat dibuat kepada Tuhan, menurut amalan Yosafat.
Selepas korban pagi tamat, air mengalir dari arah Edom. Negeri itupun segera penuh dengan air (ayat 20).
Suatu Khayalan
Sementara itu, orang Moab mendengar bahawa raja-raja itu telah datang untuk memerangi mereka jadi semua yang dapat memakai perlengkapan senjata dipanggil dan ditempatkan di perbatasan.
Pagi besoknya, tatkala matahari menyinari air itu orang Moab melihat air di sebelah mereka seperti darah merah.
“Tanah di bawah sana diliputi darah!” seorang pegawai berseru. “Musuh kita tentu telah berlawan antara mereka dan membunuh sesama sendiri!”
“Mari pergi kepada musuh dan jarah senjata dan milik mereka,” Misa memerintah (ayat 21-23).
Apabila mereka sampai di perkhemahan itu, orang Israel bangkit dan menyerang orang Moab. Ramai orang Moab kehilangan nyawa mereka sebelum mereka dapat keluar daripada khemah orang Israel itu. Yang lain dikejar jauh ke dalam wilayah negeri mereka.
Orang Israel dan Edom membunuh lebih ramai lagi sambil mereka berjalan. Mereka mengerumuni kota dan desa Moab, memusnahkan bangunan, menjarah, menutup mata air, melempar banyak batu-batu ke ladang-ladang subur dan memotong pohon-pohon terbaik negeri itu, justeru melaksanakan hukuman yang dititahkan Tuhan melalui Elisa (ayat 24-25).
Apabila para penyerang itu sampai di Kir-Hareset, ibu kota Moab, mereka mendapati keadaannya lebih sukar. Kir-Hareset dilingkungi tembok kukuh dan tinggi, dan di dalamnya Mesa serta sisa tenteranya telah cepat mendapat perlindungan. Orang Israel dan Edom mengepung kota itu dengan ketat dan memulakan serangan terhadap tembok-temboknya.
Mesa tahu bahawa orang Moab akan kalah jika mereka berterusan. Nekad, dia memanggil bersama tujuh ratus pemegang pedangnya yang terbaik untuk menerobos keluar, di jurusan raja Edom. Namun mereka tidak dapat (ayat 26).
Mesa hanya ada satu harapan lagi. Dia akan memohon kepada Kamos (Molokh), dewa pagan perlindungannya. Untuk mendapat pertolongan terbesar daripada ilah bayangan ini, seorang penganut pagan harus membuat pengorbanan besar. Memberi korban kepada dewa yang tidak wujud adalah bodoh dan sia-sia. Tetapi dalam kasus ini korbannya begitu tragis sekali. Benda yang dipersembahkan haruslah manusia, dan lebih baik seorang kanak-kanak! (ayat 27).
Jadi dia mengambil anak sulungnya, iaitu waris kepada takhtanya dan mempersembahnya sebagai korban bakaran di atas tembok itu. Entah sebanyak mana iman sia-sia Mesa ini dalam Molokh. Tetapi di sini ialah sesuatu lain yang diharap-harapkan raja Moab itu. Dia berharap perbuatannya yang mengerikan ini akan membuatkan musuhnya berasa takut yang begitu memuakkan sehingga mereka terlalu jijik untuk meneruskan kepungan itu.
Itulah yang terjadi. Sebab jijik mereka terhadap Mesa ramai orang Israel dan Edom menarik diri daripadanya dan kembali ke negeri mereka masing-masing (ayat 27). Oleh sebab rasa tidak senang hati Tuhan terhadap Ahab, mungkin Dia menggunakan kejadian ini untuk menyebabkan orang Israel meninggalkan pertempuran itu walaupun mereka kelihatannya akan menang.
Minyak si janda
Satu hari isteri kepada salah seorang anak-anak nabi itu datang kepada Elisa untuk memberitahunya bahawa suaminya telah berhutang sebelum dia mati, dan penagih hutangnya sudah mahu mengambil dua anak lelakinya daripadanya untuk menjadi hamba-hambanya sebagai bayaran hutang itu (2 Raja-raja 4:1).
Menurut Hukum orang boleh dijual menjadi hamba sebagai bayaran hutang, tetapi pada tahun ke 7 mereka dibebaskan (lihat Keluaran 21:1-2; Imamat 25:39-41).
“Jika kamu ada apa-apa harta milik yang boleh digunakan penagih hutang, biarlah dia mengambilnya,” Elisa berkata.
“Satu-satunya milikku yang bernilai ialah sebuah buli-buli berisi minyak,” perempuan ini berkata.
“Pergilah dan pinjam daripada sahabat dan tetanggamu setiap buli-buli dan bejana lebihan mereka. Bila tiada orang sekeliling selain anak-anakmu, ambil minyakmu dan tuanglah ke dalam setiap bejana sampai penuh.”
Perempuan ini mengikut nasihat Elisa. Akhirnya, sesudah seorang anaknya membawanya bejana kosong terakhir, dia menemui sesuatu yang menakjubkan.
Semua bejana itu penuh berisi minyak! Kemudian minyak itu berhenti mengalir. Dia pergi memberitahu Elisa apa yang terjadi. Elisa berkata, “Pergi, jual minyak itu dan lunaskan hutangmu dan kamu serta anak-anakmu hiduplah dengan lebihannya” (2 Raja-raja 4:2-7). Ini ialah keajaiban besar kelima Elisa yang dicatat dalam Alkitab.
Anak perempuan Sunem
Keajaiban keenam yang Tuhan laksanakan melalui Elisa berlaku satu hari apabila Elisa pergi ke kota Sunem. Seorang perempuan kaya di situ menjemput Elisa ke rumahnya untuk makan. Jadi setiap kali dia berlalu dia berhenti di situ untuk makan. Perempuan ini memberitahu suaminya bahawa dia tahu Elisa ialah abdi Tuhan yang kudus (ayat 8-9).
Setelah beberapa waktu perempuan ini mengusulkan kepada suaminya supaya mereka menambah satu kamar dalam rumah mereka, agar nabi itu mempunyai tempat untuk berehat serta makan.
Ketika satu perhentian di rumah itu, Elisa memutuskan bahawa perempuan ini yang sudah banyak membantunya harus menerima ganjaran tertentu.
“Panggil nyonya rumah ini,” Elisa mengarahkan penolongnya Gehazi. “Katakan kepadanya sebab dia begitu baik kepad kita, aku senang meminta apa saja permintaan untuknya daripada raja atau sesiapa yang berkuasa di Samaria.”
Sesudah Gehazi berbicara dengan perempuan itu, dia memberitahunya bahawa dia puas hati dengan segala miliknya dan dengan kedudukannya dalam hidup, dan tidak mahu atau perlu apa-apa pertolongan daripada mereka yang berpangkat tinggi (ayat 10-13).
“Mesti ada sesuatu yang boleh dilakukan untuknya,” kata Elisa kepada Gehazi.
Gehazi berkata, “Dia tidak mempunyai anak, dan suaminya sudah tua.”
“Panggil dia,” kata Elisa. Jadi dia memanggilnya. Apabila perempuan itu muncul di depan pintunya, nabi ini memberitahunya bahawa dia mempunyai berita baik istimewa untuknya.
“Kurang setahun dari sekarang, kamu akan menggendong anak lelaki,” Elisa mengumumkan.
“Kenapa engkau, abdi Tuhan, menyusahkan aku dengan berkata-kata mustahil begitu?” dia bertanya (ayat 14-16).
Elisa tahu dia meraguinya, dan kehadirannya yang berterusan akan hanya mengganggunya. Sesuai dengan itu, dia pergi tidak lama kemudian dengan Gehazi.
Tidak selepas itu, perempuan itu mula sedar bahawa dia mengandung. Tahun berikutnya dia melahirkan seorang anak lelaki, sama seperti apa yang dikatakan Elisa kepadanya (ayat 17).
Apabila anak ini berumur hanya beberapa tahun, dia keluar berjalan ke ladang di mana bapanya sedang mengawasi beberapa penyabit gandum. Setelah seketika anak itu tiba-tiba menjerit, “Kepalaku sakit,” dia mengadu kepada bapanya.
Satu ujian iman
Bapanya meminta anak itu diangkat balik kepada ibunya di rumah mereka. Anak itu kemudiannya pengsan, dan mati beberapa jam selepas itu dalam pangkuan ibunya.
Perempuan itu naik dan meletakkan anaknya yang sudah mati di tempat tidur Elisa, lalu keluar dan menutup pintu. Ini mungkin supaya tiada orang tahu anak itu telah mati.
Dengan meninggalkan anaknya di situ, dia memberitahu suaminya untuk mengutus dari ladang salah seorang bujang dan seekor keldai, supaya dia boleh pergi bertemu Elisa.
Tidak tahu bahawa anaknya telah mati, suaminya tertanya-tanya kenapa isterinya tiba-tiba ingin mengunjung Elisa, sebab hari itu bukan Sabat atau Bulan Baru bilamana orang mengunjung nabi itu (ayat 18-23).
Dia meyakinkan suaminya yang semuanya baik; kemudian mempelanai keldai itu dan menyuruh bujangnya untuk berjalan cepat. Dia tahu dia boleh menemui abdi Tuhan itu di Gunung Karmel.
Nabi itu mengenal perempuan itu tatkala dia menghampiri.
“Perempuan Sunem itu datang,” dia berkata kepada Gehazi. “Dia tidak akan datang ke sini kecuali dia memerlukan pertolongan. Larilah untuk bertemunya dan tanya sekiranya dia dan suaminya dan anaknya selamat.”
“Semuanya selamat,” kata perempuan itu kepada Gehazi apabila dia bertemunya.
Seketika kemudian, apabila dia sampai kepada nabi itu, yang keluar untuk menyambutnya, dia sujud di depan Elisa dan memegang kakinya. Gehazi mendekat untuk mengusirnya.
“Biarkan dia,” Elisa memberitahu hambanya. “Tidakkah kamu lihat bahawa dia amat sedih? Sesuatu telah terjadi kepadanya yang Tuhan tidak beritahukan kepadaku sebelum ini” (ayat 24-27).
“Aku tidak pernah meminta anak lelaki daripadamu,” kata perempuan itu kepada Elisa. “Mulanya aku ingat kamu ingin memberiku harapan kosong, dan aku tidak mengerti itu.”
“Pergi ke Sunem sekarang juga,” Elisa menyuruh Gehazi, “Jangan berhenti dalam perjalananmu untuk bercakap dengan sesiapapun. Pergi ke rumah perempuan ini secepat mungkin. Apabila kamu sampai, taruhlah tongkatku pada muka anak itu” (ayat 28-29).
“Tetapi aku ingin engkau kembali bersamaku, Elisa,” perempuan itu merayu. “Aku tidak akan pergi sehingga engkau ikut.” Jadi dia bangun dan mengikutnya.
Dipulihkan hidup
Apabila Gehazi tiba di rumah perempuan itu, dia menyentuh muka tidak bernyawa itu dengan tongkat Elisa, tetapi tiada apa-apa terjadi. Jadi dia kembali untuk bertemu Elisa dan memberitahunya bahawa tiada respon daripada anak lelaki itu.
Apabila Elisa tiba di rumah itu bersama perempuan itu, dia pergi ke biliknya sendirian, menutup pintu dan meminta Tuhan mengembalikan hidup anak itu. Kemudian dia meniarapkan dirinya pada mayat itu untuk memanaskannya. Pada waktu yang sama dia menghembus nafasnya ke dalam mulut anak itu untuk cuba memulihkan gerakan paru-paru. Selepas seketika dia bangun dan berjalan ke sana sini dan selepas itu kembali memanaskan badan anak itu dan menghembus ke dalam paru-parunya. Dia melaksanakan semua cara semulajadi yang mungkin untuk menolong anak itu, dan pada masa yang sama berdoa supaya Tuhan melakukan keajaiban untuk memberinya kembali semarak hidup.
Tiba-tiba anak itu bersin tujuh kali dan membuka matanya. Elisa memanggil Gehazi dan menyuruhnya meminta si ibu masuk. Apabila perempuan itu masuk Elisa berkata, “Angkatlah anakmu ini.” Perempuan itu begitu gembira sekali sehingga dia rebah di depan Elisa dan sujud sampai ke tanah. Kemudian dia mengangkat anaknya dan keluar (ayat 30-37).
Anak sedar kembali yang bersin tujuh kali itu melambangkan Tujuh Roh dalam membangkitkan orang mati untuk hidup dalam kuasa Roh Kudus Tuhan (2 Raja-raja 4:35-37). Lihat juga kertas Tujuh Roh Tuhan (No. 64).
Ini merupakan keajaiban utama ketujuh yang dilakukan Tuhan melalui Elisa yang taat, yang keinginannya serta kebolehan istimewanya selaras dengan kehendak Penciptanya. Keajaiban seterusnya berlaku ketika Elisa berada di Gilgal untuk bertemu dengan rombongan nabi. Makanan sukar didapati di tempat itu disebabkan kebuluran. Elisa menyuruh hambanya memasak makanan untuk orang-orang itu.
Masakan beracun dijadikan boleh dimakan
Salah seorang mereka pergi ke ladang untuk mencari sayuran yang dapat dimakan dan dia menemui pohon sulur-suluran liar. Dia mengumpul beberapa labu liar daripadanya dan selepas kembali dia menghiris-hirisnya dan meletakkannya ke dalam masakan tadi. Tiada seorangpun sedar bahawa labu-labu itu beracun.
Kemudiannya, setelah kandungan kuali itu dihidangkan, tanda-tanda tidak senang segera terlihat. Mereka berteriak kepada Elisa, “Hai abdi Tuhan, maut ada di dalam kuali ini!” Mereka tidak dapat memakannya (ayat 38-40).
“Ambilkan aku sedikit tepung,” kata Elisa. Lalu dia memasukkannya ke dalam kuali itu dan masakan itu dihidangkan kepada orang-orang itu untuk dimakan; tiada lagi bahaya di dalam kuali itu (ayat 41). Kita lihat di sini keajaiban ke 8 yang dilakukan melalui Elisa.
Keajaiban kesembilan: roti diperbanyakkan
Di satu tempat lain, ketika kebuluran tempatan masih sangat teruk lagi, Elisa bersama satu perkumpulan lebih seratus orang. Seorang datang kepada Elisa dengan persembahan dua puluh roti jelai kecil yang dibakar daripada hulu hasil jelai dan gandum baru. Elisa berkata, “Berikan kepada orang-orang itu untuk dimakan” (ayat 42).
“Bagaimana aku dapat menghidangkan seratus orang dengan ini?” hambanya menjawab.
Elisa berkata sekali lagi, “Berikan kepada orang-orang itu untuk dimakan sebab Tuhan berfirman, ‘Mereka akan makan dan masih ada sisanya.’” Demikianlah yang terjadi.
Kita akan teruskan cerita ini dalam kertas Pelayanan Elisa Berterusan (No. CB145).