Kita teruskan disini dari karya tulis Daud, Nabal dan Abigail (No. CB91).
Daud berkabung untuk Saul dan Yonatan
Selepas Daud dan orang-orangnya kembali dari mengalahkan orang Amalek, mereka tinggal di Ziklag. Tiga hari kemudian seorang lelaki tiba dari kemah Saul dengan bajunya yang terkoyak dan kotoran ada di kepalanya – satu tanda perkabungan pada zaman itu. Apabila dia datang kepad Duad, dia menundukkan kepalanya ke tanah untuk memberi hormat kepada Duad (2 Sam 1:1-2).
“Dari mana kamu datang?” Daud bertanya.
“Aku datang dari perkemahan Israel,” jawabnya.
“Apa yang berlaku?” Daud bertanya, “Beritahu aku bagaimana peperangan itu.”
“Seluruh tentera kita telah melarikan diri dan ribuan orang telah mati dan cedera di medan peperangan. Saul dan anaknya Yonatan adalah diantara orang-orang yang sudah mati,” orang itu menjawab.
“Bagaimana kamu tahu mereka sudah mati?” Daud bertanya kepada orang itu (ay.3-5).
Orang muda itu menjawab, “Aku berada di Gunung Gilboa, dan melihat Saul mati dengan pedangnya, sementara bala tentera musuh sedang mendekatinya. Apabila dia melihat aku, dia memanggil aku untuk mendekatinya. Saul bertanya siapa aku dan ebritahu dia bahawa aku adalah orang Amalek. Dia memberitahu akau bahawa dia telah cedera, dan sedang kesakitan. Dia merayu kepada aku untuk membunuh dia sebelum orang Filistin menangkap dia. Aku telah melakukan seperti yang dia minta, dan menikam pedangku kearahnya kerana aku tahu selepas dia jatuh dia tidak mampu bangun kembali. Jadi aku mengamil mahkota yang ada di kepalanya dan gelang di tangannya dan membawanya ke hadapan tuanku” (ay.6-10).
Keadaan ini lebih daripada cukup untuk membawa Daud dan orang-orangnya sedah dan berkabung. Seperti adat pada waktu itu, mereka mengoyak baju mereka, meratap dan berkabung dan tidak memakan apa-apa sehingga matahari terbenam. (ay.11-12).
Kemudian Daud berkata kepada orang yang membawa berita itu, “Dari manakah kamu?”
“Aku seorang Amalek,” dia menjawab.
“Mengapa kamu membunuh Raja yang diangkat oelh Allah?” Daud bertanya.
Daud berkata kepada satu daripada tenteranya, “Parangkan dia!” Jadi dia membunuh orang Amalek itu. Daud telah berkata kepada dia, “Kau tanggungkan sendiri darahmu. Kamu sendiri telah mengakui bahawa kamu telah membunuh raja yang diangkat oelh Allah” (ay.13-16).
Oleh kerana Saul adalah diangkap oleh Tuha, Daud tidak akan membunuhnya dan tidak membenarkan sesiapapun untuk membunuh diia. Saul mati di tangannya sendiri tetapi menurut cerita ini, orang Amalek itu yang membunuh dia. Allah membenarkan ini berlaku kerana Saul tidak menurut Dia berkenaan dengan kematian Agag dan orang-orang Amalek) 1 Sam 15). Walaupun orang Amalek itu berkata bahawa Saul emminta dia untuk membunuhnya, dia tidak boleh dipercayai, dan telah terbunuh kerana dia bertanggung jawab keatas kematian seorang raja.
Saul mati kerana memberontak terhadap Allah dan mendapatkan nasihat dari seorang wanita sihir dan bukannya dari Allah sendiri. Jadi Tuhan mengakhiri hidupnya dan memberikan kerajaan itu kepada Daud (1 Sam 28:7 dan ayat seterusnya,; 1 Taw 10:13-14).
Untuk melafazkan hormat bagi pemerintah Israel itu dan kasihnya terhadap Yonatan, Daud mengarang sajak yang dia ratapkan untuk Saul dan Yonatan yang sudah mati (2 Sam 1:17-27).
Pada hari-hari berikutnya, Daud harus membuat beberapa keputusan yang penting. Dia menyedari bahwa dia harus menggantikan Saul sebagai raja Israel, dan dia melihat kepada Allah, melalui Abiatar, imam itu, untuk menunjukkan kepada dia apa yang harus dilakukan. Allah memberitahu bahawa dia dan orang-orangnya harus memindahkan keluarga mereka dari Ziklag ke Hebron, kota utama suku kaum Yudah. Daud dan orang-orangnya yang berjumlah 600 orang dari suku kaum Benyamin, Gad, Yudah dan Manaseh bergerak ke Hebron (1 Taw 12:1-22). Dia lega akhirnya kerana mampu berjalan dengan bebas di Israel tanpa takut diserang.
Daud menjadi Raja Yudah
Sebaik saja Daud menjadikan Hebron sebagai ibu kotanya, kepala-kepala Yudah berkumpul disana untuk mengadakan upacara kudus yang mana mereka bergabung dengan Abiatar imam itu untuk mengurapi dan mengangkat Daud sebagai raja suku kaum mereka (2 Sam 2:1-4).
Apabila Daud mengetahui bahawa orang-orang Yabes-gilead telah menyelamatkan tubuh Saul dan anak-anaknya dari orang Filistin, dia menghantar para pengutusnya dengan surat pujian kepada orang-orang dari kota itu kerana apa yang mereka lakukan. Daud berhati-hati tidak emmberi impresi bahawa pujiannya datang dari seorang yang menganggap dirinya sebagai raja Israel yang akan datang, walaupun dia tidak memberitahunya bahawa dia sudah menjadi raja suku kaum Yudah (ay. 5-7).
Peperangan diantara rumah Daud dan saul
Walaupun Daud teklah ditetapkan untuk menjadi pemerintah seluruh Israel, kematian Saul tidak membenarkan perkara ini berlaku dengan serta merta. Sementara itu, Abner, bekas panglima besar dari tentera Saul, telah mengambil Ishboset, satu lagi anak lelaki Saul, dan membawanya kepada Mahanaim. Walaupun dia tidak empunyai kuasa dari Allah untuk melakukannya, Abner membuat dia raja keatas seluruh Israel. Orang Filistin tidak sampai ke kawasan itu, dan orang Israel disana meninggalkan satu kepatuhan kepada Saul. Mereka akan melihat anak lelakinya mempunyai hak menjadi penggantinya.
Semua suku kaum kecuali Yudah menerima Ishboset, dan dia menganggap akan memerintah pada dua tahun berikutnya. Walaubagaimana pun, di Yudah, orang mengikuti Daud. Jangka masa Daud menjadi raja di Yudah adalah selama tujuh tahun (ay.8-11).
Abner dan Ishboset tidak senang kerana Daud dan suku kaum Yudah terus terasing dari kuasa Ishboset. Akhirnya, Abner dan orang-orang Ishboset meninggalkan Mahanaim dan pergi ke telaga Gibeon.
Yoab, panglima bala tentera Yudah, dan orang-orang Daud, keluar berjumpa dengan mereka di telaga Gibeon. Yoab dan bala tenteranya berkemah di seberang air dari tentera Abner. Kemudian Abner berteriak dari seberang telaga itu kepada Yoab.
“Daripada hanya duduk disana, mengapa kita tidak menghantar beberapa daripada orang-orang kita untuk berlawan tangan dengan tangan di depan kita,” dia berkata.
Yoab bersetujuh, jadi dua belas orang telah dipilih dari setiap pihak untuk berlawan dalam perlawanan itu (ay.12-14).
Kemudian setiap orang mengambil lawannya dengan menarik kepalanya dan menusukkan pisau kepada lawannya. Secara tragiknya, semuanya telah menjadi mangsa dari kontes berdarah dan kejam ini dan semreka jatuh bersama (ay.15-16).
Perlumbaan Asael yang membawa maut
Apabila orang-orang yang sdang melihat melihat orang-orang mereka mati, dua pihak ini berlawan. Orang-orang Yoab membuktikan mereka lebih kuat dan mengalahakn Abner dan orang-orangnya (ay.17).
Saudara Yoab, abisaidan asael, juga berada dalam perlawanan itu. Asael seorang pelari yang laju dan mengejar Abner, untuk mengalahkan dia.
Apabila Abner melihat ke belakang dan melihat dia, dia berteriak kepadanya, “Adakah itu kamu Asel?”
“Ya,” Asael menjawab kembali.
“Pergilah kejar orang lain!” Abner memberi amaran.
Tetapi Asael enggan dan terus mengejar Abner.
Abner berteriak kepada dia lagi, “Berhentilah. Aku tidak akan boleh berdepan dengan abangmu Yoab sekiranya aku harus membunuhmu!”
Tetapi dia enggan untuk berpaling, jadi Abner menusuk lembingny ke perut Asael, dan lembing itu menembusi belakangnya. Asael rebah disana dan mati di tempat itu dan Abner terus berlari (ay.18-23).
Yoab dan Abisai mengejar Abner, dan sementara matahari sudah mula terbenam di bukit Amah. Apabila suku kaum Benyakin mendengar apa yang berlaku, ramai orang dari suku kaum itu bergabung dengan Abner dan bala tenteranya yang berselerak di bukit telah dikejar oleh Yoab dan orang-orangnya. Ini membuat Abner berhenti dan menghadap kepada Yoab dan merayu untuk berdamai.
“Mengapa harus pembunuhan ini berterusan?” Abner berkata kepada Yoab. “Ia hanya membawa kepada kemusnahan yang lebuh teruk! Sekarang kami bersedia bersama dengan orang-orang Benyamin untuk berdiri melawan kamu, tetapi kami berharap bahawa kamu memutuskan untuk memerintahkan orang-orang kamu untuk terus mengejar saudara-saudara mereka sendiri!”
“Demi Allah yang hidup,” Yoab berteriak kembali, “Sekiranya kamu berbicara untuk berdamai dari tadi, sudah tentu kami berhenti mengejar kamu sejak pagi tadi” (ay.24-27).
Yoab meniup sangkakala dan semua orang-orangnya menurut. Mereka tidak lagi mengejar oran Israel itu, dan berhenti berperang.
Apabila Abner melihat bahawa dia tidak lagi bermasalah dengan Yoab, dia memimpin orang-orangnya berjalan melalui Arabia. Mereka melintasi Sungai Yordan dan terus berjalan sehingga mereka tiba di Mahanaim.
Sementara itu, Yoab dan orang-orangnya berjalan sepanjang malam untuk kembali ke Hebron pada waktu matahari menyingsing. Mereka membawa Asael yang sudah mati, kemudian menguburkan dia didalam kuburan bapa Asael di Betlehem. Termasuk Asael, Yoab kehilangan dua puluh dari orang-orangnya dalam peperangan dengan Abner, manakala Abner kehilangan tiga ratus enam puluh tentera. Ianya jelas bahawa Allah tidak membantu Abner dalam usahanya untuk memprosmosikan Ishboset sebagai raja seluruh Israel (ay.28-32).
Ini adalah permulaan peperangan yang lama diantara bala tentera Daud dan tentera Ishboset. Kedudukan Daud semakin kuat sementara rumah Saul semakin lemah (2 Sam 3:1).
Beberapa anak lelaki Daud lahir sementara dia berada di Hebron. Yang tertua adalah Amnon, lahir dari isterinya Ahinoam. Anak keduanya, Kilead, lahir dari isterinya Abigail, bekas isteri Nabal dari Karmel. Anak ketiga, Absalom, lahir dari siterintya Makah, anak kepada Raja Talmai dari gesur. Anak keempat Adonia, lahir dari isterinya Hagit. Dan Sefaca lahir dari isterinya Abital, dan Yitream dilahirkan dari isterinya Egla (ay.2-5).
Sementara itu, Abner mengambil kesempatan dari kekurangan Ishboset sebagai ketua, dan berusaha untuk memiliki kuasa yang lebih bagi dirinya bersama dengan orang-orang yang tetap setia kepada Saul.
Bagaimana pun, Ishboset dan Abner menjadi bertentangan ketika Ishboset menuduh Abner terlalu dekat dengan wanita yang bernama Rizpah, yang merupakan satu daripada gundik Saul. Abner menjadi marah ketika mendengar ini.
“Adakah kamu fikir yang kamu sedang bercakap dengan anjing?” Abner berteriak ketika dia berhadapan dengan anak Saul itu. “Sekiranya bukan kerana aku, kamu sudah lama berada didalam tangan Daud. Aku sudah melakukan yang terbaik untuk mengekalkan mahkota kamu dan kepimpinan Israel yang dipilih oleh bapa kamu, tetapi kamu memutuskan untuk memperkecil-kecilkan aku dan memusnahkan reputasiku dengan tuduhan ini!”
Ishboset tidak ada lagi yang diperkatakan kepada Abner kerana dia tahu tanpa Abner dia tidak boleh kekal dalam kedudukannya yang dipertikaikan itu (ay.6-11). Kemarahan Abner terlalu besar diman dia mengutus para utusannya kepada Daud untuk membincangkan satu persetujuan – dia mahu berpihak dengan Daud dan bekerja untuk menyatukan Israel sekiranya Daud senang untuk menerima dia.
Abner berjumpa dengan Daud
Daud pasti bahawa Abner sedang mendapatkan kemahuannya sendiri, tetapi dia mempunyai minat khusus terhadap ketua perang itu kerana dia seolah-olah orang yang dihormati dan seorang yang cekal. Dia tidak sedar bahawa Abner merasa marah kerana tuduhan Ishboset.
“Aku mahukan bantuan kamu dengan satu syarat,” Daud menulis surat yang diberikan kepada Abner. “Jangan datang kepadaku kecuali kamu membawa Mikhal, anak Saul dan isteriku yang pertama. Saul mengambil dia daripada aku dahulu, tetapi aku masih mahukan dia.”
Pada masa yang sama Daud mengutus para utusan kepada Ishboset, mahukan bahawa Mikhal dikembalikan kepadanya. Ishboset memerintahkan beberapa orang untuk pergi mengambil Mikhal dari suaminya Paltiel, orang yang diberikan Mikhal oleh Saul ketika Daud terpaksa meninggalkan rumahnya dahulu. Sauaminya, terus menangis di belakang dia sepanjang perjalanan ke Bahurim. Lalu Abner menyuruh Paltiel kembali ke rumahnya. Dan pulanglah dia (ay.12-16).
Ianya penting bagi Abner untuk menghubungi para penatua Israel terlebiih dahulu, mengingatkan mereka bahawa sekian lama mereka menginginkan Daud menjadi raja mereka.
“”Sekarang inilah masanya!” dia berkata. “Kerana Tuhan telag berfirman, ‘Ianya Daud yang akan menyelamatkan umatku dari orang Filistin dan musuh-musuh mereka yang lain.’”
Kemudian, Abner dan dua puluh dari orang-orang yang terpilih mengambil Mikhal ke Hebron. Daud merasa senang, dan mungkin Mikhal juga gembira untuk kembali kepada suaminya yang pertama, khusunya apabila jelas bahawa dia akan menjadi raja Israel.
Daud mengambil Mikhal dari suaminya kerana dia masih isterinya yang sah. Dalam keadaan yang sama Jemaat telah diberikan kepada Mesiah tetapi diambil oleh musuh (Iblis) selama ini, dan harus dipulihkan kepada Mesiah melalui pembaptisan. Kita dijanjikan kepada Kristus dan akan diberikan kepada dia sebagai raja.
Belajar untuk menjadi seorang raja
Utuk menunjukkan penghargaan kepada Abner untuk membantu dia untuk menyatukan Israel, Daud menyediakan satu jamuan kepada dia dan orang-orangnya. Jadi Abner mempunyai perasaan yang puas untuk merosakkan hasrat Ishboset untuk menjdi pemimpin Israel.
Kemudian Abner berkata kepada Daud, “Biarkan aku pergi serta merta dan mengumpulkan semua umat Israel untuk tuanku raja, supaya mereka boleh membuat persetujuan dengan kamu, dan memilih kamu sebagai raja, seperti yang diidamkan sekian lama.” Jadi Daud mengutus Abner pergi dengan damai (ay.17-21).
Kejatuhan Abner
Selepas Abner pergi, Yoab dan beberapa tentera Daud kembali ke Hebron selepada serangan itu. Mereka keriangan kerana mereka mempunyai senjata-senjata berharga dan banyak makanan dan barang rampasan lain yang mereka ambil dari musuh. Bagaimana pun, keriangan Yoab hilang apabila dia mendengar bahawa Abner telah melawat Daud, dan dilepaskan dalam keadaan damai.
Yoab tidak membuang masa untuk berjumpa dengan Daud. Yoab tidak menyukai Abner dia telah emmbunuh saudaranya dalam peeprangan, dan kerana dia menganggap Abner mungkin menggantikan dia sebagai panglima Daud.
“Bagaimana mungkin kamu berbaik-baik dengan Abner?” Yoab bertanya kepada Daud. “Mengapa kamu membiarkan dia pergi? Dia datang untuk menipu kamu dan memerhatikan pergerakan kamu dan memerhatikan semua yang kamu lakukan.”
Yoab meninggalkan Daud dan mengutus para pengutus untuk mengejar Abner dan mereka membawanya kembali. Tetapi Daud tidak tahu mengenainya. Apabila Abner kembali ke Hebron, Yoab membawanya di gerbang kota, dan berfikir mungkin dia mahu bercakap dengan dia secara peribadi. Dan disana, untuk membalas dendam atas kematian adiknya Asael, Yoab menikam Abner di perut dan dia mati (ay.22-27).
Daud meratap untuk Abner
Apabila berita pembunuhan ini sampai kepada Daud, dia sangat marah. Serta merta dia mengadakan pengumuman bahwa dia dan kerajaannya tidak kena mengena dengan kematian Abner. Dia menjelaskan bahawa kesalahan ini adalah ditanggung oleh Yoab, dan mengutuk Yoab dan keturunannya.
“Penyakit yang teruk, kusta, bisul dan lelehan akan ada dalam keturunan Yoab!” Daud mengumumkan. “Akan ada juga yang lumpu, miskin, dan menjadi mangsa kemalangan, seperti kehendak Allah!” (ay.28-30).
Daud berkata kepada Yoab dan semua orang Israel yang berkumpul disana, “Koyakkan bajumu dan lilitkan pada tubuhmu kain kabung dan berkabunglah bagi Abner.”
Daud mengikuti keranda Abner ke tempat pengkembumian di Hebron, dan raja itu meratapi dengan kuat di kuburan Abner. Terdapat ratapan kuat di kalangan umat Israel kerana pembunuhan itu.
Daud berpuasa selama satu hari, walaupun ramai dari sahabatnya cuba untuk menyuruh dia makan supaya dia tidak merasa tertekan. Dia mahu berpuasa selama sehari, dan orang ramai kagum dengan apa yang dia lakukan/ jadi seluruh bangsa, Yudah dan Israel, memahami dari tindakan Daud bahwa dia tidak mahu bertanggung jawab atas kematian Abner.
“Mereka telah menghantar orang agung kepada kematiannya,” Daud berkata, “tetapi aku sebagai raja pun, aku tidak merasa aku harus menangani mereka pada masa ini. Aku akan tinggalkan perkara itu kepada Allah, dan Dia akan menangani dengan mereka menurut dosa mereka. Allah akan menjadi hakim mereka” (ay.31-39).
Komplot yang kejam
Bila Ishboset mendengar yang Abner telah meninggal, dia dan pengikutnya sangat risau. Mereka sedar bahawa masa depannya sebagai seorang pemimpin Israel utara adalah amat tidak menentu, kerana kejayaan bergantung kepada pada Abner. Kepala umat Israel ketika itu jatuh kepada dua bersaudara, Baanah dan Rekab, masing-masing seorang pemimpin. Jika Ishboset telah menduga menduga apa yang mereka fikirkan untuk beliau, dia pasti berada dalam keadaan yang lebih daripada hanya masalah (2Sam. 4:1-3).
Suatu hari sekitar tengah hari, apabila aktiviti dihentikan kerana panas, Baanah dan Rekab tiba di rumah Ishboset. Mereka berpura-pura mengambil beberapa gandum dari dapur, tetapi dengan cepat pergi ke bilik Ishboset. Dua orang ini menikam Ishboset ketika dia tidur, memenggal kepalanya, dan kemudian pergi dari situ bersama dengan kepala itu.
Mereka membawa kepala Ishboset ini kepada Daud di hebron dan berkata kepada raja itu, “Inilah kepala Ishboset, anak kepada musuhmu Saul, yang cuba untuk membunuhmu. Hari ini Tuhan memberikan kamu pembalsan dendam keatas Saul dan seluruh keluargamu” (ay.5-8).
“Jenis situasi sengsara datang kepada saya pada satu masa dahulu,” David berkata, merenung dengan tegas di Rekab dan Baanah. “Seorang lelaki datang kepada saya di Ziklag untuk memberitahu saya bahawa dia adalah seseorang yang telah membunuh Saul. Dia menjangka beberapa jenis ganjaran, sama seperti anda berdua kini harapkan diberi anugerah. Di sana bukan apa-apa sebab bagi saya menjadi gembira apabila saya mengetahui yang Saul telah meninggal. Sebenarnya, saya sangat tidak gembira yang saya mengarahkan lelaki untuk dibunuh. Mahupun saya suka untuk melihat kepala Ishbosetd dihadapan aku. Anda mendakwa menjadi pembunuh-pembunuhnya, jadi kamu dianggap sebagai pembunuh. Membunuh orang yang jujur dalam tidurnya hanya mempunyai satu anugerah.”
Daud memberikan perintah kepada orang-orangnya, dan membunuh mereka berdua. Mereka memotong tangan dan kaki dan menggantungkan tubuh mereka di telaga Hebron.
Untuk menunjukkan hormat kepada Ishboset, Daud memerintahkan bahawa mayatnya harus dikuburkan dengan cara kehormat yang sepatutnya dlam kubur Abner di Hebron. Tindakan ini menjelaskan kepada umat Israel bahawa Daud mempunyai keadilan yang tegas, satu fakta yang membuat dia dihormati (ay.9-12).
Raja bagi SELURUH Israel
Selama bertahun para kepala dalam pelbagai suku kaum di Israel telah menyokong Daud dan membuat ribuan lagi yang setia dengan dia (1Taw 12:1-22).
Selepas Ishboset telah dibunuh, semua suku kaum Israel berkumpul di Hebron. Mereka mengingatkan Daud baha oleh kerana semua orang Israel adalah dari keluarga yang sama, dan oleh kerana Daud bijak dan menjadi ketua yang adil di masa dahulu dan menjadi ketua dibawah Saul, mereka mahu menjadikannya sebagai raja atas seluruh Israel (2 Sam 5:1-3; 1 Taw 12:23-40).
Dengan itu Allah telah bercampur tangan dalam perkara ini, dimana pada masa yang khusus, Daud akhirnya diangkat sebagai raja atas eluruh suku kaum Israel. Dia berumur tiga puluh tujuh tahun ketika ini berlaku. Mungkin dia merasa lebih terangsang sekiranya dia mengetahui bahawa dia akan menjadi raha Israel selama tiga puluh tiga tahun berikutnya (2 Sam 5:4-5; 1Taw 29:27).
Daud diangkat menjadi raja atas seluruh Israel pada umut tiga puluh tahun dan dia memerintah selama empat puluh tahun seluruhnya. Dari zaman Samuel mengurapi dia sehingag dia berumur tiga puluh tahun, Daud berada dalam latihan untuk menjadi raja. Di Israel, seseoramg itu harus berumur tiga puluh tahun untuk menjadi guru. Untuk alasan yang sama ini Kristus juga tidak memulakan pelayanannya untuk mengajar sehingag dia mencapai umur tiga puluh tahun.
Daud menawan Yerusalem
Tindakan pertama yang Daud lakukan sebagai raja atas seluruh suku kaum adalah mengarahkan tenteranya untuk menawan kota Yerusalem. Tempat ini didiami oleh orang Yebus, suku kaum Kanaan kuno. Ianya menjadi satu gangguan kepada Israel dimana satu kota di tengah-tengah negara mereka masih lagi didiami oleh pihak musuh mereka.
Apabila Daud dan bala tenteranya tiba di Yerusalem, ketua mereka mengutus arahan untuk memberitahu Daud bahwa tembok Yerusalem dikawal oleh orang yang cacat dan orang yang buta kerana mereka cukup kuat dan mampu untuk mempertahankan tembok itu dari serangan tentera Israel. Ini adalah satu ejekan kepada Daud. Walaubagaiman apun, Daud telah menawan benteng Sion (2 Sam 6:5).
Daud memberitahu tenteranya untuk pergi memasuki kota itu melalui saluran air dan memusnahkan mereka yang “timpang” dan “buta”. Tidak lama kemudian Yerusalem telah ditawan sepenuhnya oleh bala tentera Daud. Daud menetap di benteng iru dan memanggilnya Kota Daud. Dia menjadi lebih berkuasa, kerana Tuhan Allah semesta alam menyertai dia (ay.7-10).
Raja Hiram yang baik
Apabila Hiram, raja Tirus mendengar bahawa orang Israel telah menawan Israel, dia merasa senang. Sebagai hadiah kepada Daud yang dia anggap sebagai sahabagt, Hiram menghantar tukang kayu dan tukang batu ke Yerusalem untuk membina istana bagi raja Israel itu. Dia juga menghantar bekalan kayu aras disepanjang jalan dari pesisiran (ay.11-12). Daud menghargai tindakan yang baik ini. Orang-orangnya tidak boleh membina konstruksi yang baik seperti orang-orang dari Tirus ini. Masalah Israel yang berpanjangan telah menghalang perkembangan mereka dari segi kraf yang mereka perlukan.
Kini berada di Yerusalem dengan selesa, dan bersama dengan bangsanya yang terus bertambah kuat dan bertambah bersatu, Daud menyedari bahawa Allah telah memberikan dir kedudukan raja. Dia bersyukur dan merendahkan diri. Di menekankan untuk menuruti Hukum Allah. Dia tidak berhenti untuk mengingatkan umat Israel keperluan untuk menurut kepada sang Pencipta ini.
Walaubagaiman pun, walaupun Daud tidak serta merta menyelesaikan kehendak untuk menambahkan jumlah isterinya, serta gundiknya. Ramai lagi anak-anak lelaki dan perempuan telah dilahirkan untuk Daud oleh para isterinya dan gundiknya (ay.13-16).
Daud mengalahkan orang Filistin
Apabila orang Filistin mendengar bahawa Daud telah ditabalkan menjadi raja Israel, mereka ingin menangkap dia. Laporan kini mula datang kepada Daud bahawa orang Filistin mahu menyingkirkan dia, jadi dia pergi ke kubuh pertahanan. Orang Filistin ini tiba dan menyebar di seluruh lembah Efraim.
Daud tidak pasti apakah strategi perang yang lancarkan. Dia harus bertanya kepada Allah apa yang harus dilakukan. Apabila dia diberitahu bahawa orang Siarel akan menang sekiranya mereka menyerang musuh itu, keyakinannya kembali pulih.
Dia tidak tergesa-gesa menuju kepada orang Filistin ini kerana dia mengetahui bahawa Allah akan membantu dia. Dia menggunakan penghakiman yang baik dan strategi yang Tuhan jangkakan dari dia. Jadi Daud keluar dan melawan mereka.
Serangan mendadak dari orang Israel terlalu berat untuk orang Filistin. Jadi ramai daripada mereka dibunuh oleh Israel dan mereka telah dikalahkan. Orang Filistin meninggalkan patung berhala mereka disana dan Daud dan orang-orangnya memusnahkannya (ay.17-22).
Tetapi orang Filistin kembali dan sekali lagi menyebar di lembah Efraim (ay.22). Sekali lagi Daud bertanya kepada Allah apa yang harus dilakukan. Allah memberitahu dia untuk tidak membuat serangan depan tetapi pergi kep belakang Filistin dan menyerang dari belakang pohon kertau (SHD 1057, mungkin pohon kertau; atau mungkin balsam dari kebiasaan mereka). Dia akan menunggu di belakang pohon kertau dengan orang-orangnya sehingga kedengara derap langkah di pohon-pohon itu. Ini adalah tanda bagi orang Israel untuk menyerang.
Jadi Daud melakukan apa yang dikatakan Tuhan kepadanya, dan memusnahkan orang Filsitin semuanya dari Gibeon sehingga Geser (ay.23-25).
Daud membawa Tabut ke Yerusalem
Kemudian Daud mengambil tiga puluh ribu askar-askar khas dan mendahului mereka ke Baale-Yudah untuk membawa Tabut Perjanjian. Daud pergi ke rumah seorang lelaki dinamakan Abinadab itu adalah dalam Gibeah (2Sam. 6:1-2; 1Taw. 13:5-6). Tabut itu telah berada dalam rumah untuk beberapa dekad, di mana ia dijaga oleh seorang imam dinamakan Eleazar , satu daripada anak-anak Abinadab (1Sam. 7:1-2).
Tabut itu dinaikkan ke dalam gerabok baru yang telah dibina khusus untuk tujuna pemindahan ini, walaupun ini bukan kaedah yang dikehendaki oleh Allah. Uzzah dan Ahio, dua dari anak lelaki Abinadab, memipin sapi yang menarik gerabok itu. Untuk merayakan kerana membawa Tabut itu ke Yerusalem, para pemuzik Daud berjalan dihadapan gerabok itu dan bermain kecapi mereka, tamburin, gambus, gendang dan rebana. Daud berarak dibelakang gerabok itu, dan di belakngnya adalah ribuan orang yang menemaninya untuk mengambil Tabut itu (2 Sam 6:3-5).
Disini kita melihat Daud mengikuti contoh orang Fiistin (lihat 1 Sam 6:7-8) dan bukannya arahan Allah (Kel 25:10-16; Bil 4:5-6,15). Tabut Perjanjian ini harus dibawa di bahu orang Lewi (lihat 1Taw 15:13-15.) Sebagai akibat, kita akan melihat bahawa tindakan ini membawa kepada tragedi.
Sebagai perarakan berwarna-warni yang mendekati Yerusalem, satu daripada lembu jantan itu tersandung bekas roda. Kereta itu telah tersentak dengan teruk dimana Tabut itu terbalik. Tanpa berfikir apa akibatnya, Uzzah menghulurkan untuk mengimbangkan Tabut itu dengan satu tangan. Itu adalah tindakan terakhir hidupnya (2Sam. 6:6-7). Tabut itu harus dipegang melalu tiang-tiang itu yang dilanjutkan melalui gelangnya, dan menyentuhnya adalah dilarang sama sekali (Bil. 4:15). Tuhan tidak dilakukan pengecualian dengan Uzzah, walaupun tujuan orang itu mungkin tidak salah. Uzzah harus mengetahui akibatnya, kerana orang Lewi mempunyai salinan Perkataan Allah ini. Mereka ingin tahu apa yang mereka sedang lakukan dan untuk memelihara Kitab selalu bersama dengan mereka (Ul 17:18-20). Lihat juga karya tulis Tabut Perjanjian (No. 196)
Apabila Daud melihat bahawa Uzzah mati, dia sangat marah. Kegembiraan angkatan itu pudar. Ini adalah peringatan jelas kepada Daud dan orang Israel bahawa mereka yang melayani Allah harus menuruti arahanNya. Dengan jelas Daud merasa takut jadi dia memutuskan untuk tidak mengambil tabut itu lagi. Dia membawanya ke rumah terdekat seorang lelaki yang bernama Obededom, yang dari gath. Ia kekal disana selama tiga bulan dan Allah memberkati Obededom dan semua keluarganya (2 Sam 6:8-11).
Apabila Daud mendengar ini dia memutuskan sekali lagi untuk membawa Tabut itu ke Yerusalem.
Orang Filistin telah dihukum dengan tulah dan hemoroid ketika mereka memilik Tabut itu. Bagaimana pun, keluarga ini, yang jelas menuruti Allah, telah diberkati. Ini menunjukkan kepad akita bahawa keselamatan telah diberikan kepada orang yang bukan Yahudi.
Setelah merancang dan bersedia pada kali lin, Daud dan Imam Besarnya memerintahkan orang Lewi bagaimana untuk membawa tabut itu (1Taw 15:2). Mereka membawanya dengan berjalan kaki, memegang tiang di bahu mereka. Para pemuzik dan pemazmur berada di hadapan Tabut itu, dan terdapat muzik yang terus menerus dan teriakan gembira. Seperti dulu, satu kumpulan orang yang ramai mengikuti di belakang. Sekali sekala pembawa Tabut itu akan berhenti dengan beban mereka dan membakar persembahan mereka di mezbah sementara yang telah dibina disepanjang jalan ke Yerusalem.
Sementara proses ini memasuki kota itu, Daud merasa gembira dan bersykur dan memberitahu perasaannya dengan menari di hadapan Tuhan dengan sepenuh hati. Dia memakai pakaian imam. Orang ramai merasa gembira (2 Sam 6:12-15). Mungkin Allah juga merasa gembira, kerana Alkitab berkata bahawa kita harus memuji sang Pencipta dengan lagu pujian alat muzik dan tarian yang sesuai (Maz 33:1-3).
Muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada sistem kebaktian Israel dibawah Daud. Kita juga tahu bahawa Daud sendiri adalah ahli pemuzik dan dia menulis mazmur dan dia bernyanyi.
Jadi Tabut Perjanjian itu dibawah kembali dengan teriakan, muzik dan tarian. Semua orang merasa gembira, khususnya Raja Daud. Tetapi ada seoran yang memerhatikan dari jendela yang tidak merasa gembira. Dia adalah Mikhal, anak perempuan Saul, satu daripada isteri Daud (2 Sam 6:16; 1Taw 15:29). Dia membenci suaminya dari dengan apa yang dia lakukan. Dia berfikir ianya memalukan bagi Daud untuk menari seperti orang biasa.
Tabut itu dibawah kedalam kemah khusus yang disediakan Daud. Lebih banyak lagi persembahan bakaran dan persembahan damai telah dilakukan. Banyak makanan telah didistribusikan kepada orang ramai, termasuk roti, daging dan wain. Selepas semua orang siap makan, Daud melafazkan ucapan bahagia kepada mereka dan mereka semua kembali ke rumah (2 Sam 6:17-19).
Daud merasa gembira kerana peristiwa hari itu. Apabila semuanya selesai dan semua orang sudah balik ke rumah, Daud balik kepada keluarganya. Tetapi Mikhal keluar untuk menemui dia dan berkata dengan jijik:
“Lihatlah betapa mulianya raja Israel pada hari ini! Dia mendedahkan dirinya kepada para perempuan disepanjang jalan seperti orang biasa.”
“Aku menari dihadapan Tuhan yang memilih aku di atas bapa kamu dan keluarga kamu, dan yang telah mengangkat aku sebagai pemimpin Israel. Jadi saya sudi bertindak seperti orang bodoh untuk menunjukkan kegembiraanku didalam Tuhan. Aku pasti bahawa mereka yang memerhatikan aku mempunyai hormat terhadap tindakanku dari Allah terhadap kamu yang menuduh aku cuba untuk menunjuk-nunjuk dihadapan perempuan-perempuan muda!”
Sebagai akibat kerana bercakap tidak adil kepada Raja Daud, Mikhal tidak pernah melahirkan anak (ay.20-23).
Untuk keterangan terperinci tentang pemerintahan Raja Daud dan analogi spiritual yang terlibat lihat karya tulis Pemerintahan Raja-raja Bahagiant II: Daud (No. 282B).