Christian Churches of God
[CB91]

Daud, Nabal dan Abigail

(Edisi 1.0 20060825-20060825)
Nabal telah dibunuh dan Daud meminta Abigail untuk menjadi isterinya dan dia bersetuju. Samuel sudah mati dan peperangan masih berterusan. Raja Saul membunuh dirinya sendiri daripada dia akan dianiaya oleh musuhnya. Tiga anak lelaki Saul juga dibunuh dalam peperangan. Karya tulis ini telag diadaptasikan dari Jilid 93-95 dari The Bible Story Jilid IV oleh Basil Wolverton, yang diterbitkan oleh Ambassador College Press.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta © 2006 Christian Churches of God,
Disunting oleh Wade Cox)
(tr. 2009)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Daud, Nabal dan Abigail

Kematian Samuel

Dan matilah Samuel, seluruh orang Israel berkumpul meratapi, dan menguburkan dia di rumahnya di Ramah (1Sam. 25:1)

Daud bukan antara orang yang menghadiri majlis pengkembumian Samuel.  Daud tahu itu adalah risiko padanya untuk menghadiri pengkebumian Samuel kerana kehadiran Saul di sana, sebaliknya Daud membawa askar-askarnya ke Padang Gurun Paran, jauh dari Ramah dan Gibeah.  Disana Daud dengan askar-askarnya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, tidak tinggal di satu tempat untuk masa yang lama kerana keperluan makanan yang terhad dan tidak mahu Saul menjangka kedudukan Daud dan askarnya.

Daud, Nabal dan Abigail

Makanan bukan muda didapati di kawasan padang gurun.  Kebiasaanya Daud menghantar beberapa askarnya untuk membantu peladang-peladang yang tinggal di kawasan tersebut menuai hasil tanaman, dan kemudiannya mendapatkan makanan hasil daripada pekerjaan mereka membantu peladang tersebut.

Ketika itu ada seorang laki-laki di Maon, yang mempunyai perusahaan di Karmel. Orang itu sangak kaya, ia mempunyai tiga ribu ekor domba dan seribu ekor kambing, dan pada masa penguntingan bulu domba dia berada di ladang ternaknya.  Nama orang itu ialah Nabal dan istrinya bernama Abigail, istrinya amat cantik dan pintar tidak seperti suaminya yang kasar dan jahat kelakuannya dan cuma mahu menambahkan hartanya (vv. 2-3). Nabal bermaksud “Bodoh” atau “Zalim”.

Ketika didengar Daud berada di padang gurun , bahawa Nabal sedang menggunting bulu-bulu dombanya, maka Daud menyuruh sepuluh orangnya yang paling muda ke Karmel untuk berjumpa dengan Nabal. Setiba di Karmel mereka memberitahu Nabal tujuan kedatangan dan memberitahu Nabal bahawa mereka tidak pernah mencederakan seorang pun gembala di tempat yang mereka diami sebelum ini dan tidak pernah mencuri walau satu pun kambing dari gembala-gembala tersebut, dan mereka meminta Nabal sedikit sumbangan untuk diberikan kepada Daud kerana masa itu adalah hari perayaan. Mereka kemudiannya menunggu jawapan daripada Nabal.

“Kamu mengatakan bahawa kamu dihantar oleh orang yang bernama Daud, siapakah Daud dan siapakah anak Esai itu? Adakah perlu untuk saya mengenali mereka? Mengapa saya harus percaya bahawa kamu dihantar oleh Daud? Pada waktu sekarang ini terdapat banyak hamba-hamba yang lari daripada tuannya. Kenapa kamu semua datang pada saya?”

“Ketua kami memerlukan sedikit makanan untuk diberikan kepada askar-askarnya, dan dia merasakan bahawa kamu dapat membantunya” jawap anak-anak buah Daud kepada Nabal.

“Ah! Sekarang kamu sudah mengatakannya”, balas Nabal. “ kamu mengharapkan yang saya akan memberikan roti, air dan daging kepada kamu semua, saya tidak kenal akan kamu dan tidak akan memberikan apa-apa kepada orang yang saya tidak kenali.” (vv. 10-11)

Daud tidak begitu senang akan tingkah laku Nabal pada anak-anak buah yang dihantarnya, dan dia memutuskan untuk Nabal perlu diberikan pengajaran atas perbuatannya. Dengan dua ratus askar yang ditinggalkannya untuk menjaga kubu yang didirikannya dia kemudian membawa empat ratus orang askarnya yang lain pergi ke Karmel untuk berjumpa dengan Nabal.

Satu daripada hamba Nabal merasa begitu takut sesuatu yang buruk akan berlaku, maka hamba Nabal itu seterusnya balik dan berjumpa dengan istri Nabal, Abigail, dan memberitahu Abigail betapa buruk akan sikap dan tingkah laku Nabal pada anak-anak buah yang telah dihantar oleh Daud untuk meminta sedikit makanan daripada Nabal.

“Anak-anak buah Daud begitu baik pada kami dan mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang tidak baik pada kami sepanjang masa Daud berada di sini, sebaliknya mereka menjaga kami dan domba-domba gembalaan kami dan tidak ada satu pun yang hilang mahupun domba kami yang dicuri mereka. Perlakuan Nabal yang kurang menyenangkan itu akan menyebabkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku” kata hamba Nabal itu kepada Abigail. (vv. 12-17)

Takut akan apa yang bakal dilakukan oleh Daud pada Nabal dan hamba-hambanya yang lain, Abigail memutuskan untuk cuba berjumpa dan berdamai dengan Daud sebelum Daud dan askarnya sampai ke Karmel. Dengan segera, Abigail mengarahkan beberapa orang hamba dengan keldainya dan membawa dua ratus roti, dua buyung anggur , lima domba yang telah diolah, lima sukat bertih gandum, seratus buah kuih kismis, dan dua ratus kuih ara, Abigail berharap semua yang telah dibawanya akan memberikan sedikit sumbangan kepada Daud atas apa yang telah dilakukan oleh anak-anak buah Daud kepada hamba-hambanya sebelum ini.

Abigail kemudian mengambil dan menunggang keldainya dan pergi bersama dengan hamba-hambanya. Semasa Abigail dengan keldai yang ditunggangi olehnya menuruni sebuah bukit dia kemudiannya berjumpa dengan Daud dengan askarnya yang sedang mara menuju ke Karmel. (vv. 18-20)

Kemarahan Daud terhadap tingkah laku Nabal sudah tidak dapat dibendung lagi dan dia telah mengatakan kepada askar-askarnya bahawa dia tidak akan mengasihani walau seorang pun di ladang ternak Nabal, seterusnya mebuatkan Daud lebih kurang sama dengan tingkah laku Nabal malah lebih teruk dari Nabal.

Setelah Abigail terjumpa dengan Daud semasa dalam perjalanannya menghantar makanan kepada Daud dan askar-askarnya di Padang Gurun Paran, dia kemudiannya maju kedepan dan turun dari keldainya serta memberikan hormat kepada Daud.

“Saya tahu mengapa kamu di sini, Tuan,” kata Abigail pada Daud. “Saya adalah istri kepada Nabal, dan saya faham akan perasaan kamu terhadap perilaku suamiku pada anak-anak buah kamu. Saya faham akan tingkah lakunya yang tidak baik, seperti namanya begitulah perilakunya dan saya harap saya akan diberikan keizinan untuk bercakap dan meminta maaf bagi pihak suamiku.”

“Suamimu haruslah menanggung dan meminta maaf padaku sendiri, tetapi saya tertarik dengan apa yang akan kamu katakana.” Balas Daud pada Abigail.

“Terima kasih, Tuan,” balas Abigail. “saya tidak tahu akan perkara mengenai anak-anak buahmu yang telah dimalukan oleh suamiku sehingga salah seorang daripada hambanya memberitahu aku. Sekarang biarlah sedikit makanan ini diberikan kepada anak-anak buahmu, ianya tidaklah sebanyak mana, tetapi saya harap ianya akan membuatkan Tuan sedar yang kami berasa bersyukur terhadap pertolang anak-anak buahmu terhadap gembala-gembalaku. Kalau tuan mahu membalas perbuatan suamiku dengan hamba-hambanya, itu bukanlah perlikau kamu yang sebenarnya dalam menyelasaikan masalah, saya percaya yang kamu akan mengasihani kami ini, kalau saya dapat sedikit belas kashian daripada kamu dan Tuhan memberkatinya, tolonglah ingat, apabila kamu menjadi raja, aku dengan hamba-hamba ku ini pernah membantu kamu” (vv. 21-23)

Daud rasa begitu terkejut dan menyegani semua yang telah dikatakan oleh Abigail seorang yang ikhlas dan cantik. Dan itu telah cukup untuk membuatkan Daud membawa pulang kesemua empat ratus askarnya kembali.

“Semoga Tuhan memberkati anda” kata Daud kepada Abigail. “saya berasa gembira kerana dapat bertemu dengan kamu di sini dan membuatkan saya sedar betapa tergesa-gesa akan tindakan yang saya lakukan, kalau bukan disebabkan oleh kamu, askar-askarku ini sudah tentu akan menghukum segala orang, hamba dan juga suami mu di Karmel, dan saya berterima kasih atas sumbangan yang telah kamu berikan, saya tidak akan melupakan pertolongan yang telah kamu berikan kepada saya dan askar-askarku ini” (vv. 32-34).

Daud kemudiannya menerima makanan itu dan menyuruh Abigail pulang kerumah nya dengan aman dan berjanji dia juga akan membawa balik kesemua askar-askarnya kembali ke kehmah mereka.

Apabila Abigail tiba di rumah, dia melihat suaminya Nabal sedang berpesta dan dalam keadaan yang amat mabuk. Abigail tidak mengatakan sesuatu apa pun terhadap pertemuannya dengan Daud pada suaminya malam itu, keesokan harinya Abigail memberitahu segala apa yang telah berlaku dan apa yang telah dikatakan oleh Daud pada Abigail semasa pertemuan mereka. Oleh kerana berasa terkejut, takut, kecawa yang teramat sangat, dia telah diserang oleh penyakit jantung dan mati sepuluh hari kemudiannya, kerana Tuhan telah mencabut nyawanya atas apa yang telah dia lakukan. (vv35-38).

Apabila berita mengenai kematian Nabal sampai ke pengetahuan Daud, dia tahu itu semua adalah kehendak tuhan dan dia bersyukur kerana tidak menjalankan hukuman pada Nabal dengan kehendak hatinya sendiri.

Perkahwinan Daud.

Satu daripada banyak kekecewaan yang dialami oleh Daud semasa dalam kemusnahanya ialah apabila Saul memberikan istrinya Michal kepada lelaki yang lain untuk dikahwinkan. Abigail telah membuatkan Daud tertarik padanya atas kecantikan serta kebijaksanaan nya. Daud tidak membuang masa yang lama untuk menghantar orangnya menanyakan Abigail untuk menjadi istrinya. Abigail juga sebaliknya tanpa ragu-ragu dia menerima dan membawa lima orang dayangnya dan pergi mengikuti orang suruhan Daud pulang ke kehmah Daud.

Alkitab juga ada menyebut tentang perkahwinan Daud pada seorang perempuan yang bernama Ahinoam, tetapi perkahwinan itu tidak diketahui bila dan dimana ia berlangsung. Daud juga mempunyai beberapa lagi orang istri. (vv. 43-44).

Untuk kedua kalinya Daud membiarkan Saul hidup

Apabila orang Ziph melihat Daud pulang ke kawasannya, mereka menghantar orang suruhan untuk menghantar berita itu kepada Saul. Tanpa membuang masa Saul seterusnya memilih tiga ribu orang askar nya yang paling gagah untuk pergi bersama dia memburu Daud. Saul kemudiannya berkehmah di pinggir kawasan gurun di mana tempat Daud bersembunyi. Tetapi Daud yang sentiasa bersama dengan Tuhan tahu akan kedatangan Saul serta tentranya. Daud kemudiannya menghantar beberapa orang pengintip untuk mengawasi tindak tanduk Saul. (1Sam. 26:1-4)

Di sini kita dapat melihat bagaimana Saul sekali lagi membuat plot untuk memburu seterusnya membunuh Daud. Ini adalah merupakan satu simbolik yang sama seperti bagaimana satan cuba untuk memusnahkan Tuhan yang telah menggantikannya sebagai bintang fajar.

Setelah berbincang tentang bagaimana untuk Daud dapat mendekati Saul, Daud bertanya pada anak-anak buahnya siapa yang akan mengikutinya secara rela hati, dan Abishai, salah seorang daripada saudaranya (1Chro. 2:13-16), menyahut permintaan Daud dengan rela hati, mereka kemudiannya berangkat menuju ke kehmah Saul ketika Saul sedang tidur nyenyak bersama dengan ketua tentra nya Abner. (vv. 5-7).

“Tuhan telah memberikan kamu peluang untuk mencabut nyawa musuhmu,” bisik Abishai.

“saya tidak mempunyai sebarang keinginan untuk membunuh dia.” Balas Daud. “Jikalau itu kehendak kamu biarkan lah saya yang mencabut nyawanya untuk kamu,” kata Abishai.

“Tidak!” balas Daud menahan tanagan Abishai. “Saul itu telah diarahkan oleh Tuhan untuk menjadi raja kepada orang Israel. Kalau kamu membunuhnya, Tuhan tentu akan menghukum kamu, kalau Saul itu seharusnya mati, biarkanlah Tuhan yang tentukan dan cabut nyawanya, sekarang ini biarlah kita mengambil tombak serta bekas air minuman Saul dan pergi dari tempat ini” kata Daud pada Abishai.

Daud dan abishai telah keluar dari kawasan perkehmahan Saul tanpa mengejutkan walau seorang pun dari askar-askar Saul, disebabkan Tuhan telah membuatkan Saul dan askar-askarnya tidur dengan amat lena. (vv. 8-12).

Setelah Daud dan Abishai sampai di seberang dan berada di tempat yang selamat daripada Saul dan askar-askarnya, dia kemudiannya menjerit kepada Saul dan Abner ketua tentra nya.

“Abner bangun!” jerit Daud kepada ketua tentra itu.

“Siapakah di sana?” Abner membalas.

“kamu mempunyai reputasi yang baik antar pegawai-pegawai tentra orang israel!” jerit Daud. “Tetapi mengapa kamu tidak melindunginya semalam? Mengapa kamu membiarkan orang asing pergi mendekati Saul ketika dia sedang tidur? Jelaskan, bagaimana tombak dan bekas air minuman Saul ada pada tangan aku ini!” (vv.13-16).

Kemudian Saul berkata, “adakah kamu Daud, anak saudaraku?”

“Ya saya, Tuan!” jerit Daud pada Saul. “tolong jelaskan mengapa kamu dengan askar-askar kamu datang ke tempat ini untuk membunuh aku ini. Apa yang telah saya lakukan yang telah membuatkan kamu ingin mencabut nyawaku ini? Jika Tuhan yang telah menghantar kamu untuk mengambil nyawaku, mengapa aku ini masih hidup? Kamu tahu yang Tuhan akan menerima maaf dari aku ini sekiranya aku telah berlaku salah pada kamu,” kata Daud. (vv. 17-20).

Kemudiannya Saul mengaku salah. “saya telah melakukan perbuatan yang salah”. Jerit Saul pada Daud. “kembalilah ke Gibeah, dan aku berjanji aku tidak akan mengapa-apakan kamu dengan askar-askar kamu, seperti mana kamu tidak membunuh aku pada malam tadi!”.

“Baiklah ini tombak kamu”. Daud membalas. “hantarkan orang untuk mengambil tombak ini, dan saya percaya Tuhan akan melakukan apa yang sepatutnya pada kita berdua. Dia telah memberikan aku peluang untuk mencabut nyawamu semalam, tetapi aku tidak melakukannya, kerana dia telah mengarahkan kamu untuk menjadi raja kepada Israel! Seperti mana saya telah melepaskan kamu, saya juga percaya Tuhan akan menjamin keselamatanku daripada bahaya.

“Saya mengharapkan kamu akan menerima kurnia dan juga rahmat daripada Tuhan”. Jerit Saul semula. “saya percaya yang kamu akan menjadi raja seluruh Israel, dan jauh lebih baik daripada aku ini” (vv. 21-25)

Ianya amat jelas bagaimana Saul sentiasa merancang untuk membunuh Daud. Satan juga tahu yang Penyelamat umat manusia akan lahir daripada keturunan Daud dari leluhur Judah, dan bukannya daripada leluhur Benjamin melalui Saul.

Berlindung di kalangan orang Filistin

Daud berfikir kepada dirinya bahawa satu hari Saul akan memusnahkan dia jadi perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah untuk melarikan diri kepada tanah Filistin. Jadi Daud dan orangnya yang berjumlah enam ratus pergi kepada Akish, anak kepada Maoch raja Gath dan disana mereka diam bersama keluarga mereka. Apabila Saul mendengar berita ini dia tidak lagi mencari Daud.

Kemudian Daud bertanya kepada Akish sekiranya boleh dia dan tenteranya dan keluarga pergi kepada beberapa negara kecil untuk tinggal disana. Daud mengajukan bahawa ianya tidak benar dimana orang asing harus diam dalam kota diraja Filistin untuk jangka masa yang lama, kerana orang Filistin tidak akan memahami.

Akish bersetujuh dan memberikan dia Ziklag. Daud kemudian tinggal di wilayah Filistin selama enam belas bulan (ay.5-7).

Selepas Daud dan orang-orang yang bersama dengan dia  duduk di Ziklag, Daud menyerang orang Geshurit, Girzit dan Amalik. Setiap kali Daud menyerang satu dariapda kumpulan ini, semua orang akan terbunuh. Ternakan akan dirampas dan pakaian-pakaian akan dirampas dan kemudian mereka kembali ke Akish.

Walaupun Allah telah mengarahkan Israel untuk memusnahkan kebanyakan suku kaum kafir di dalam dan yang dekat dengannya (Kel 23:20-25; Ul 7:1-5; 1 Sam 15:1-3), alasan utama Daud untuk menghapuskan orang gurun ini adalah untuk mengelakkan informasi tentang serangannya datang ke Akish, yang yang menganggap serangan-serangan ini adalah terhadap kota-kota dan perkebunan Israel.

Serangan-serangan berdarah itu pada suku-suku padang pasir diteruskan berbulan-bulan. Sekali-sekala beberapa daripada rampasan lembu, keldai-keldai, unta-unta dan biri-biri akan digiring ke dalam Gath, untuk kepuasan bagi Achish. Pada masa-masa itu dia akan meminta di mana binatang-binatang itu dikumpulkan, dan Daud akan menjelaskan bahawa mereka datang daripada pelbagai tempat dalam selatan sebahagian daripada Judah, supaya Achish akan percaya yang Daud telah mengambil mereka daripada orang Israel. Raja Gath lebih gembira dengan keadaan ini, tidak pernah meneka yang Daud memperdayakan dia.  Dia menganggap Daud sebagai seorang penghianat kepada bangsa Israel, dan yang membenci kepada umatnya sendiri yang mana dia menjadi pembantu kepada orang Filistin (ay.8-12).

Dalam perkara ini Daud bukan jujur. Mungkin dia diinspirasikan oleh Tuhan untuk mengambil langkah-langkah bagi mengekalkan dirinya dan orang yang bersamanya, tetapi kata-katanya dan tindakan-tindakan terlalu keterlaluan untuk menandakan Tuhan itu menyokong dia dalam semua apa yang dia lakukan. Ini juga mungkin kenapa Tuhan tidak izinkan Daud untuk membina Kaabah di Yerusalem apabila beliau akhirnya menjadi raja, kerana dia seorang lelaki perang dan telah menumpahkan banyak darah (1Taw. 22:7-8).

Daud berada di Philistia selama lebih dari setahun (1Sam. 27:7) bila Akish mengadu kepada dia yang pemimpin-pemimpin bangsa itu merancang untuk menyerang Israel bersama dengan tentera gabungan mereka.

“Tentu saja orang-orang kamu akan bergabung dengan orang-orang kamu untuk pergi bersama dengan tentera yang akan berarak dari semua bahagian Filistin,” Akish memberitahu Daud.

“Maka kamu akan melihat dengan diri kamu sendiri apa yang boleh dilakukan oleh hambamu,” adalah jawapan Daud.

Daud tidak berjanji untuk bersatu dengan Filistin dengan pernyataan itu. Raja Gath menganggap bahawa Daud bercakap tentang musuh Filsitin, tetapi sebenarnya dia merujuk kepada musuh Israel.

Akish berkata, “Aku akan membuat kamu pengawal kehidupan” (1 Sam 28:1-2).

Saul dan  Dukun dari Endor

Filistin  menubuhkan kem mereka di Shumen manakala Saul dan Israel lunjur di Gilboa. Bila Saul melihat tentera Filistin dia merasa kecut. Dia bertanya Tuhan tetapi Tuhan tidak menjawab dia. Saul boleh berfikir hanya satu kemungkinan lain. Walaupun pada masa lalu dia telah membuat usaha hebat memandu pendeta, ahli-ahli sihir, ahli silap mata dan medium keluar dari Israel, dia sekarang berhadapan dengan apa dia berfikir adalah keperluan untuk menggunakan orang seperti itu. Jika dia berpaling kepada Tuhan dalam rohpertobatan, sudah tentu Tuhan tidak hanya senyap.

“Cari untuk saya seorang wanita yang boleh menghubungi dunia roh,” Saul memerintah beberapa pegawai-pegawainya. Tidak berharap ia menjadi diketahui secara umum apa dia sedang melakukan, Saul memilih hanya dua pegawai-pegawainya untuk mengiringi wanita itu yang telah diketahui sebagai ahli sihir dari Endor. Berpakaian pakaian biasa supaya mereka tidak akan dikenali, mereka pergi pada waktu malam ke Endor. Saul telah diperkenalkan hanya sebagai seseorang yang diingini untuk berhubung dengan semangat seorang kawan yang sudah mati (ay. 3-8).

Wanita itu berkata, “Tidak kah kamu tahu bahawa Saul telah menyingkirkan orang yang menangani roh-roh? Aku akan dibunuh sekiranya berita ini tersebar bahawa aku seorang ahli sihir.”

Saul berkata, “Aku berjanji bahawa tidak ada orang yang akan menyakiti kamu sekiranya kamu membawa roh Samuel, hakim Israe yang sudah mati, bangkit dari orang mati” (ay.9-11).

Wanita itu dikejutkan dengan permintaan ini. Dia tahu bahawa Samuel telah meninggal dan tidak boleh kelihatan dalam sebarang bentuk, tetapi ia krafnya untuk menghubungi syaitan-syaitan yang akan mengeluarkan ilusi dan suara-suara bagi memenuhi kehendak rakyat yang percaya cerita dongeng purba yang orang mati boleh menaiki kira-kira dalam bentuk roh dan mewujudkan diri mereka kepada orang secara langsung. Konsep kafir ini masih dengan meluas dipercayai hari ini juga antara orang yang memanggil diri mereka orang-orang Kristian, walaupun kitab dengan jelas menyatakan orang mati itu tidak tahu apa-apa (Peng. 9:5) dan kebangkitan terawal orang-orang Kristian benar untuk hidup kekal sebagai makhluk roh tidak akan terjadi sehingga Kristus datang ke Bumi ini (Wah. 20). Saul sudah mengetahui bahawa orang mati tidak berkomunikasi dengan orang yang masih hidup, tetapi dia merasa cukup tertekan untuk mencuba perkara yang lain.

Apabila wanita itu melihat Samuel dia berteriak dengan suara kuat bahawa dia melihat elohim atau tuhan yang keluar dari bumi dan berkata kepada Saul, “Sekarang aku tahu bahawa kamu adalah raja Saul. Mengapa kamu cuba untuk memperbodohkan aku?”

Raja itu memberitahu dia untuk tidak bimbang dan bertanya apa yang dia nampak.

“Aku melihat roh (elohim) yang keluar dari tanah,” wanita itu berkata.

“Bagaimana ia kelihatan?” Saul bertanya.

“Seorang tua yang memakai juba keluar”, dia berkata.

Maka Saul mengetahui bahawa ianya Samuel dan dia tunduk dengan mukannya menghadap ke tanah (ay.12-14).

“Kalau Tuhan telah menolak untuk membantu anda, mengapa adakah anda meminta nasihat dari aku?” suara Samuel bertanya. “Pada ketika ini anda harus faham yang pemerintahan negeri Israel telah diambil dari anda dan akan diberikan kepada Daud, lelaki yang kamu susahkan untuk sekian lama. Ini kerana anda melanggar Tuhan dalam banyak perkara, termasuk keengganan anda untuk membinasakan semua Amalik dan barang-barang kepunyaan mereka.”

“Kamu tidak akan mengalahkan orang Filistin,” suara itu berterusan. “Esok adalah hari peperangan, dan esok kamu dan tiga orang anak kamu akan dibunuh dan bersama dengan aku dalam keadaan yang mati!”

Kenyataan mengejutkan ini adalah keterlaluan untuk Saul, yang telah pun dalam suatu syarat lemah daripada kelaparan. Dia sangat takut akan apa dia mendengar sehingga dia jatuh ke lantai. Wanita itu menyeru Saul makan sesuatu supaya dia boleh mendapatkan semula kekuatan dia tetapi dia enggan. Bagaimanapun, orang-orangnya juga menggesa dia makan dan akhirnya Saul dan lelakinya makan dan kemudian keluar pada malam itu (ay. 15-25).

Sudah tentu, makluk yang dilihat Saul bukan Samuel, fizikal atau rohani. Samuel telah meninggal dan dikebumikan, dan tidak akan menjadi sedar sehingga lebih daripada tiga ribu tahun kemudian apabila beliau akan dihidupkan semula untuk bertemu Kristus apabila Anak Tuhan pulang dari syurga bagi memulakan pemerintahan di Bumi (Ibr. 11:32-35; 1Kor. 15:51-52; 1Tes. 4:14-17). Ahli sihir perempuan tidak mewujudkan satu ilusi oleh kuasanya sendiri, tetapi dia telah tersalah dihubungi oleh roh jahat yang telah menyamar Samuel. Tetapi Iblis dan syaitan-syaitan itu tidak boleh lakukan apa-apa yang perkara yang tidak dibenarkan Tuhan (Ayub 1:8-12).

Tuhan menggunakan malaikat-malaikatnya yang patuh untuk banyak tujuan mengagumkan. Tetapi Dia juga membenarkan mereka yang jatuh, atau roh-roh jahat, untuk menggalakkan atau menjalankan rekaan-rekaan tertentu, kerana mereka dalam ketakutan kepada Pencipta mereka. Iblis dan syaitan-syaitannya biasanya pergi dengan cara jahat mereka sendiri, sebaik sahaja banyak orang melakukan, tetapi Tuhan mengehadkan kuasa-kuasa mereka dan menggunakan kawalan keatas mereka apabila Sia memutuskan ia adalah perlu.

Oleh kerana Saul mencari roh jahat untuk nasihat, Allah membenarkan iblis untuk memberitahu dia bahawa dia akan mati dalam beberapa jam. Allah tidak mahu manusia berkomunikasi dengan roh jahat (Ul 18:9-13). Walaubagaimana pun, terdapat orang pada hari ini, yang dipanggil dukun, yang mendakwa mempunyai kuasa untuk berhubung dengan orang yang sudah mati. Mereka menggunakan ilusi bunyi melalui kaedah semulajadi. Mereka tidak boleh berhubung dengan orang yang sudah mati, ettapi dalam kes Saul, mereka menjemput roh jahat untuk berhubung dengan mereka.

Allah memberikan Saul empat puluh tahun memerintah sebagai raja Israel. Nombor empat puluh ini adalah satu set jangka masa bagi pertobatan, sama ada dalam hari, minggu, tahun atau jubili. Sementara kita teruskan cerita tentang rja-raja kita akan melihat bahawa Daud dan Salomo juga memerintah selama empat puluh tahun setiap saeorang. Bagi informasi lanjut dalam subjek ini lihat karya tulis  Empat Puluh Tahun bagi Pertobatan (No. 290) dan juga Pemerinathan Raja-raja: Bahagian l: Saul (No. 282A)).

Daud kembali ke Ziklag

Bala tentera Achish adalah yang terakhir untuk bergerak daripada Philistia. Raja-raja Philistia bertanya tentang Daud dan orang-orangnya yang ada di situ antara pangkat-pangkat mereka. Achish  menjawab, “Adakah ini bukan Daud yang mana seorang pegawai Raja Saul di Israel? Dia sudah bersama dengan saya untuk sepanjang setahun, dan saya tidak menemui kesalahan dengannya.” Jawapan ini membuat pemimpin-pemimpin lain itu marah, dan mereka menuntut yang Daud dihantar balik bersama dengan orng-orannya, supaya mereka tidak berkomplot untuk menyerang bahagian belakang pangkat-pangkat tentera filistin untuk mendapat bantuan dengan Saul (1Sam. 29:1-5).

Walaupun dia merasa kecewa dengan kehilangan Daud dan orang-orangnya. Akish harus bersetuju dengan permintaan ketua-ketua lain. Sama ada Daud betul-betul kecewa atau lega tidak ditandakan dalam Alkitab, walaupun kepada Akiah dia memberikan impresi bahawa dia merasa kecewa.

Bagaimana pun, keputusan ini bererti Daud tidak berlawan menentang orangnya sendiri. Allah akan menangani dengan Saul dalam peperangan ini dan Daud tidak mengikuti peperangan ini. Jadi Daud dan orang-orangnya tinggal disana pada malam itu, dan mula berjalan ke Ziklag pada pagi berikutnya sementara Filistin bergerak kedalam peperangan (ay.6-11).

Daud memusnahkan orang Amalik

Daud dan orang-orangnya tiba di Ziklag tiga hari kemudian untuk mendpati bahawa orang Amalik telah menyerang kota mereka dan membakarnya. Mereka juga mengambil semua wanita dan kanak-kanak dan pergi.

Daud dan orang-orangnya merasa tertekan dan meratap sehingga mereka hampir kehilangan tenaga.

Beebrapa dariapda orang-orang Daud menyalahkan dia keatas situasi ini, dan malah menyebut untuk membunuh dia dengan melempari batu. Pengikutnya sangat setia kepadanya, tetapi kemusnahan yang membuat keluarga mereka hilang telah menyebabkan mereka mahu membalas dendam, dan hanya Daud sahaja objek yang mereka ada (1 Sam 30:1-6).

Daud harus meminta Allah untuk jawapan. Abiatar imam itu masih bersama dengan tentera, dan Daud meminta dia untuk berdoa tentang perkara itu, bertanya kepada Allah sekiranya mereka harus mengejar orang Amalik itu. Daud juga berdoa. Allah memberitahu kepada mereka bahawa orang Amalik harus dikejar. Ini membuat Daud merasa lega, Allah juga meramalkan bahawa orang Israel akan mengalahkan orang Amalik dan mendapatkan semua apa yang telah diambil oleh mereka.

Jadi Daud dan enam ratus dari orang-orangnya keluar mengeja orang Amalik itu. Apabila mereka tiba di Sungai Besor, dua ratus daripada orang-orang itu penat untuk menyeberangi, tetapi yang lain terus berjalan. Sepanjang jalan mereka mendapati seorang anak muda Mesir di padang dan membawa dia kepada Daud. Dia tidak mempunyai makanan dan minuman selama tiga hari dan malam jadi mereka memberikan dia makanan (ay.7-12).

“Siapakah kamu dan dari manakah kamu datang,” Daud bertanya.

Aku orang Mesir – hamba kepada orang Amalik”, dia menjawab. “Tuanku meninggalkan aku di belakang tiga hari lalu kerana aku sakit. “Kami sedang kembali dari menyerang di Negeb, dan telah menyerang selatan Yudah dan tanah Caleb, dan telah membakar Ziklag.”

“Adakah kamu tahu dimana orang Amalik sekarang?” Daud bertanya. “Aku akan pandu kamu kepada mereka sekiraya kamu berjanji kepada Allah kamu yang kamu tidak akan membunuh aku dan bahawa kamu tidak membawa aku kepada tuanku”, orang muda itu menjawab (ay.13-15).

“Kami tidak ada niat untuk membunuh kamu atau membawa kamu kepada tuanmu,” Daud menjawa dengan tegas kepada orang Mesir itu.

Jadi dia memandu mereka kepada kemah orang Amalik itu, yang sedang makan dan minum dan menari dengan suka kerana serangan mereka yang berjaya.

Apabila orang Israel menyerang mereka dari semua arah beberapa minit kemudian, orang Amalik itu sangat terkejut sehingga mereka tidak mempunyai peluang untuk bersedia untuk mempertahan diri mereka. Sebahagian besar mereka telah terbunuh oleh Daud dan orang-orangnya, tetapi kira-kira empat ratus orang Amalik berjaya melepaskan diri dengan unta. Sepanjang malam dan sehingga pagi dan sehingga petang pada hari berikutnya orang Amalik bergelut untuk menentang tentera Daud. Tentera Daud akhirnya menyapu barisan akhir pertahanan mereka. Kemudian menyelamatkan para wanita dan kanak-kanak dan orang lain yang telah dibawa dari Ziklag. Daud mendapati dua isterinya selamat dan baik. Isteri-isteri orang lain dan kanak-kanak mereka didapati tidak disakiti oleh penculik mereka. Orang-orang Daud mendapatkan semua semua ternakan dan membawa mereka di depan mereka. Mereka memberitahu Daud bahawa ini adalah upahnya (ay.16-20).

Apabila mereka tiba di anak sungai dimana dua ratus orang Daud telah ditinggalkan, Daud memberi salam kepada mereka dengan gembira. Mereka yang bersunggut kerana orang-orang ini tinggal di belakang kerana mereka mula bersungut lagi. Kali ini adalah berkenaan dengan bagaimana harta yang diambil semula itu dibahagikan.

Daud kemudian memberitahu kepada orang-orang yang bersungut itu, “Sekurang-kurangnya mereka menjaga bekalan yang berat yang kita tinggalkan bersama dengan mereka supaya kita boleh berjalan dengan cepat. Mereka yang tertinggal di belakang harus menerima bahagian mereka dengan adil, dan aku akan melakukan yang terbaik untuk melihat bahawa isnya selalu dengan cara Israel” (ay.20-25).

Dan dari kalangan binatang ternakan itu dan harta lain yang diambil oleh orang Amalik dari Filistin, dan itu sekarang dalam kemilikan Daud dia menghantar hadiah-hadiah berharga kepada sahabat-sahabat di Yudah yang telah membantu dia dan orang-orangnya semasa mereka melarikan diri dari Saul (ay.26-31).

Raja itu Mati

Sementara itu orang Filistin mula berperang melwan Israel, dan orang Israel melarikan diri dari mereka dan telah dibunuh dalam jumlah yang besar di Gunung Gilboa. Orang Filistin mendekati kepad Saul dan membunuh anak-anaknya, Yonatan, Abinadab, dan Malkishua.

Kemudian para pemanah menangkap Saul dan mencedarakan dia dengan teruk. “Aku tidak mahu ianya dikatakan bahawa aku dibunuh oleh orang Filsitin!” Saul berteriak kepada pemegang senjatanya itu. “bunuhlah aku dengan pedang kamu sebelum orang-orang kafir ini datang mendapatkan aku.”

Pemegang senjatanya merasa takut untuk membunuh tuan dan rajanya itu, malah merasa kasihan. Dia juga mengetahui bahawa sekiranya ada orang Israel melihat dia membunuh Saul, mereka tidak akan percaya bahawa Saul telah memintanya.

Jadi Saul mengambil pedangnya sendiri dan membunuh dirinya sendiri.

Saul mati kerana dia meminta nasihat kepada dukun (yakni roh jahat) dan dia tidak menunggu Tuhan untuk jawapan. Selalunya doa kita tidak dijawab apabila kita fikir kita perlu sesuatu dan bukannya menunggu jawapan Tuhan kepada kita apabila masanya sesuai dan dalam rencananya (petikan 1 Taw 10:13). Saul juga gagal untuk memberi makan kepada umat Tuhan, yakni umat Israel (petikan 1 Taw 11:2).

Apabila pemegang senjatanya melihat Saul mati, dia juga membunuh dirinya. Jadi  Saul, tiga orang anak lelakinya, pemegang senjatanya dan tenteranya mati bersama pada hari yang sama (1 Sam 31:1-6).

Apabila umat Israel yang ada di lembah dan yang berada di seberang sungai Yordan melihat bahawa tentera Israel telah melarikan diri, dan bahawa Saul dan anak-anaknya telah mati, mereka meninggalkan kota-kota mereka dan melarikan diri. Kemudian orang Fiistin datang mendudukinya. Kerana Israel telah melupakan jalan Allah yang benar, mereka tidak lagi mendapat perlindungan.

Hari selepas pertempuran, askar-askar Fiistin bertolak untuk merampas orang mati Israel untuk senjata-senjata mereka dan barang-barang berharga. Mereka mmemotong kepala Saul dan mengambil perisainya. Mereka menghantar utusan sepanjang tanah Filistin untuk mengumumkan berita dalam kuil patung-patung mereka dan antara rakyat mereka. Perisai Saul telah diletakkan dalam kuil Ashtaroth, dan badannya telah diletakkan di tembok Beth-shan (ay. 7-10).

Bila mereka mengetahui apa orang Filistin telah lakukan untuk jenazah Saul dan anak-anak lelakinya, orang-orang yang berani di Jabesh-gilead memutuskan sesuatu harus dilakukan tentangnya. Pahlawan-pahlawan daripada bandar itu mengembara semalaman ke Beth-shan dan menurunkan badan-badan Saul dan anak-anak lelakinya daripada dinding dan membawa mereka ke Jabesh, di mana mereka membakarnya.

Ia bukan satu tradisi untuk membakar tubuh orang mati, tetapi orang-orang dari Jabesh-gilead tidak mahu orang Filistin mengetahui apa yang telah diambil dari tembok Beth-shan. Selepas mayat itu telah dikubur, tulang-tulang telah dikuburkan dibawah pohon. Puas hati bahawa mereka telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan bekas raja mereka dari desekrasi musuh mereka, orang-orang yang setia dari Jabesh-gilead ini memberi penghormatan terakhir dengan berpuasa selama tujuh hari (ay.11-13).

Dengan itu hidup Saul telah berakhir. Dibawah kepimpinannya, Israel telah mengalami masa yang baik dan buruk. Keadaan Israel tidak sepenuhnya ditentukan dengan sifat pemerintahnya, tetapi sekiranya pemerintah itu mengikuti Hukum Allah, umat yang dia perintah menjadi lebih penurut. Dan penurutan kepada Allah selalu membawa kepada kegembiraan, kemakmuran dan perlindungan (Ul 28:1-14).

Dengan kematian Saul kita sampai kepada akhir empat puluh tahun pemerintahan Raja-raja Israel. Jangka masa empat puluh tahun ini sama dengan empat puluh tahun pertama dalam kehidupan Musa – yang mana jangka masa 3 x 40 tahun, yakni 120 tahun. Jangka masa ini juga mewakili 2000 tahun pertama dari penciptaa sehingga air bah dan panggilan kepada Abraham.

Kita akan teruskan dengan cerita raja-raja Israel dalam karya tulis Raja Daud (No. CB92).

Sumber-sumber Rujukan:

Pemerintahan Raja-raja Bahagian l: Saul (No. 282A) dan

The New International Study Bible.