Christian Churches of God
[CB27]

Memahami Ucapan Bahagia

(Edisi 2.0 20050505-20061220)
Rangkaian berkat Ucapan Bahagia atau Beatitudes ialah sembilan pernyataan yang dibuat Kristus dalam satu khotbah yang kita sering dengar disebutkan tetapi tidak lazim memikirkannya. Kita akan perhatikan apa yang Kristus maksudkan dengan semua itu dan bagaimana ia bererti bagi kita dalam kehidupan kita setiap hari.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ã 2005, 2006 Dale Nelson, ed. Wade Cox)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Memahami Ucapan Bahagia

Ucapan-ucapan Bahagia ini merupakan bahagian terkenal dan amat penting dalam satu khotbah yang diberikan oleh Yesus Kristus. Kita boleh lihat apa yang dikatakannya dalam Matius, bab 5. Semua ini ialah berkat-berkat Tuhan kepada JemaatNya dan merupakan model untuk kita jalani hidup kita. Untuk memahami semua ini kita perlu memerhati kata-kata itu dengan teliti dan berfikir tentang apa ertinya.

Berkat pertama ialah, “Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga” (Matius 5:3). Apabila kita mula-mula membacanya kita mungkin berfikir, “Ini tak masuk akal, bukan?” Pastinya Roh Tuhan itu kita ingin miliki dengan banyaknya. Bukankah kita ingin menjadi kaya atau penuh dengan Roh seperti Kristus? (Lukas 4:1). Apakah yang cuba diajar Yesus Kristus kepada kita? Jika kita membaca ayat ini dalam The Interlinear Bible oleh Jay P. Green, kita boleh lihat perkataan Strong’s untuk “miskin”. Ini ialah perkataan Yunani berbilangan 4434 dan jika kita merujuk Konkordans Strong’s kita boleh lihat bahawa ini bererti “meminta”. Strong’s mengatakan bahawa ini dengan tepatnya bererti bahawa kita hanya hidup dengan apa yang kita dapat daripada meminta.

Sekarang bila kita tahu ertinya, ayat ini masuk akal. Kristus mengatakan kepada kita bahawa kita harus menganggap Roh Kudus seperti udara, air, tempat perlindungan dan makanan. Tanpa Roh Tuhan kita akan mati dan kita hanya boleh mendapatkannya dengan meminta Tuhan memberikannya. Roh Kudus bukan sesuatu yang kita perolehi dengan kerja keras, atau sesuatu yang kita berhak mendapat. Ia sesuatu yang kita harus minta, dan kita harus memintanya dengan pengetahuan bahawa kita tidak dapat menjalani hidup yang Tuhan ingin kita jalani tanpanya.

Hanya dengan Roh Kudus saja kita dapat mengerti jalan-jalan Tuhan, dan dengan itu mengikutinya. Hanya dengan memahami dan mengikuti jalan-jalan Tuhan kita dapat dibangkitkan kepada kehidupan. Hanya dengan kebangkitan kepada kehidupan ini kita dapat memasuki kerajaan rohaniah Tuhan.

Berkat kedua ialah, “Berbahagialah orang yang berdukacita, karena mereka akan dihibur.” (Mat.5:4). Adakah ini bermakna bahawa Tuhan ingin kita berdukacita, sebab penghiburannya begitu baik sekali? Kita tahu daripada Wahyu 21:4 bahawa Tuhan akan menghapus segala perkabungan daripada hidup kita.

Dan Ia (Tuhan) akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu. (Wahyu 21:4)

Bukan kesedihan dan penghiburan kesedihan itu yang Tuhan ingini. Mari kita renungkan hal ini. Tuhan meminta kita berdukacita atas ketidakadilan dan dosa-dosa yang kita lihat di sekeliling kita dalam dunia yang tidak mentaati Hukum-hukumNya atau mengerti kepentingannya. Dia mahu kita mengingini apa yang Dia ingini dan ini ialah: dunia di mana semua akan hidup menurut jalan yang dituntut Tuhan. Dalam sistem ini akan ada satu Tuhan, dan satu bentuk ibadah. Semua akan merayakan Hari-hari Raya Tuhan. Akan ada keluarga-keluarga yang mengasihi, menghormati dan menghargai antara satu sama lain. Tiada lagi pembunuhan, pencurian atau pembohongan. Setiap orang akan bergembira atas kejayaan masing-masing dan berkumpul bersatu dalam kedukacitaan orang. Kita perlu faham bahawa dunia ini bukan dunia Tuhan. Tuhan telah memberinya pengawas lain untuk waktu sekarang ini, demi kebaikan jangka panjang kita semua.

Sekarang berlangsung penghakiman atas dunia ini: sekarang juga penguasa dunia ini akan dilemparkan ke luar. (Yohanes 12:31)

Kita juga tahu bahawa keadaannya tidak akan selalu seperti ini. Kita memiliki pengharapan dan penghiburan daripada memandang ke arah Milenium, yang akan dijalankan menurut Hukum Tuhan. Semua akan mengerti bagaimana Rencana Tuhan memenuhi kasih Tuhan. Bukan saja manusia yang tidak akan menyakiti sesama sendiri, tetapi binatang juga tidak akan menyakiti sesama sendiri.

Serigala dan anak domba akan bersama-sama makan rumput, singa akan makan jerami seperti lembu dan ular akan hidup dari debu. Tidak ada yang akan berbuat jahat atau yang berlaku busuk di segenap gunung-Ku yang kudus,” firman TUHAN. (Yesaya 65:25)

Hati tenang mengetahui kenapa benda-benda jahat berlaku sekarang. Tuhan harus membiarkan kita membuat keputusan kita sendiri dan hidup dengan akibat keputusan-keputusan itu agar kita akhirnya mengerti bahawa kita tidak boleh berbuat betul tanpa Dia. Kita memerlukan Dia. Dia Tuhan kita dan bukan setara kita. Iblis berdosa kerana dia ingat dia boleh melakukannya sama baik atau lebih baik lagi daripada Tuhan. Dia kini cuba membuat kita berfikir perkara sama. Kita tidak boleh setara dengan Tuhan. Iblis tidak boleh setara dengan Tuhan. Kristus tidak boleh setara dengan Tuhan. Tuhan sendiri akan memberi kita hidup tanpa penderitaan hanya apabila semua umatNya mengerti bahawa mereka memerlukan Dia dan Dia saja. Hanya selepas itu barulah semua dapat mengerti dan tidak berbuat seperti Iblis. Barulah Tuhan boleh yakin dalam semua kita untuk mengasihiNya, seperti yang kita patut. Waktu itulah kematian kedua boleh dihapuskan dan kita boleh hidup. Itulah penghiburan kita.

Berkat ketiga ialah “Berbahagialah orang yang lemah lembut, karena mereka akan memiliki bumi.” (Matius 5:5). Apakaha erti ini? Adakah Tuhan menghendaki orang-orang yang duduk, mengikut apa yang disuruh, dan tidak menggoncangkan kapal? Apa ertinya menjadi lemah lembut? Ini ialah perkataan Yunani Strong’s bilangan 4239. Perkataan ini bermakna “berwatak lembut” atau “merendahkan hati”. Kristus ialah teladan kita dalam ini. Kita harus jangan mengelirukan “lemah” dengan “lemah lembut”. Kristus menterbalikkan meja-meja pertukaran wang dalam Bait apabila orang berdagang wang pada hari Sabat. Dia marah dengan ketidakadilan dan dengan dosa-dosa yang dibuat orang yang sepatutnya tahu lebih baik. Kristus mengalami kematian ngeri dengan ketabahan dan kekuatan fikiran yang hanya dapat ditemui dalam seorang yang kuat dan teguh hati. Dia didorong dan dikuatkan dengan bantuan Roh Kudus yang diberikan oleh Tuhan.

Bagaimanapun, kunci kepada semua ini ialah kita harus menjadi seperti Kristus dan melakukan segala sesuatu untuk pujian dan kemuliaan Tuhan.

Aku menjawab: Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah. (1 Kor. 10:31)

Sesungguhnya janjinya kepada kita ialah, jika kita melakukan semuanya untuk kemuliaan Allah Bapa dan bukan diri kita, maka kita akan menjadi para raja dan imam Bumi ini. Mereka ialah pewaris-pewaris Bumi. Dengan itu Dia maksudkan kita akan menjadi para pemimpin dan guru kepada orang lain dengan teladan kita dalam dunia hari ini dan secara literal ketika Milenium.

Anak-anak kita hari ini, yang memikirkan Tuhan terlebih dahulu dan rendah hati, akan menjadi raja-raja masa depan ketika Milenium. Untuk keterangan lanjut tentang apa yang terjadi sewaktu Milenium lihat kertas-kertas ini Apa Terjadi Bila Kita Mati? (No. CB29) dan Rencana Keselamatan Tuhan (No. CB30).

Pertimbangkan hal-hal berikut yang menunjukkan bahawa kita mendahulukan Tuhan sebelum diri kita dan kita tidak akan berkompromi bila sampai kepada peraturan-peraturan yang ditetapkanNya untuk kita menjadi bahagia dalam jangka masa panjang.

Pertandingan bola sepak yang tidak dihadiri, walaupun jurulatih kita amat memerlukan kita, sebab ini dimainkan pada hari Sabtu.

Peperiksaan yang terpaksa kita ambil kemudian kerana kita berada di Perayaan.

Doa itu untuk inspirasi dan kita ingat untuk mengucap syukur kepada Tuhan kemudian sebab mengabulkannya.

Pertarungan yang kita tahu kita boleh menangi tetapi tetap mengundur diri.

Komen itu kepada sahabat kita yang sepatutnya tahu lebih baik untuk lebih teratur kerana dia akan berterima kasih kepada kita untuk itu satu hari nanti.

Hanya apabila kita terbukti rendah hati kepada Allah Maha Esa barulah kita menunjukkan yang kita dapat mengajar orang lain, dan dengan itu mendapat hak untuk menjadi raja-raja dan imam-imam seperti Kristus.

Berkat keempat ialah, Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan.” (Matius 5:6). Kita harus ingin menjadi benar sama kuatnya seperti mana kita harus meminta Roh Kudus. Perkataan “kebenaran” ini ialah perkataan Yunani Strong’s bilangan 1343, yang bererti “kebenaran” atau “kewajaran watak atau perbuatan/tindakan”. Untuk wajar kita perlu adil dan saksama dalam semua benda yang kita lakukan. Kita harus tahu apa yang adil dan bagaimana untuk mengadili benar daripada salah. Kita perlu mengerti Hukum Tuhan. Untuk berbuat demikian kita perlu membaca Alkitab dan mengetahui serta mengerti Perintah-perintahNya (Ulangan 4:8; Habakuk 1:4; Mazmur 119:42).

Itulah sebabnya hukum kehilangan kekuatannya dan tidak pernah muncul keadilan, sebab orang fasik mengepung orang benar; itulah sebabnya keadilan muncul terbalik. (Hab 1:4)

Sepuluh Hukum ialah perkara utama untuk kita menjadi benar. Sila lihat kertas-kertas Hukum Sepuluh (No. CB17) dan Hukum Tuhan (No. CB25) untuk keterangan lanjut tentang Hukum Tuhan. Daripada pengertian Hukumlah kita akan dipenuhi dengan pengetahuan akan kehendak Tuhan dan jalanNya.

Bukan perut kita yang dipenuhi; tapi fikiran dan hati kita. Kita tahu daripada merayakan Pentakosta bahawa kita harus dipenuhi dengan Roh Kudus. Lihat kertas Hari-hari Raya Tuhan (CB22). Roh Kuduslah yang menolong kita belajar dan menurut Hukum itu dan menjadi benar (lihat kertas Apakah Roh Kudus? (No. CB3). Jadi kita tahu kita tidak boleh sampai tahap ini tanpa memenuhi syarat Berkat pertama.

Berkat kelima ialah, “Berbahagialah orang yang murah hatinya, karena mereka akan beroleh kemurahan.” (Matius 5:7). Salah satu prinsip yang kita lihat Tuhan ingin kita ikuti ialah, “layani orang lain sebagaimana engkau ingin mereka layani kamu”. Ini dicerminkan dalam Matius 22:39 yang mana Kristus meringkaskan Hukum Tuhan kepada dua hal. Yang pertama berhubung dengan kasih kita akan Tuhan, “Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri”. Jika kita tidak suka satu perkara tertentu terjadi kepada kita maka kita cuba menghalangnya daripada terjadi kepada orang lain. Jadi, kita tidak menyakiti orang lain; kita tidak mencuri daripada mereka; dan kita tidak berdusta kepada mereka, dll.

Malah berkenaan hukuman untuk dosa kita boleh lihat bagaimana Tuhan berusaha untuk membuat kita mengertinya. Apabila kita mencuri kita harus membayarnya kembali dengan tambahan lagi. Kita harus merasai ketidaksenangan serupa tetapi lebih berat lagi daripada apa yang kita kenakan pada orang lain.

Jika yang dicurinya itu masih terdapat padanya dalam keadaan hidup, baik lembu, keledai atau domba, maka ia harus membayar ganti kerugian dua kali lipat. (Keluaran 22:4)

Di sini Tuhan memberitahu kita untuk berjaga-jaga. Kita perlu melayan semua orang dengan kasih dan murah hati kerana Tuhan akan melayani situasi kita dengan cara yang sama. Jika kita berkeras atas orang lain Dia akan berkeras atas kita. Baca juga Matius 18 dari ayat 20 seterusnya. Fikirkan cerita ini dari segi membayangkan diri kita sebagai hamba dan Tuhan sebagai tuannya. Sebagai hamba kita meminta pengampunan dari Tuhan dan Dia memberikannya, tetapi apabila kita diminta pengampunan daripada salah seorang hamba kita, kita menolak.

Dia bukannya meminta kita membiarkan orang-orang yang melayan kita dengan buruk atau menyetujui perbuatan dosa, tetapi kita harus mengajar dengan kasih dan dengan teladan. Ingat, disiplin ertinya mengajar dan bukan untuk menyakiti. Jika kita melayan orang lain dengan baik dan membimbing mereka dengan lemah lembu Tuhan akan berbaik hati dan berlemah lembut dengan kita. Baca Zakharia 7:8 sampai bab 8. Tuhan banyak berpesan tentang kemurahan hati (belas kasihan) dan pengadilan adil dalam bahagian ini.

Berkat keenam ialah, Berbahagialah orang yang suci hatinya, karena mereka akan melihat Allah.” (Matius 5:8). Jika kita suci hati maka kita jujur fikiran dan niat. Untuk melakukan hal-hal dengan jujur kita harus melakukannya kerana kita percaya kita patut melakukannya. Kita harus membuktikan segala sesuatu kepada diri kita. Kita harus bertindak atas semua yang kita percayai benar. Jika tidak maka Roh Kudus akan pergi kerana Tuhan tahu bahawa kita tidak betul-betul mengingininya dengan bersungguh-sungguh. Kita harus jujur dengan Tuhan dan diri kita dengan melakukan hal-hal yang kita tahu adalah benar dan bukan sebab seorang lain berkata demikian atau sebab hal itu kelihatan betul pada waktu itu. Kita perlu membuktikannya, mempercayainya dan melakukannya.

Melihat Tuhan bererti kita memandang pada Kemuliaan Tuhan. Kita memasuki tanah Kudus. Paulus berkata, “Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia” (1 Timotius 6:16). Seorangpun tidak pernah melihat Tuhan, kerana Tuhan merupakan kuasa rohaniah. Kita harus berada dalam bentuk dan kemampuan roh untuk melihat Tuhan, dan seorangpun manusia tidak boleh menjadi seperti itu. Ini sesuatu yang dicapai selepas kebangkitan. Lihat kertas Siapakah Tuhan? (No. CB1).

Perkataan “melihat” ialah perkataan Yunani Strong’s bilangan 3700, yang bermakna, “dengan mata terbuka luas kepada sesuatu luar biasa”. Kita bukan saja bercakap secara jasmaniah di sini tetapi rohaniah. Jika kita jujur dan terbuka dan melakukan semuanya dengan niat murni kita akan mendapati mata kita dibesarkan dan terbuka. Kita akan mengerti segala rahsia. Kita boleh melihat secara jasmaniah dan rohaniah. Kita akan mengerti kudrat Tuhan.

Berkat ketujuh ialah, “Berbahagialah orang yang membawa damai, karena mereka akan disebut anak-anak Allah.” (Matius 5:9). Untuk menjadi seorang yang membawa damai kita harus ingin menyelesaikan konflik dan untuk berbuat demikian kita perlu menghargai orang lain. Kita harus cuba dan meletakkan diri kita di tempat mereka dan menjelaskan semuanya supaya mereka dapat mengerti dan tidak menjadi kecewa. Kita sendiri harus tidak menjadi marah dan untuk melakukan itu kita perlu mengabaikan penghinaan serta kekecewaan dan terus pergi kepada inti hal tersebut.

Kristus tidak pernah berlawan. Dia menerangkan keadaannya atau kekal senyap meskipun hakikatnya dia dituduh dengan tidak adil. Dia membetulkan orang jika mereka ingin tahu tetapi tidak jika mereka tidak mahu melainkan bilamana mereka berada di dalam Bait, dalam Rumah Tuhan, dan waktu itu dia marah dengan dosa mereka dalam tempat kudus itu (Matius 8:22, 26:63; Markus 14:61; Yohanes 2:14-15).

Kristus ialah seorang anak Tuhan sebab dia bertindak seperti Tuhan dan kita juga ialah anak-anak Tuhan bilamana kita bertindak seperti Tuhan. Jika kita anak-anak Tuhan kita akan memiliki pusaka yang sama seperti Kristus (Galatia 4:7; Roma 8:14-18).

As Berkat kelapan, Kristus berkata, Berbahagialah orang yang dianiaya oleh sebab kebenaran, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga.” (Matius 5:10). Apa yang Kristus katakan di sini ialah kita harus melakukan segalanya meskipun dalam keaiban atau ketidaksenangan atau kesukaran.

Sebab Tuhan memainkan peranan “lepas tangan” buat waktu ini untuk mengajar seluruh dunia bahawa kita tidak boleh melakukannya tanpa Dia, memang sukar untuk golongan kecil yang mengerti untuk hidup di dunia dengan senang. Memang tidak senang apabila kita terpaksa berkata “TIDAK” kepada begitu banyak undangan dan perayaan dunia ini. Contohnya kita terpaksa berkata “TIDAK” kepada perayaan-perayaan Krismas dan Easter (lihat kertas Kenapa kita tidak merayakan Krismas (No. CB24)). Kita terpaksa berkata “TIDAK” kepada pekerjaan yang memerlukan kita bekerja pada hari Sabat dan undangan ke restoran di mana ada orang lain mencari nafkah hidup pada hari Sabat dengan memberi makan kepada kita.

Mentaati kadangkala bererti kita tidak dapat pergi ke perjumpaan-perjumpaan tertentu. Ada orang yang mengerti dan akan cuba menampung kita bila mereka dapat tetapi kadangkala orang tidak menyukainya bila kita mendahulukan Tuhan sebelum mereka. Mereka menganggap kita tidak mengasihi dan menghargai mereka. Mereka tidak mengerti bahawa memelihara Perintah-perintah Tuhan lebih penting, tetapi satu hari nanti mereka juga akan melakukannya dan akan menyesal bahawa mereka telah membuat kita merasa bersalah.

Kita perlu pastikan bahawa kita menunjukkan kasih dan rasa hormat kita dalam bidang lain yang tidak mengkompromi kasih kita untuk Tuhan. Jika orang sakit hati kerana mereka tidak mengerti tentang mendahulukan Tuhan sebelum apapun atau sesiapapun maka kita tidak boleh khuatir tentang itu. Kita perlu terus setia kepada Tuhan dan jika kita berbuat demikian kita akan setia kepada diri kita dan akan mendapat ganjaran kita. Itu tidak bererti kita tidak akan mengalami waktu-waktu sedih sekarang ini tetapi ganjaran kita akan lebih besar kemudian.

Lihat juga Kisah dan Yesaya 66:5, iaitu contoh-contoh lanjut penganiayaan umat Tuhan dan oleh orang lain yang menganggap mereka mengenali Tuhan tetapi sebenarnya tidak.

Pada Berkata kesembilan, kita membaca, Berbahagialah kamu, jika karena Aku kamu dicela dan dianiaya dan kepadamu difitnahkan segala yang jahat.” (Mat. 5:11).

Kita ada orang, malah anggota keluarga dan teman-teman, yang tertanya-tanya kenapa kita melakukan apa yang kita lakukan dan kadangkala menjadikannya sukar untuk kita.

Hati manusia tidak menyukai Tuhan:

Sebab keinginan daging adalah perseteruan terhadap Allah, karena ia tidak takluk kepada hukum Allah; hal ini memang tidak mungkin baginya. (Rom. 8:7).

Jika kita mewakilkan cara hidup Tuhan memang tidak terhindar yang kita akan berlainan daripada dunia selebihnya. Kita akan kenampakan pelik sedikit, malah cukup pelik sampai orang mungkin tidak menyukai kita. Tiada seorangpun yang suka memikirkan bahawa ada satu Tuhan dan satu Rencana dan walaupun mereka berfikir begitu, mereka suka menganggap ini Rencana yang sesuai untuk mereka. Kami mengatakan bahawa itu tidak benar, bahawa memang ada Rencana dan peranan kita dalamnya ialah kita hanya perlu mengasihi Tuhan dengan taat kepada HukumNya, mengenali bahawa Yesus Kristus ialah AnakNya dan bahawa Hukum serta Rencana Tuhan ialah yang terbaik untuk manusia. Siapakah kita, yang dicipta Tuhan, sampai tidak setuju atau menganggap kita boleh melakukannya sama baik seperti Pencipta kita. Atas sebab tertentu ini boleh menyakiti hati orang, dan sebab mereka berasa tidak senang mereka mungkin melepaskan perasaan ini pada kita.

Kristus dan ramai nabi dituduh dengan tidak adil jadi apabila, atau jika, ini terjadi kepada kita ingatlah yang keadaannya sama bagi orang-orang ini yang Tuhan kasihi.

Ingat Ayub (Ayub 1 dan 2). Iblis meminta untuk menyerang Ayub untuk membuktikan bahawa kita hanya mengasihi Tuhan apabila Dia memberkati kita secara langsung. Iblis percaya bahawa jika dia menganiaya kita cukup lama kita akan mengalah. Kita akan memutuskan iman kita dengan Tuhan dan selepas itu Rencana Tuhan untuk membuat semua manusia memilih untuk bertindak seperti Dia dan menyembah Dia tidak akan terjadi. Sejak waktu itu sudah ada ramai orang yang, seperti Ayub, tidak mengalah. Memang demi kepentingannya Iblis menganiaya kita. Tetapi kita tahu bahawa seperti Ayub kita boleh berpaut kepada iman kita. Kita tidak diberikan kesukaran lebih daripada apa yang dapat kita tanggungi secara rohaniah (1 Korintus 10:13).

Tuhan mengatakan jangan murung jika orang tidak menyukai kita malah bersusah payah untuk menyakiti kita dan menuduh kita benda-benda yang kita bukan. Di akhir hari, bukan kita yang mereka tidak sukai tetapi fakta bahawa kita mentaati Tuhan sedangkan ini tidak mudah dilakkan dan sebaliknya ini menakutkan mereka yanng mungkin mereka harus mentaati Tuhan juga. Iblis telah membuatnya terlalu mudah untuk mereka tidak mengerti. Golongan kecil yang memang mengerti dan mentaati Tuhan sekarang akan menjadi teladan kepada mereka yang dibangkitkan dalam Kebangkitan Kedua, bukti bahawa mereka pernah ada pilihan. Mereka hanya perlu mula dengan meminta Roh Kudus.

Pandanglah kepada Ayub, Daniel, para nabi dan Kristus.

Kristus berkata

Bersukacita dan bergembiralah, karena upahmu besar di sorga, sebab demikian juga telah dianiaya nabi-nabi yang sebelum kamu. (Matius 5:12)

Apa lagi kata Kristus? “Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat.” (Lukas 23:34).

Perhatikan bahawa setiap Berkat itu berhubungan dengan yang lain. Ia seperti satu lingkaran besar dengan satu Berkat membawa kepada berkat lain dan selepas itu kita kembali kepada permulaan sekali lagi.

Secara ringkasan Berkat-berkat ini menunjukkan kita yang kita harus:

Meminta Roh Kudus; ia pemberian daripada Tuhan.

Sedari yang dunia ini tidak dapat berbuat betul dan memang tidak mungkin tanpa Tuhan.

Dengan rendah hati letakkan diri kita dalam tangan Tuhan.

Tunjukkan Tuhan yang kita mengerti dengan memelihara Hukum-hukumNya dan mengubah jalan kita untuk menjadi jalanNya.

Layanilah orang lain dengan baik hati dan ingat yang kita juga tidak sempurna.

Berjujurlah dengan Tuhan dan orang lain. Lakukan segalanya kerana kita percaya ia betul dan bukan kerana seseorang menyuruh kita, atau ia lebih senang dilakukan.

Berdamailah. Tugas kita bukanlah untuk memaksa peraturan Tuhan atau peraturan kita sendiri pada orang lain. Tuhan mempunyai Rencana jangka panjang untuk memastikan semua akan ingin mentaatiNya. Biarlah Rencananya berjalan.

Jangan patah hati apabila orang tidak menyukai hakikat bahawa kita cuba melakukan seperti yang Tuhan katakan.

Jangan terkejut jika orang menuduh kita benda-benda yang tidak betul kerana mereka tidak mengerti.

Apabila, dan hanya apabila, kita memahami dan mengakui keperluan kita untuk Tuhan, dan selepas itu melakukan apa yang dimintaNya daripada kita dalam kasih dan pertimbangan untuk mereka yang di sekeliling kita tidak kira siapa mereka, atau apa mereka fikir, maka kita akan memiliki kebangkitan kepada kehidupan.

Daripada ayat-ayat ini kita tahu bahawa jika kita dapat mengingati semua hal ini dan melakukannya dengan setia kita akan dipersembahkan oleh Kristus kepada Tuhan dan akan dapat melihatNya dalam kepenuhan KemuliaanNya. Kita akan mempunyai harapan untuk masa depan. Kita akan mengerti apa yang Tuhan sedang lakukan untuk hari ini dan hari esok. Kita akan menjadi raja-raja dan para imam dalam Milenium. Kita akan mengerti yang benar daripada yang salah dan Tuhan akan bermurah hati pada kita dan menyambut kita meskipun dengan semua kesilapan yang kita buat sepanjang perjalanan. Kita akan mengerti kudrat penuh Tuhan dan melihatNya sebagai Bapa yang mengasihi dan penuh kemurahan hati. Kita akan menjadi anak-anakNya dan Dia akan menjadi Bapa kita sebagaimana Kristus ialah seorang Anak Tuhan, dan kita akan mewarisi keabadian seperti Kristus.