Alkitab yang kita ada hari ini tidak menggambarkan susunan asal buku-buku Kitab Suci Ibrani. Kitab Suci Ibrani, atau Perjanjian Lama, pada asalnya terbahagi kepada tiga koleksi buku-buku yang dikenali sebagai Kitab Hukum, Kitab Para Nabi dan Mazmur. Apabila Yesus telah bangkit dan muncul kepada murid-muridnya ketika jamuan yang mereka makan, dia membuka pemahaman mereka terhadap identitinya dengan menggunakan Kitab Hukum, Kitab Para Nabi dan Mazmur.
Lukas 24:44-45 44 Ia berkata kepada mereka: “Inilah perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur.” 45 Lalu Ia membuka pikiran mereka, sehingga mereka mengerti Kitab Suci.
Dalam susunan asal ini, buku Rut tergolong dalam koleksi buku-buku yang dipanggil “kitab Mazmur” (buku-buku ini dinamakan begitu kerana buku Mazmur adalah buku pertama dalam koleksi ini). Khususnya ia adalah buku kelima dalam “kitab Mazmur”. Bersama dengan empat buku lain ianya sebahagian dari satu subkumpulan buku yang lebih kecil yang dikenali sebagai Skrol-skrol Perayaan. Semuanya dipanggil “Skrol-skrol Perayaan” kerana buku-buku ini dibaca ketika perayaan-perayaan berlainan dalam tahun. Khususnya, buku-buku serta perayaan-perayaan sewaktu bila mereka dibaca dan masih dibaca hari ini adalah:
| Buku | Perayaan |
| Kidung Agung | Paskah |
| Rut | Perayaan Minggu-minggu (Pentakosta) |
| Ratapan | Puasa pada hari kesembilan Ab |
| Pengkhotbah | Perayaan Pondok Daun |
| Ester | Perayaan Purim |
Tujuan jelas Rut adalah untuk membantu mengingati semula asal-usul kerabat Daud dan dengan itu sebahagian penting keturunan Mesias. Namun terdapat lebih banyak daripada itu di dalam buku kecil ini selain benda-benda ini. Melalui analogi-analogi ia mengandungi ajaran dan bimbingan untuk umat Kristian, sementara kita bersedia secara berkumpulan dan secara individu untuk menjadi Pengantin Kristus pada kedatangannya. Ia juga menunjukkan kita tanggungjawab-tanggungjawab untuk pertaubatan orang tidak percaya.
Tinjauan Umum
Bagaimanapun, sebelum kita pergi ke dalam pelajaran-pelajaran rohani buku ini, kita akan membuat lawatan ringkas pada jalan ceritanya dan mendapat tinjauan umum tentang bahannya. Rut adalah salah satu daripada hanya dua buku Alkitab yang dinamakan sempena seorang perempuan. Yang satu lagi adalah Ester. Menarik sekali, dalam Rut seorang perempuan bangsa asing berkahwin dengan seorang suami Ibrani, sementara dalam Ester seorang perempuan Yahudi berkahwin dengan seorang suami asing. Dalam buku itu, Rut akhirnya berkahwin dengan Boas yang berketurunan dari Salmon, yang mengahwini Rahab seorang perempuan sundal, yang bertaubat pada masa Israel mengambil milik Tanah Perjanjian. Rahab adalah seorang perempuan bangsa asing, dan kedua-dua Rahab dan Rut khususnya disebutkan dalam laporan Matius mengenai keturunan Kristus (lihat Genealogi Mesias (No. 119)). Kisah perempuan-perempuan ini juga menunjukkan bahawa pekhabaran Tuhan bukan hanya untuk Israel, tetapi juga diluaskan kepada bangsa-bangsa lain.
Buku ini membuka pada masa zaman para Hakim dengan satu kebuluran di Yehuda. Seorang lelaki bernama Elimelekh (bermakna Tuhanku adalah raja) dan isterinya Naomi (bermakna Yang aku senangi) serta dua anak lelaki mereka, Mahlon (Sakit), dan Kilyon (Merana) berpindah dari Betlehem ke negeri Moab untuk melepaskan diri dari kebuluran itu. Elimelekh meninggal dan anak-anaknya mengambil isteri masing-masing dari bangsa Moab di sekeliling mereka, iaitu Orpa (Rusa) dan Rut (Persahabatan). Orang Moab berketurunan dari Lot, melalui anak-anak perempuannya, selepas kejatuhan Sodom dan kota-kota dataran. Maka orang Moah dari segi itu mempunyai hubungan dengan orang Israel, walaupun bukan agama atau budaya mereka. Menurut Hukum Taurat (Ulangan 7:1-3), orang Israel tidak dibenarkan mengambil orang Kanaan sebagai isteri, namun isteri-isteri berbangsa Moab dibenarkan. (Bagaimanapun, seorang lelaki Moab tidak dibenarkan memasuki jemaat Tuhan (Ulangan 23:3) hingga ke generasi kesepuluh.)
Sepuluh tahun selepas Elimelekh meninggal, kedua anaknya Mahlon dan Kilyon juga begitu. (Memandangkan nama-nama anaknya begitu ianya mungkin bahawa terdapat kecenderungan genetik tertentu terhadap penyakit dalam keluarga ini dan dengan itu mungkin satu sebab tambahan kenapa Tuhan membenarkan mereka meninggal dan tidak mendirikan keturunan Daud melalui Elimelekh). Istilah merana mungkin menunjukkan keinginan yang tidak dipenuhi, atau maksud Alkitab bersimbol dalam pilihan nama anak-anak lelaki itu. Ianya juga mungkin bahawa mereka telah digoda oleh patung-patung berhala negeri asing. Namun begitu nampaknya Naomi berpegang teguh kepada pusaka, budaya dan kepercayaannya dan mengajar benda-benda ini kepada anak-anak perempuan mertuanya. Naomi mengetahui bahawa kebuluran di Yehuda telah berakhir dan tanpa apa-apa yang menahannya di Moab, dia mengambil keputusan untuk pulang. Kedua-dua anak mertuanya yang menjadi janda memilih untuk mengikutnya namun seorang saja, Rut, yang akhirnya berbuat demikian.
Tanpa suami untuk menampung mereka, kedua-dua Naomi dan Rut adalah miskin dan kerana itu Rut pergi untuk memungut di ladang-ladang sewaktu tuaian musim bunga. Mengikut Hukum, apabila hasil tanaman dituai, sudut-sudut ladang dibiarkan tanpa disentuh dan sebarang butir tuaian yang jatuh sewaktu penuaian itu haruslah ditinggalkan untuk golongan miskin datang dan mengumpulnya (Imamat 19:9). Begitu juga, ladang-ladang anggur tidak dituai habis dan anggur-anggur yang jatuh tidak dipungut, sekali lagi demi golongan miskin (Imamat 19:10). Dengan takdir Tuhan, Rut kebetulan telah memungut di ladang Boas. Boas merupakan seorang saudara suami Naomi yang telah meninggal dan sangat kaya. Dia menawarkannya perlindungan dan galakan.
Merasakan bimbingan Tuhan ada dalam hal ini, Naomi menyuruh Rut untuk menghampiri Boas pada akhir tuaian itu dan menunjukkan keinginannya untuk mengahwininya. Rut melakukan ini, namun seorang lagi saudara Elimelekh mempunyai hak lebih dahulu untuk mengahwini Rut. Boas menebusnya dari saudara ini dan berkahwin dengannya. Buku ini menutup dengan Boas dan Rut mempunyai seorang anak lelaki dan Naomi bersukacita dalam cucunya, dari siapa Daud dan akhirnya Yosua (Yesus) Mesias berasal.
Rut dan Komitmen Kristian
Salah satu sifat Rut yang paling mendalam adalah kesanggupannya untuk meninggalkan segala yang ada dalam hidupnya. Dia meninggalkan semua yang penting kepadanya – tanahairnya, keluarganya, sahabat-sahabatnya, budayanya, agamanya, secara ringkasnya, seluruh identitinya – untuk mengikuti Naomi kembali ke Israel dan taat kepadanya dan bangsanya, dan kepada Tuhannya.
Rut 1:1-18 1 ada zaman para hakim memerintah ada kelaparan di tanah Israel. Lalu pergilah seorang dari Betlehem-Yehuda beserta isterinya dan kedua anaknya laki-laki ke daerah Moab untuk menetap di sana sebagai orang asing. 2 Nama orang itu ialah Elimelekh, nama isterinya Naomi dan nama kedua anaknya Mahlon dan Kilyon, semuanya orang-orang Efrata dari Betlehem-Yehuda; dan setelah sampai ke daerah Moab, diamlah mereka di sana. 3 Kemudian matilah Elimelekh, suami Naomi, sehingga perempuan itu tertinggal dengan kedua anaknya. 4 Keduanya mengambil perempuan Moab: yang pertama bernama Orpa, yang kedua bernama Rut; dan mereka diam di situ kira-kira sepuluh tahun lamanya. 5 Lalu matilah juga keduanya, yakni Mahlon dan Kilyon, sehingga perempuan itu kehilangan kedua anaknya dan suaminya.
Menarik sekali, menurut Alkitab Companion dalam notanya kepada ayat 6, kepulangan Naomi ke Betlehem berlangsung pada 1326 iaitu tahun sebelum jubli kedua pada 1325/24 SM. Jubli bermula dari Pendamaian tahun Sabat hingga Pendamaian tahun jubli pada 1324. Maka 1326 adalah tahun tuaian tiga kali ganda. Kebuluran telah berakhir di Yehuda dan rakyatnya dapat menuai hasil mereka dan bersedia untuk tempoh masa untuk tanah iaitu tahun perhentian Sabat. Tuhan bekerja mengikut Kalendar dan peraturan-peraturanNya sendiri (lihat karya-karya Kalendar Tuhan (No. 156); Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256); Pembacaan Hukum Dengan Ezra Dan Nehemia (No. 250) serta Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272)).
6 Kemudian berkemaslah ia dengan kedua menantunya dan ia pulang dari daerah Moab, sebab di daerah Moab ia mendengar bahwa TUHAN telah memperhatikan umat-Nya dan memberikan makanan kepada mereka. 7 Maka berangkatlah ia dari tempat tinggalnya itu, bersama-sama dengan kedua menantunya. Ketika mereka sedang di jalan untuk pulang ke tanah Yehuda, 8 berkatalah Naomi kepada kedua menantunya itu: “Pergilah, pulanglah masing-masing ke rumah ibunya; TUHAN kiranya menunjukkan kasih-Nya kepadamu, seperti yang kamu tunjukkan kepada orang-orang yang telah mati itu dan kepadaku; 9 kiranya atas karunia TUHAN kamu mendapat tempat perlindungan, masing-masing di rumah suaminya.” Lalu diciumnyalah mereka, tetapi mereka menangis dengan suara keras 10 dan berkata kepadanya: “Tidak, kami ikut dengan engkau pulang kepada bangsamu.” 11 Tetapi Naomi berkata: “Pulanglah, anak-anakku, mengapakah kamu turut dengan aku? Bukankah tidak akan ada lagi anak laki-laki yang kulahirkan untuk dijadikan suamimu nanti? 12 Pulanglah, anak-anakku, pergilah, sebab sudah terlalu tua aku untuk bersuami. Seandainya pikirku: Ada harapan bagiku, dan sekalipun malam ini aku bersuami, bahkan sekalipun aku masih melahirkan anak laki-laki, 13 masakan kamu menanti sampai mereka dewasa? Masakan karena itu kamu harus menahan diri dan tidak bersuami? Janganlah kiranya demikian, anak-anakku, bukankah jauh lebih pahit yang aku alami dari pada kamu, sebab tangan TUHAN teracung terhadap aku?” 14 Menangis pula mereka dengan suara keras, lalu Orpa mencium mertuanya itu minta diri, tetapi Rut tetap berpaut padanya. 15 Berkatalah Naomi: “Telah pulang iparmu kepada bangsanya dan kepada para allahnya; pulanglah mengikuti iparmu itu.” 16 Tetapi kata Rut: “Janganlah desak aku meninggalkan engkau dan pulang dengan tidak mengikuti engkau; sebab ke mana engkau pergi, ke situ jugalah aku pergi, dan di mana engkau bermalam, di situ jugalah aku bermalam: bangsamulah bangsaku dan Allahmulah Allahku; 17 di mana engkau mati, akupun mati di sana, dan di sanalah aku dikuburkan. Beginilah kiranya TUHAN menghukum aku, bahkan lebih lagi dari pada itu, jikalau sesuatu apapun memisahkan aku dari engkau, selain dari pada maut!” 18 Ketika Naomi melihat, bahwa Rut berkeras untuk ikut bersama-sama dengan dia, berhentilah ia berkata-kata kepadanya.
Tahap komitmen Rut memang berbeza berbanding saudara mertuanya. Apabila Naomi mula-mula menyatakan tujuannya untuk meninggalkan Moab dan kembali ke tanahairnya, kedua-dua Orpa dan Rut memulakan perjalanan itu bersamanya. Namun apabila Naomi membantah, Orpa akhirnya pergi dan kembali kepada bangsanya, sementara Rut berpaut kepada Naomi.
Rut 1:19-22 19 Dan berjalanlah keduanya sampai mereka tiba di Betlehem. Ketika mereka masuk ke Betlehem, gemparlah seluruh kota itu karena mereka, dan perempuan-perempuan berkata: “Naomikah itu?” 20 Tetapi ia berkata kepada mereka: “Janganlah sebutkan aku Naomi; sebutkanlah aku Mara, sebab Yang Mahakuasa telah melakukan banyak yang pahit kepadaku. 21 Dengan tangan yang penuh aku pergi, tetapi dengan tangan yang kosong TUHAN memulangkan aku. Mengapakah kamu menyebutkan aku Naomi, karena TUHAN telah naik saksi menentang aku dan Yang Mahakuasa telah mendatangkan malapetaka kepadaku.” 22 Demikianlah Naomi pulang bersama-sama dengan Rut, perempuan Moab itu, menantunya, yang turut pulang dari daerah Moab. Dan sampailah mereka ke Betlehem pada permulaan musim menuai jelai.
Masa menuai jelai bermakna bahawa ia adalah waktu Paskah. Potongan pertama jelai adalah persembahan unjukan berkas, iaitu hari pertama minggu yang menyusuli Sabat mingguan dalam tempoh Perayaan itu. Terdapat beberapa pelajaran penting dalam hal ini untuk umat Kristian. Naomi telah hidup sebagai seorang asing di negeri asing, sebagai wakil Tuhan sebenar dan cara hidupnya. Dalam hal ini dia agak menyerupai Jemaat Tuhan. Kedua-dua Orpa dan Rut telah mengikat hubungan dengannya. Mereka sama-sama telah melihat tragedi yang dahsyat. Kini adalah waktunya untuk Naomi pulang kembali, dan meneruskan hidupnya. Seorang anak perempuan mertuanya mengatakan dia setia kepada Naomi namun dapat didesak daripada “komitmen” ini. Bagaimanapun, anak mertua yang seorang lagi, benar-benar dan sepenuhnya setia dan sanggup membayar harga komitmen tersebut, yang bermakna membelakangkan sepenuhnya cara hidupnya sebelum itu.
Jenis komitmen yang ditunjukkan Rut adalah jenis komitmen yang kita sebagai umat Kristian harus miliki. Untuk kita, pertaubatan dan pembaptisan melambangkan penolakan diri sepenuhnya dan komitmen penuh kepada identiti baru dan takdir yang baru.
Roma 6:1-5 1 Jika demikian, apakah yang hendak kita katakan? Bolehkah kita bertekun dalam dosa, supaya semakin bertambah kasih karunia itu? 2 Sekali-kali tidak! Bukankah kita telah mati bagi dosa, bagaimanakah kita masih dapat hidup di dalamnya? 3 Atau tidak tahukah kamu, bahwa kita semua yang telah dibaptis dalam Kristus, telah dibaptis dalam kematian-Nya? 4 Dengan demikian kita telah dikuburkan bersama-sama dengan Dia oleh baptisan dalam kematian, supaya, sama seperti Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati oleh kemuliaan Bapa, demikian juga kita akan hidup dalam hidup yang baru. 5 Sebab jika kita telah menjadi satu dengan apa yang sama dengan kematian-Nya, kita juga akan menjadi satu dengan apa yang sama dengan kebangkitan-Nya.
Kolose 3:3-4 3 Sebab kamu telah mati dan hidupmu tersembunyi bersama dengan Kristus di dalam Allah. 4 Apabila Kristus, yang adalah hidup kita, menyatakan diri kelak, kamupun akan menyatakan diri bersama dengan Dia dalam kemuliaan.
Bagaimanapun, Orpa mempamerkan sejenis dukacita duniawi – sejenis penyesalan yang tidak memimpin kepada komitmen dan perubahan sejati. Dia melihat ke belakang pada apa yang akan ditinggalkannya dan akhirnya kembali kepadanya. Malang sekali terdapat sesetengah umat Kristian seperti ini, yang membuat dakwaan bahawa mereka setia (“tidak, kami ikut dengan engkau pulang”) dan tinggal untuk seketika, namun apabila saat genting tiba, mereka berpusing balik dan kembali ke tempat dari mana mereka dipanggil.
2 Korintus 7:10 10 Sebab dukacita menurut kehendak Allah menghasilkan pertobatan yang membawa keselamatan dan yang tidak akan disesalkan, tetapi dukacita yang dari dunia ini menghasilkan kematian.
Lukas 9:62 62 Tetapi Yesus berkata: “Setiap orang yang siap untuk membajak tetapi menoleh ke belakang, tidak layak untuk Kerajaan Allah.”
Rut, sebaliknya, adalah satu contoh istimewa komitmen penuh dan sejati dan dia menggambarkan umat Kristian yang sanggup melepaskan segalanya, termasuk nyawa mereka jika perlu, untuk mengikut Kristus.
Orang tempatan mengingati Naomi yang jelas berdukacita untuk suaminya dan anak-anak lelakinya. Dia menunjukkan kekecewaannya terhadap kehilangannya itu apabila dia menyuruh memanggilnya Mara (SHD 4755 pahit). Bagaimanapun, walaupun dia merasakan bahawa dia telah melalui pencubaan-pencubaan yang besar dia tidak kehilangan iman, dan ternyata dengan kepulangannya ke negerinya sendiri dan bangsanya sendiri, mungkin tepat waktunya untuk Paskah dan Roti Tidak Beragi.
Kita semua perlu menangani kehilangan orang-orang yang dikasihi dan berbagai pencubaan dalam jalan hidup kita dan ianya sebahagian dari pertumbuhan rohani kita untuk kita tidak kehilangan iman.
Rut dan Memungut
Apabila Naomi dan Rut tiba di Betlehem, Rut telah memikul tanggungjawab untuk keluar dan memungut sisa di ladang-ladang dan dengan itu mencari nafkah untuk ibu mertuanya dan dirinya sendiri.
Rut 2:1-3 1 Naomi itu mempunyai seorang sanak dari pihak suaminya, seorang yang kaya raya dari kaum Elimelekh, namanya Boas. 2 Maka Rut, perempuan Moab itu, berkata kepada Naomi: “Biarkanlah aku pergi ke ladang memungut bulir-bulir jelai di belakang orang yang murah hati kepadaku.” Dan sahut Naomi kepadanya: “Pergilah, anakku.” 3 Pergilah ia, lalu sampai di ladang dan memungut jelai di belakang penyabit-penyabit; kebetulan ia berada di tanah milik Boas, yang berasal dari kaum Elimelekh.
Rut keluar untuk memungut dan “kebetulan” ia memungut di ladang bakal suaminya Boas. Ini mempunyai maksud penting bagi kita. Istilah memungut dalam bahasa Ibrani bermakna mengambil, mengumpul, memungut, mengangkat. Ia bermakna mengambil sisa-sisa dan keping-keping gandum yang jatuh, sewaktu hasil tanaman dituai. Seorang pemungut tidak menanam tanaman tersebut. Seorang pemungut tidak mengairkan tanaman ataupun menjaganya sementara ia masak. Tugas-tugas ini adalah tanggungjawab penanam yang memiliki ladang itu. Oleh itu seorang pemungut adalah seorang yang dibenarkan berkongsi dalam dan mendapat manfaat dari usaha seorang yang lain.
Dalam banyak cara ini menggambarkan hubungan umat Kristian kepada bakal suami mereka, Kristus. Tuhanlah yang memanggil kita. Perumpamaan penabur benih terdapat dalam Matius 13.
Matius 13:3-9, 18, 23 3 Dan Ia mengucapkan banyak hal dalam perumpamaan kepada mereka. Kata-Nya: “Adalah seorang penabur keluar untuk menabur. 4 Pada waktu ia menabur, sebagian benih itu jatuh di pinggir jalan, lalu datanglah burung dan memakannya sampai habis. 5 Sebagian jatuh di tanah yang berbatu-batu, yang tidak banyak tanahnya, lalu benih itupun segera tumbuh, karena tanahnya tipis. 6 Tetapi sesudah matahari terbit, layulah ia dan menjadi kering karena tidak berakar. 7 Sebagian lagi jatuh di tengah semak duri, lalu makin besarlah semak itu dan menghimpitnya sampai mati. 8 Dan sebagian jatuh di tanah yang baik lalu berbuah: ada yang seratus kali lipat, ada yang enam puluh kali lipat, ada yang tiga puluh kali lipat. 9 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengar!”
18 Karena itu, dengarlah arti perumpamaan penabur itu.
23 Yang ditaburkan di tanah yang baik ialah orang yang mendengar firman itu dan mengerti, dan karena itu ia berbuah, ada yang seratus kali lipat, ada yang enam puluh kali lipat, ada yang tiga puluh kali lipat.”
Contoh ini adalah menarik kerana “benih” injil ditaburkan di sekeliling, ada yang jatuh atas tanah yang baik di mana ia tumbuh dan berbuah. Kristus mengatakan bahawa tanah yang baik adalah mereka yang mendengar firman itu dan memahaminya. Lukas 8:15 menambah:
Lukas 8:15 15 Yang jatuh di tanah yang baik itu ialah orang, yang setelah mendengar firman itu, menyimpannya dalam hati yang baik dan mengeluarkan buah dalam ketekunan.”
Ianya cukup jelas bahawa bukan semua yang di dunia memahami atau bertindak atas injil Kerajaan Tuhan. Ia harus jatuh atas tanah yang baik. Ia harus diterima, kemudian bertumbuh dan berbuah di kalangan mereka yang memahaminya.
Terdapat beberapa perkara yang terbabit di sini. Pertama, terdapat penaburan benih dan pendengaran firman itu. Seterusnya, terdapat pemahamannya. Akhir sekali, terdapat penyimpanannya, dengan hati yang ikhlas dan baik. Idea akhir ini adalah sesuatu yang boleh kita kawal. Bagaimanapun, dua idea pertama adalah sesuatu yang Tuhan – atau Kristus, yang bertindak mengikut perintahnya – harus lakukan untuk kita.
Kristuslah yang menyediakan “tanah” kehidupan kita untuk menjadikan kita mampu menerima hal-hal firman Tuhan, atau “benih”. Kenapakah sesetengah “tanah” itu “tanah” yang baik? Ianya kerana Kristus bekerja dalam hidup kita, nampaknya lazimnya, bertahun-tahun lebih awal, untuk menyediakan di dalam kita keadaan di mana kita akan bersedia untuk dan boleh menerima “benih” Tuhan apabila masanya tiba untuk ia ditaburkan ke dalam kehidupan kita.
Di dalam Alkitab kita temui berbagai cerita tentang orang-orang yang dipanggil dalam cara-cara yang menakjubkan dan yang hidup mereka telah disediakan untuk benih itu apabila ia datang. Sebagai contoh, panggilan Sida-sida Etiopia:
Kisah 8:26-39 26 Kemudian berkatalah seorang malaikat Tuhan kepada Filipus, katanya: “Bangunlah dan berangkatlah ke sebelah selatan, menurut jalan yang turun dari Yerusalem ke Gaza.” Jalan itu jalan yang sunyi. 27 Lalu berangkatlah Filipus. Adalah seorang Etiopia, seorang sida-sida, pembesar dan kepala perbendaharaan Sri Kandake, ratu negeri Etiopia, yang pergi ke Yerusalem untuk beribadah. 28 Sekarang orang itu sedang dalam perjalanan pulang dan duduk dalam keretanya sambil membaca kitab nabi Yesaya. 29 Lalu kata Roh kepada Filipus: “Pergilah ke situ dan dekatilah kereta itu!” 30 Filipus segera ke situ dan mendengar sida-sida itu sedang membaca kitab nabi Yesaya. Kata Filipus: “Mengertikah tuan apa yang tuan baca itu?” 31 Jawabnya: “Bagaimanakah aku dapat mengerti, kalau tidak ada yang membimbing aku?” Lalu ia meminta Filipus naik dan duduk di sampingnya. 32 Nas yang dibacanya itu berbunyi seperti berikut: Seperti seekor domba Ia dibawa ke pembantaian; dan seperti anak domba yang kelu di depan orang yang menggunting bulunya, demikianlah Ia tidak membuka mulut-Nya. 33 Dalam kehinaan-Nya berlangsunglah hukuman-Nya; siapakah yang akan menceriterakan asal-usul-Nya? Sebab nyawa-Nya diambil dari bumi. 34 Maka kata sida-sida itu kepada Filipus: “Aku bertanya kepadamu, tentang siapakah nabi berkata demikian? Tentang dirinya sendiri atau tentang orang lain?” 35 Maka mulailah Filipus berbicara dan bertolak dari nas itu ia memberitakan Injil Yesus kepadanya. 36 Mereka melanjutkan perjalanan mereka, dan tiba di suatu tempat yang ada air. Lalu kata sida-sida itu: “Lihat, di situ ada air; apakah halangannya, jika aku dibaptis?” 37 (Sahut Filipus: “Jika tuan percaya dengan segenap hati, boleh.” Jawabnya: “Aku percaya, bahwa Yesus Kristus adalah Anak Allah.”) 38 Lalu orang Etiopia itu menyuruh menghentikan kereta itu, dan keduanya turun ke dalam air, baik Filipus maupun sida-sida itu, dan Filipus membaptis dia. 39 Dan setelah mereka keluar dari air, Roh Tuhan tiba-tiba melarikan Filipus dan sida-sida itu tidak melihatnya lagi. Ia meneruskan perjalanannya dengan sukacita.
Jelas sekali orang Etiopia ini telah dibimbing dan disediakan untuk ini oleh Kristus, supaya apabila tiba waktu Tuhan untuk panggilannya, dia telahpun bersedia, sudi, dan dapat menerima “benih” injil itu.
Orang Etiopia ini dan ramai sepertinya telah disediakan dan dibaptiskan. Filipus telah dibawa pergi dengan ajaib, menunjukkan bahawa Roh Kudus kini akan bekerja dengan bangsa Etiopia. Jemaat Etiopia telah ditubuhkan sebagai sebuah Jemaat baru dan bebas dari aktiviti ini dan Jemaat-jemaat Abyssinian telah bertumbuh menjadi struktur-struktur yang kuat dari segi rohani. Begitu sekali, sehinggakan menjelang abad kedua mereka telahpun menjadi kukuh dan menjelang abad keempat apabila umat Kristian di Asia Minor sedang dianiayai, orang Abyssinian dapat menghantar biskop Mueses ke Asia untuk mengasaskan dan mengadakan jemaat-jemaat di China (rujuk Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122)).
Bukan saja Tuhan mula-mula sekali menyediakan tanah hidup kita sebelum Dia menabur benih ke arah kita, tetapi Dia juga memimpin kita sepanjang jalan, memberi kita pengalaman dan peluang agar benih itu dapat bertumbuh dan maju dan berbuah. Paulus menulis:
1 Korintus 3:6-7 6 Aku menanam, Apolos menyiram, tetapi Allah yang memberi pertumbuhan. 7 Karena itu yang penting bukanlah yang menanam atau yang menyiram, melainkan Allah yang memberi pertumbuhan.
Setiap kita mempunyai peranan masing-masing dalam pertumbuhan dan pemenangan Kristian seperti mana Paulus menerangkan ayat-ayat yang menyusuli. Walau bagaimanapun, Tuhanlah yang bekerja melalui Kristus, yang menyediakan pengalaman-pengalaman yang membawa kepada pertumbuhan kita.
Tuhan tidak “menyusun” kehidupan kita, namun tidak diragui bahawa Dia memang membimbing dan mengilhami dan sama ada menyebabkan keadaan dan peristiwa, atau menggunakan kejadian-kejadian dalam kehidupan kita untuk menghasilkan pertumbuhan lanjut di dalam kita. Jadi kita adalah seperti Rut, si pemungut. Kristus bekerja dalam hidup kita dan kita berpeluang menerima segala manfaat dari usahanya.
Boas adalah satu gambaran Kristus
Apabila Rut mula memungut di ladang Boas, dia melihatnya dan bertanya siapakah dia. Setelah mengetahui dia adalah anak mertua Naomi, dia telah membuat rancangan khas untuknya, memastikan agar dia akan selamat dan usahanya menguntungkan.
Rut 2:4-14 4 Lalu datanglah Boas dari Betlehem. Ia berkata kepada penyabit-penyabit itu: “TUHAN kiranya menyertai kamu.” Jawab mereka kepadanya: “TUHAN kiranya memberkati tuan!” 5 Lalu kata Boas kepada bujangnya yang mengawasi penyabit-penyabit itu: “Dari manakah perempuan ini?” 6 Bujang yang mengawasi penyabit-penyabit itu menjawab: “Dia adalah seorang perempuan Moab, dia pulang bersama-sama dengan Naomi dari daerah Moab. 7 Tadi ia berkata: Izinkanlah kiranya aku memungut dan mengumpulkan jelai dari antara berkas-berkas jelai ini di belakang penyabit-penyabit. Begitulah ia datang dan terus sibuk dari pagi sampai sekarang dan seketikapun ia tidak berhenti.” 8 Sesudah itu berkatalah Boas kepada Rut: “Dengarlah dahulu, anakku! Tidak usah engkau pergi memungut jelai ke ladang lain dan tidak usah juga engkau pergi dari sini, tetapi tetaplah dekat pengerja-pengerja perempuan. 9 Lihat saja ke ladang yang sedang disabit orang itu. Ikutilah perempuan-perempuan itu dari belakang. Sebab aku telah memesankan kepada pengerja-pengerja lelaki jangan mengganggu engkau. Jika engkau haus, pergilah ke tempayan-tempayan dan minumlah air yang dicedok oleh pengerja-pengerja itu.” 10 Lalu sujudlah Rut menyembah dengan mukanya sampai ke tanah dan berkata kepadanya: “Mengapakah aku mendapat belas kasihan dari padamu, sehingga tuan memperhatikan aku, padahal aku ini seorang asing?” 11 Boas menjawab: “Telah dikabarkan orang kepadaku dengan lengkap segala sesuatu yang engkau lakukan kepada mertuamu sesudah suamimu mati, dan bagaimana engkau meninggalkan ibu bapamu dan tanah kelahiranmu serta pergi kepada suatu bangsa yang dahulu tidak engkau kenal. 12 TUHAN kiranya membalas perbuatanmu itu, dan kepadamu kiranya dikaruniakan upahmu sepenuhnya oleh TUHAN, Allah Israel, yang di bawah sayap-Nya engkau datang berlindung.” 13 Kemudian berkatalah Rut: “Memang aku mendapat belas kasihan dari padamu, ya tuanku, sebab tuan telah menghiburkan aku dan telah menenangkan hati hambamu ini, walaupun aku tidak sama seperti salah seorang hamba-hambamu perempuan.” 14 Ketika sudah waktu makan, berkatalah Boas kepadanya: “Datanglah ke mari, makanlah roti ini dan celupkanlah suapmu ke dalam cuka ini.” Lalu duduklah ia di sisi penyabit-penyabit itu, dan Boas mengunjukkan bertih gandum kepadanya; makanlah Rut sampai kenyang, bahkan ada sisanya.
Memungut adalah pekerjaan yang susah, dan tanpa sebarang jaminan kejayaan besar, jika para penuai sangat teliti dalam tugas-tugas mereka. Juga, bagi kaum perempuan muda, adanya kemungkinan mereka dikasari ketika mereka bekerja di ladang. Dalam keadaan Rut, sebagai seorang asing, dia mungkin terdedah kepada penghinaan. Bagaimanapun, Boas telah memastikan perlindungannya. Dia juga sengajar menyuruh para penuainya untuk membiarkan lebih banyak gandum jatuh dan ditinggalkan, agar usaha Rut berjaya dan dia digalakkan.
Rut 2:15-17 15 Setelah ia bangun untuk memungut pula, maka Boas memerintahkan kepada pengerja-pengerjanya: “Dari antara berkas-berkas itupun ia boleh memungut, janganlah ia diganggu; 16 bahkan haruslah kamu dengan sengaja menarik sedikit-sedikit dari onggokan jelai itu untuk dia dan meninggalkannya, supaya dipungutnya; janganlah berlaku kasar terhadap dia.” 17 Maka ia memungut di ladang sampai petang; lalu ia mengirik yang dipungutnya itu, dan ada kira-kira seefa jelai banyaknya.
Dalam pendekatannya ini kepada Rut, Boas menggambarkan kasih dan penjagaan dan keprihatinan Kristus terhadap kita. Banyak kali kita patah semangat dan kecewa dengan usaha kita untuk bertumbuh dan memungut apa yang Kristus telah sediakan untuk kita. Mungkin kita mula meragui Tuhan. Adakah rencanaNya untuk kita benar-benar akan tercapai? Adakah dia benar-benar mengambil berat terhadap saya sebagai seorang insan? Kenapakah hidup begitu susah?
Kristus dan Tuhan memahami segala perasaan dan emosi ini serta keadaan kita. Kristus ingin sekali untuk melindungi kita dan meluaskan kedamaiannya ke dalam hidup kita:
Lukas 13:34 34 Yerusalem, Yerusalem, engkau yang membunuh nabi-nabi dan melempari dengan batu orang-orang yang diutus kepadamu! Berkali-kali Aku rindu mengumpulkan anak-anakmu, sama seperti induk ayam mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mau.
1 Petrus 5:6-7 6 Karena itu rendahkanlah dirimu di bawah tangan Tuhan yang kuat, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktunya. 7 Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada-Nya, sebab Ia yang memelihara kamu.
Kristus dan Tuhan tidak akan meninggalkan kita.
Ibrani 13:5 5 Janganlah kamu menjadi hamba uang dan cukupkanlah dirimu dengan apa yang ada padamu. Karena Allah telah berfirman: “Aku sekali-kali tidak akan membiarkan engkau dan Aku sekali-kali tidak akan meninggalkan engkau.”
Seperti mana Boas menjaga bakal isterinya, begitu juga Kristus akan menjaga kita dengan empati dan belas kasihan.
Rut 2:18-23 18 Diangkatnyalah itu, lalu masuklah ia ke kota. Ketika mertuanya melihat apa yang dipungutnya itu, dan ketika dikeluarkannya dan diberikannya kepada mertuanya sisa yang ada setelah kenyang itu, 19 maka berkatalah mertuanya kepadanya: “Di mana engkau memungut dan di mana engkau bekerja hari ini? Diberkatilah kiranya orang yang telah memperhatikan engkau itu!” Lalu diceritakannyalah kepada mertuanya itu pada siapa ia bekerja, katanya: “Nama orang pada siapa aku bekerja hari ini ialah Boas.” 20 Sesudah itu berkatalah Naomi kepada menantunya: “Diberkatilah kiranya orang itu oleh TUHAN yang rela mengaruniakan kasih setia-Nya kepada orang-orang yang hidup dan yang mati.” Lagi kata Naomi kepadanya: “Orang itu kaum kerabat kita, dialah salah seorang yang wajib menebus kita.” 21 Lalu kata Rut, perempuan Moab itu: “Lagipula ia berkata kepadaku: Tetaplah dekat pengerja-pengerjaku sampai mereka menyelesaikan seluruh penyabitan ladangku.” 22 Lalu berkatalah Naomi kepada Rut, menantunya itu: “Ya anakku, sebaiknya engkau keluar bersama-sama dengan pengerja-pengerjanya perempuan, supaya engkau jangan disusahi orang di ladang lain.” 23 Demikianlah Rut tetap dekat pada pengerja-pengerja perempuan Boas untuk memungut, sampai musim menuai jelai dan musim menuai gandum telah berakhir. Dan selama itu ia tinggal pada mertuanya.
Ini adalah konsep kesetiaan kepada Kristus dalam tugas-tugas yang telah diberikan. Paulus mengatakan terdapat banyak pentadbiran dan banyak kumpulan tetapi satu Tuhan. Kita dijangka terus setia kepada Kristus sepanjang seluruh tuaian ini sehingga hujung zaman. Kita tidak dibenarkan kembali ke ladang-ladang Tuan-tuan yang lain yang diletakkan atas kita (bani syurgawi derhaka). Kita harus terus tinggal dalam Jemaat Tuhan. Iaitu, kita harus terus berdedikasi kepada Kristus sepanjang seluruh tuaian ini – dari tuaian jelai sehingga tuaian gandum pada Pentakosta.
Dari tuaian jelai hingga tuaian gandum adalah dari Kristus melalui keseluruhan tuaian Jemaat dalam kebangkitan pertama, namun kita harus tidak berhenti sehinggalah seluruh tuaian itu selesai. Dalam kata lain kita harus bekerja sehinggalah kedatangan Mesias. Kita tidak dibenarkan berhenti.
Rut dengan berani meminta perkahwinan
Salah satu perkara yang mengkagumkan tentang Rut adalah bahawa dia adalah seorang perempuan yang berani dan berpendirian. Zaman itu adalah zaman di mana perkahwinan diatur dan kaum lelaki memilih siapa yang mereka akan kahwin. Selanjutnya lagi, fikirkan keadaan Rut. Dia adalah seorang pemungut yang tidak berwang, orang asing, bangsa asing yang najis, dan dalam ertikata budaya kurang daripada hamba-hamba Boas sendiri.
Rut 2:13 13 Kemudian berkatalah Rut: “Memang aku mendapat belas kasihan dari padamu, ya tuanku, sebab tuan telah menghiburkan aku dan telah menenangkan hati hambamu ini, walaupun aku tidak sama seperti salah seorang hamba-hambamu perempuan.”
Namun dia mempunyai keberanian dan keteguhan hati untuk meminta agar Boas, seorang pemilik tanah yang kaya dan sangat dihormati, mengahwininya. Jelas sekali dia mempercayai pertimbangan Naomi. Naomi memahami bahawa pimpinan Tuhan ada dalam hal ini. Terdapat juga soal perundangan di sini kerana keberaniannya tidak datang dari keinginannya sendiri.
Rut 3:1-18 1 Lalu Naomi, mertuanya itu, berkata kepadanya: “Anakku, apakah tidak ada baiknya jika aku mencari tempat perlindungan bagimu supaya engkau berbahagia? 2 Maka sekarang, bukankah Boas, yang pengerja-pengerjanya perempuan telah kautemani itu, adalah sanak kita? Dia pada malam ini menampi jelai di tempat pengirikan; 3 maka mandilah dan beruraplah, pakailah pakaian bagusmu dan pergilah ke tempat pengirikan itu. Tetapi janganlah engkau ketahuan kepada orang itu, sebelum ia selesai makan dan minum. 4 Jika ia membaringkan diri tidur, haruslah engkau perhatikan baik-baik tempat ia berbaring; kemudian datanglah dekat, singkapkanlah selimut dari kakinya dan berbaringlah di sana. Maka ia akan memberitahukan kepadamu apa yang harus kaulakukan.” 5 Lalu kata Rut kepadanya: “Segala yang engkau katakan itu akan kulakukan.” 6 Sesudah itu pergilah ia ke tempat pengirikan dan dilakukannyalah tepat seperti yang diperintahkan mertuanya kepadanya. 7 Setelah Boas habis makan dan minum dan hatinya gembira, datanglah ia untuk membaringkan diri tidur pada ujung timbunan jelai itu. Kemudian datanglah perempuan itu dekat dengan diam-diam, disingkapkannyalah selimut dari kaki Boas dan berbaringlah ia di situ. 8 Pada waktu tengah malam dengan terkejut terjagalah orang itu, lalu meraba-raba ke sekelilingnya, dan ternyata ada seorang perempuan berbaring di sebelah kakinya. 9 Bertanyalah ia: “Siapakah engkau ini?” Jawabnya: “Aku Rut, hambamu: kembangkanlah kiranya sayapmu melindungi hambamu ini, sebab engkaulah seorang kaum yang wajib menebus kami.” 10 Lalu katanya: “Diberkatilah kiranya engkau oleh TUHAN, ya anakku! Sekarang engkau menunjukkan kasihmu lebih nyata lagi dari pada yang pertama kali itu, karena engkau tidak mengejar-ngejar orang-orang muda, baik yang miskin maupun yang kaya. 11 Oleh sebab itu, anakku, janganlah takut; segala yang kaukatakan itu akan kulakukan kepadamu; sebab setiap orang dalam kota kami tahu, bahwa engkau seorang perempuan baik-baik. 12 Maka sekarang, memang aku seorang kaum yang wajib menebus, tetapi walaupun demikian masih ada lagi seorang penebus, yang lebih dekat dari padaku. 13 Tinggallah di sini malam ini; dan besok pagi, jika ia mau menebus engkau, baik, biarlah ia menebus; tetapi jika ia tidak suka menebus engkau, maka akulah yang akan menebus engkau, demi TUHAN yang hidup. Berbaring sajalah tidur sampai pagi.” 14 Jadi berbaringlah ia tidur di sebelah kakinya sampai pagi; lalu bangunlah ia, sebelum orang dapat kenal-mengenal, sebab kata Boas: “Janganlah diketahui orang, bahwa seorang perempuan datang ke tempat pengirikan.” 15 Lagi katanya: “Berikanlah selendang yang engkau pakai itu dan tadahkanlah itu.” Lalu ditadahkannya selendang itu. Kemudian ditakarnyalah enam takar jelai ke dalam selendang itu. Sesudah itu pergilah Boas ke kota. 16 Setelah perempuan itu sampai kepada mertuanya, berkatalah mertuanya itu: “Bagaimana, anakku?” Lalu diceritakannyalah semua yang dilakukan orang itu kepadanya 17 serta berkata: “Yang enam takar jelai ini diberikannya kepadaku, sebab katanya: Engkau tidak boleh pulang kepada mertuamu dengan tangan hampa.” 18 Lalu kata mertuanya itu: “Duduk sajalah menanti, anakku, sampai engkau mengetahui, bagaimana kesudahan perkara itu; sebab orang itu tidak akan berhenti, sebelum diselesaikannya perkara itu pada hari ini juga.”
Rut meminta agar Boas “mengembangkan sayapnya” untuk melindunginya, secara simboliknya dengan berbaring di bawah selimutnya di sebelah kakinya dan secara lisan sesudah dia terjaga. Meminta Boas untuk melakukan ini bermakna bahawa dia meminta Boas melaksanakan tanggungjawabnya sebagai saudara yang dekat mengikut hukum-hukum Lewi. Dia sedang menuntut haknya untuk disenyawakan, agar dia memperolehi seorang anak sebagai anak kepada arwah suaminya dan agar dia dan ibu mertuanya dapat mengambil pusaka mereka dalam suku Yehuda serta kaum Betlehem Efrata. Ini adalah haknya. Onan telah dibunuh kerana menolak hak dan kewajipan ini (rujuk karya-karya Dosa Onan (No. 162) dan Genealogi Mesias (No. 119)). Dia menerima haknya untuk menuntut mengikut Hukum-hukum Lewi, namun lebih khusus lagi, dia mengingini hubungan yang lebih besar dan mengambil lamaran ini dan melaksanakannya sendiri, sebagai saudara terdekat, memandangkan keinginan Rut yang dinyatakan.
Begitu juga, kita harus dengan berani meminta “berkahwin” dengan Tuan kita. Kristus sedang menunggu untuk mengahwini kita (secara rohani) mengikut hukum-hukum dan struktur yang telah ditetapkan untuknya oleh Tuhan. Rut menggambarkan Jemaat dan Boas menggambarkan Kristus. Kita, iaitu Jemaat, secara berkumpulan, membentuk Pengantin Kristus dan Kristus didirikan sebagai raja dan anak Tuhan yang berkuasa oleh kebangkitannya dari mati (Roma 1:4). Dia akan kembali ke bumi ini untuk membangkitkan kita dalam kemuliaan dan memasuki hubungan kasih yang kekal dengan kita seperti yang digambarkan oleh perkahwinan manusia.
Efesus 5:25-32 25 Hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya 26 untuk menguduskannya, sesudah Ia menyucikannya dengan memandikannya dengan air dan firman, 27 supaya dengan demikian Ia menempatkan jemaat di hadapan diri-Nya dengan cemerlang tanpa cacat atau kerut atau yang serupa itu, tetapi supaya jemaat kudus dan tidak bercela. 28 Demikian juga suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri: Siapa yang mengasihi isterinya mengasihi dirinya sendiri. 29 Sebab tidak pernah orang membenci tubuhnya sendiri, tetapi mengasuhnya dan merawatinya, sama seperti Kristus terhadap jemaat, 30 karena kita adalah anggota tubuh-Nya. 31 Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. 32 Rahasia ini besar, tetapi yang aku maksudkan ialah hubungan Kristus dan jemaat.
Jadi kita juga harus tertunggu-tunggu saat ini dengan penuh keinginan.
Wahyu 22:17 17 Roh dan pengantin perempuan itu berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang mendengarnya, hendaklah ia berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang haus, hendaklah ia datang, dan barangsiapa yang mau, hendaklah ia mengambil air kehidupan dengan cuma-cuma!
Wahyu 22:20 20 Ia yang memberi kesaksian tentang semuanya ini, berfirman: “Ya, Aku datang segera!” Amin, datanglah, Tuhan Yesus!
Satu perkara yang menarik untuk difikirkan adalah bahawa, dalam perkahwinan kita kepada Kristus, ianya akan menjadi satu perkahwinan makhluk-makhluk yang setara, Elohim kepada elohim. Kristus tidak akan mengahwini makhluk-makhluk yang lebih rendah daripadanya. Kita akan berada tepat pada peringkat kewujudan yang sama seperti dia, sebagai anak-anak roh yang dimuliakan milik Bapa kita dan Bapa dan Tuhan Kristus, sebagai saudara Kristus, dan waris bersama dengan dia. Dia adalah kepala kita seperti mana suami adalah kepala kepada isteri, namun kedua-duanya adalah jenis dan makhluk yang sedarjat.
Ibrani 2:11 11 Sebab Ia yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan, mereka semua berasal dari Satu; itulah sebabnya Ia tidak malu menyebut mereka saudara
Roma 8:16-17 16 Roh itu bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahwa kita adalah anak-anak Allah. 17 Dan jika kita adalah anak, maka kita juga adalah ahli waris, maksudnya orang-orang yang berhak menerima janji-janji Allah, yang akan menerimanya bersama-sama dengan Kristus, yaitu jika kita menderita bersama-sama dengan Dia, supaya kita juga dipermuliakan bersama-sama dengan Dia.
Roma 8:28-29 Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah. Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara. (versi Phillips)
1Yohanes 3:1-3 Lihatlah, betapa besarnya kasih yang dikaruniakan Bapa kepada kita, sehingga kita disebut anak-anak Allah, dan memang kita adalah anak-anak Allah. Karena itu dunia tidak mengenal kita, sebab dunia tidak mengenal Dia. Saudara-saudaraku yang kekasih, sekarang kita adalah anak-anak Allah, tetapi belum nyata apa keadaan kita kelak; akan tetapi kita tahu, bahwa apabila Kristus menyatakan diri-Nya, kita akan menjadi sama seperti Dia, sebab kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya. Setiap orang yang menaruh pengharapan itu kepada-Nya, menyucikan diri sama seperti Dia yang adalah suci. (versi Phillips)
Ini juga mengait semula kepada bani syurgawi.
Boas menebus Rut
Walaupun Boas dan Rut ingin berkahwin, Boas tidak bebas untuk mengahwini Rut disebabkan cara bagaimana Hukum perkahwinan semula dilaksanakan. Di bawah Hukum itu, jika seorang lelaki mati tanpa meninggalkan waris lelaki, saudara lelakinya seharusnya mengahwini isterinya yang telah menjadi janda dan anak lelaki pertama dalam perkahwinan ini akan menjadi waris dalam nama saudara yang telah mati itu. Hari ini, dalam sistem cinta kasih dan perkahwinan kita, ini nampaknya tidak bersungguh-sungguh, namun pada masa itu ia mencapai dua perkara. Pertama, ia memastikan bahawa nama seorang lelaki tidak lenyap dalam Israel dan, kedua, ia adalah satu cara untuk menjaga kesejahteraan isteri yang telah menjadi janda itu. Dari segi nubuatan, Tuhan telah mendirikan hukum ini untuk melindungi pusaka Suku-suku itu serta kesejahteraan sosial semua keluarga. Aplikasinya dalam Rut dan di tempat lain adalah supaya pelajaran-pelajaran rohani yang penting dalam buku Rut dan dalam keturunan Mesias dapat terjadi seperti mana mereka terjadi, agar kita dapat memahami idea Keselamatan Bangsa Lain dalam keimamatan Melkisedek yang dipulihkan (atau Melkizedek; lihat Melkisedek (No. 128)).
Ulangan 25:5-9 5 “Apabila orang-orang yang bersaudara tinggal bersama-sama dan seorang dari pada mereka mati dengan tidak meninggalkan anak laki-laki, maka janganlah isteri orang yang mati itu kawin dengan orang di luar lingkungan keluarganya; saudara suaminya haruslah menghampiri dia dan mengambil dia menjadi isterinya dan dengan demikian melakukan kewajiban perkawinan ipar. 6 Maka anak sulung yang nanti dilahirkan perempuan itu haruslah dianggap sebagai anak saudara yang sudah mati itu, supaya nama itu jangan terhapus dari antara orang Israel. 7 Tetapi jika orang itu tidak suka mengambil isteri saudaranya, maka haruslah isteri saudaranya itu pergi ke pintu gerbang menghadap para tua-tua serta berkata: Iparku menolak menegakkan nama saudaranya di antara orang Israel, ia tidak mau melakukan kewajiban perkawinan ipar dengan aku. 8 Kemudian para tua-tua kotanya haruslah memanggil orang itu dan berbicara dengan dia. Jika ia tetap berpendirian dengan mengatakan: Aku tidak suka mengambil dia sebagai isteri—9 maka haruslah isteri saudaranya itu datang kepadanya di hadapan para tua-tua, menanggalkan kasut orang itu dari kakinya, meludahi mukanya sambil menyatakan: Beginilah harus dilakukan kepada orang yang tidak mau membangun keturunan saudaranya.
Anak-anak Elimelekh mati tanpa meninggalkan waris. Akibatnya, tiada waris untuk meneruskan nama atau pusaka Elimelekh (iaitu Elimelekh tidak mempunyai anak lelaki lain). Jadi saudara-saudara Elimelekh, sebagai saudara terdekat dan keturunan mereka, bertanggungjawab melaksanakan tugas untuk menyediakan seorang waris mengikut hukum Lewi. Oleh kerana tiada lagi saudara mertua yang masih hidup, tanggungjawab ini kemudiannya jatuh kepada saudara terdekat dalam suku. Ini juga diasaskan dalam prinsip perintah lain dalam Imamat 25:25. Perintah ini berbunyi:
Imamat 25:25 25 Apabila saudaramu jatuh miskin, sehingga harus menjual sebagian dari miliknya, maka seorang kaumnya yang berhak menebus, yakni kaumnya yang terdekat harus datang dan menebus yang telah dijual saudaranya itu.
Naomi sudah terlalu tua untuk melahirkan anak (Rut 1:12) dan menyediakan seorang anak lelaki untuk nama Elimelekh. Harta sukunya serta pusaka tidak boleh dijual selamanya, tetapi hanya dengan tuaian-tuaian di bawah sistem jubli. Nyata sekali Naomi dan Rut akan dipaksa oleh keadaan dan ketiadaan lelaki dan kemudahan-kemudahan menuai, untuk membuang bahagian pusaka yang patutnya dimiliki anak-anak lelaki Elimelekh. Untuk melindungi harta tuaian yang mungkin sebagai pusaka dalam suku-suku dan keluarga, terdapatnya kewajipan untuk seorang saudara Naomi berkahwin dengan Rut walaupun dia berbangsa Moab. Ini difahami dari pelajaran Onan dan Yehuda. Tuhan membunuh Onan kerana dia menolak dari menunaikan kewajipannya dan iparnya Tamar (yang disebutkan di sini) dipaksa melakukan perbuatan sumbang muhrim (inses) dengan bapa mertuanya Yehuda untuk memastikan pusakanya dan pusaka suaminya. Ingat, Rut berbangsa asing, dan kerana itu adalah “najis” dalam pandangan kebanyakan orang Israel. Boas bersedia untuk mengahwini Rut dan dengan itu menyediakan seorang anak lelaki untuk Elimelekh, namun terdapat seorang saudara lagi yang lebih dekat kepada Elimelekh berbanding Boas dan kerana itu mempunyai “hak terdahulu” dalam proses ini.
Ini sangat penting dalam hubungan antara Kristus dan Bani Syurgawi. Perhatikan hal ini dalam bentuk rohani dan kamu akan melihat Kristus dan Bani Syurgawi yang diberikan tanggungjawab atas umat manusia. Kita dibawa keluar dari bangsa-bangsa asing. Mereka bukan milik Kristus. Mereka adalah milik Bani Syurgawi.
Boas, yang sedar tentang perkara ini, memerlukan saudara tersebut melepaskan hak dan kewajipannya untuk membeli atau menebus harta milik dan, dengan itu, juga melepaskan tangan dari mengahwini Rut.
Rut 4:1-12 1 Boas telah pergi ke pintu gerbang dan duduk di sana. Kebetulan lewatlah penebus yang disebutkan Boas itu. Lalu berkatalah Boas: “Hai saudara, datanglah dahulu ke mari, duduklah di sini.” Maka datanglah ia, lalu duduk. 2 Kemudian dipilihnyalah sepuluh orang dari para tua-tua kota itu, dan berkata: “Duduklah kamu di sini.” Maka duduklah mereka. 3 Lalu berkatalah ia kepada penebus itu: “Tanah milik kepunyaan saudara kita Elimelekh hendak dijual oleh Naomi, yang telah pulang dari daerah Moab. 4 Jadi pikirku: baik juga hal itu kusampaikan kepadamu sebagai berikut: Belilah tanah itu di depan orang-orang yang duduk di sini dan di depan para tua-tua bangsa kita. Jika engkau mau menebusnya, tebuslah; tetapi jika engkau tidak mau menebusnya, beritahukanlah kepadaku, supaya aku tahu, sebab tidak ada orang yang dapat menebusnya kecuali engkau, dan sesudah engkau: aku.” Lalu berkatalah ia: “Aku akan menebusnya.” 5 Tetapi kata Boas: “Pada waktu engkau membeli tanah itu dari tangan Naomi, engkau memperoleh Rut juga, perempuan Moab, isteri orang yang telah mati itu, untuk menegakkan nama orang itu di atas milik pusakanya.” 6 Lalu berkatalah penebus itu: “Jika demikian, aku ini tidak dapat menebusnya, sebab aku akan merusakkan milik pusakaku sendiri. Aku mengharap engkau menebus apa yang seharusnya aku tebus, sebab aku tidak dapat menebusnya.” 7 Beginilah kebiasaan dahulu di Israel dalam hal menebus dan menukar: setiap kali orang hendak menguatkan sesuatu perkara, maka yang seorang menanggalkan kasutnya sebelah dan memberikannya kepada yang lain. Demikianlah caranya orang mensahkan perkara di Israel. 8 Lalu penebus itu berkata kepada Boas: “Engkau saja yang membelinya.” Dan ditanggalkannyalah kasutnya. 9 Kemudian berkatalah Boas kepada para tua-tua dan kepada semua orang di situ: “Kamulah pada hari ini menjadi saksi, bahwa segala milik Elimelekh dan segala milik Kilyon dan Mahlon, aku beli dari tangan Naomi; 10 juga Rut, perempuan Moab itu, isteri Mahlon, aku peroleh menjadi isteriku untuk menegakkan nama orang yang telah mati itu di atas milik pusakanya. Demikianlah nama orang itu tidak akan lenyap dari antara saudara-saudaranya dan dari antara warga kota. Kamulah pada hari ini menjadi saksi.” 11 Dan seluruh orang banyak yang hadir di pintu gerbang, dan para tua-tua berkata: “Kamilah menjadi saksi. TUHAN kiranya membuat perempuan yang akan masuk ke rumahmu itu sama seperti Rahel dan Lea, yang keduanya telah membangunkan umat Israel. Biarlah engkau menjadi makmur di Efrata dan biarlah namamu termasyhur di Betlehem, 12 keturunanmu kiranya menjadi seperti keturunan Peres yang dilahirkan Tamar bagi Yehuda oleh karena anak-anak yang akan diberikan TUHAN kepadamu dari perempuan muda ini!”
Perbuatan menanggalkan kasut atau sandal seseorang, dalam pemeteraian sesuatu perjanjian, adalah satu tradisi purba, yang nampaknya berasal dari fakta bahawa hak untuk memijak tanah dimiliki oleh pemilik tanah tersebut. Maka perpindahan sandal adalah satu perwakilan perpindahan harta milik. Mazmur 60:8 nampaknya mengandungi kiasan kepada hal ini.
Mazmur 60:8 8 Moab ialah tempat pembasuhan-Ku, kepada Edom Aku melemparkan kasut-Ku, karena Filistea Aku bersorak-sorai.”
Dalam kes ini Tuhan mengatakan bahawa Dia akan memindahkan tanah Edom kepada DiriNya sendiri. Nampaknya adat ini adalah lazim di kalangan orang India dan Jerman dan malah abad lalu digunakan di Timur.
Bagaimanapun, gambaran rohani segala ini adalah bahawa Boas bersedia, dan sememangnya harus, menebus Rut sebelum dapat berkahwin dengannya. Begitu jugalah dengan Kristus. Proses penebusan kita – di mana diri kita di bawah kembali kepada Tuhan melalui Kristus – bermula dengan kematian Kristus pada waktu Paskah.
1Petrus 1:18-19 18 Sebab kamu tahu, bahwa kamu telah ditebus dari cara hidupmu yang sia-sia yang kamu warisi dari nenek moyangmu itu bukan dengan barang yang fana, bukan pula dengan perak atau emas, 19 melainkan dengan darah yang mahal, yaitu darah Kristus yang sama seperti darah anak domba yang tak bernoda dan tak bercacat.
Namun prosesnya bagi kita masih lagi berterusan dan akan terus begitu sehinggalah kebangkitan pertama apabila tubuh-tubuh kita akan diubah dari benda nyata kepada roh dan pengangkatan sebagai anak ke dalam keluarga Tuhan menjadi lengkap.
Roma 8:23 23 Dan bukan hanya mereka saja, tetapi kita yang telah menerima karunia sulung Roh, kita juga mengeluh dalam hati kita sambil menantikan pengangkatan sebagai anak, yaitu pembebasan tubuh kita.
Efesus 1:14 14 Dan Roh Kudus itu adalah jaminan bagian kita sampai kita memperoleh seluruhnya, yaitu penebusan yang menjadikan kita milik Allah, untuk memuji kemuliaan-Nya.
Efesus 4:30 30 Dan janganlah kamu mendukakan Roh Kudus Allah, yang telah memeteraikan kamu menjelang hari penyelamatan.
Boas adalah satu gambaran Kristus yang terpaksa melepaskan hak terdahulu saudara terdekat. Dalam Ulangan 32:88 kita baca bahawa Tuhan telah membahagikan semua bangsa menurut bilangan anak-anak Tuhan. Setiap bangsa ini diberikan kepada anak-anak Tuhan itu. Mereka mempunyai hak kepada bangsa-bangsa ini dalam pemimpinan dan dalam pembangunan mereka. Bani syurgawi ini terpaksa melepaskan hak mereka kepada Kristus. Kristus terpaksa menebus dan bani syurgawi ini telah diberikan tanggungjawab terhadap orang-orang ini sejak dari penciptaan sehingga masa pelayanan Yesus Kristus. Mereka diberikan 4,000 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab mereka. Mereka selanjutnya diberikan 2,000 tahun lagi selepas Mesias ada di sini untuk berbuat itu.
Apa yang terjadi adalah Mesias sedang membawa Jemaat keluar dari bangsa-bangsa asing. Dia menebus mereka daripada bani derhaka yang mempunyai hak terdahulu di bawah Iblis sebagai Bintang Fajar. Harganya telah dibayar oleh Kristus dan dia sedang menguruskan aspek itu. Tuhan mengeluarkan orang-orang dari bangsa-bangsa asing dan memberikannya kepada Kristus untuk membangunkan Jemaat. Itulah apa yang berlaku di sini dengan Boas dan penebusan tersebut.
Teladan Naomi
Salah satu aspek menarik buku Rut adalah kesan mendalam ibu mertuanya Naomi terhadapnya. Melalui teladan Naomi, Rut bersedia meninggalkan segala yang bermakna baginya – keluarganya, bangsanya, negerinya, malah agamanya.
Apabila berada di Yehuda semula, Naomi-lah yang menyedari pimpinan Tuhan dalam bagaimana Rut berjumpa dengan Boas ketika dia pergi memungut. Malah, kalau bukan kerana Naomi, Rut tidak mungkin telah mengenali Boas dan dia pastinya telah kekal sebagai seorang penyembah tuhan-tuhan palsu berbangsa asing di Moab. Naomi-lah yang telah menggalakkan Rut untuk berkahwin dengan Boas.
Dalam hal-hal ini, Naomi adalah seperti Jemaat yang bertindak sebagai badan bersama, sementara ia membawa orang lain untuk berhubungan dengan Kristus dan Tuhan. Jemaat-lah yang menggalakkan dan memimpin kita sebagai individu-individu untuk berkahwin dengan Pengantin Lelaki kita yang akan datang. Ini adalah peringatan kepada kita, sebagai umat Kristian, sementara kita menjalani hidup kita, tentang betapa pentingnya teladan peribadi kita apabila kita bergaul dengan orang lain. Kita tidak tahu siapa yang akan Tuhan panggil ke dalam Badan ini dalam zaman ini, dan kita tahu dengan pasti bahawa semua lelaki perempuan dan anak-anak akan satu hari nanti dipanggil ke dalam Jemaat dalam kebangkitan kedua. Maka sekarang ini setiap kita seharusnya memberikan teladan terbaik dan terbagus yang mungkin kepada orang lain, kerana kemungkinan besar teladan kitalah yang Tuhan gunakan atau tunjukkan kemudiannya, yang memimpin seorang “Rut” lagi kepada Kristus.
Rut 4:13-22 13 Lalu Boas mengambil Rut dan perempuan itu menjadi isterinya dan dihampirinyalah dia. Maka atas karunia TUHAN perempuan itu mengandung, lalu melahirkan seorang anak laki-laki. 14 Sebab itu perempuan-perempuan berkata kepada Naomi: “Terpujilah TUHAN, yang telah rela menolong engkau pada hari ini dengan seorang penebus. Termasyhurlah kiranya nama anak itu di Israel. 15 Dan dialah yang akan menyegarkan jiwamu dan memelihara engkau pada waktu rambutmu telah putih; sebab menantumu yang mengasihi engkau telah melahirkannya, perempuan yang lebih berharga bagimu dari tujuh anak laki-laki.” 16 Dan Naomi mengambil anak itu serta meletakkannya pada pangkuannya dan dialah yang mengasuhnya. 17 Dan tetangga-tetangga perempuan memberi nama kepada anak itu, katanya: “Pada Naomi telah lahir seorang anak laki-laki”; lalu mereka menyebutkan namanya Obed. Dialah ayah Isai, ayah Daud. 18 Inilah keturunan Peres: Peres memperanakkan Hezron, 19 Hezron memperanakkan Ram, Ram memperanakkan Aminadab, 20 Aminadab memperanakkan Nahason, Nahason memperanakkan Salmon, 21 Salmon memperanakkan Boas, Boas memperanakkan Obed, 22 Obed memperanakkan Isai dan Isai memperanakkan Daud.
Buku Rut adalah sebuah buku yang kecil, namun kaya dalam maksud. Dengan sendirinya ia adalah sebuah cerita yang indah dan mengharukan, dan satu pekhabaran yang memberangsangkan dan menggalakkan kepada umat Kristian sementara mereka menunggu perkahwinan mereka kepada Raja dan Tuan yang akan datang tidak lama lagi, Yosua Mesias. Kita mempunyai masa depan yang indah di hadapan kita. Marilah kita tetapkan pandangan mata kita pada matlamat di depan dan membiarkan ikrar Rut yang ringkas namun menggerakkan hati, menggalakkan kita untuk sentiasa maju ke hadapan, hari demi hari:
Rut 1:16-17 16 Tetapi kata Rut: “Janganlah desak aku meninggalkan engkau dan pulang dengan tidak mengikuti engkau; sebab ke mana engkau pergi, ke situ jugalah aku pergi, dan di mana engkau bermalam, di situ jugalah aku bermalam: bangsamulah bangsaku dan Allahmulah Allahku; 17 di mana engkau mati, akupun mati di sana, dan di sanalah aku dikuburkan. Beginilah kiranya TUHAN menghukum aku, bahkan lebih lagi dari pada itu, jikalau sesuatu apapun memisahkan aku dari engkau, selain dari pada maut!”