Ada pegawai jemaat yang bersungguh-sungguh menyatakan bahawa petikan di dalam Lukas 3:23 itu menunjukkan bahawa Kristus tepat berumur tiga puluh tahun pada pembaptisannya. Petikan ini diterjemahkan di dalam KJV sebagai:
“Ketika Yesus memulai pekerjaan-Nya, Ia [mula] berumur kira-kira tiga puluh tahun.”
Moffatt menterjemahkan petikan ini sebagai:
“Pada mulanya Yesus berumur kira-kira tiga puluh tahun.” Istilah-istilah Yunani bagi “mula” dan “berumur tiga puluh tahun” menyatakan bahawa Kristus telah memulakan peringkat umur ketiga puluhannya, atau apa yang kita katakan sebagai “di dalam umur ketiga puluhan”.
Ungkapan sebegini mempunyai elastisiti yang tidak dibenarkan beberapa orang, dan sikap mereka yang inilah yang memasukkan kontradiksi ke dalam Kitab Suci di mana sepatutnya tidak ada.
Ada banyak maklumat sejarah mengenai Quirinius, Herod dan percukaian Banci tertentu yang dapat dipelajari daripada karya tersebut. Dari situ suatu keharmonian akan kelihatan jika tarikh banci (pendaftaran) umum pertama yang diperintahkan Agustus dan dilaksanakan oleh Quirinius di sebelah Timur adalah 12 SM atau mungkinpun 8 SM. Dengan itu Kristus berumur 39 atau 35 tahun pada waktu pembaptisannya – masih lagi di dalam umur ketiga puluhan. Terdapat 8 atau 4 tahun antara kelahirannya dan kematian Herod, dan ini menetapkan tarikh terakhir yang mungkin bagi kelahiran Kristus, iaitu tahun 4 SM.
KJV pada Matius 2:13-16 juga menetapkan kelahiran Kristus sehingga 2 tahun lamanya sebelum pembunuhan anak-anak di Yerusalem oleh Herod.
Ahli-ahli sejarah menyatakan kematian Herod pada sekitar tempoh 1-14 Nisan tahun 4 SM (28 Mac hingga 10 April).
Dengan mengambil kira tempoh dua tahun yang membabitkan orang-orang Majus serta pelarian ke Mesir, Kristus tidak mungkin dilahirkan lebih lewat daripada Paskah tahun 5 SM dan mungkin 6 SM.
Pada kepulangan Yusuf, dia mendapati Arkhelaus (pengganti Herod) di dalam tahun pertama pemerintahannya, iaitu 4 SM. Juga sebagai sokongan, dengan mengambil kira jangkamasa pentahiran Mariam serta penyunatan Kristus, menurut Hukum, dia tidak mungkin telah dilahirkan lebih lewat daripada Februari 4 SM, kalaupun Yusuf telah meninggalkan Mesir pada hari kematian Herod.
Jadi, berpandukan semua ini, Kristus tidak mungkin berumur kurang daripada 31 tahun, dan besar kemungkinannya Dia telah berumur 35 atau 39 tahun ketika Dia memulakan pelayanannya. Tarikh paling mungkin bagi kelahiran Kristus adalah 8 SM di mana banci penuh terakhir diadakan sebelum kematian Herod, lantas menjadikan Kristus 35 tahun pada permulaan tahun 27/28 TM. Oleh itu, sebarang percubaan untuk menjadikan ajaran bahawa Kristus berumur 30 tahun pada pembaptisannya, menghasilkan konflik yang tidak diingini di dalam Injil-injil serta Alkitab secara umumnya.
Untuk menentukan tarikh permulaan pelayanan Kristus, kita harus melihat dahulu pelayanan Yohanes Pembaptis.
Dari Lukas 3:1, kita mempunyai maklumat tentang tarikh yang betul apabila Yohanes mula berkhutbah. Ini tidak mungkin terjadi lebih awal dari bulan Oktober tahun 27 TM, jika Kalendar Sivil (Umum) yang digunakan di sebelah Timur digunakan. Tiberius mula memerintah pada 14 September tahun 14 TM, yang dikira sebagai tahun pertamanya sehinggalah permulaan tahun keduanya pada Oktober 14 TM. Oleh itu tahun ke 15 pemerintahan Tiberius bermula dengan tahun 27 TM.
Yohanes telah ditangkap pada tahun 28 TM, dan Kristus telah dibaptiskan sewaktu tempoh antara Oktober 27 TM dan Paskah 28 TM. Dari tulisan Alkitab kita dapat tentukan kira-kira 50 hari dari pembaptisannya ke Paskah tahun itu. Jadi dia sekurang-kurangnya berada pada umur minima 31 tahun untuk mengajar Kitab Suci, namun dia mungkin sekali lebih tua dari itu.
Setelah penangkapan Yohanes (Matius 4:12, 13) dia mula berkhutbah (ayat 17). Dia sudahpun melakukan keajaiban air menjadi anggur sebelumnya, namun “waktuNya belum lagi tiba” pada masa itu. Murid-muridnya sedang membaptiskan sementara Yohanes berbuat begitu di Ainon berdekatan Salim (Yohanes 3:23), namun Kristus sendiri tidak membaptiskan (Yohanes 4:2). Kristus juga melakukan keajaiban-keajaiban di Yerusalem (Yohanes 5) pada Paskah 28 TM, dan kembali ke kawasan luar kota. Dengan itu, tempoh Kristus berkhutbah adalah kurang dari 2 tahun, bermula selepas Paskah 28 TM sehingga Paskah 30 TM apabila Dia ditangkap dan disalibkan, pada lewat petang 14 Nisan hari Rabu 5 April 30 TM.
Aktiviti-aktiviti Yohanes Pembaptis dan Kristus adalah konsisten dengan urutan Tanda Yunus, kerana Yunus telah berkhutbah kepada Niniwe kurang sedikit dari 3 hari, dan memberikan kota itu 40 hari untuk bertaubat; dan mereka memang telah bertaubat. Sama seperti itu, Yehuda diberikan 40 tahun untuk bertaubat, dan tidak berbuat begitu, dan kemuncaknya adalah pemusnahan Bait Suci itu pada tahun 70 TM (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013]).
Tanda Yunus adalah satu-satunya tanda yang diberikan kepada pelayanan Kristus. Ia tidak terbatas kepada 3 hari dan 3 malam di dalam kubur, tetapi meliputi seluruh rencana pembangunan bait serta 70 minggu tahun (Daniel 9:25). Ia mempunyai maksud selanjutnya di dalam penglihatan Yehezkiel pada Bab 1 di mana tahun Jubli dapat dikenalpasti, dan dengan itu, tempoh antara Kedatangan Mesias (Imam) Harun dan Mesias Israel (Raja) dipastikan sebagai lanjutan Tanda Yunus.