Takdir akhir umat pilihan adalah menjadi sebagai Elohim atau theoi dibawah kuasa dalam roh Allah yang Maha Besar. Kedudukan ini telah dipegang oleh Kristus (Yoh 10:34-35; Maz 82:6) dan dan merupakan pemahaman jemaat yang asal. Dalam Alkitab, perkataan-perkataan yang diaplikasikan kepada Dewa juga diaplikasikan kepada umat manusia. Eloah (atau Elahh) diaplikasikan kepada Allah Yang Maha Besar dan selalunya dalam bentuk tunggal = Satu Allah yang Benar. Perkataan Elohim (SHD 430) adalah dalam bentuk jamak dan digunakan bagi perwakilan ilahi dan juga kepada para hakim atau pemerintah yang menunjukkan bahawa istilah ini juga diberikan kepada umat manusia dan malaikat-malaikat. Nama ini membawa kuasa yang terkandung didalamnya oleh Allah.
Gulungan Laut Mati, teks Ugarit dan Nag Hammadi memberikan terang yang penting dalam apa yang sebenarnya difahamidari teks-teks Alkitab pada zaman Kristus. Alkitab merujuk kepada persidangan Elohim atau Elim dan istilah ini diperluaskan diluar bentuk dualisma dan triniti. Bene Elim dikenal pasti sebagai anak-anak Allah, sama seperti Bene Elyon, anak-anak Yang Maha Tinggi. Mazmur 89:6-8 menyebut tentang umat kudus atau umat yang suci (qesdosim) yang merupakan pelayan celstrial Allah dan istilah ini diperluaskan untuk memasukkan iman umat manusia (Ibr 8:5).
Persidangan yang memerintah keatas Israel kuno dalah pantulan kepada sistem di sorga. Corak ini telah difahami diseluruh Alkitab. Ianya adalah tujuan Allah dalam PerjanjianNya bahawa Dia akan menulis hukumNya di dalam hati dan fikiran umat supaya mereka akan mengenali Dia (Ibr 8:10-11). Perjanjian Lama mendemonstrasikan perhubungan Elohim, dan juga megenal pasti Malaikat YHVH dalam cara yang progresif. Dia juga dikenal pasti sebagai Malaikat atau Pengabar bagi Allah (Yes 63:9).
Sebenarnya, terdapat contoh-contoh makluk luar biasa yang pelbagai yang muncul dan telah dirujuk sebagai YHVH. Sebagai contoh dalam Kejadian 19 apabila tiga orang muncul kepada Abraham, tidak ada perbezaan di antara mereka. Pemusnahan Sodom telah dilakukan oleh Elohim (Kej 19:24,29). Disini gelaran Yahovah atau YHVH diaplikasikan dalam struktur hierarki dari Allah Yang Maha Tinggi atau Eloah, YHVH Warga Semesta kepada Elohim Israel, satu tuhan yang lebih rendah kepada dua malaikat ini yang mana dibawah Elohim tersebut. Istilah ini adalah kuasa yang disalurkan dari Eloah. Malaikat YHVH muncul banyak kali dalam Perjanjian Lama, dia mempunyai gelaran yang berubah-ubah. Dia adalah Elohim kepada para tua-tua (Kel 3:6). Dia adalah peniel, Muka Allah (Kej 32:24-30); pemimpin kepada tentera Allah (Yos 5:15); malaikat penebus (Kej 48:16). Yang telah memimpin Israel keluar dari Mesir sebagai malaikat didalam awan (Kel 13:21; Kel14:19) dan memberikan hukum kepada Musa dan mendirikan dua puluh empat penatua Israel (Kel 24:9-18).
Dia adalah malaikat atau pengakar bagi YHVH, Allah Yang Maha Tinggi yang tidak pernah dilihat atau didengar oleh manusia (Yoh 5:37; 6:46). Dia adlah Allah yang lebih rendah atau Elohi Israel yang dipilih oleh Allahnya, Eloah di kalangan sekutunya (Maz 45:6-7; Ibr 1:5-13). Malaikat ini atau YHVH telah bercakap dengan Musa muka dengan muka (Kel 33:11). Dia adalahhadirat muka Allah. Malaikat ini adalah firman atau sabda Allah sebagai memra dan telah difahami sebagai Sang Mesiah (Zak 3:1-9). Malaikat ini mempunyai kuasa dalam penghakiman dan merupakan hakim yang benar dalam perjanjian dan elohim (Maz 82:1). Dia adalah cabang Yeremia 23:5 dan Yesaya 11:1.
Keimamatan Harun diperluaskan dan diubah kepada keimamatan Melkiedek yang kekal (Maz 110; Ibr 7:24). Kristus adalah Imam Besar dan panggilan Allah adalah bagi keimamatan (1 Pet 2:4,9; Wah 1:6; 20:6).
Eloah, Allah yang Maha Tinggi mempunyai anak yang mewarisi Israel. Dia adalah Elohi Israel, tetapi bukan objek doa dan korban. Elohim ini telah diurapi oleh Allahnya dan mempunyai takta elohim (Maz 45:6-7); berdiri dalam perkumpulan El dan menghakimi mereka yang ada di bumi (Maz 82:8). Takdir umat pilihan adalah menjadi elohim seperi malaikat YHVH di kepala mereka (Zak 12:8). Makluk ini yang berada di kepala rumah Israel ini adalah Sang Mesiah, anak Allah yang dilahirkan sebagai manusia, Yesus Kristus.
Perjanjian Baru mengesahkan malaikat yang memberikan hukum di Sinai (Kisah 7:53) dan mengenal pati Kristus sebagai malaikat Perjanjian Lama. Ini mendemonstrasikan secara konklusif ketaklukannyya serta ketaatannya kepada Allah Bapa. Perkataan tunggal Eloah diaplikaikan kepada Allah Bapa dan tidak pernah digunakan untuk merujuk Kristus. Istilah umum yang digunakan untuk merujuk susunan Warga yang beroperasi dibawah kuasa Bapa adalah Elohim. Elohim ini bertindak sebagai kaunsil di kalangan Warga dan dalam pengendalian umat manusia. Ia adalah pemahaman yang diterima dalam kurun yang pertama bahawa kedudukan Elohim diberikan kepada umat manusia kerana mereka telah diadoptasikan kedalam keluarga Allah, sebagai warisan Kristus (Gal 4:1-7). Dalam Perjanjian Baru perkataan Yunan Theoi diterjemahkan dari Elohim Ibrani.
Alokasi bangsa-bangsa menurut jumlah anak-anak Allah atau Elohim/eliym mendemonstrasikan susunan ini (Ul 32:8-9). Ini difahami berjumlah tujuh puluh sebagai kaunsil penuh Elohim. Sanhedrin atau kaunsil penatua-penatua Israel yang didirikan di Sinai adalah prototaipnya, ditambah dengan dua lagi, yakni menjadi Allah BApa dan Kristus, Yahovah Israel. Israel akan menjadi junci bangsa pada waktu pemulihan ketika kedatangan Kristus untuk memerintah bumi. Ianya jelas bahawa satu jumlah besar Elohim memberontak terhadap Allah, (Dan 10:13; Ul 32:18-19; Wah 12:7-9).
Warga yang jatuh ini akan digantikan dari kedudukan umat pilihan pada waktu kebangkitan yang pertama. Kedudukan elohim adalah kuasa yang diberikan melalui perlantikan Allah. Ia adalah perkataan bentuk jamak yang diaplikasikan kepada warga malaikat dan mereka yang berada dalam keimamatan dan hakim-hakim, khususnya Musa. Ia mendemonstrasikan bahawa kedudukan elohim dan kesatuan Allah dan keperibadianNya akan menjangkau untuk memeluk umat manusia. Eloah adalah dalam bentuk tunggal dan hanya diaplikasikan kepada Allah Bapa, yang mana tanpaNya tidak ada elohim. Konsep ini membentuk dasar perintah hukum yang pertama.
YHVH Israel adalah berasingan dan makluk yang lebih rendah. Sang Mesiah, imam besar dalam rumah atau kaabah Allah. Kaunsil elohim, yang dia ketuai sebagai imam besar digambarkan dalam kaabah Sion sebagai satu contoh dan bayangan dari struktur celestrial (Ibr 8:5). Keimamatan kaabah ini terdiri dari dua puluh empat bahagian imam dan imam besar pusat. Ini digambarkan dalam kaunsil para penatua dalam Wahyu 4:5. Kumpulan entiti yang berjumlah tiga puluh ini adalah termasuk empat kerub atau makluk yang hidup. Justru itu, tiga puluh keping perak (juga harga seorang hamba) siperlukan untuk menganiaya Kristus (Mat 27:3-9); Zak 11:12-13) kerana ia adalah satu pelanggaran terhadap seluruh Ketuhanan. Para penatua ditetapkan untuk memerhatikan doa-doa orang yang kudus (Wah 5:8). Kristus, imam besar, adalah satu-satunya yang wajar untuk membuka gulungan rencana Allah dan menebus semua orang kepada Allah. Penebusan umat manusia adalah sebahagian daripada kesudahan pemulihan, yang mana berlaku pada masa kedatangan Kristus yang kedua kali sebagai raja Israel.
Tujuan utama fahaman Trinitarianisme adalah untuk menghadkan keupayaan untuk menjadi elohim kepada tiga makluk dan menyangkalnya kepada umat pilihan dan warga sorgawi. Juga dengan meninggikan elohim penengah kita, yakni Kristus, satu daripada kaunsil, setaraf dengan Eloah, Allah Bapa, kita telah melanggar hukum yang pertama. Ini adalah dosa Iblis yang mendakwa adalah El dalam kaunsil elohim (Yeh 28:2). Konsep dimana Allah adalah satu disalahfaham oleh golongan Trinitarian. Kesatuan Allah, yang perlu dalam fahaman monoteisme, adalah dari satu susunan yang diam dalam kesatuan ini dibawah satu kehendak utama dalam persetujuan dan interaksi spiritual melalui roh dan kuasa Allah (1 Kor 2:4-14) yang mana melalui Kristus kepada Allah (2 Kor 3:3-4).
Allah adalah batu pusat tempat dimana yang lainnya digali, batu Israel dan keselamatan mereka, (Ul 32:15). Allah kita adalah batu karang kita (1 Sam 2:2), satu rbatu yang kekal (Yes 51:1-2). Mesiah ditebang dari batu ini (Dan 2:34, 45) untuk menakluki empayar dunia. Allah, bukan Petrus ataupun Kristus adalah batu atau fondasi dimana Kristus membina jemaat (Mat 16:18). Mesiah adalah batu penjuru utama kaabah, umat pilihan adalah batu-batu hidup dari kaabah spiritual ini, dan Naos atau yang maha suci, repositori Roh Kudus. Kristus akan membina kaabah supaya Allah akan menjadi satu dalam semua (Ef 4:6). Apabila Kristus menakluki semuanya, maka Kristus sendiri akan takluk kepada Allah, yang meletakkan segala sesuatu dibawah Kristus dan Allah akan menjadi satu dalam semua.
Wahyu 12:10 berpegang bahawa malaikat-malaikat adalah saudara kepada umat pilihan. Kristus menyatakan bahawa umat pilihan adalah sama dengan malaikat-malaikat (Lukas 20:36), yang mana sebahagian daripada mereka sebagai satu kedudukan atau susunan. Kristus mengakui kita dihadapan saudara-saudara Warga semesta. ‘kamu adalah tuhan-tuhan dan semua adalah anak-anak Yang Maha Tinggi’ (Yoh 10:34-35; Maz 82:6).
Kita semua akan menjadi anak-anak Allah sebagai pewaris bersama dengan Kristus dan dengan ini menjadi elohim. Satu masa hadapan yang besar!
(1Kor 2:9-10). Menjadi Elohim adalah satu takdir yang Allah sediakan bagi mereka yang mengasihi Dia!