Ucapan-ucapan bahagia tersebut cukup signifikan. Khutbah Kristus pada Matius 5:1 dan selanjutnya mengandungi kuasa dan kesan jangka panjang.
Ucapan-ucapan ini merupakan berkat-berkat kepada jemaatnya; kepada umatnya. Semuanya diambil sebagai model atau garis panduan bagi kelakuan umat-umat pilihan. Namun ia digambarkan oleh Kristian aliran umum dalam cara yang lemah; prinsip-prinsip tersebut diubah menjadi injil kelemahan.
Kita akan lihat bagaimana kita dapat mengambil ajaran-ajaran daripadanya dalam ertikata kekuatan (Matius 5:1-12). Kristus berbicara di sini kepada jemaat, yang berpusat pada murid-muridnya. Dia kemudiannya terus berbicara mengenai garam (Matius 5:13-16).
Kristus tidak berhenti di sini. Kebanyakan umat Kristian telah mendengar hal-hal ini sebelumnya, namun biasanya telah dipisah-pisahkan dan dimasukkan ke dalam saku-saku kecil. Namun begitu mereka seharusnya tidak dipisahkan. Kristus berbicara mengikut satu urutan dengan pesanan tertentu. Dia meneruskannya (Matius 5:17-20).
Terdapat golongan di dalam Jemaat Tuhan yang telah mengajarkan pengecilan hukum itu dalam pelbagai cara. Mereka telah mengajar bahawa kamu tidak perlu memelihara satu atau yang lain daripada sebilangan aspek hukum itu. Terdapat beberapa aspek hukum itu yang kita tidak pelihara hari ini kerana adat-adat masyarakat di mana kita hidup. Ianya bukan kerana hukum-hukum itu telah dihapuskan, tetapi sebaliknya masyarakat telah menjadikannya tidak boleh dipakai.
Hukum itu ada di situ seluruhnya. Tiada satu titik ataupun iota yang lenyap daripada hukum itu. Hukum-hukum persembahan korban tidak dipelihara kerana kita adalah Bait Suci. Apabila Mesias datang kembali dia akan memperkenalkan semula sistem itu. Tetapi itu tidak bergantung pada kita. Mesias merupakan korban penebus dan ianya mencukupi untuk semua dan selamanya. Itulah satu-satunya hukum yang telah digenapi keseluruhannya.
Kita akan meneliti ucapan-ucapan itu satu demi satu dan meninjau maksud di sebaliknya serta melihat kuasa sebenar yang dimilikinya. Ucapan pertama adalah Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga.
Ini kelihatan berkontradiksi. Kamu miskin di hadapan Allah, maka kamu akan mewarisi Kerajaan Sorga. Namun segala yang telah kita pelajari selama ini mengajar kita untuk kaya makmur di dalam roh [di hadapan Allah]. Kita harus berusaha dan berkerja untuk menyempurnakan serta meminum secara rohani dan bertumbuh di dalam roh. Miskin di hadapan Allah bermaksud bahawa kamu sedia berkorban untuk kebaikan sesama sendiri, saudaramu – iaitu kamu miskin melalui pilihan; di dalam menundukkan kepentingan diri demi orang-orang yang kamu layani. Ini bermakna bahawa kekayaan bukanlah, di dalamnya sendiri, tumpuan umat-umat pilihan. Pandangan ini secara langsungnya menyerang injil kesihatan-kekayaan yang bersifat materialistik.
Dengan itu kita dapat melihat bahawa subjek kemiskinan dalam rohani ini bukanlah bermaksud rendah dari segi rohani tetapi miskin di dalam mendahulukan kepentingan orang lain, serta pekerjaan Yesus Kristus, melebihi kepentingan peribadi.
Ucapan kedua adalah Berbahagialah orang yang berdukacita, karena mereka akan dihibur. Dari manakah datangnya konsep berdukacita ini? Apakah dia berdukacita? Kenapakah ianya suatu rahmat untuk berdukacita? Berdukacita secara asasnya disebabkan kehilangan sesuatu; benarkah begitu? Daripada Yehezkiel 9:4 kita mendapat idea tentang apa yang dimaksudkan. Kristus sebenarnya memperluaskan konsep yang dikatakan Yehezkiel (Yehezkiel 9:1-11).
Proses ini bermula pada peringkat tertinggi dengan umat-umat pilihan sendiri dan proses ini melanjut ke bawah menerusi orang-orang kita. Kita ditandakan menurut kemampuan kita untuk berdukacita dan mengeluh serta menangis, dan bertaubat serta memenangi. Mereka yang tidak berdukacita dan bertaubat akan dibunuh; lelaki, perempuan dan anak-anak. Ini bukanlah satu pesanan kelemahan. Bangsa ini akan ditundukkan oleh pedang.
Ucapan ketiga mengatakan Berbahagialah orang yang lemah lembut, karena mereka akan memiliki bumi. Adakah ia suatu kontradiksi untuk mengatakan bahawa kita harus memberi amaran kepada bangsa serta dunia ini, namun kita harus berlemah lembut? Apakah maksudnya lemah lembut? Adakah ia satu kelemahan? Tidak! Lemah lembut bukan kelemahan.
Daripada 1 Korintus 13 kita mendapat idea tentang apa yang dimaksudkan Kristus apabila dia berbicara mengenai kelemah-lembutan ini dan perihat memiliki bumi. Ini adalah kelemah-lembutan yang datangnya daripada meletakkan dirimu di bawah saudara-saudaramu.
Dunia ini sedang merosot menjadi tribalisme. Orang-orang berbahasa Inggeris juga merosot dalam cara ini. Fikiran orang-orang kita sedang dibinasakan secara sistematik oleh Hollywood dan pihak media, dari segi anasir-anasir ganas dan hina.
Eropah telah mengisytiharkan perang ke atas dirinya sebanyak dua kali pada abad ini [abad 20] dengan perbuatan-perbuatan melampau.
Ucapan keempat adalah Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan. Keinginan sebegini adalah untuk laparkan serta hauskan pengetahuan Tuhan. Mazmur 119 menunjukkan konsep-konsep di dalam hukum, dan kebenaran mengikuti daripada hukum itu.
Ucapan-ucapan itu membentuk satu kunci. Terdapat satu aliran, melalui ucapan-ucapan bahagian itu ke dalam kemampuan kita untuk menjadi garam serta terang-terang Bait. Kita boleh menjadi terang bagi bangsa-bangsa lain.
Ucapan kelima adalah Berbahagialah orang yang murah hatinya (lihat juga Zakharia 7:8-10).
Ianya telah menjadi ajaran bagi beberapa gereja Trinitarian bahawa kamu tidak perlu setia kepada orang-orang di luar denominasi kamu sendiri. Mereka mengajar bahawa kamu mempunyai standard yang lain apabila berurusan dengan mereka yang daripada kepercayaan yang sama. Dari segi kejujuran dan janda-janda dan anak-anak yatim serta yang miskin di bawah hukum, itu tidak betul. Tuhan bukanlah seorang yang pilih kasih (Kisah 10:34).
Akan tiba masanya apabila Tuhan Semesta Alam tidak mendengar. Dia tidak akan mengendahkannya apabila bangsa itu berteriak dan ianya akan ditangani serta diserahkan kepada bangsa-bangsa lain yang akan diberikan hati batu untuk menguruskan kita (Zakharia 7:11-14).
Kelengangan dan peperangan mengikuti kegagalan untuk mendengar firman Tuhan.
Ucapan keenam adalah Berbahagialah orang yang suci hatinya, karena mereka akan melihat Allah.
Paulus dan Yohanes berkerja keras; bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan, kerana Tuhan adalah suatu kuasa roh. Kita harus berada di dalam bentuk serta kapasiti roh untuk melihat Tuhan, dan tiada seorangpun manusia yang dapat berbuat demikian. Ianya sesuatu yang tercapat selepas kebangkitan itu. Kita akan mencapai kecemerlangan tersebut.
Ucapan ketujuh adalah Berbahagialah orang yang membawa damai, karena mereka akan disebut anak-anak Allah.
Pembawaan damai merupakan satu cara mempertunjukkan Roh Kudus. Pembawaan damai adalah kebolehan yang dipamerkan Yesus Kristus untuk memerintah dunia ini. Dia memerintah dengan menyatukan planetnya menjadi satu di bawah Tuhan. Monoteisme tidak mengajar bahawa Tuhan adalah satu dengan mempunyai tiga kepala. Monoteisme mengajar bahawa Tuhan adalah satu, kerana semuanya, Yesus Kristus dan semua yang tergolong di dalam Angkatan Surgawi, menundukkan kehendak mereka kepada Tuhan.
Untuk menjadi anak-anak Tuhan, kita haruslah menjadi pembawa-pembawa damai. Kita haruslah mempamerkan buah-buah Roh Kudus.
Kristus mengatakan, sebagai ucapan kelapannya, Berbahagialah orang yang dianiaya oleh sebab kebenaran, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga.
Mati syahid Stefanus di dalam Kisah adalah penting. Stefanus mengatakan kepada sidang itu Hai orang-orang yang keras kepala dan yang tidak bersunat hati dan telinga (Kisah 7:51). Mereka menjadi sangat marah dan menggertakkan gigi mereka.
Pada penghujungnya, pada ucapan kesembilan, kita membaca Berbahagialah kamu, jika karena Aku kamu dicela dan dianiaya dan kepadamu difitnahkan segala yang jahat.
Kristus menyatakannya secara peribadi. Dia memusatkan penganiayaan itu kepada setiap dan semua orang daripada golongan umat pilihan. Orang-orang yang telah menganiaya umat pilihan adalah mereka yang berkuasa atau mengatakan mereka berkuasa di dalam apa yang dikatakan sebagai Gereja-gereja atau Jemaat Tuhan. Itu pada mulanya adalah Judaisme namun penganiayaan yang lebih besar itu telah datang daripada apa yang dipanggil aliran umum Kristian. Ianya berterusan di dalam sistem Protestan dan di dalaam Jemaat-jemaat Tuhan sendiripun. Ini adalah mereka yang mengatakan mereka adalah umat Kristian, namun sebenarnya tidak. Mereka yang di luar sana yang berada di dalam aliran umum Kristian, yang mengaku sebagai Gereja-gereja Tuhan, menganiaya umat-umat pilihan kerana mereka tidak mengenali siapa tuan kita (Yesaya 66:5).
Kristus mengatakan bersukacita dan bergembiralah kerana upahmu besar di syurga, sebab demikian juga telah dianiaya nabi-nabi yang sebelum kamu, dan begitulah juga mereka akan menganiaya kamu. Tanggungilah penganiayaan dunia ini dalam terang pengharapan yang ada di dalam diri kita. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk melakukan pekerjaan Tuhan.