Pengesahan
Dr Gene Getz, seorang penulis Kristian yang terkenal, telah menulis suatu siri buku-buku berkenaan ajaran-ajaran Perjanjian Baru mengenai subjek-subjek perkahwinan, kedewasaan perempuan dan lelaki, Jemaat, tanggungjawab-tanggungjawab umat Kristian di dalam Jemaat dan selanjutnya. Dia mempunyai pemahaman yang cukup baik mengenai aspek-aspek Perjanjian Baru berkenaan perwatakan Kristian serta perhubungan-perhubungan manusia.
Dr Getz berbicara mengenai subjek bagaimana Jemaat seharusnya berfungsi dan tanggungjawab-tanggungjawab anggota-anggota Jemaat terhadap sesama sendiri. Syarahannya itu berdasarkan pada bukunya Building Up One Another, yang sayangnya tidak lagi diterbitkan. Karya ini berdasarkan bahan yang dibentangkan di dalam syarahan tersebut oleh Dr Getz.
Pengenalan
Suatu soalan yang sering ditanyakan berulang-kali adalah “Apakah dia Jemaat itu?” Banyak jawabnya yang boleh kita berikan bagi soalan ini. Kita boleh menjawabnya dari segi pandangan mereka yang membentuknya. Kita boleh menjawab soalan ini menurut perspektif gambaran, iaitu bahawa ianya adalah Pengantin bagi Kristus. Kita dapat menjawabnya dari segi sejarah. Dari sudut pandangan perhubungan manusia, Jemaat merupakan keluarga Tuhan di atas bumi ini. Namun sebagai anggota-anggota keluarga Tuhan, sebagai saudara-saudari di dalam keluarga Tuhan, bagaimanakah kita harus berkelakuan antara satu sama lain? Bagaimanakah kita harus berfungsi sebagai suatu kumpulan?
Terdapat suatu konsep atau tema yang berleluasa sepanjang Buku Perjanjian Baru yang dapat membantu kita menjawab soalan ini. Tema ini telah kita gelarkan sebagai “prinsip sesama sendiri”.
Suatu ringkasan mengenai bagaimana Badan Kristus, iaitu Jemaat, harus berfungsi ditemui di dalam Efesus (Efesus 4:11-12).
Kini, apakah hasil daripada “pembangunan” ini?
(Efesus 4:13). Hasil daripada proses pembangunan ini adalah kesatuan di dalam iman serta kedewasaan (Efesus 4:14-16).
Anggota-anggota Sesama Sendiri
Konsep “sesama sendiri” yang pertama ditemui di dalam Roma 12:4-5. Paulus membicarakan subjek ini dengan lebih lanjut lagi di dalam 1 Korintus 12. Dia sekali lagi menggunakan analogi tubuh badan itu, tetapi dengan butir-butir tambahan (1 Korintus 12:12-24). Kemudiannya Paulus meringkaskan maksud hujahnya (1 Korintus 12:25-26).
Mengasihi Sesama Sendiri
Konsep “sesama sendiri” seterusnya terdapat beberapa ayat kemudiannya iaitu pada Roma 12:10.
Hormati Sesama Sendiri
Konsep “sesama sendiri” ketiga terdapat di dalam bahagian kedua ayat yang baru kita lihat, Roma 12:10.
Satu Rukun/Fikiran Antara Satu Sama Lain
Konsep ini diberikan di dalam Roma 15:5.
Terima Satu Sama Lain
Paulus menyampaikan konsep ini kepada kita beberapa ayat kemudiannya (Roma 15:7).
Menasihati Sesama Sendiri
Konsep “sesama sendiri” seterusnya terdapat tidak jauh dari situ iaitu Roma 15:14.
Sampaikan Salam Sesama Sendiri
Konsep “sesama sendiri seterusnya ditemui di dalam Roma 16. Bermula dengan ayat 3, Paulus melalui suatu siri penyampaian salam.
Roma 16:3 3 Sampaikan salam kepada Priskila dan Akwila, teman-teman sekerjaku dalam Kristus Yesus.
Dan kemudiannya di dalam ayat 16 dia memberikan arahan umum ini:
Roma 16:16 16 Bersalam-salamlah kamu dengan cium kudus. Salam kepada kamu dari semua jemaat Kristus.
Arahan untuk bersalam sesama sendiri dengan cium kudus ini ditemui sebanyak lima kali di dalam Perjanjian Baru. Tempatnya yang lain adalah: 1Korintus 16:20; 2Korintus 13:12; 1Tesalonika 5:26; 1Petrus 5:14.
Layani Sesama Sendiri
Untuk prinsip “sesama sendiri” seterusnya, kita tinggalkan buku Roma dan pergi kepada buku Galatia (Galatia 5:13).
Jika kita mengasihi sesama sendiri, kita akan melayani sesama sendiri sepertimana Kristus mengasihi kita dan menunjukkan kasihnya itu di dalam pelayanan. Paulus menonjolkan hal ini di dalam Filipi 2:3-5.
Tanggung Beban Satu Sama Lain
Konsep “sesama sendiri” seterusnya yang Paulus sampaikan kepada kita ditemui di dalam Galatia 6:1-2.
Saling Membantu
Sungguhpun ini nampaknya serupa dengan prinsip sebelumnya, ia sebenarnya berkenaan suatu konsep berlainan sama sekali. Kita temui arahan-arahan Paulus mengenainya di dalam Efesus 4:2.
Rendahkan Diri Antara Satu Sama Lain
Kita lihat prinsip ini di dalam Efesus 5:21.
Bangunkan Sesama Sendiri
Konsep ini muncul di dalam surat Paulus yang pertama kepada orang-orang Tesalonika (1 Tesalonika 5:11).
Seorang umat Kristian seharusnya adalah seorang yang membangunkan (menggalakkan), bukan yang menjatuhkan. Galakan sepatutnya bukan sesuatu yang kita berikan dengan rungutan atau sungutan sekali bagi setiap beberapa tahun. Sebaliknya, kita harus senantiasa bersedia memberikan galakan kepada satu sama lain. Para majikan dan mereka yang memegang kuasa serta tanggungjawab haruslah ingat untuk membangunkan orang bawahan/pekerja mereka dengan kata-kata galakan.
Ianya penting khasnya bagi suami-suami membangunkan isteri-isteri mereka, berbuat perkara-perkara yang menyenangkan bagi mereka, dan berusaha untuk menunjukkan kepada isteri-isteri mereka bahawa mereka menghargai diri mereka serta apa yang mereka lakukan; bahawa mereka menghargai idea-idea mereka serta sumbangan mereka di dalam membuat keputusan; bahawa mereka berusaha membantu mereka di dalam tanggungjawab mereka sebagai suri rumah; dan selanjutnya.
Oleh itu marilah kita menggalakkan serta membangunkan sesama sendiri di dalam kasih Kristian.