Christian Churches of God
043z

Ringkasan: Niat Iblis

(Edisi 2.0 19940723-19991006)
Umat Kristian bertempur dengan kuasa-kuasa rohaniah untuk memiliki hati dan fikiran manusia, emosi dan intelek mereka. Seluruh umat manusia diserbu oleh kuasa-kuasa kegelapan dalam perjuangan ini. Konflik ini akan berterusan hingga kedatangan Kristus dan penaklukan Iblis dan semua suruhannya.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ãChristian Churches of God 1994, (ed. 1997), 1999 Wade Cox) (Ringkasan diedit oleh Wade Cox) (Tr. 2007)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Ringkasan: Niat Iblis

Umat Kristian memiliki pedang kebenaran bermata dua, Firman Tuhan, terkandung dalam Alkitab untuk melawan semua serangan yang ditujukan kepada fikiran kita. Kepercayaan kita, yang memimpin kita dalam jalan hidup saleh, menjadi sasaran muslihat Iblis untuk mengalahkan, melemahkan, membinasakan dan menipu kita dengan apa cara sekalipun. Iblis ialah tuhan dunia ini, dan kehancuran seluruh manusia (tetapi khususnya umat pilihan Tuhan) ialah tujuannya (Wahyu 12:9; 1 Yohanes 5:19; 2 Korintus 4:3,4; Efesus 2:1,2)

Sikap puas hati pada pihak umat Kristian ialah jalan yang pasti untuk bencana dan kekalahan rohaniah (Amsal 4:23; 1 Korintus 10:12; 2 Korintus 11:3; Ibrani 2:1; 1 Petrus 5:8).

Firman Tuhan memberi petunjuk penting tentang niat Iblis, dan mengingatkan kita tentangnya (2 Korintus 2:11; Efesus 2:1,2; 1 Timotius 4:1).

Iblis menyebarluaskan sejumlah idea, konsep dan sikap palsu, yang dia siarkan kepada fikiran kita, sebab dia “penguasa kerajaan angkasa” (Efesus 2:2).

Dusta terang-terangan boleh dikenali, namun Iblis menggunakan usul berintelek “hampir benar” untuk menarik orang berakal. Dia seorang pendusta dari semula, dan pembunuh (Yohanes 8:44).

Iblis mengemukakan usul palsu yang hampir kepada kebenaran, dan serbuan pertamanya adalah terhadap Hawa dalam Kejadian 3:1, dalam satu usaha untuk menghilangkan kepercayaan pada Tuhan dan menanam idea “Tuhan ialah lawanmu” dalam fikirannya. Iblis memutarbelitkan kata-kata Tuhan daripada Kejadian 2:16,17, untuk mencadangkan satu lagi pesan (Kejadian 3:14). Iblis memasukkan keraguan ke dalam fikiran Hawa tentang apa yang Tuhan perintahkan, dan menyatakan Tuhan bermotif jahat.

Dalam Kejadian 3:2-3, jawapan Hawa menunjukkan dia telah dipengaruhi cadangan-cadangan Iblis itu.

Dalam Kejadian 2:16-17, Tuhan memberitahu Adam dan Hawa mereka bebas memakan daripada setiap pohon, kecuali satu. Satu-satunya dosa yang dapat mereka lakukan ialah mengingkari perintah Tuhan. Fikiran dan sikap Hawa telah dijatuhkan. Inilah helah Iblis terhadap manusia sejak itu. Tuhan di pihak manusia (Mazmur 37:4; 84:11; Roma 8:31-32).

Iblis telah meyakinkan manusia bahawa jalan Tuhan membebankan, khususnya berhubungan hari Sabat, Hari Raya, persepuluhan, dan hukum makanan. Matius 11:30 dan 1 Yohanes 5:3 menyangkal itu. Maka kesimpulannya manusia tiada kesyukuran terhadap Tuhan kerana kebaikanNya kepada kita (Roma 1:21 dan 2 Timotius 3:1,2). Kita sepatutnya bersyukur seperti dalam 1 Tesalonika 5:18.

Segala doktrin palsu Iblis membina semangat benci dan marah, yang membawa kepada pembunuhan, perang dan kematian. Rasa benci juga menimbulkan dendam, dan memimpin kepada kekalahan rohaniah kita. Kita diberi amaran begitu oleh Paulus (Efesus 4:2-27; Ibrani 12:14-15). Iblis menjatuhkan sepertiga daripada Angkatan malaikat dengan helah ini.

Sesudah memberitahu Hawa dia tidak akan mati (Kejadian 3:4), dunia kemudiannya menerima doktrin jiwa, dan bahawa Tuhan seorang pendusta. Dunia menerima bahawa “kebenaran” ialah apa saja melainkan Firman Tuhan. Tuhan mengatakan sebaliknya (Yohanes 17:17; 2 Timotius 3:16-17). Alkitab menyatakan pengetahuan yang selainnya tidak mungkin diperolehi manusia.

Iblis bekerja supaya kita membuat konsesi tentang suatu perkara, dan daripada kelemahan ini mula menghancurkan kita. Penggoda telah sentiasa menggunakan cara menyerang kelemahan ini, mempergunakannya, dan dengan itu mendapat kuasa atas mangsa itu.

Dalam Kejadian 3:5, Iblis terus memperkenalkan idea “kamu boleh menjadi tuhan” dengan usaha kamu sendiri. Ini menghalang keperluan untuk pertaubatan, baptisan dan penerimaan korban Yesus Kristus yang perlu bagi hidup kekal. Manusia ditakdirkan untuk menjadi elohim, namun ini haruslah dengan mengikut Hukum dan perintah Tuhan (Ibrani 2:5-8; Roma 8:14-17; Wahyu 21:7).

Dunia ini, di bawah pemerintahan Iblis, tidak lagi melihat rencana Tuhan, dan hidup untuk waktu jasmaniah kini. Namun Tuhan menyatakan segalanya dalam 2 Korintus 4:17,18.

Kita kehilangan tumpuan pada masa hadapan untuk manusia dan giat dengan segala kenikmatan dunia, yang hanya sementara (Ibrani 11:24-27, 12:1).

Iblis ialah pemula fitnah, umpat, khabar angin dan perosakan nama baik (Yehezkiel 28:14-16). Perkataan yang menarik dalam ayat 16 ialah dagang (merchandise (KJV) atau trading (NKJV)). Perkataan ini dalam Ibrani juga boleh bererti “pemfitnah”. (Imamat 19:16; Yeremia 9:4; Yehezkiel 22:9; dan Amsal 11:13a; 20:19a).

Iblis ialah penuduh saudara (Wahyu 12:10). Tuhan membenci fitnah dan tuduhan (Amsal 6:16-19). Yesus memberi peringatan (Matius 15:18-19; Matius 12:33-37; Yakobus juga mengingatkan (Yakobus 3:8-12).

Iblis juga menggoda Hawa (Kejadian 3:5) dengan idea memperolehi pengetahuan. Pengetahuan esoterik ini membawa kepada kebanggaan dan kesombongan, kekasaran dan keangkuhan. Ini bertentangan dengan pengetahuan yang kita harus miliki untuk memperolehi hidup kekal (Yohanes 17:1-3, dan 2 Petrus 3:18) dalam mana Tuhan mengingini kita tumbuh dalam pengetahuan akanNya dan rencanaNya.

Yakobus mempunyai nasihat baik untuk semua (Yakobus 3:13-18). Pengetahuan utama yang Tuhan berikan, adalah bagaimana untuk hidup suci, benar, suka damai, lemah-lembut, dan penuh rahmat yang dipenuhi dengan buah-buah baik. Kita harus berjaga-jaga agar kita tidak jatuh ke dalam perangkap Iblis (2 Timotius 2:22-26). Kita juga harus mengingati nasihat dalam 1 Korintus 8:1-3.

Kita harus sentiasa berwaspada. Iblis bertujuan menjatuhkan setiap kita, namun semua strateginya terbongkar untuk kita dalam halaman-halaman firman Tuhan. Inilah senjata peperangan kita.