Menarik sekali untuk memerhatikan apa yang diperkatakan Yakobus mengenai Abraham, bapa kepada umat percaya:
Yakobus 2:23 23 Dengan jalan demikian genaplah nas yang mengatakan: “Lalu percayalah Abraham kepada Allah, maka Allah memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran.” Karena itu Abraham disebut: “Sahabat Allah.”
Perhatikan bagaimana Yakobus menarik perhatian kita kepada fakta bahawa Abraham telah disebut sahabat Tuhan. Istilah “sahabat” ini agak intim dan menunjukkan suatu hubungan rapat, kepercayaan, dan perkongsian.
Apa yang istimewa di sini adalah bahawa Abraham telah dipanggil sahabat Tuhan. Tuhan yang besar, maha esa, hadir sentiasa dan maha kuasa serta maha mengetahui adalah dia yang telah membuat pernyataan ini. Ini bukanlah penilaian Abraham sendiri tentang hubungannya dengan Tuhan, mahupun apa yang difikirkannya mengenai Tuhan. Ianya suatu pernyataan yang dibuat Tuhan mengenai Abraham.
Yakobus sebenarnya memetik daripada Yesaya 41.
Yesaya 41:8 8 Tetapi engkau, hai Israel, hamba-Ku, hai Yakub, yang telah Kupilih, keturunan Abraham, sahabatKu; (RSV)
Anak-anak Israel merupakan hamba-hamba Tuhan dan keturunan Abraham, yang merupakan sahabat Tuhan. Fikirkan sebentar bagaimana istimewanya kata-kata ini, dan betapa istimewanya hubungan yang digambarkannya! Renungi bagaimana seorang makhluk yang fizikal, terbatas, dan fana dianggap sebagai sahabat yang dikasihi oleh Tuhan yang maha kuasa, maha mengetahui, abadi dan tertinggi. Juga renungkan bagaimana seorang manusia yang tidak sempurna, yang dijadikan daripada tanah, akan dipandang oleh Allah Pencipta yang sempurna yang merupakan roh abadi, sebagai seorang dengan siapa Dia boleh jalinkan persahabatan yang rapat, berkekalan, dan istimewa.
Namun kata-kata sahabatKu benar-benar adalah anggapan Tuhan tentang Abraham, dan hubungannya dengan Tuhan merupakan suatu persahabatan yang sejati dan dalam.
Persetujuan diperlukan
Kita semua telah menemui begitu ramai orang sepanjang kehidupan kita sehingga masa ini dan, pastinya, kita akan bertemu dengan lebih ramai lagi pada masa hadapan. Namun begitu, hanya sedikit sahaja yang pernah, atau mungkin selamanya, menjadi sahabat-sahabat rapat kita. Kenapa? Salah satu daripada sebab-sebabnya yang paling ketara sekali, dan perkara pertama adalah persetujuan.
Perhatikan apa yang Tuhan katakan mengenai Abraham di dalam Kejadian 26. Di sini Tuhan sedang berbicara dengan Ishak, serta mengesahkan semula janji-janji yang telah diberikanNya kepada Abraham, yang kini berpindah kepada Ishak (Kejadian 26:3-5).
Kenapakah Tuhan membuat janji-janji tidak bersyarat ini terhadap Abraham, dan kini melanjutkannya kepada anak Abraham iaitu Ishak? Kerana Abraham menuruti Tuhan serta memelihara perintah-perintahNya (ayat 5). Abraham di dalam persetujuan penuh dengan Tuhan. Dia menuruti Tuhan dengan cermat dan di dalam segalanya sungguhpun dia tidak mengetahui penghujungnya.
Nabi Amos menanyakan soalan pembayang ini:
Amos 3:3 3 Berjalankah dua orang bersama-sama, jika mereka belum berjanji?
Tuhan telah membawa Israel keluar daripada Mesir dan datang ke Sinai di mana Dia membuat suatu perjanjian dengan mereka. Di dalam perjanjian tersebut Dia berjanji untuk melindungi mereka serta memberkati mereka. Mereka pula berjanji untuk taat setia kepadaNya dan memelihara hukum-hukumNya. Ini merupakan suatu perkumpulan bersama, atau persetujuan di antara Israel dan Tuhan, mengenai rencana-rencana mereka untuk perjalanan ke arah hidup baru di dalam Tanah Perjanjian itu bersama-sama. Namun begitu, Israel telah melanggar bahagiannya di dalam perjanjian tersebut dan telah tersesat. Mereka kerap kali berkata, kami akan menjadi sebahagian daripada ini, kami setuju dengan itu, namun kata-kata mereka tidak tetap dan kerana itu Israel dan Tuhan tidak dapat berjalan bersama untuk sebarang jumlah masapun.
Dalam hal ini, Israel telah gagal untuk mengikut teladan leluhur mereka Abraham yang telah:
- keluar dari negeri asalnya ke suatu tempat yang akan ditunjukkan Tuhan;
- mengenali jalan-jalan Tuhan dan berada di dalam persetujuan dengannya;
- berjalan mengikut hukum Tuhan, dan tidak mengikut cara-cara dunia ini.
Abraham terus-menerus dan dengan cermat bermuafakat dengan Tuhan dan itulah satu daripada faktornya yang menyumbang kepada persahabatannya dengan Tuhan.
Perbandingannya bagi kita sebagai umat-umat Kristian, adalah bahawa kita berbuat persetujuan/perjanjian dengan Tuhan semasa pembaptisan. Kita ucapkan, Ya! Kami akan pergi ke mana saja engkau ingin pergi. Kami akan lakukan apa saja engkau mahu kami lakukan.
Kesetiaan dan kebolehpercayaan
Faktor penting kedua yang menyumbang kepada persahabatan yang rapat adalah kesetiaan dan kebolehpercayaan. Jika kamu merenungkan kembali mereka yang kamu anggap sebagai sahabat-sahabat karib, mereka merupakan teman-teman yang telah sentiasa setia padamu tidak kira dalam kesenangan ataupun kesukaran; mereka yang boleh kamu percayai apabila keadaan sudah genting.
Walau bagaimanapun, sahabat-sahabat sejati akan tetap setia dan saling menyokong sewaktu senang dan sewaktu sukar:
- Sahabat-sahabat sejati menyokong antara satu sama lain.
- Sahabat-sahabat sejati berkorban sesama sendiri.
- Sahabat-sahabat sejati boleh dipercayai – mereka sentiasa di situ apabila diperlukan.
Pengorbanan Kristus bagi kita, sebagai pernyataan persahabatan sebenarnya terhadap kita, sepatutnya menimbulkan kesetiaan dan kebolehpercayaan daripada kita (Yohanes 15:14).
Kristus menerangkan bahawa, sepertimana dia bersedia untuk berkorban segalanya untuk kita, kita juga perlu bersedia memberikan segalanya demi menunjukkan kesetiaan dan kebolehpercayaan kita kepadanya.
Abraham berbuat seperti yang diperintahkan Tuhan dan membuat persediaan untuk menyembelih Ishak. Dia menunjukkan kesetiaannya kepada Penciptanya. Dia menunjukkan bahawa dia boleh dipercayai untuk melaksanakan kehendak Tuhan tidak kira betapa sukar tugas tersebut. Jadi, Tuhan menganggap Abraham sebagai sahabatNya.
Keupayaan untuk mengadu
Satu aspek terakhir kepada persahabatan sebenar yang akan kita teliti adalah kebolehan sahabat-sahabat sebenar untuk mengadu antara satu sama lain.
Poin ini membina di atas dua poin sebelumnya. Sahabat-sahabat kita yang paling rapat adalah mereka dengan siapa kita dapat mengadu dengan bebas. Mereka adalah orang-orang dengan siapa kita dapat menyatakan perasaan serta pendirian kita yang mendalam sekali, pasti bahawa kita tidak akan dianiayai.
Dengan sahabat-sahabat sebenar kita dapat bincangkan apa yang ada dalam fikiran kita; kita dapat kongsikan kesukacitaan kita, pemerhatian kita, rencana kita, dan juga kedukacitaan serta kesesalan kita. Apabila adanya persahabatan yang mendalam dan bersungguh-sungguh, tiada apa-apa yang perlu disembunyikan. Kristus menggambarkan dimensi persahabatan ini (Yohanes 15:15).
Sepertimana Tuhan melalui Kristus melanjutkan persahabatan kepada kita menerusi kesediaanNya untuk mengadu kepada kita, begitu juga kita harus mengembalikan jalinan persahabatan itu kepadaNya dengan mengadu di dalamNya. Kita seharusnya meluangkan masa untuk berbicara denganNya, meluahkan isi hati kita kepadaNya, dan memberitahuNya segala keperluan dan keinginan kita.
Perhubungan yang dinikmati Abraham dengan Tuhan merupakan suatu hubungan yang istimewa dari segi standard manusia, namun sungguh menggalakkan bagi kita. Tuhan bukanlah seorang Tuhan yang gemar memihak. Dia bukanlah pilih kasih. Tuhan tidak melibatkan diriNya di dalam kelompok-kelompok tersendiri mahupun kumpulan-kumpulan orang yang eksklusiff dan berfikiran sempit yang hanya boleh dianggotai sedikit sahaja. Sebaliknya, Dia menghulurkan tangan persahabatan kepada semua di dalam keluargaNya. Jika kita mengikut teladan leluhur rohani kita Abraham dengan bersetujuan dengan Tuhan, menunjukkan kesetiaan dan kebolehpercayaan terhadap Tuhan, dan bebas mengadu kepadaNya di dalam segala hal, maka kita juga akan disebut sebagai sahabat-sahabat Tuhan.