Pada zaman informasi sekarang ini, kita dapati begitu banyak kumpulan dan jemaat yang menggunakan nama Kristus, atau yang memasukkan nama Tuhan di dalam nama mereka (Matius 24:4-50). Jemaat-jemaat yang banyak sedemikian telahpun dinubuatkan.
Jemaat yang manakah pada hari ini yang mempunyai kredibiliti serta didirikan oleh Kristus, dan yang tidak berpecah-belah? Tidak terdapat satupun yang telah berkekalan sejak Kristus, kerana kadang-kadang pemimpinnya menjadi korup dan membawa jemaat tersebut kepada kemurtadan (Yudas 3-4). Kebenaran mungkin diperkecilkan dan akhirnya ditolak sama sekali (1Korintus 11:18-19). Masalah-masalah ini terjadi agar anggota-anggota palsu terdedah kerana mereka akan mengikut kepalsuan tersebut dengan senang.
Jemaat terus diuji demi memastikan ia masih lagi berharmoni dengan ajaran-ajaran asas Kristus (1Korintus 3:10-14).
Kepimpinan mungkin akan mati secara rohani, sehinggakan membuang keanggotaan mereka yang masih lagi mengikut kebenaran itu. Apabila jemaat mencapai keadaan sedemikian, Kristus akan melantik seorang pemimpin yang baru dari kalangan golongan sisa yang taat setia (3Yohanes 9-10).
Kaki dian atau lilin (simbol kekuasaan) diambil dan diberikan kepada seorang pemimpin yang lain. Kuasa untuk melantik para pemimpin terletak pada jemaat dan fungsi pembaptisan adalah cara dengan mana Roh Kudus dipindakan (Wahyu 2-3).
Pada asalnya, para rasul bersama membentuk badan kepimpinan. Petrus merupakan Biskop Antiokhia. Kristus, selaku batu penjuru membangunkan jemaat di atas batu karang sebenar, iaitu Tuhan Maha Tinggi. Kuasa diberikan kepada golongan tujuh puluh orang itu pada perlantikan mereka oleh Kristus (Matius 16:18-20).
Kumpulan tujuh puluh (dua) itu merupakan majlis pemerintah jemaat, yang mengambil alih kuasa serta fungsi yang telah diberikan secara rasmi kepada golongan Sanhedrin Israel (Lukas 10:1,17). Dari masa ini Israel juga telah menjadi suatu badan rohani dan keselamatanpun dilanjutkan kepada bangsa-bangsa lain. Kuasa dan kuasa pemerintahan diletakkan kepada seluruh badan jemaat. Mereka melantik pemimpin-pemimpin dan mempunyai kuasa untuk mengikat serta melepaskan (Lihat juga Matius 18:15-20).
Konsep bahawa kekuasaan berpindah dari orang ke orang adalah suatu konsep ilmu sihir dan bukannya doktrin Kristian sebenar (lihat Abracadabra: Maksud Nama-nama [240]).
Kita harus membuktikan kebenaran itu untuk mencari mana satunya jemaat sebenar. Ianya adalah jemaat yang mempunyai penatalayanan yang menurut Tuhan Bapa serta memelihara semua perintah-perintahNya (Matius 7:15-21).
Bimbingan para nabi memberitahu kita tentang pelayanan Tuhan dan anakNya yang dilantik akan hidup serta mengajar sesuai dengan setiap firman Tuhan, dengan pemahaman bahawa agama Kristian akan menyerupai Kristus di dalam mengasihi Tuhan dan perintah-perintahNya (Yesaya 8:20).
Jemaat, selama dua ribu tahun, sememangnya dapat dikenalpasti, kerana lazim dianiaya disebabkan kesetiaannya kepada Tuhan dan imannya di dalam Yesus Kristus (lihat karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]). Ianya jemaat yang memelihara Sabat hari ketujuh, serta menyembah Tuhan Sebenar yang Tunggal melalui hari-hari suci serta perayaan-perayaanNya sepertimana terlampir di dalam kalendarNya (lihat karya Kalendar Tuhan [156]).
Alkitab memberikan kepada kita bimbingan di dalam memilih anggota jemaat ke dalam penatalayanan jemaat. Ketika Kristus berada di dunia, dia meminta para rasul mengikutinya. Umat-umat pilihan dipilih oleh TUHAN dan kemudiannya diberikan kepada Kristus.
Perlantikan pertama yang dilakukan adalah untuk menggantikan Yudas. Setelah kriteria pemilihan ditetapkan, dan jika lebih dari seorang yang layak, maka undian dibuat untuk memastikan siapa yang menjadi pilihan surgawi, pilihan Kristus. Di dalam hukum Tuhan, imam besar sentiasa dipilih dengan undian (Kisah 1:15-20).
Kisah 6:1-6 menunjukkan standard pemilihan bagi perlantikan para pemimpin sementara jemaat berkembang.
Dia haruslah dipersetujui melalui buah-buah kehidupannya, dan dilantik oleh kepimpinan jemaat di bawah kuasa jemaat. Oleh itu seorang pendeta tidak boleh melantik dirinya sendiri (1 Timotius 3:1-7).
Para pendeta/pelayan jemaat memegang jawatannya untuk kebaikaan jemaat. Terdapat dua pangkat: penatua atau biskop, serta diakon. Mereka melaksanakan dua sakramen jemaat, iaitu Pembaptisan dan Paskah (lihat karya Sakramen-sakramen Jemaat [150]).
Seorang lelaki haruslah berumur 25 tahun sebelum memasuki pelayanan jemaat. Dia mengajar pada umur tiga puluh tahun. Kristus tidak berkecuali dalam hal ini memandangkan dia sendiri telah memulakan pelayanannya pada umur tiga puluh tahun (Bilangan 8:24-26).
Timotius lebih muda apabila dia dihantar untuk melakukan tugas khas yang memerlukan pengurapan (1Timotius 4:12).
Jemaat melantik perempuan sebagai para diakon perempuan, namun mereka tidak harus mengajar atau berkuasa di atas para lelaki. Mereka boleh mengajar perempuan yang lain (1Timotius 2:11-13).
1Timotius bab 5 menerangkan aturan serta arahan-arahan kepada jemaat agar semua dapat bekerjasama bagi kemuliaan Tuhan. Semua orang harus berdoa untuk para pelayan jemaat, menyokong serta membantu bilamana peluangnya timbul.