Tuhan telah menetapkan teladan memberi sebagai asas kasihNya. Kita harus mencerminkan hal ini dalam setiap aspek kehidupan kita. Memberi membawa kepada kehidupan kekal. Tanpanya kita tidak dapat pelihara perintah-perintah itu; iaitu memberikan kasih kepada Tuhan dan sesama sendiri. Tuhan telah memberi kehidupan kepada seluruh ciptaanNya. Dia memberikan hukum-hukum yang dapat memastikan agar kesejahteraan fizikal dan rohani kita berterusan jika dituruti. Kerana kita gagal hidup sedemikian dan penaltinya adalah maut, Tuhan telah memberikan kepada kita kepada kita karunia yang terbesar sekali agar dosa-dosa kita dapat diampuni.
Pendamaian ini terlaksana dengan kematian anak lahir sulungNya iaitu Yesus Mesias. Kini hubungan kita dengan Tuhan dapat dipulihkan (Yohanes 3:16). Yesus menggambarkan Bapa dalam setiap aspek hidupnya sebagai manusia, memberi kesihatan kepada yang sakit, penglihatan dan pendengaran, pelepasan daripada rasukan iblis setan dan juga kehidupan kepada yang mati. Melalui kematiannya, dia telah memberikan kepada kita kebolehan itu untuk mencapai kehidupan kekal jika kita taat setia pada Tuhan, dengan iman serta percaya (Yohanes 6:30-40). Setiap karunia yang baik datangnya daripada Tuhan (Yakobus 1:17-18). Kita memohon bukan saja bagi diri kita sendiri tetapi bagi kebaikan orang lain juga (Yakobus 1:5-7).
Pada pembaptisan, melalui penerimaan perjanjian itu dengan Tuhan, kita diberikan Roh Kudus. Penerimaan ini ke dalam badan Kristus dengan Roh Kudus yang membantu kita memelihara hukum-hukum Tuhan, membolehkan kita untuk memberi sepertimana kita sendiri telah diberi. Memberi adalah suatu ekspresi kasih. Mengasihi Tuhan bermaksud memberi kepadaNya apa yang dimintaNya berkenaan perintah-perintahNya (Yohanes 14:15). Mengasihi sesama sendiri seperti diri sendiri adalah memberi sejauh mana yang boleh, agar kehidupan mereka dipertingkatkan, dan tidak terosak oleh sebarang pelanggaran [oleh kita] perintah-perintah Tuhan (1Korintus 12:4-11). Jika kita gunakan karunia-karunia kita tanpa kasih, kita bukannya apa-apa; semuanya sia-sia belaka (1Korintus 13:1-12).
Tuhan menyediakan keperluan fizikal kita di samping keperluan-keperluan rohani kita (Matius 6:24-33). Dia telah berjanji untuk memberikan kepada kita suatu sekitaran produktif untuk kita hidup (Kejadian 8:20-22). Sedihnya, kerana selama bergenerasi manusia telah melanggar hukum-hukum Tuhan, alam sekitar kita pada hari ini begitu rosak sekali dan kesihatan serta kesejahteraan manusia turut dirosakkan dengan teruk. Tuhan telah memberikan kita janji-janji yang indah untuk penurutan kita terhadapNya (Imamat 26:1-13). Kerana kita tidak menurut arahan-arahan pencipta kita, kita akan lihat bagaimana manusia dan bumi tempat tinggalnya musnah perlahan-lahan melalui peperangan, penyakit, kebuluran dan pencemaran. Kalaulah kita tidak begitu angkuh untuk menurut arahan-arahanNya, mungkin semuanya masih lagi sempurna dan kita masih dapat hidup dalam keadaan aman damai dan makmur.
Tanggungjawab umat Tuhan adalah untuk memberi. Kita berikan kembali kepada Tuhan perpuluhan serta persembahanNya, kembali kepada hukum-hukum yang dimulakanNya serta bertaubat daripada kesesatan kita. Jika kita semua dapat lakukan ini maka keadaan-keadaan di dunia boleh diputarbalikkan. Terdapat banyak contoh bagaimana orang-orang telah memberi di dalam Alkitab (Keluaran 5:20-23). Mereka memberi dengan sukacita dan memberi kemuliaan kepada Tuhan (Kisah 2:44-47). Mereka memberi sebanyak yang mereka dapat (Lukas 21:1-4). Tuhan mengasihi seorang yang memberi dengan sukacita (2Korintus 9:6-9). Adakah kita mempunyai sikap yang betul terhadap orang lain atau adakah kita berat sebelah sehingga hanya memberi perhatian kepada mereka yang berpangkat tinggi sementara mengabaikan mereka yang lebih rendah kedudukan?
Ini juga adalah dosa (Yakobus 2:1-26). Iman tanpa pekerjaan adalah mati. Mereka yang diberkati dengan kekayaan di dalam hidup ini haruslah murah hati (1Timotius 6:17-19). Mereka yang kaya haruslah berhati-hati agar tidak mengutamakan kekayaan mereka lebih daripada Tuhan dan mereka yang memerlukan (Yakobus 5:1-6). Masa hampir habis. Kita perlu pastikan bahawa kita benar dengan Tuhan.
Sesuatu pemberian yang disertai sungutan bukanlah suatu pemberian sebenar (1 Petrus 4:7-11). Jika kita tidak dapat berikan secara sukarela dengan kasih, kita gagal. Ingatlah bagaimana Kristus telah berikan hidupnya untuk kita; kita tidak boleh kurang dari itu. Kebanyakan kita mungkin tidak akan diminta untuk memberi begitu banyak, namun apa yang dapat kita berikan haruslah diberikan tanpa ragu-ragu. Kita semua memang boleh berikan masa kita yang merupakan hidup kita (1Yohanes 3:16-24). Efek memberi daripada hati adalah suatu ganjaran daripada Kristus (Markus 9:41; Lukas 6:38).
Tuhan mengkehendaki agar semua menerima karunia hidup kekal. Jika bukan di dalam kebangkitan pertama kita masih berpeluang lagi di dalam kebangkitan kedua itu pada penghujung milenium (Yesaya 55:1-7; 2 Petrus 3:9). Ingatlah untuk berterimakasih bagi berkat-berkat yang Tuhan telah berikan kepada kita. Ini akan membantu kita mengingati untuk memberi kepada orang lain. Salah satu daripada tanda-tanda yang kita telah kembali kepada Tuhan adalah kita akan memberikan perpuluhan dengan betul. Lihatlah keperluan-keperluanmu sesama sendiri; bertimbang rasalah dan berikanlah galakan; hal-hal yang nampaknya kecil lazimnya adalah yang paling disenangi sekali. Luangkanlah masa berdoa dan berikan sesuatu setiap hari, sungguhpun ia hanya suatu senyuman (Maleakhi 3:6-18).