Yohanes 5:18 adalah suatu teks yang menarik. Orang-orang Yahudi merujuk kepada Kristus yang menjadikan diriNya setara dengan elohim, dengan mengatakan bahawa TUHAN adalah BapaNya, dan ini tidak dibicarakan di dalam bahasa Yunani tetapi Aramaik, kita mendapati teks itu sebagai ‘elohi’, kemudiannya dituliskan sebagai malaikat-malaikat.
Orang-orang Yahudi pada zaman Kristus memahami istilah ‘elohim’ Perjanjian Lama sebagai merujuk kepada ‘tuhan-tuhan’ atau makhluk-makhluk roh angkatan surgawi. Makhluk-makhluk roh ini, iaitu elohim, telah dicipta oleh Tuhan yang Maha Tinggi.
Umat Yahudi pada zaman Kristus juga faham bahawa Malaikat Besar Perjanjian Lama yang telah menyampaikan hukum itu kepada Musa, adalah seorang elohim. Ini difahami jemaat awal sebagai merupakan Yesus Kristus di dalam bentuk pra-penjelmaannya.
Mazmur 45:6-7 merujuk kepada Mesias, Anak Tuhan, dan pemahaman sebegini ditunjukkan di dalam Ibrani 1:8-9, yang mengenalpasti elohim yang diperkatakan sebagai Kristus.
Nama Tuhan Sebenar yang Tunggal, Eloah, adalah dalam bentuk singular di dalam ayat 5 bagi teks Amsal 30:4-5.
Ketika Perjanjian Lama diterjemahkan kepada bahasa Yunani kitab Septuagint, perkataan aggelos telah digunakan bagi anak-anak Tuhan, atau elohim di dalam bahasa Ibrani. Dari situlah datangnya perkataan ‘angel’ atau malaikat di dalam bahasa Inggeris.
Mazmur 8:4-6 dipetik di dalam Ibrani 2:6-8, dan ayat 4 merujuk kepada manusia sebagai enosh dan adam di dalam bahasa Ibrani.
Di dalam Ibrani 2:9 kita lihat bahawa Kristus telah dijadikan lebih rendah daripada para malaikat (elohim) untuk seketika demi penderitaan kematian. Ini berpadanan dengan Filipi 2:5-9, yang menyatakan penjelmaannya sebagai manusia.
Sesudah kematian Kristus, Dia dibangkitkan dalam keadaan berkuasa daripada mati (Roma 1:4) dan kemudiannya ‘sangat ditinggikan’ oleh BapaNya (Filipi 2:9).
Perkataan yang tertera sebagai ‘malaikat-malaikat’ di dalam Mazmur 8 dan Ibrani itu merupakan terjemahan Yunani bagi elohim atau tuhan-tuhan. Para penterjemah mendapatinya sesuai untuk mengekalkan perkataan Yunani ‘aggelos’ (utusan) itu sebagai angel (malaikat), demi menyamarkan maksud sebenar elohim iaitu anak-anak Tuhan, yang berbeza daripada Eloah, iaitu TUHAN sendiri. Nampaknya mereka tidak mengingini hakikat tentang adanya aturan lanjutan makhluk-makhluk itu, elohim, diketahui dengan mudah oleh para pembaca.
Bullinger mencatatkan di dalam Companion Bible bahawa anak-anak Tuhan adalah elohim semuanya sebagaimana yang ditunjukkan di dalam penggunaan perkataan tersebut di dalam Perjanjian Lama. Para imam bait jelas memahami implikasi-implikasi penuh istilah elohim itu berhubungan Kristus, sebagai seorang utusan Tuhan.
Istilah anak manusia yang digunakan di dalam teks Mazmur 8 berhubung kepada kuasa pemerintahan di dalam dunia dan digunakan tiga kali dengan ertikata tersebut di dalam teks Ibrani yang menghubungkannya kepada Mesias.
Teks di dalam 8:6 merujuk kepada kuasa pemerintahan yang diberikan kepada Adam dan yang telah hilang di dalam kejatuhan dosa itu. Pemulihan kuasa pemerintahan ini merupakan tujuan penebusan manusia oleh Tuhan, sebagai sebahagian daripada rencanaNya untuk manusia (Ibrani 2:1-9).
Kristus menjadi manusia dan telah mati untuk mendamaikan semua kepada Tuhan (rujuk Ibrani 2:10-13). Kristus mengisytiharkan nama-nama kita di dalam perkumpulan elohim itu dan Dia tidak malu untuk memanggil kita sebagai saudara.
Tuhan mengambil berat terhadap keturunan-keturunan Abraham, mengingini untuk menjadikan kita imam-imam, melalui Kristus, dan akhirnya memerintah bersama dengan Dia (Wahyu 20:4).
Jemaat awal faham bahawa makhluk yang telah menyampaikan hukum taurat itu kepada Musa adalah Kristus. Keselamatan lebih besar yang diperkatakan adalah melalui bantuan Roh Kudus, yang tersedia setelah kematian dan kebangkitan Kristus.
Tiada seorangpun yang boleh datang kepada Kristus kecualilah mereka yang dipanggil Tuhan, dan tiada seorangpun yang dapat menghampiri Tuhan kecuali melalui Kristus. Semua ini dicapai dengan bantuan Roh Kudus, yang mengikat kita di dalam persetujuan, dan dikaruniakan melalui penurutan.
Dengan menurut Hukum-hukum Tuhan di dalam bentuk manusia, kematian Kristus membuka jalan bagi seluruh manusia dan angkatan surgawi murtad dibangkitkan kembali, dan didamaikan kepada Tuhan Bapa, Eloah, agar melalui Roh Kudus, Tuhan Maha Kuasa akan menjadi semua di dalam semua (Efesus 4:6).