Christian Churches of God
006z

Ringkasan: Markus 5:21-43

(Edisi 1.0 20000725-20000725)
Dua keajaiban yang menggambarkan seruan serta kebangkitan jemaat.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ã 2000 Wade Cox)
(Tr. 2003)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Ringkasan: Markus 5:21-43

Persembahan kedua-dua mukjizat ini merupakan suatu cerita penuh kuasa Kristus serta panggilan jemaatNya. Ianya mempunyai implikasi yang serius untuk bangsa Israel serta suku-suku Yehuda dan Lewi.

Kumpulan orang yang besar mengikuti Kristus; mereka mewakili orang yang dipanggil tetapi tidak dipilih. Mereka lihat apa yang Kristus lakukan namun mereka tidak mempunyai iman sebenar.

Yairus, seorang pemimpin rumah ibadat telah pergi kepada Kristus untuk memintanya menyembuhkan anak perempuannya yang nazak. Yairus mewakili golongan percaya Yehuda dan Lewi. Tiba-tiba, dari antara kumpulan orang itu, Yesus bertanya siapakah yang telah menyentuhnya? Seorang perempuan yang telah sakit perdarahan selama dua belas tahun telah berfikir: Jika dia hanya dapat menyentuh pakaian Kristus, maka dia akan sembuh. Dan ajaibnya dia memang telah sembuh. Keajaiban pembenaran melalui iman terlihat di sini dalam kuasa yang besar. Perempuan ini kotor selama dua belas tahun lamanya, melambangkan umat-umat pilihan yang mati di dalam dosa-dosa mereka dan najis di hadapan Tuhan. Dia sedar bahawa dia najis, namun Yehuda dan Lewi tidak sedar. Hanya melalui Roh Kudus sahaja barulah kita dibawa kepada pertaubatan dan kesedaran akan dosa kita sendiri.

Ketika Kristus tiba di rumah Yairus, anaknya itu telahpun mati. Kristus memberitahunya supaya tidak takut dan sebaliknya percaya. Galakan ini penting kepada jemaat pada waktu percubaan yang berat, kerana Tuhan telah berjanji untuk tidak meninggalkan atau mengabaikan kita (Ibrani 13:5; Kejadian 28:15). Kristus memberitahu mereka bahawa anak itu hanya tidur sahaja, dan ini secara langsung mengisytiharkan kebangkitan dan keselamatan pengantin perempuan, iaitu jemaat sendiri. Bagi umat-umat pilihan, kematian itu adalah seumpama tidur sahaja. Namun di luar, orang-orang yang hadir mengejekNya, menunjukkan tiadanya kepercayaan rumah Yehuda dan Lewi. Kristus melakukan keajaiban menghidupkan kembali anak perempuan itu, yang berumur dua belas tahun pada masa itu. Ini melambangkan kebangkitan pertama yang telah dijanjikan kepada jemaat yang setia (lihat karya-karya Jiwa [092] dan Kebangkitan Orang Mati [143]). Konsep ini berdasarkan pada asas dua belas yang membentuk asas Kota Tuhan (lihat karya Kota Tuhan [180]. Perempuan itu telah bertaubat selama urutan dua belas tahun itu. Dia merupakan saksi kepada Israel di dalam imannya itu.

Apabila anak perempuan itu hidup kembali, orang ramai berasa takjub kerananya (1Korintus 1:27). Jemaat akan membingungkan mereka yang kuat. Kemudiannya Kristus memberikan tugas memelihara Rahsia-rahsia Tuhan kepada jemaatNya dan menyediakan makanan rohaninya (1Korintus 1:27). Kemudiannya lagi Kristus juga menyuruh Petrus memberi makan kepada domba-dombanya (Yohanes 21:16,17).

Kedua-dua peristiwa yang nampaknya tidak berkaitan ini adalah sebenarnya suatu kisah besar mengenai penetapan takdir umat-umat pilihan, pengasingan mereka, panggilan mereka dan dengan itu pembenaran mereka, dan akhirnya pemuliaan mereka di dalam kebangkitan itu (Roma 8:28-33).