Karya tulis ini mengembankan identiti Malaikat YHVH dalam Perjanjian Lama. Alkitab mengajar bahawa terdapat hanya Satu Allah yang Benar.
Terdapat ajaran pada kurun yang kedua puluh yang menyatakan bahawa YHVH – Yahovah dalam Perjanjian Lama hanya merujuk kepada Yesus Kristus, supaya Kristus datang untuk menyingkap kewujudan Bapa, supaya “Firman” selalu wujud bersama dengan Bapa, dan dengan ini Yesus Kristus, sebagai firman, tidak mempunyai permulaan. Dalam pernyataan ini, ia mengikuti bahawa terdapat dua Allah dari kekekalan. Tetapi Kitab, yang mana tidak boleh dilanggar mengatakan perkara yang sebaliknya. Terdapat hanya satu Allah yang Benar (Yoh 17:1-3, 1 Kor 8:6, 1 Tim 2:5).
Ianya telah dientengkan dalam Perjanjian Lama bahawa Allah Bapa adalah Allah dalam Perjanjian Lama, Allah Israel, dan Dia telah mengutus HambNya, Yesus kepada kita (Kisah 2:22-24; 3:13). Allah Bapa sememangnya dikenali oleh orang-orang ini, sekiranya tidak pernyataan ini tidak membawa apa-apa maksud.
Yesus adalah Anak Allah (Luk 1:30-35, 9:35), yang Dipiliha Allah (Luk 23:35), Hamba Allah (Mat 12:18). Allah berfirman melalui AnakNya (Ibr 1:1-2).
Ianya jelas dalam Perjanjian Lama bahawa YHVH tidak merujuk kepada makluk yang menjadi Kristus. Terdapat banyak ayat dimana perkataan Ibrani YHVH diterjemahkan sebagai TUHAN, dan hanya merujuk kepada Allah Bapa (cth. Ul 18:15; petikan Kisah 7:37, Kisah 2 dan 3; Maz 2:2,7; 110:1, 45:6,7.
Dalam kidung Hamba dari Yesaya 42:1-9; 49:1-13; 50:4-11; 52:13-53:12 ianya jelas bahawa YHVH merujuk kepada Allah Bapa. Dan juga baca Zakariah 13:7. Justru ini, dengan mengatakan bahawa Kristus datang untuk memberitahu orang tentang Allah yang tidak dikenali oleh mereka adalah agak congkok.
Prinsip dasar adalah hanya ada satu Allah yang Benar, yang tidak pernah dilihat atau didengar oleh sesiapapun (Yoh 17:3; 1 Tim 6:16; Wah 15:4; Yoh 1:18; 1 Yoh 4:12; Yoh 5:37, 6:46).
Istilah “malaikat” telah mencipta masalah dalam proses fikiran kita. Perkataan Ibrani adalah mal’ak yang bererti “pengabar”, dan perkataan Yunani adalah aggelos yang juga bererti “pengabar”, dan boleh digunakan untuk manusia dan makluk roh. Dalam Wahyu 21:17 istilah “manusia” dan “malaikat” menjadi sinonim.
Dalam Perjanjian Lama, mal’ak melambangkan pengabar, yang diutus dari Allah atau diutus oleh manusia (Kej 32:1-3). Pengabar adalah wakil kepada dia yang mengutus dia, dan kemuliaan dia adalah kemuliaan yang mengutusnya (Yoh 5:23).
Faktanya adalah “malaikat” adalah “pengabar”.
Jadi dalam Perjanjian Lama, makluk yang mewakili YHVH atau “Malaikat Tuhan” dan Mal’ak Elohim “Malaikat Allah” adalah yang paling penting dan sangat berhubungan dalam karya tulis ini. Sanga Pengabar ini menanggung Kehadiran Allah. Dia membawa Kuasa Allah (Kel 23:20-23) dan nama Allah.
Malaikat YHVH berjumpa dengan Hagar, pembantu perempuan yang melarikan diri (Kej 16) dan merujuk kepada YHVH dalam orang yang ketiga. Justru itu, kita melihat bagaimana Malaikat YHVH membawa gelaran YHVH tetapi juga bercakap bagi pihak YHVH, yang dia wakili (Kej 16:7-13). Dalam Kejadian 21:17-20 Malaikat Allah (elohim) bercakap bagi pihak Allah (elohm).
Jadi ianya dilihat bahawa YHVH adalah gelaran yang diserahkan, dan dalam Kejadian 18, pernyataan tentang Abraham dan tiga malaikat (pengabar), mereka dipanggil manusia, malaikat, YHVH secara bertukar-tukar. Dalam Kejadian 19:24 malaikat yang dipanggil YHVH menurunkan api dari YHVH di sorga. Jadi YHVH bukan gelaran yang ekslusif kepada makluk yang menjadi Kristus, seperti yang diajar oleh beberapa jemaat.
Malaikat yang melarang Abraham menyembelih Isyak berkata”sekarang aku tahu”, yang menunjukkan dia tidak tahu hasil dari ujian ini, dan oleh kerana itu ia tidak mungkin Allah Yang Maha Tinggi yang tahu tentang permulaan dan akhir.
Demikian juga dengan Kristus. Walaupun selepas kebangkitan serta keakhbaranNya, Dia telah diberikan wahyu dari Allah Yang Maha Besar yang mana Dia berikan kepada Yohanes dalam Biuku Wahyu (Wah 1:1), Markus 13:32 menunjukkan bahawa sebagai manusia Kristus tidak bersifat maha tahu.
Kemudian Abraham menunjukkan dia memahami berbezaan di antara YHVH, Allah Sorga, dan Malaikat atau Mal’ak yakni pengabar YHVH (Kej 24:7,40,48). Demikian juga Yesus memenuhi peranan yang sama dengan memimpin, melindungi, memberkati dan mewakili Allah (Mat 28:18-20).
Malaikat yang muncul dalam mimpi Yakub (Kej 28:11-21) dan sekali lagi dalam Kejadian 31:11-13, dipanggil Mal’ak HaElohim, yang mana pengabar dari Allah. Dia juga Allah dalam rumah Allah – El Bethel. Dia sama dengan Allah yang memimpin Yakub sepanjang hidupnya (Kej 48:15,16) dan dipanggil Malaikat Penebus. Kristus adalah Sang Penebus kita (Gal 3:13-4:5).
Yakub juga telah bergusti dengan “manusia” dan berkata, “Aku telah melihat Allah (elohim) muka dengan muka”. Jadi manusia ini membawa Kudrat Allah dalam dirinya. Kristus mewakili “muka Allah” kepada kita (Yoh 14:9; 2 Kor 4:6; Kol 1:15).
Jemaat Allah dari kurun yang pertama telah menerima bahawa Malaikay yang bercakap dengan Musa dari belukar yang membakar, yang memberikan Hukum Sepuluh di Gunung Sinai, yang telah membawa umat Israel di padang belantara, dan yang yangkata dengan Musa secara langsung, adalah Kristus sebelum dia dilahirkan sebagai manusia (1 Kor 10:1-4), dan telah difahami bahawa Kristus adalah Malaikat Allah (Gal 4:14).
Ucapan Stefanus dalam hal ini harus dipelajari (Kisah 7, khususnya dalam ayat 30-38).
Karya tulis ini mengajukan banyak istilah seperti Malaikat dalam Belukar, dan Malaikat dalam Awan, Malaikat yang memberikan Hukum, Malaikat sebagai Kudrat Allah dan sebagainya.
Justru itu, kesimpulannya adalah bahawa terdapat pertalian dan kesatuan di antara Perjanjian Lama dan Baru. Allah Bapa adlah Allah yang Benar dalam kedua-dua Perjanjian ini. Kristus adalah PenengahNya, dan agen penebusan, yang telag mengungkap tindakanNya kepada umat manusia.
Karya tulis ini juga mempunyai 7 apendiks yang mana merangkum aspek kandungan ini dengan lebih luas.
Apendiks 1:
Adakah Kristus merupakan Anak Allah sebelum kelahirannya
Apendiks 2:
Kristus dan Melkisedek
Apendiks 3:
Pengagungan Sang Mesiah dan gelarannya
Apendiks 4:
Komentar-komentar tentang Malaikat YHVH
Apendiks 5:
Pandangan Jemaat awal tentang Malaikat dan Kristus
Apendiks 6:
Penyembahan dalam Perjanjian Baru
Apendiks 7:
Jawapan Belsham