Christian Churches of God
011z

Ringkasan: Langkah-langkah Melawan Dosa

(Edisi 2.0 19940402-19970301)
Karya tulis ini menganalisa cara-cara untuk melawan dosa dan menang dalam peperangan keatas nafsu daging kita sendiri dan keatas Iblis, pemerintah dunia ini.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta © 1994, 1997 Wade Cox) (Tr. 2008)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Ringkasan: Langkah-langkah Melawan Dosa

Setiap musim Paskah, kita mengingati masa keluaran bangsa Israel dari Mesir. Allah membawa Israel keluar dengan penuh kuasa. Allah mengetahui Firaun dan tenteranya akan datang mengejar Israel. (Kel 14:1-13).

Paulus meringkaskan masa 40 tahun Israel berada di padang belantara dalam 1 Korintus 10:1-10. Pemergian Israel dari Mesir adalah satu gambaran kepada pemergian kita dari dosa dan dari sistem dunia ini. Firaun adalah menggambarkan Iblis. Sebenarnya, dia adalah gadaian Iblis. Selepas Israel meninggalkan Mesir, Firaun mengejar mereka, tetapi Allah memusnahkan tentera Firaun di Laut Merah. Allah mengambil Israel keluar dari Mesir, tetapi Dia tidak mengambil Mesir bersama (dosa) keluar dari Israel. Mesir masih berada dalam fikiran mereka kerana Iblis sentiasa mendorong mereka untuk melakukan dosa. Ini masih berlaku walaupun mereka sudah “dibaptiskan” di Laut Merah.

Sementara Firaun mengejar Israel, demikian juga “dosa” mengejar kita. Allah menakluki Firaun, tetapi Dia membiarkan Iblis bekerja di belakang dan mempengaruhi “fikiran Mesir” yang masih berada di Israel.

Dosa bukan hanya melanggar hukum Allah. Dosa adalah kuasa hidup dan dinamik, satu kuasa yang berada dalam sifat manusia. Paulus menjelaskannya sebagai hukum (Rom 7:21-23).

Apabila kita dibaptiskan, kehidupan kita dianggap tidak beradi oleh Allah (1 Kor 5:7) dan Dia memberikan kita satu Roh Kudus yang beragi. Ragi ini harus tumbuh dan bertambah dalam diri kita. Spora dosa tidak harus dibiarkan untuk bertambah dan menyebar dalam kehidupan kita.

Iblis menyiarkan fikiran, sikap, nafsu dan pencubaan yang membangkitkan diri kita untuk melanggar hukum Allah dan dengan ini kita akan berdosa (Ef 2:2). Kita berada dalam peperangan melawan dosa di dua muka; terhadap nafsu badan kita dan terhadap pencipta dosa, yakni Iblis.

Jadi, kita mempunyai dua sifat keperibadian didalam diri kita – sifat keperibadian Allah yang ditanam oleh Roh Kudus, yang mahu memelihara hukum Allah, dan sifat keperibadian berdosa yang secara asalnya diambil dari Iblis.  Dua sifat ini wujud dalam diri kita, tetapi ia bertentangan dengan satu dengan yang lain (Rom 7:7-25; Gal 5:17).

Kita harus melihat kepada cara-cara untuk “memberi makan kepada sifat spiritual.”

Belajar Alkitab supaya apabila kita dicabar untuk berbuat dosa dalam fikiran ataupun dalam perbuatan, kita akan mendapat jawapan dalam Alkitab dengan cepat untuk melawan pencubaan ini. Alkitab dijelaskan sebagai pedang roh atau sifat keperibadian Allah yang berkembang dalam diri kita. Ini adalah senjata pertama kita dalam peperangan ini (Ef 6:17).

Berdosa kepada Allah untuk semua perkara (Ef 6:18; Fil 4:6; Rom 12:12; Kol 4:2; 1 Pet 4:7). Roh Allah datang dari Bapa (Yoh 14:16, 26; 15:26). Hanya dengan mengambil masa bersama dengan Allah Bapa kita boleh menerima rohNya.

Merenungi Alkitab, supaya kita menjadi lebih bijak daripada sfat dosa yang ada dalam diri kita dan lebih bijak dari penghasut, yakni Iblis. Kita akan mengetahui bahaimana untuk mengalahkan dia dalam beberapa perkara ketika dia melancarkan serangan.

Mengahdiri upacara Sabat dengan setia, supaya kita belajar dari mesej-mesej yang disampaikan. Ini adalah bantuan penting untuk memenangi peperangan spiritual ini. Para penatua bertanggung jawab untuk memberi makan kepada kumpulan domba yang berada dalam jagaan mereka.

Berbakti dengan umat seiman yang lain adalah perlu sekiranta kita mahu menang dalam peperangan menentang dosa. Allah tidak mengasingkan Kristian. Kita dipanggil untuk menjadi anggota tubuh Kristus, setiap anggota melakukan tugasnya sendiri dan secara kolektif bekerja untuk membina seluruh tubuh dalam kasih. Rencana permainan Iblis adalah untuk mengasingkan kita dan kemudian memukul kita ketika kita berada dalam keadaan susah.

Bertumbuh dalam roh Allah akan memberikan kita kemenangan dalam melawan dosa dan Iblis.

Kita juga harus bekerja untuk melaparkan sifat berdosa dalam diri kita. Pertimbangkan perkara-perkara berikut ini.

Mengawal kehendak alamiah kita: Allah memberikan kehendak fizikal untuk merasa dan menikmatinya. Bagaimana pun, kita harus mengawal kehendak kita sekiranya tidak sifat berdosa yang berada dalam diri kita akan mengawal kita. Kita boleh menikmati kehidupan tetapi juga harus hidup dalam kesederhanaan dan calam cara yang seimbang.

Lari dari pencubaan ketika ia datang. Paulus memberikan arahan khusus tentang perzinaan dalam 1 Kor 6:18 tetapi prinsip ini diaplikasikan kepada setiap sudut dalam kehidupan kita. Dalam Kolose 3:5, Paulus mengatakan dengan jelas bahawa kita harus melenyapkan apa yang timul dari sifat keperibadian kita yang berdosa.

Membawa setiap dasar fikiran dalam kawalan. Ini memerlukan satu tahap disiplin yang tinggi dari pihak diri kita. Kita hanya membiarkan perkara yang baik dan benar dalam pandangan Tuhan untuk masuk dalam fikiran kita sahaja (Fil 4:8). Iblis akan melihat setiap peluang untuk mengalihkan perhatian kita.

Mengawal sikap kita: Alkitab jelas bahawa dalam kebanyakan hal, kemarahan adalah satu sifat yang berdosa. Kemarahan timbul apabila kita tidak merasa senang, disingkirkan, atau disakiti. Bagaimana pun, ada bentuk kemarahan yang baik (lihat karya tulis Kemarahan (No. 61)).

Kemarahan juga meninggalkan pintu terbuka kepada Iblis untuk masuk dan menyerang kita. Kita harus tetap menentang dengan teguh dan mempunyai sikap kasih dan memaafkan.

Jangan mengasihi dunia (1 Yoh 2:15-16). Dunia adalah tempat permainan Iblis. Ianya dibentuk khusu untuk mengalihkan diri kita dari Allah dengan gangguan dan penipuan.

Sekiranya kita mengasihi dunia ini, kita tidak melaparkan sifat berdosa kita dan kita akan kalah dalam peperangan di antara dua sifat ini dalam hidup kita. Mengalahkan dosa memerlukan disiplin dan usahan yang tetap.

Sekiranya kita melihat kepada Allah, dan teladan yang diberikan Yesus kepada kita; sekiranya kita memanggil Allah untuk meminta rohNya, sekiranya kita menyokong dan menguatkan satu sama lain, kita akan memenangi peperangan ini.