Perayaan Roti Tanpa Ragi merayakan keluaran Israel dahulukala daripada Mesir. Secara rohaninya Mesir mewakili dosa serta seluruh sistem dunia ini yang dikawal oleh bala iblis. Semua di dalam Mesir menentang serta menghalang penyembahan Tuhan Sebenar yang Tunggal. Hukum Tuhan serta kalendarNya sedang dipulihkan di seluruh dunia pada ketika ini agar Dia boleh disembah dengan betul. Kuasa-kuasa ‘anti-nomianisme’ sedang bekerja untuk menghalang hal ini terjadi. Anti-nomianisme bermaksud anti atau melawan hukum. Apabila saja penyembahan Tuhan Sebenar yang Tunggal digantikan dengan adat tradisi manusia, suatu proses kekacauan serta keruntuhan akan bermula (Roma 1:18-32).
Pelajaran-pelajaran yang penting dapat dipelajari daripada jam-jam terakhir hayat Kristus (Markus 15:6-7; Lukas 23:13-25). Barabas merupakan seorang pembunuh yang sudahpun disabitkan kesalahannya dan cuma menunggu untuk dihukum di bawah undang-undang Yahudi serta Rom. Dia telah dibebaskan dengan seorang yang tidak bersalah sebagai gantinya, kerana tiada dasar undang-undang bagi mempersalahkan Yesus Mesias.
(Matius 27:25). Sungguh mengejutkan sekali kerana orang ramai di situ menyeru agar darah Kristus ditanggung oleh mereka! Ini menggenapkan nubuatan di mana domba Paskah itu disembelih dan darahnya disapukan pada pintu agar malaikat maut akan melepasi mereka. Kristus menjadi Domba Paskah Tuhan; darahNya akan menutupi Israel. Barabas, memandangkan dia terlepas daripada hukuman maut itu merupakan suatu taip bagi semua manusia serta setiap kita secara individu (Roma 6:23). Kesemua kita telah berdosa dan mendapat ganjaran hukuman mati itu (1Yohanes 3:15). Benci juga boleh bererti kurang mengasihi secara perbandingan; sikap berat sebelah merupakan jiwa membunuh. Ianya dosa (Yakobus 2:9). Jadi, jika kita pernah membenci ataupun menunjukkan sikap berat sebelah, maka kita juga telah berbuat dosa membunuh!
Barabas merupakan seorang pembunuh. Secara literalnya, dia juga bersalah memberontak dan membelot terhadap pemerintahan manusia. Seperti dia, kita juga telah memberontak terhadap hukum-hukum Tuhan, meletakkan diri kita di luar kehendak Tuhan serta melawan pemerintahanNya (Roma 3:10-17; 8:7). Apabila Barabas dibebaskan, Kristus terpaksa menderitai kesemua hukuman yang sepatutnya diterimanya. Kematian Kristus adalah apa yang sepatutnya terjadi kerana semua dosa manusia. Nama Barabas secara literalnya bermaksud anak kepada bapa (Roma 8:15). Melalui harga besar yang dibayar oleh saudara kita Yesus Mesias, kita boleh menjadi anak-anak Bapa kita di syurga.
Kristus telah dibawa pergi dan dipukul berat oleh askar-askar Roma sehingga menjadi sangat lemah. Mereka kemudiannya membuat dia membawa salib dengan mana dia akan disalibkan. Mereka kemudiannya sedar yang dia tidak akan dapat menghabiskan perjalanannya itu, jadi mereka telah memaksa seorang yang bernama Simon daripada Kirene daripada khalayak ramai untuk mengangkat salib itu untuk Kristus.
Pelajarannya di sini adalah kita semua harus menjadi seperti Kristus dan berkongsi di dalam bebannya (Matius 10:24-25). Sungguhpun pengorbanan Kristus membayar penalti bagi dosa-dosa kita, ianya tidak menyingkirkan tanggungjawab kita untuk menurut hukum-hukum Tuhan. Masih banyak lagi perkara yang Tuhan inginkan daripada kita, dan mereka yang telah banyak diberikan karunia, juga banyak yang dituntut daripada mereka. Ketika Kristus masih hidup dan mengajar, ramai yang mengikutinya kerana sebab-sebab berbeza. Ada yang mempunyai persoalan, ada yang inginkan penyembuhan atau santapan, ada yang ingin melihat keajaiban-keajaiban yang indah atau pameran-pameran kuasa ilahi. Hanya segelintir sahaja yang menerima dan benar-benar mahu melakukan sepertimana yang diajarnya (Lukas 14:26-27).
Kristus telah meletakkan tanggungjawab yang berat ke atas bahu mereka yang tertarik pada ajaran-ajarannya. Dia meletakkan tanggungjawab yang sama ke atas kita hari ini bagi kita buktikan iman percaya kita di hadapan Tuhan. Istilah ‘benci’ di sini sekali lagi bermaksud kurang mengasihi secara perbandingan. Kasih Tuhan haruslah menjadi yang terutama di dalam hidup kita semua. Salib yang kita pikul bersama dengan Kristus adalah penganiayaan dunia kerana khabar yang dibawakannya (Ibrani 12:1-3; 1Korintus 1:8-25). Ianya juga suatu simbol memalukan. Konsep salib itu adalah sedia berkorban bagi orang lain. Kristus sanggup berbuat demikian (Yohanes 15:9-17). Kita harus hidup dalam keadaan saling berkongsikan beban sesama sendiri dengan rela; sentiasa bersedia untuk melayani di dalam segala hal sehinggakan sanggup berkorban secara literal jika itu adalah kehendak Tuhan (Lukasa 14:28-33). Kita benar-benar dibebaskan oleh Kristus agar kita dapat melakukan pekerjaan Bapa kita.