‘Jika ia bergerak – makan!’
‘Jika rasanya sedap – makan!’
‘Kos makanan laut sangat tinggi sekali – ia semestinya baik!’
Ini merupakan peraturan-peraturan umum umat dunia ini, namun Tuhan, Pencipta manusia, dan segala benda hidup di atas bumi ini, tidak setuju dengan idea-idea tersebut. Dia mempunyai peraturan berlainan yang bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia.
Seperti para pembuat yang menyediakan buku-buku petunjuk khusus untuk penjagaan hasil-hasil buatan mereka, begitu juga Tuhan, Pencipta, menyediakan suatu buku petunjuk untuk kebaikan manusia, kesihatannya, kebajikannya dan kehidupannya.
Sepertimana seseorang itu tidak akan mencurahkan air ke dalam sistem bahan api keretanya, begitu juga, kita mempunyai petunjuk-petunjuk tertentu kepada apa yang perlu kita makan bagi memastikan persembahan terbaik tubuh manusia.
Alkitab menetapkan, di dalam Imamat 11 dan Ulangan 14, hukum-hukum bagi jenis-jenis makanan yang boleh kita makan, dan ini dinyatakan sebagai ‘tahir/halal’ dan ‘najis/haram’. Juga, bagaimana binatang-binatang tersebut harus disembelih, pembuangan bangkai-bangkainya dan bahagian-bahagian yang tidak boleh dimakan, iaitu, lemak dan darah.
Jemaat-jemaat Tuhan terus memelihara hukum-hukum pemakanan ini, dan sewaktu Penyiasatan Sepanyol (Spanish Inquisition), golongan pembidaah (heretic) adalah mereka yang menurut hukum-hukum ini. Orang-orang Yahudi serta Muslim juga dimasukkan ke dalam kategori ini dan dibunuh.
Setiap injunksi di dalam Imamat dan Ulangan dimulakan dengan perintah untuk menjadi suci dan mengekalkan tubuh yang sihat bagi kediaman Roh Kudus.
Karya Hukum-hukum Pemakanan [015] merangkumi hukum-hukumnya dengan analisis teratur mengenai setiap kategori berpandukan kajian saintifik, baru dan lama. Sebagai contoh, cadangan-cadangan bagi pencegahan penyakit jantung serta tahap-tahap kolesterol dan trigliserid yang tinggi, adalah bahawa lemak haruslah dipotong daripada semua daging dan tidak dimakan.
Tuntutan-tuntutan hukum-hukum ini bagi pembersihan mereka yang dicemari bangkai-bangkai binatang (sama ada yang disembelih atau mati kerana sebab-sebab semulajadi) dan pengasingan mereka daripada kumpulan, adalah prosedur kuarantin yang standard, seperti juga pengasingan orang-orang yang mengidap penyakit berjangkit.
Daging yang boleh dimakan datangnya daripada binatang yang mempunyai berkuku belah dan memamah biak. Famili binatang yang memamah biak tetapi tidak berkuku belah adalah haram, sama seperti sebarang binatang yang tidak memamah biak.
Daging babi dilarang sebagai makanan. Babi tidak layak sebagai binatang yang tahir menurut peraturan tersebut. Ia mempunyai kuku belah, namun ia tidak memamah biak (lihat keluaran Mac 23, 1985 Lancet untuk melihat suatu terbitan mengenai kaitan antara memakan daging babi dengan penyakit cirrhosis hati).
Burung-burung yang boleh dimakan datangnya daripada jenis ayam, ayam belanda, merpati dan tekukur; jenis yang mempunyai tembolok. Itik, angsa dan swan (angsa putih) adalah burung-burung yang tahir. Secara umumnya, semua burung-burung pemangsa dan pemakan bangkai (Imamat 11:13-20) adalah haram.
Semakin jelas sekarang berdasarkan kajian-kajian terkini, bahawa penularan penyakit-penyakit virus daripada burung-burung haram kepada burung-burung halal adalah punca berlakunya jenis-jenis penyakit ‘flu Asia. Karya penuhnya [015] merangkumi jenis-jenis penyakit serta penularannya kepada manusia melalui jenis-jenis binatang dan binatang-binatang individu. Ia juga meliputi virus-virus yang disebarkan melalui nyamuk daripada binatang-binatang yang dijangkiti kepada manusia.
Di dalam kategori ikan, injunksinya agak jelas dan mudah dilaksanakan. Imamat 11:9 menyatakan ‘Inilah yang boleh kamu makan dari segala yang hidup di dalam air: segala yang bersirip dan bersisik di dalam air, di dalam lautan, dan di dalam sungai, itulah semuanya yang boleh kamu makan.’
Kini disebabkan pengetahuan yang lebih banyak mengenai rantai makanan lautan dan insidens logam-logam berat serta bahan-bahan cemar di dalam laut-lautan serta air, ianya ditunjukkan bahawa logam-logam berat berkumpul di dalam organisma-organisma akuatik. Selanjutnya, apabila kita menghampiri puncak rantai pemakanan itu, iaitu di mana kita dapati ikan-ikan pemakan daging yang besar, konsentrasi tertinggi logam-logam tersebut ditemui.
Pemerhatian am-nya adalah bahawa spesis-spesis makanan laut yang haram, seperti jenis moluska dan krustasea, adalah sumber pertama logam-logam berat, yang meracuni rantai makanan dan yang paling mudah terpengaruh oleh bahan-bahan pencemar. Pada hakikatnya, mereka ini berfungsi untuk membersihkan lautan serta dasar-dasar sungai. Sebagai imbangan terhadap ketoksikan sekitaran mereka, mereka mempunyai tahap-tahap toksin lain yang lebih tinggi, seperti selenium dan arsenik di dalam tisu-tisu mereka dan kerana itu tidak sesuai untuk dimakan manusia, lantas mengesahkan kebenaran hukum-hukum pemakanan Tuhan. Sebaliknya, jenis ikan yang boleh dimakan mengandungi tahap-tahap bahan detoksifikasi yang seimbang, seperti selenium dan arsenik, yang mengurangkan kesannya terhadap spesis manusia.
Sebagai peraturan am, spesis ikan yang tahir tidak mengandungi tahap-tahap bahan toksik yang tinggi. Tahap-tahap ini hanya terdapat pada jenis-jenis ikan karnivor yang lebih besar, tetapi dengan bersertakan bahan-bahan kimia pengimbang yang menghadkan kesan-kesan toksik terhadap tubuh manusia. Ikan-ikan halal yang lebih kecil, jelas sekali, adalah jenis ikan yang paling bebas daripada bahan-bahan toksik dan, kerana itu, adalah yang terbaik untuk dimakan.
Jadi, hukum-hukum pemakanan adalah begitu kompleks sekali, namun merupakan peraturan-peraturan yang boleh dibuktikan bagi pemakanan spesis akuatik oleh manusia. Tujuan utama spesis haram bukannya terletak di dalam kaitannya dengan manusia, tetapi sebagai sumber makanan bagi spesis-spesis binatang yang tahir, dan sebagai bahagian penting alam sekitar. Kapasiti filtrasi haiwan kerang serta kapasiti penghasilan makanan kawasan muara berada di dalam keseimbangan yang rapuh. Ia haruslah dilindungi. Pemeliharaan hukum-hukum pemakanan akan memastikan keseimbangan ini terjaga. Lebih penting lagi, ia akan memastikan alam sekitar terlindung dan dijaga kebersihannya, asalkan kita mengawal bahan-bahan pencemar yang lain. Tuhan telah memberikan kita planet ini untuk dijaga dan dipelihara, bukan untuk dibinasakan.