Christian Churches of God
048z

Ringkasan: Doktrin Iblis Setan Zaman Akhir

(Edisi 2.0 19940813-19991209)
Doktrin dasar iblis setan yang disenaraikan Alkitab sebagai yang ditentukan untuk melemahkan iman dalam zaman akhir dikaji. Pada dasarnya karya ini membincangkan dua doktrin iblis berkenaan perkahwinan dan daging.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta © 1994, 1999 Wade Cox) (Ringkasan ed. Wade Cox) (Tr. 2007)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Ringkasan: Doktrin Iblis Setan Zaman Akhir

Manusia tidak benar-benar mengerti maksud dan perkembangan doktrin-doktrin iblis setan. Kita mengerti dengan kepastian melalui roh, namun dalam 1 Timotius 4:1 Roh Kudus berkata-kata (‘retoos SGD 4490) kepada Paulus.

1 Timotius 4:1-5 mengatakan bahawa ada orang yang akan murtad kerana perbuatan pendusta yang hati nuraninya telah dicap dengan kemunafikan kesaksian palsu. Mereka mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan, yang melarang perkahwinan sebagai satu ajaran dan melarang orang makan makanan yang Tuhan telah sediakan untuk manusia untuk diterima dengan kesyukuran.

Mereka yang mengenali kebenaran dalam zaman akhir harus membongkar apa sebenarnya kedua-dua ajaran ini, iaitu doktrin iblis setan, dibentuk untuk membawa kehancuran masyarakat. Mereka tidak malas, dan menyerang maksud Tuhan dalam rencana keselamatan dan kecukupan korban Kristus.

Doktrin pertama iblis setan ialah ajaran bahawa orang patut menjauhi perkahwinan. Ini menyerang terus ke dalam benteng peradaban – unit keluarga, yang membayangkan hubungan kita dengan Kristus, dan ibadah Allah Bapa dan merupakan teladan sistemNya. Hidup bersama tanpa persetujuan perkahwinan adalah lazim hari ini dan membawa kepada kejahatan Sodom dan Gomora.

Baca Roma 1:1-32 untuk memahami kemerosotan dalam kelakuan manusia.

Proses ini mula dengan penolakan Tuhan dan injilNya, dan keberhalaan yang menyusuli. Sebaik saja Tuhan yang Mahakuasa disingkirkan, pemujaan benda ciptaan sendiri diterima.

Roma 1:1-7 menentukan Ketuhanan dengan Allah Bapa sebagai Tertinggi dan Allah maha esa, dan anakNya Yesus Kristus (Yohanes 17:3). Pengetahuan ini perlu untuk menerima hidup kekal. Kristus menjadi manusia, menjalani hidup tanpa dosa, mati dan telah dibangkitkan kembali kemudian ditandakan Anak Tuhan yang berkuasa. Sebarang doktrin lain tentang Kristus ialah doktrin anti-Kristus. Iman dalam firman Tuhan dan penurutan kepada Hukum-hukumNya memimpin kepada Tuhan.

Roma bab satu menunjukkan proses keberhalaan yang membawa kepada nafsu tidak wajar. Hakikat bahawa pembujangan untuk golongan paderi menjadi doktrin yang melarang perkahwinan ialah doktrin iblis setan.

Pembujangan secara tersendiri, dan oleh pilihan, bukan hal yang dibincangkan dalam 1 Timotius 4:3. Paulus merangkumi aspek ini dalam 1 Korintus 7.

Hari ini amalan bersekedudukan (tinggal bersama), dan mempunyai banyak hubungan, yang kian bertambah, mengakibatkan huru-hara menyeluruh dalam genealogi, pusaka, ketenteraman, kestabilan dan mewujudkan keadaan tiada kesetiaan dan kepercayaan dalam sesiapapun, dan menyatakan kepada Tuhan bahawa sistemNya salah.

Perintah keiblisan yang dilihat dalam 1 Timotius 4:3 tidak berjaya sepenuhnya, sebab pada kedatangan Kristus manusia masih berkahwin dan dikahwinkan (Matius 24:38-39), namun penghinaan itu adalah terhadap hubungan rohani antara Kristus dan JemaatNya dan perkahwinan yang berlangsung pada kedatanganNya.

Dalam 1 Timotius 4:3 perintah keiblisan yang satu lagi adalah untuk menjauhi daripada memakan daging. Ini tuduhan langsung terhadap kebijaksanaan Tuhan yang mencipta daging untuk manfaat manusia. Daging halal dikenalpasti dalam Imamat 11 dan Ulangan 14.

Nama perintah keiblisan ini ialah Vegetarianisme. Lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183).

Proses itu kekurangan dalam zat-zat dasar untuk perkembangan aktiviti otak dengan sebaik-baiknya. Dengan memakan daging haram, atau tidak memakan daging sama sekali, masyarakat sedang dihancurkan.

Tuhan mengasaskan sistem korban sejak Adam, dengan menggunakan binatang halal. Segala korban hukum Tuhan menunjuk kepada korban terbesar, sekali saja, anakNya Yesus Kristus untuk manusia. Vegetarianisme mempersoalkan kebenaran dan kebijaksanaan proses keselamatan dalam seluruh sistem korban dan penebusan Bait yang diasaskan oleh Tuhan.

Pembacaan kedua-dua Kisah 10 dan 11 menunjukkan maksud penglihatan Petrus – bahawa bangsa-bangsa lain dipanggil ke dalam jemaat Tuhan – dan meniadakan pendapat yang dipegang bahawa hukum-hukum makanan Alkitab telah dilenyapkan. Sesiapa yang mengajar ini diberi peringatan daripada Tuhan bahawa murkaNya nyata pada mereka yang menindas kebenaran dengan kelaliman (Roma 1:18).

Roma 14:3 didukung sebagai dasar untuk amalan vegetarianisme.

Paulus bermaksud bahawa iman orang ini lemah, dan orang ini mahu memakan daging, tetapi khuatir tentang daging yang disajikan, sama ada dipersembahkan kepada berhala atau tidak. Justeru, vegetarianisme dilihat sebagai kelemahan iman seseorang berkenaan pemilihan daging, dalam sistem pagan.

Namun ini doktrin iblis setan apabila dikhotbahkan sebagai pemantangan untuk kesucian, atau sebab-sebab alkitabiah atau kesihatan. Menuntut bahawa Tuhan telah mendirikan sebuah sistem yang tidak sihat ialah suatu tuduhan terhadap namaNya.

Vegetarianisme mempersoalkan segala aktiviti dan kebijaksanaan Mesias dan rencana Tuhan untuk keselamatan manusia, dan tidak akan ditahan sabar dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Segala tuduhan Tuhan dan Mesias ini adalah anti-Kristian.

Nubuatan jelas bahawa – Kristus akan mengadakan sistem penggembala, dan daging akan dimakan dalam Milenium. Kristus akan mengembalikan korban-korban itu.