Christian Churches of God
022z

Ringkasan: Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir

(Edisi 2.1 19940507-19991218)
Karya ini membincangkan cerita Gideon sebagai nubuatan. Maksud cerita ini dibentangkan dengan beberapa implikasi menarik bagi agama Kristian hari ini.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ã 2002 Wade Cox)
(Tr. 2003)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Ringkasan: Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir

Karya ini bertujuan untuk menerangkan cerita Bala Tentera Gideon di dalam peperangan melawan orang-orang Midian dan Amalek, yang merupakan penyembah-penyembah Baal. Ianya boleh disamakan dengan aktiviti-aktiviti Jemaat Tuhan yang menentang sistem kultus Baal atau Rahsia itu, yang memerintah dunia ini pada zaman akhir.

Pertempuran Gideon menghasilkan kemenangan dan Israel kembali damai. Ini menunjuk kepada suatu masa depan di mana Hukum Tuhan dipulihkan dan dunia di dalam keadaan aman damai, dengan kedatangan Mesias. Di samping pertempuran-pertempuran fizikal yang besar yang akan diperangi sebelum kedatanganNya, terdapat juga pertempuran rohani yang harus dilalui bagi menyedarkan umat-umat dan menyediakan umat-umat pilihan untuk kedatanganNya.

Mikha 5:3-6 mempersembahkan konsep-konsep bahawa Mesias membiarkan umat-umat pilihan terdedah kepada sistem dunia, sehinggalah bilangan umat pilihan, di bawah penganiayaan dan kesukaran, yang ditakdirkan sejak daripada permulaan dunia (Efesus 1:4) dan dimasukkan ke dalam Buku Kehidupan (Wahyu 17:8) telah dibawa masuk ke dalam Jemaat, iaitu Badan Kristus. Kemudian Dia akan pulang, kepada suatu planet yang hancur kerana peperangan-peperangan zaman akhir. Kristus kembali kerana umat-umat pilihan, jika tidak tiada seorangpun yang akan diselamatkan hidup-hidup (Matius 24:22 Moffatt).

Jemaat Tuhan telah wujud sejak Pentakosta 30 TM, dan tidak pernah menjadi sebahagian daripada sistem jemaat aliran utama, yang didirikan bermula dari Majlis-majlis Nicaea dan seterusnya.

Wahyu 2 dan 3 menggambarkan era-era Jemaat, dan daripada Wahyu 2:18 hingga 3:22 ia menunjukkan bahawa hanya 4 era sahaja yang masih ada pada waktu kedatangan Mesias sungguhpun elemen-elemen setiap era wujud pada kedatanganNya. Nama-nama era-era tersebut merupakan istilah-istilah gambaran, dan terdapat elemen-elemen setiap era di dalam setiap Jemaat.

Daripada perumpamaan mengenai gadis-gadis bijaksana dan bodoh itu (Matius 25:5,6), ianya ditunjukkan bahawa mereka semua tertidur pada akhir masa, dan memerlukan seorang penjaga untuk membangunkan mereka. Lima orang yang bijaksana itu mengahwini Kristus pada ketibaanNya, dan sungguhpun lima orang bodoh itu juga telah dipertunangkan, mereka tidak mengambil bahagian di dalam perkahwinan sehinggalah kebangkitan yang kedua. Para bangsa diamarkan tentang kedatangan Mesias seperti yang tertulis di dalam Yeremia 4:15.

Mari kita selidiki cerita tentang Bala Tentera Gideon. Israel berada di dalam keadaan yang sukar ketika Gideon dibangkitkan sebagai seorang Hakim. Israel telah jatuh ke dalam kancah penyembahan berhala, dan ditindas dengan teruk oleh orang-orang Midian dan Amalek – suatu perumpamaan yang mungkin bagi hal ini adalah Perang Dunia I apabila Israel (UK dan USA) mengalami kekurangan tenaga pekerja. Tuhan Maha Kuasa membangunkan Gideon melalui MalaikatNya atau Elohim atau Malaikat YHVH iaitu Mesias (Hakim-hakim 6).

Gideon menimbulkan amarah para penyembah Baal yang ada di sekitar, dan semuanya bersatu untuk bertempur melawan Israel untuk memusnahkannya sepenuhnya. Jadi Gideon telah memanggil suku-suku Israel yang lain untuk mengikutinya. Sekali lagi kita dapat menggunakan analogi Perang Dunia I dan II sebagai usaha-usaha untuk menghapuskan rakyat berbahasa Inggeris di USA dan negara-negara Komanwel, untuk menindas serta membinasakan Israel serta agamanya. Perang Dunia III akan menghampiri pencapaian tujuan tersebut, namun Kristus akan datang untuk menuntut hakmilikNya (Matius 24:22).

Di dalam Hakim-hakim 6:36-40, Gideon menguji Tuhan untuk memastikan bahawa Tuhan benar-benar bersama dengan dia. Ianya suatu teladan bagi kita untuk memahami apa yang Tuhan kehendaki, dan bertindak berdasarkan itu. Jemaat Tuhan diuji melalui pengenalan Trinitarianisme ke dalam doktrin-doktrinnya, dan mereka yang memahami Alkitab serta perkembangan doktrin palsu itu, telah memilih untuk keluar daripada perkumpulan itu.

Maka musuhpun mulai mengambil tempat mereka. Tuhan telah memilih untuk menyelamatkan Israel, namun Dia mula mengurangkan bilangan tentera Israel. Ini akan menunjukkan bahawa sesuatu pertempuran itu dimenangi dengan kekuatanNya, dan bukannya dengan kekuatan bilangan orangnya. Dia membiarkan tentera itu berkumpul – melambangkan betapa banyaknya umat pilihan yang dipanggil sebelum kedatangan Mesias.

Hakim bab 7 menunjukkan bagaimana Tuhan mengurangkan kekuatan tentera Gideon daripada 32,000 orang kepada 300 orang. Pengajarannya di sini adalah bahawa Tuhan mengumpulkan kesemua anggota jemaat pilihanNya, namun Dia memilih untuk tidak menggunakan semua mereka. Mereka sedia, tetapi setelah menampilkan diri untuk bertugas, mereka telah dihantar pulang.

Persamaannya dengan Jemaat zaman akhir mudah saja dilihat. Peristiwa Pembinasaan Holocaust itu bertujuan untuk menghapuskan Hukum Tuhan dan kesemua pengkajian Alkitab di Eropah dan di seluruh dunia, dan mempunyai sokongan daripada jemaat-jemaat Trinitarian Eropah. Penganiayaan tersebut berterusan hingga ke hari ini, contohnya di Waco, Texas pada 1993, dan di Rwanda, Afrika. Lihat laman web www.holocaustrevealed.org

Maka, disebabkan keputusan Perang Dunia II, Jemaat diperuntukkan 40 tahun (satu generasi) untuk membangun, dan boleh disamakan dengan tempoh damai 40 tahun di bawah bimbingan Gideon. Ini adalah generasi yang dimaksudkan Kristus di dalam Matius 24:34. Nubuatannya meliputi abad-abad kemudiannya.

Pengurangan bilangan orang yang pertama di dalam Hakim-hakim 7 adalah menurut Hukum Tuhan (Ulangan 20). Ianya suatu proses penapisan, sepertimana kata-kata “ramai yang dipanggil, tetapi sedikit yang terpilih” (Matius 20:16). Ini mengakibatkan nisbah seorang kepada setiap 13 orang tentera musuh. Ini merupakan satu tamparan hebat memandangkan sebelumnya nisbahnya adalah 1 kepada setiap 4 orang musuh. Pengurangan atau pemilihan kedua dilakukan melalui cara di mana orang-orang yang terkumpul itu menghampiri air. Air melambangkan Roh Kudus, dan membayangkan jalan dengan mana kita menghampiri Tuhan. Mereka yang menyembah Tuhan dengan penuh teliti, boleh digunakan. Ibadah haruslah ditujukan kepada satu-satunya Tuhan Sebenar iaitu Bapa (Lukas 4:8; Yohanes 4:21-24; Filipi 3:3; Wahyu 22:9).

Kini nisbahnya adalah 1 orang kepada setiap 450 orang musuh. Sama nisbahnya dengan sewaktu Elia berhadapan dengan 450 orang imam Baal, Kumpulan Berjubah Hitam, golongan Khemarim di dalam Alkitab. Sepertimana Elia memusnahkan, begitu juga dengan tentera Gideon pada zaman akhir akan membinasakan sistem Baal dunia ini.

Maleakhi 4:4-6 menyeru kepada kita untuk mengingati hukum Musa, iaitu hukum Tuhan yang disampaikan kepada Musa di Sinai oleh Malaikat YHVH. Tuhan juga berjanji bahawa nabi Elia akan diutus sebelum hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. Dia akan diutus untuk memulihkan segala hal. Sungguhpun banyak usaha dilakukan oleh Jemaat Tuhan, pemulihan akhir itu tidak akan sempurna sehinggalah neksus hukum itu dipulihkan oleh Elia. Buat masa ini, hujan turun untuk yang baik dan yang jahat, tetapi setelah pemulihan hukum Tuhan itu, sekiranya tidak menurut Hukum tersebut dan memelihara Zaman Kudus Tuhan, tiada hujan akan turun ke atas negara itu dan tulah-tulah Mesir akan datang kepadanya (Zakharia 14:16-19).

Terdapat hanya sejumlah kecil sisa Jemaat Tuhan yang taat kepada Hukum dan Kesaksian Yesus Kristus pada zaman akhir (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14) dan mereka, sepertimana bala tentera Gideon yang sedikit sahaja, akan berperang dengan sistem Baal. Di dalam Hakim-hakim 7, tentera Gideon sebanyak 300 orang itu mula berperang pada waktu permulaan giliran jaga tengah malam, jam 10 malam. Dalam ertikata lain, sejurus sebelum tengah malam, iaitu apabila Pengantin Lelaki (Kristus) datang, seperti di dalam perumpamaan 10 orang gadis itu.

Pasukan Gideon telah memenangi pertempuran itu, dan di dalam Hakim-hakim 8 kita lihat bahawa 2 buah kota enggan membantu Gideon, dan telah dihukum. Ini membayangi elemen-elemen Jemaat Tuhan pada zaman akhir, di mana ada yang sudah mengenali Tuhan, tetapi telah jatuh ke dalam amalan-amalan berhala, sementara ada yang lain yang enggan membantu dengan alasan bahawa mereka tidak mendapat apa-apa perintah. Mereka juga akan menderitai hukuman.

Gideon diminta untuk memerintah Israel selepas kemenangan itu, tetapi dia telah menolak keras. Sebaliknya Gideon mengatakan kepada mereka, “Aku tidak akan memerintah kamu dan juga anakku tidak akan memerintah kamu tetapi TUHAN yang memerintah kamu.” (Hakim-hakim 8:23). Cromwell menyuarakan sentimen yang sama – dia menolak menjadi raja dan mengatakan “Kristus, bukannya manusia, yang merupakan Raja”.

Amaran kepada bangsa-bangsa pada zaman akhir datangnya daripada Dan-Efraim (Yeremia 4:15-17). Akibat perang tersebut adalah kemusnahan (Yeremia 4:22-27). Masa itu kini hampir tiba, amarannya sedang dikhabarkan ke seluruh dunia di bawah bimbingan suku Yusuf iaitu Dan-Efraim. Setiap pasukan kecil tentera tersebut akan menjadi terang dan sangkakala kepada Israel dan dunia.

Jemaat akan diperkuatkan dan ditahirkan untuk tugas tersebut dan Tuhan akan mencapai kehendakNya. Penganiayaan dan pertempuran akan dihadapi oleh pasukan kecil itu, tetapi firman Tuhan adalah sumber kekuatan mereka. “Mereka akan memerangi engkau, tetapi tidak akan mengalahkan engkau, sebab Aku menyertai engkau untuk melepaskan engkau, demikianlah firman TUHAN.” (Yeremia 1:19).