Christian Churches of God
028z

Ringkasan: Api Dari Langit

(Edisi 1.0 20010526-20010526)
Pada Zaman Akhir, Tuhan mengatakan melalui nabi Yehezkiel bahawa Dia akan menyalakan api di Padang-padang Selatan dan ia akan membakar ke arah utara dan melanda segalanya. Tiada satupun yang akan terlepas dan sistem yang ditetapkan dalam urutan ini akan kekal selamanya. Ini adalah sistem itu yang akan diangkat oleh Mesias.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ã 2001 Wade Cox)
(Ringkasan oleh P. Gambier, Ed. Wade Cox) (Tr. 2003)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Ringkasan: Api Dari Langit

Yehezkiel 20:46,47 menunjukkan bahawa Tuhan akan menyalakan suatu api di suatu tanah kering di sebelah selatan, yang akan membakar ke arah utara dan melanda segala yang dilaluinya, dan tidak dapat dipadamkan.

Dalam urutan Yehezkiel 20:1 dan seterusnya, para tua-tua Israel datang untuk memohon dari Tuhan kerana mereka berada dalam kesusahan. Kita dapati dari bab tersebut bahawa Tuhan sekadar menolak mereka dan tidak mahu menjawab mereka disebabkan sistem agama palsu yang telah mereka dirikan.

Sistem palsu itu berkekalan hingga ke zaman akhir, apabila Tuhan menyalakan api di selatan untuk mendedahkannya, dan untuk mendirikan sistem itu yang akan diangkat oleh Mesias pada kedatanganNya.

Yeremia 10:1-5 menyeru pada Israel untuk tidak mengikuti jalan-jalan orang kafir, namun ia cuma memerlukan sedikit imaginasi sahaja untuk melihat apa yang telah terjadi dengan apa yang dianggap sebagai aktiviti Kristian di dalam penebangan serta penghiasan pokok Krismas.

Dalam ayat-ayat 6-16, khususnya ayat 10, Tuhan memaklumkan dunia tentang murka yang akan datang kerana tidak setia, khususnya di dalam penyembahan patung berhala dan bukannya Dia. Ayat-ayat 17-25 meliputi lebih banyak perkara yang dimurkai Tuhan.

Tuhan sudah hampir sedia untuk membereskan sistem palsu ini serta para pemimpin yang menyebarnya. Pada tempatnya sistem alkitabiah itu akan membakar bumi dengan apinya, dan hanya meninggalkan sistem benar itu serta umat benar yang bertaubat.

Yehezkiel 21:1-7 menjanjikan bahawa pedang Tuhan akan terhunus terhadap semua orang dari selatan ke utara (ayat 4). Ayat 7 menjanjikan yang ia memang akan terjadi.

Padang-padang di selatan Yerusalem pada zaman akhir adalah negara-negara bangsa Israel iaitu Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Pekhabaran itu akan menyalakan api dari selatan ke utara, dari bukit-bukit Efraim (Yeremia 4:15) – iaitu negara-negara moden keturunan Efraim. Para bangsa telahpun diberi amaran tentang kedatangan Mesias (rujuk karya Amaran Zaman Akhir [044].

Yehezkiel 20:1-24: Tuhan membawa Israel keluar dari Mesir dan memberikan mereka perintah-perintah dan Sabat-sabatNya sebagai tanda bahawa mereka adalah umatNya. Tuhan memanggil kita keluar dari dosa, mempelajari Hukum-hukumNya dan memelihara Sabat-sabatNya, serta menjadi satu denganNya. Pengajaran-pengajaran selama 40 tahun di padang gurun itu tidak pernah dipelajari Israel. Mereka telah mencemari Sabat-sabatNya serta Perintah-perintahNya, yang juga dilakukan hari ini. Namun janji-janji yang dibuat kepada Abraham dan keturunannya telah digenapi dalam tempoh 300 tahun terakhir ini, kerana Tuhan setia kepada janjiNya, dan bukannya disebabkan sebarang kebaikan yang dimiliki keturunan itu.

Israel telah diselerakkan ke serata dunia, namun Tuhan mengatakan bahawa Dia akan mengumpulkan mereka sekali lagi, dan akan memerintah atas mereka. Dia akan menyingkirkan mereka yang derhaka yang tidak akan memasuki negeri Israel (Yehezkiel 20:33-44). Ianya memerlukan pertaubatan, pembaptisan serta penurutan untuk kembali ke Israel dan menyembah Tuhan dalam kebenaran.

Bagaimana Tuhan akan melaksanakannya? Dia akan menegakkan kebenaranNya dari Jemaat Allah di negeri selatan, yang berbicara menentang sistem agama palsu yang didirikan dari Babilon serta kultus-kultus Matahari dan Misteri ke dalam Kekristianan. Sistem ini begitu besar skopnya dan telah menyelubungi seluruh dunia. Tuhan mendedahkannya dan menyalakan api itu.

Kebenaran Tuhan akan bergerak dari selatan ke utara dan semua bangsa akan dimaklumkan.

Yehezkiel 20:45-49: Perumpamaan itu didengari dan tidak difahami, namun terbuka pada hari-hari terakhir ini. Sudah tiba waktunya untuk orang ramai diberitahu dan api itu dinyalakan. Perang sudah menjelang dan kita akan merasai kemurkaan Tuhan dalam kebodohan kita (Yehezkiel 5:1-10).

Yehezkiel 8:1-7 mengisahkan kemurtadan agama dalam Israel, yang disebabkan para penatuanya.

Yehezkiel 10:1-10: Api itu diambil dari Kerubim dan diberikan dalam kuasa Roh Kudus untuk mencapai tujuan Tuhan ini.

Yehezkiel 15:1-8: Kayu Anggur itu merupakan rumah Israel (Yesaya 5:7) dan telah habis dibakar, namun akan lebih disucikan lagi pada hari-hari terakhir.

Yehezkiel 16:18-25: Kita masih menyembah sistem Misteri Krismas dan Easter (Istar) dan kita membunuh anak-anak kita dengan pengguguran anak.

Macamana pula Tuhan tidak marah dan mendatangkan kemurkaanNya ke atas kita?

Yehezkiel 21:25-32: Untuk penjelasan penuh tentang penterbalikkan itu selama tempoh berabad-abad kerajaan itu, lihat www.abrahams-legacy.org. Api tersebut akan melanda keseluruhan negara-negara pada zaman akhir.

Yehezkiel 22:12-25 (khususnya ayat 14): Apakah hatimu akan tetap teguh dan tanganmu merasa kuat pada masa Aku bertindak terhadap engkau? Aku, TUHAN, yang mengatakannya dan yang akan membuatnya. Ayat 22: Seperti perak dilebur dalam peleburan, begitulah kamu dilebur di dalamnya. Dan kamu akan mengetahui, bahwa Aku, TUHAN, yang mencurahkan amarah-Ku atasmu. Kemarahan Tuhan akan begitu hebat sekali, dan siapakah yang dapat bertahan pada masa itu.

Yehezkiel 34:1-6: Dakwaan berat ini terhadap para imam jelas menunjukkan keadaan manusia hari ini. Mereka tidak memahami firman Tuhan. Mereka telah disesatkan, menyembah suatu sistem yang palsu. Mereka tidak mengenali Tuhan ataupun Anak yang telah diutusNya.

Ayat 7-16: Tuhan mencari milikNya, dan menghakimi bagaimana mereka melayani sesama sendiri pada hari-hari terakhir.

Ayat 17-31: Akan ada pengakhiran kepada penganiayaan yang dialami umat-umat Tuhan yang setia, dan Dia akan menjadi Tuhan kita.

Hakim-hakim 15:1-7: Simson telah menyalakan api di tengah-tengah bangsa lain, dan Api itu sekarang telahpun dinyalakan, di tanah selatan, dan berkembang ke utara dan serata dunia. 1994 melihatkan Api itu bermula dan pekhabaran itu mendirikan sistem Tuhan yang baru. Akan ada suatu Pembacaan Hukum itu pada tahun 2005 sesuai dengan arahan Ulangan 31:10,11 dan sekali lagi pada tahun 2012 dan seterusnya hinggalah Jubli pada tahun 2027. Antara sekarang dan waktu itu, Dua Saksi itu mendapat kuasa selama 3 ½ tahun, memaklumkan kedatangan Mesias. Langit-langit akan tertutup selama tiga setengah tahun dan Api akan turun dari Langit terus kepada bumi terhadap semua ibadah palsu.

Yehezkiel 21:1-13: Perhatikan di sini Tuhan berbicara mengenai pedang yang menghina tongkat anakNya. Maka, pedang pembunuhan ini pastinya suatu jemaat palsu yang menyerang Jemaat Allah yang betul di bawah Kristus. Jemaat palsu ini telah menyerang tongkat Kristus sejak kuasanya ditubuhkan, dan terutamanya sejak pembentukannya sebagai Empayar Roma Suci dari tahun 590 hingga 1850. Jangka waktu ini adalah 1260 tahun, atau satu masa, dua masa dan setengah masa mengikut nubuatan Wahyu, ketika perempuan itu, iaitu Jemaat, telah dikejar oleh naga itu serta sistem agama palsunya.

Ayat 25-27: Israel dan kerajaan itu akan dihulurkan kepada Mesias apabila Dia datang.

Tuhan telah memberikan kuasa Roh KudusNya sebagai Api dari Langit untuk menyalakan api itu, yang akan bergerak ke utara dan melanda seluruh dunia dan membawanya kepada ibadah sebenar satu-satunya Allah yang esa.