Tuhan tidak menghapuskan sesuatu bangsa tanpa memberikan mereka amaran terlebih dahulu. Adalah perlu untuk memberi amaran kepada bangsa mengenai bahaya itu, yang mengancam mereka. Tuhan memilih untuk melakukan ini melalui nabi-nabiNya (Nehemia 9:30).
Tuhan tidak akan membenarkan proses zaman akhir, sehinggalah Dia mengingatkan bangsa-bangsa yang terbabit.
Proses amaran ini dinyatakan kepada hamba-hambaNya sepanjang zaman di dalam Yehezkiel bab 3 dan 33. Tanggungjawab-tanggungjawab hamba-hamba Tuhan adalah untuk mengenali kehendak Tuhan, iaitu hukum dan akibat-akibat daripada pelanggaran hukum tersebut (Yehezkiel 3:17-27).
Buku Yehezkiel mengembangkan tanggungjawab sewaktu tempoh sistem Babilon sehinggalah pemusnahan sistem dunia pada hujung masa tersebut, yang dikenali sebagai zaman bangsa-bangsa lain. Yeremia 4:15-16 mengandungi suatu pernyataan yang sukar difahami. Maksud Yeremia adalah hal-hal yang berlaku sebelum pembinasaan Bait Suci itu, yang mempunyai aplikasinya pada akhir zaman di dalam pembinasaan Bait Suci masa itu iaitu umat pilihan sendiri. Umat pilihan tidak boleh dimusnahkan seperti itu; sebaliknya mereka diselerakkan, dan ramai yang dibunuh. Urutan peristiwanya sepatutnya dapat dilihat kemudiannya dari hujung masa bangsa-bangsa lain itu, dengan berlakunya kejatuhan Mesir yang terakhir, kepada penumpuan kuasa-kuasa Timur Tengah yang kini terlihat sedang terkumpul, sebagai Islam fundamentalis. Semua ini terjadi bagi pelepasan empat malaikat besar di Sungai Efrat (Wahyu 9:15) untuk perang-perang Zaman Akhir, agar mereka akan membunuh sepertiga daripada manusia (lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun [036]).
Yeremia 4:23 khususnya mengisahkan zaman akhir dan pengosongan bumi serta kota-kotanya. Yeremia 4:15 mengatakan bahawa Tuhan berbicara melalui Efraim dan bukannya Yehuda pada hari-hari terakhir.
Yeremia memberi amaran kepada jemaat di dalam sebilangan petikan-petikan penting (Yeremia 7:25-28). Pesanan Yeremia mula-mula sekali ditujukan kepada Yerusalem, kemudiannya Yehuda dan seterusnya kepada Israel secara umumnya. Ia disebutkan semula di dalam Yeremia 25:4-6, dan diulangi semula di dalam Yeremia 35:15.
Komen-komen di sini adalah bahawa Tuhan telah mengutus nabi-nabiNya untuk memberi amaran kepada setiap bangsa. Tuhan mengutus mereka dengan cukup masa untuk mereka melakukan tugas itu dan pertaubatan berlaku. Mereka tidak mendengar masa itu (Yeremia 25:7) dan mereka tidak akan mendengar sekarang (Yesaya 26:15-18). Khabar tersebut diulangi di dalam Yeremia 26:3-6. Yeremia 29:18-19 juga menyebut konsep memberi amaran kepada bangsa-bangsa, seperti juga Yeremia 44:4-5. Hukum taurat itu merupakan dasar mengikat yang digunakan Tuhan untuk berurusan dengan umat pilihan serta bangsa. Tema ini juga digunakan di dalam Zakharia 1:4-6.
Hasil akhirnya adalah satu kegagalan umum untuk bertaubat. Namun Tuhan akan melepaskan umat kita jika kita melakukan pekerjaan itu dengan rajin dan mereka bertaubat. Kita diharapkan melakukan segala yang kita mampu. Namun ia tidak akan menyebabkan dunia bertaubat. Kita akhirnya diadili menurut keadaan rohani kita. Kita mempunyai tugas untuk dilakukan dan ianya suatu tugas yang besar.
Injil kerajaan Allah diajar melalui teladan di dalam kehidupan seharian dan melalui nubuatan langsung.
Kita harus belajar untuk berlari bersama kuda-kuda apabila sungai Yordan mengalami banjir (Yeremia 12:5).
Iblis akan berperang dengan segala perlengkapan senjatanya. Kita mempunyai Roh Kebenaran dan Firman Tuhan.
Kita harus mempunyai pemahaman. Israel dicegah daripada kekalahan sepanjang masa mereka berada di padang gurun. Apabila tiba masanya untuk memasuki Israel, musuh mereka diserahkan ke dalam tangan mereka. Begitu jugalah dengan kita. Sehinggalah masa itu, kita akan dijaga oleh Tuhan, sebagai tentera-tentera Allah Hidup.