Perbezaan asas di antara umat Allah dan aliran Kekristianan utama ialah pemahaman tentang Allah yang kita sembah. Kuasa Satu Allah yang Benar diperluaskan di persidangan para penatua, termasuk Yesus Kristus sebagai domba dan imam besar. Semuanya adalah lebih rendah dari Allah Yang Maha Besar yang telah menciptakan segala sesuatu.
Allah Maha Tinggi atau Allah Bapa
Dewa tertinggi dalam alam semesta adalah Allah. Dia adalah Yang Maha Kuasa, Sang Pencipta dan Penopang langit, bumi dan semua yang ada diatasnya (Wah 14:7). Dia adalah kekal (1 Tim 6:16). Dia adalah Allah dan Bapa kita dan Allah dan Bapa kepada Kristus (Yoh 20:17)/. Dia adalah Allah yang Maha Tinggi (Kej 14:18; Mar 5:7) dan Satu Allah yang Benar (Yoh 17:3; 1 Yoh 5:20).
Yesus Anak Allah
Yesus adalah imej kepada Allah yang tidak kelihatan. Dia adalah anak tunggal dan permulaan kepada pernciptaan (Wah 3:14) Dialah satu-satunya anak yang dilahirkan sebagai manusia (Luk 1:35). Dia adalah Mesiah yang diutus dari Allah Bapa untuk menjadi Juruselamat dan penebus kita (Ef 1:7) Dia bukan objek penyembahan atau Allah yang memberi perintah.
Dua tanda dari Sabat hari yang ketujuh dan Paskah, bersama dengan pemahaman tentang Satu Allah yang Benar adalah meterai dari umat Allah (Wah 7:3; Yes 8:16). Meterai ini mengawal pemujaan berhala (Ul 11:16).
Hukum Allah
Hukum Allah tidak akan berubah dan ianya baik kerana ia datang dari sifat keperibadian Allah yang Mahan Kuasa (Mar 10:18). Umat Allah memelihara hukum melalui iman Yesus Kristus dan kerana kasih mereka kepada Allah (Rom9:32). Warga semesta alam, termasuk Kristus, mengambil bahagian dari sifat ilahi dan kebaikan ini (Ibr 13:8).
Kristus boleh menyelamatkan mereka yang mendekati Allah melalui dia, supaya umat Allah juga mengambil bahagian dari sifat ilahi ini sekiranya mereka mempunyai roh Allah diam didalam diri mereka. Mereka akan menjadi sebahagian daripada keimamayan Melkisedek, yang mana Kristus adalah Imam Besar (Ibr 2:17). Umat Allah selalu percaya hukum yang pertama (Kel 20:2), tidak menyembah elohim yang lain (perkataan Ibrani bagi tuhan), selain dari Allah Bapa (Lihat karya tulis Umat Pilihan sebagai Elohim (No.1)). Mereka selalu pemahami tentang perhubungan anakNya Yesus Kristus yang lebih rendah. Perjanjian yang Baru menetapkan hukum Allah dalam fikiran kita dan menulisnya dalam hati kita, supaya cara kehidupan kita menggambarkan kasih serta layanan kita kepada Satu Allah yang Benar. Hukum Allah diberikan bagi manfaat kepada penciptaan fizikal dan juga spiritual. Tidak ada dalam tulisan Kitab yang mengatakan bahawa Allah wujud dalam bentuk makluk yang pelbagai (yakni dalam bentuk triniti), Yesus Kristus juga tidak menyatakan bahawa dia adalah sama dengan Bapa.
Bintang Fajar
Dalam taraf anak-anak Allah atau elohim, terdapat taraf Bintang Fajar. Iblis memegang taraf ini (Yeh 28:2-10). Secara asalnya dia dikenali sebagai Lucifer atau Pemegang Terang, bintang fajar bagi planet ini (Yes 14:12), manjadi pengawal serta guru planet ini. Iblis memberontak terhadap Allah Bapa, dan dia mencabar Kristus di padang belantara (Mar 4:1-10). Dia dihakimi dan Kristus akan mengambil tempatnya sebagai pemerintah bumi ini pada waktu kedatangannya. Kristus akan menjadi bintang yang terbit dari Yakub (Bil 24:17). Bintang fajar telah ada pada waktu penciptaan planet ini siap (Ayub 38:7). Seseorang telah menjadi manusia (Wah 22:16), yang mana kita tahu adalah Yesus Kristus. Dia telah diurapi atas saudara-saudaranya yang lain (Maz 45:7) dan akan mengambil kedudukannya sebagai Bintang Fajar pada waktu kedatangannya yang kedua kali. Umat Allah akan membahagikan tugasan ini dengan dia (2 Pet 1:19, Wah 2:28). Terapat ramai anak-anak Allah. Umat manusia pilihan juga akan termasuk bersama dengan warga semesta alam sebagai anak-anak Allah (Rom 8:14-17). Kristus dan anak-anak Allah akan menjadi satu bersama dengan Allah Bapa melalui Roh Kudus.
Iblis memberontak terhadap Allah, cuba untuk menjayakan hasratnya untuk menjadi sama atau lebih tinggi dari Allah. Dia mendapat satu pertiga dari anak-anak Allah yang lain (Wah 12:9). Selepas peperangan akhir, mereka dibuang keluar dari sorga dan menyebabkan kesengsaraan di dunia. Kristus pula adalah lebih rendah dari Bapa, dan oleh kerana kerendahan hati yang setia, dia akan dinaikkan ke kedudukan yang tertinggi dibawah Allah. Sewaktu Kristus manjadi manusia di bumi, Iblis telah mencubai dia beberapa kali, menjanjikan dia pemerintahan atas planet ini sekiranya dia akan menyembah Iblis. Dalam setiap pencubaan ianya cuba untuk mencabar kesetiaan Kristus terhadap Allah. Kristus, tidak pernah mengakui dalam pelayanannya bahawa dia adalah Allah, Iblis juga tidak pernah menyatakan ini, tetapi selalu merujuk dia sebagai Anak Allah. Kerana alasan inilah orang Yahudi menghakimi dia (Mat 27:43). Ianya tidak demikian sehingga selepas kematian Kristus bahawa penipuan bahawa Kristus adalah Allah dan sama dengan Allah Bapa telah didirikan. Kesilapan ini membuat dia disembah. Menyembah dan mempercayai bahawa Kristus adalah Allah tertinggi akan melanggar hukum yang pertama dan ini adalah berhala. Mendakwa bahawa Kristus adalah sama dengan Allah juga merupakan doktrin antikristus (1 Yoh 4:1-3). Untuk memahami bahawa Kristus adalah anak Allah adalah wahyu dari Bapa (Mat 16:16-17, Mat 11”27).
Amsal 30:3-5 menunjukkan nama Allah (Eloah), dan dia mempunyai anak. Perjanjian Baru menyatakan dengan jelas bahawa Bapa adalah objek penyembahan (Yoh 4:23). Sebab penyaliban Kristus adalah supaya umat manusia boleh menerima keselamatan yang kekal, bukan untuk menjadikan Kristus sebagai objek penyembahan.
Roh Kudus
Roh Kudus adalah kuasa Allah. Ia adalah kuasa yang menguatkan Kristus dan juga kepada semua anak-anak Allah, memberikan mereka sifat keperibadian ilahi. Ia beroperasi sebelum pembatisan, membawa manusia kepada Allah melalui Kristus (Ibr 7:25). Ianta diberikan sewaktu pembaptisan dan diam didalam diri mereka yang memelihara hukum Allah (1Yoh 3:24); penghibur yang membawa umat Allah kepada kebenaran. Roh Kudus bukan aspek ketiga dalam Ketuhanan, tetapi cara yang membolehkan Allah menjadi semua dalam semua (1 Kor 15:28) dan bagaimana kita menjadi elohim sewaktu kebangkitan. Roh menyampaikan fikiran kita dan setiap makluk kepada Allah. Ia adalah jalan melalui Kristus sebagai pengantara kita dan Imam Besar di hadapan Allah. Ia membolehkan Kristus untuk membantu mengajar dan menghibur kita dan menjalankan kuasa dan sifat keperibadian Allah dalam hidup kita. Roh lalun bagi kita untuk menyembah Allah (Fil 3:3). Buah roh adalah kasih kepada Allah dan juga kepada sesama manusia. Ia memberikan kita kurnia dari Allah supaya kita boleh membantu orang lain. Roh boleh menjadi hilang melalui penyangkalan dengan tidak ada perhubungan dengan Allah dalam doa dan pembelajaran Alkitab.
Kristus adalah anak tunggal dalam semua ciptaan (Wah 3:14). Semua perkara dicipta melalui dia dan bagi dia. Tetapi Bapalah yang memimpin dia dan merencanakan bahawa ciptaan ini wujud dan tertakluk dalam Kristus. Jadi, Kristus tidak boleh menjadi Allah dalam erti kata bahawa Bapa adalah Allah yang kekal. Kristus, sama seperti ciptaan yang lainnya, mengasalkan hidupnya, kuasanya dan wewenangnya melalui perintah Allah Bapa. Allah adalah batu karang (1 Sam 2:2) ditempat dimana semua yang lainnya dipotong. Allah adalah batu atau fondasi dimana Kristus membina kaabahnya. Kristus adalah batu penjuru utama dalam kaabah Allah. Allah akan meletakkan semua perkara dibawah kuasa Kristus, yang akan menakluki semua kehendak Allah. Terdapat hanya Satu Allah yang Benar Eloah dan semua elohim yang lain wujud atas kehendakNya dan melalui kesetiaan kepada wewenangNya. Tugas Kristus adalah membawa semua kuasa, takta dan penguasaan di sorga dan bumi dibawah taklukan dan kehendak Allah yang Maha Tinggi. Walaupun sesebuah jemaat mempunyai tanda fizikal Sabat dan Paskah, ia masih lagi dalam keadaan murtad sekiranya ia percaya bahawa Allah adalah triniti, atau Kristus adalah sama taraf dengan Allah.
Hanya Allah yang harus menjadi pusat kewujudan kamu. Sembahlah Dia sahaja.