Christian Churches of God
023z

Ringkasan: Adakah Kita Mengikut Jalan yang Betul?

(Edisi 1.0 20001126-20001126)
Tuhan telah memberikan panduan ke arah kerajaanNya dan ianya bergantung pada kita untuk terus berada pada jalan yang betul jika kita ingin ke sana. Yesus mengatakan, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” (Yohanes 14:6).
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta ã 2000 David Prieskorn, Ed. Wade Cox)
(Tr. 2003)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Ringkasan: Adakah Kita Mengikut Jalan yang Betul?

Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk meringkaskan atau mempermudahkan karya ini yang begitu menarik minat sekali yang terdapat di dalam katalog pada laman web, kerana ia menunjukkan dengan jelas apa yang perlu dibuat oleh seseorang yang ingin memasuki Kerajaan Tuhan serta jalan yang harus dipilih.

Menerima Alkitab, Firman Tuhan, sebagai asas pembimbing bagi perlakuan hidup kita, serta menerima segala kata-katanya dan kesemua perintah-perintahnya sebagai sesuatu yang mengikat, menempatkan kita pada jalan yang betul mengikut pandangan Tuhan.

Kata-kata Yesus sendiri memberitahu kita bahawa Dia adalah jalan, dan tiada seorangpun yang dapat datang kepada Bapa, kecuali melalui Dia. Dia juga mengatakan di dalam Yohanes 14:15 “Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku.” Jika kita menurut perintah-perintah ini, maka kita menunjukkan bahawa kita mengasihi Dia dan kerana itu Allah Bapa akan mengasihi kita.

Musuh kekal kita, serta musuh utama Kristus, adalah Iblis. Jalannya – iaitu jalan dunia mempunyai glamor serta tarikan untuk menarik kita daripada jalan sempit yang menuju kepada hidup kekal. Kitab Suci menunjukkan bahawa terdapat ramai orang yang mengikuti jalan Iblis. Ianya suatu jalan yang lebar dan senang diikuti – tetapi menuju kepada mati.

Kita mempunyai seorang gembala iaitu Kristus, kita mendengar suaraNya, Dia adalah pintu yang kita lalui untuk memasuki jalanNya. Dan Dia memimpin kita sebagai Gembala yang Baik.

Allah Bapa memberitahu kita bahawa kita akan menghadapi percubaan-percubaan, namun Dia tidak akan meninggalkan mahupun membiarkan kita. JanjiNya ini membantu kita menjauhi kemurungan dan lemah semangat, yang merupakan peralatan Iblis.

Kita boleh membantu orang lain di dalam pencarian mereka terhadap jalan yang betul. Kata-kata hikmat yang sesuai pada masanya, teladan yang baik, memberitahu mereka alamat laman web ini dapat membimbing mereka membuat pilihan yang betul.

Yesus mengasihi kita dan kita gembira memberitakan jalan yang betul kepada orang lain.