Tatuing atau Tattooing (membuat tatu atau mencacah) adalah perkataan asli dari Polynesia dan telah diperkenalkan oleh Kapten Cook selepas lawatannya ke tempat itu. Tatu bermakna menandai atau menggores kulit dan berasal dari perkataan Tahiti, tatau, yang mana dalam bentuk salinan semula dari perkataan ta yang bererti menyerang (Encyclopaedia of Religion and Ethics (ERE), Vol. 12, article Tatuing, ms. 208 dan seterusnya).
Ini adalah amalan antikuiti besar yang ditemui di antara orang-orang asli di Australia yang menghiasi tubuh mereka dengan parut-parut, dan bagi orang-orang Polynesia dan Jepun, ianya adalah satu bentuk hasil seni.
Dalam predynastic Mesir, cacahan didapati pada tinggalan-tinggalan mumia, sebagai contoh seorang wanita di Tukh (ERE ibid., ms 208b). Di empayar Theban, orang-orang Mesir membuat cacahan pada diri mereka sendiri di bahagian dada dengan nama-nama, atau sombol-simbol dewa (ERE ibid.). Pada waktu zaman kesenian, hiasan cacahan adalah jarang didapati pada orang-orang Mesir yang tertinggal.
ERE membuat peninjauan mengenai perintah Alkitabiah bahawa:
Larangan dalam Im 19:28, ‘Janganlah kamu menggoresi tubuhmu karena orang mati dan janganlah merajah tanda-tanda pada kulitmu’ menunjukkan bahawa orang-orang Yahudi telah melihat amalan ini dibawah oleh bangsa-bangsa kafir diantara mereka yang mendapat buangan undi, dan mungkin mereka sendiri telah mengadaptasikan amalan ini.
ERE seterusnya meninjau distribusi umum pada amalan tersebut. Kebenaran dalam pengedaran dan temanya mungkin juga menunjukkan asal-usul yang sama dalam fikiran dan tujuan yang digunakan untuknya. Tidak ada keraguan lagi bahawa amalan seperti ini digunakan untuk menunjukkan sistem kaum totemic di Australia. ERE meneruskan:
Ada banyak bayangan kesenian pada cacahan di Eropah. Herodotus menulis mengenai wanita Thracia yang dicacah sebagai tanda kaum bangsawan. Pliny mengatakan bahawa lelaki-lelaki dari Dacia dan Sarmatia menandakan tubuh mereka (‘corpora sua inscribunt’). Cacahan tersebut dikenali oleh orang-orang Pictone dan suku kaum Gaul yang lain ditunjukkan melalui fakta mata wang. Tradisi orang cina mengatakan bahawa pahlawan cina yang besar, Tschaipe menemui cacahan di antara Ainus Jepun yang sesungguhnya masih mengamalkannya sehingga hari ini. Di Cina ianya terhenti pada masa yang sangat awal menjadi cara hiasan yang diminati dan bertahan hanya sebagai kaedah untuk menentukan tanda yang khusus. A. T. Sinclair mengatakan bahawa di antara penduduk asli kuno di Hindia Barat, Mexico dan Amerika Tengah, membuat cacahan adalah lazim ataupun ianya hampir menyeluruh. Ianya diamalkan oleh penduduk awal di Amerika Selatan, seperti yang terkenal di antara suku-suku kaum di bahagian pantai dan Peru kuno (ibid).
Kita dapati bahawa ianya menunjukkan distribusi sedemikian yang menyebar di antara orang-orang di bahagaian pantai laut atau mungkin juga disebarkan oleh mereka.
- Elliot menemuinya di sepanjang susuran pantai di bahagian utama dunia dan memasukannya dalam kompleks kebudayaan ‘heliolithic’ (ERE ibid.).
Ungkapan ini mengandungi kepentingan. Istilah heliolithic bererti tergolong dengan zaman artifak dan dalam hal ini zaman matahari dan laluan yang diambil oleh para penyembah matahari sewaktu penyebaran atau perpindahan. Pertalian mereka dengan susuran pantai menunjukkan bahawa mereka dihubungkan dengan lalu lintas pantai. Kita boleh membuat kesimpulan dari perkara ini dan antikuiti dari aktiviti-aktiviti tersebut bahawa kita sedang menangani zaman raja-raja laut kuno sebelum perkembangan empayar benua orang-orang Babilon yang besar dan Medo-Persia dan kemudian Greek dan Roma.
Darwin dalam kajiannya mengatakan bahawa ianya tersebar luas sehingga tidak ada negara besar yang boleh dinamakan yang mana pribuminya tidak membuat cacahan pada diri mereka sendiri (ERE ibid.).
Kita telah menetapkan bahawa ianya adalah sesuatu yang lazim ada di antara orang-orang Mesir awal dan di antara orang-orang Thracia, Pict dan Amerika Selatan. Di Amerika Utara, ianya juga didapati di antara orang-orang Indian terlebih lagi kaum Iriquois, Pricked Pawnees, Delawares dan yang lain-lain (ibid.).
Secara dasar, orang-orang yang mempunyai kulit yang lebih gelap mengamalkan pembuatan parut, sementara orang yang berkulit lebih putih mengamalkan pembuatan cacahan.
Perhubungan amalan-amalan kuno ini boleh didapati sehingga hari ini dan kita boleh tetapkan sifat-dasar cacahan yang dilarang oleh Alkitab dalam Imamat 19:28.
Flinder Petrie telah memberi penumpuan kepada kemiripan di antara corak Algeria yang diterangkan oleh Lucien Jacquot dan yang mempunyai bentuk wanita yang didapati di Tukh (merujuk diatas) dan corak Libya dalam makam Seti 1. Raja Seti 1 adalah dinasti yang ke-XIX, 1300 BCE dan dipertalikan dengan Keluaran oleh para cendekiawan yang mengikuti skala masa Manetho. Justru, kita lihat susunan corak di Mesir dari zaman para Bapa sehingga sekarang di Afrika Utara.
Bagaimanapun, kita juga boleh membentuk satu keagamaan saksama yang asal untuknya, di antara sistem orang-orang Assiro-Babilon, yang telah dikutuk oleh Allah melalui Malaikat Kehadiran dan Musa. Kita telah melihat bahawa ianya adalah lazim ada di Mesir kuno bagi mewakili para dewa terutamanya di antara zaman Theban. Ini adalah penting terutamanya sebagi struktur penyembahan yang diperluaskan dari Phrygia ke Mesir dan seterusnya ke Eropah bersama dengan orang-orang Celt dan Pict.
Sekarang kita juga mempunyai bukti saksama yang menyakinkan mengenai perdagangan benua antarabangsa dan perhubungan dari 1000BCE di antara Timur Tengah dan Amerika Selatan. Ianya adalah saksama untuk mengandaikan bahawa orang-orang yang tinggal di pesisiran pantai mengembangkan amalan ini kepada pra pedagang dan sistem penyembahan matahari yang mereka pegang.
Pola berkuasa di Algeria ialah:
Satu salib dan bentuk yang menyerupai lalat, yang dianggap sebagai bentuk swastika yang merosot – kaedah yang diedarkan dengan meluas di Afrika dan di mana-mana, dan dari antikuiti yang besar, seperti yang ditunjukkan oleh penampilannya dalam bentuk seperti timah hitam di kota kedua Troy (kira-kira 2500-2000 BC) dan oleh kelazimannya di Crete kuno (ERE, ibid., ms 210).
Ianya mudah untuk melihat dari rujukan-rujukan ini dan tarikh-tarikh dan simbol-simbol, kita sedang menangani sistem kuno pada waktu ia datang dari orang-orang Assiro-Babilon di Timur Tengah. Ia melibatkan mistri-mistri kuno dan kultus matahari yang dilambangkan oleh salib, dan ianya bercorak bentuk Swastika, dan simbol kepada Baal-Zeebub, Tuhan Lalat, yakni dewa Ekron (lihat tulisan Salib: Asal-usulnya dan Maksud [039] dan Daud dan Goliat [126]).
Kita sedang melihat kepada agama orang-oramg Filistine, orang laut yang datang ke kanaan dan Mesir melalui kepulauan Timur Tengah dan yang mana sistem mereka telah disebarkan di kalangan semua penganut-penganut Baal dan Ashtoreth atau Astarte, Istar atau Easter. Ini adalah agama orang-orang Trojan. Mereka telah meninggalkan Timur Tengah dan menetap di Eropah. Kita melihat keturunan mereka menamakan kota menurut nam pahlawan mereka iaitu Paris dan satu lagi mengikut nama Troy kuno. Mereka dan orang-orang Hititi, yakni Hati atau Kalti, yakni Keltoi, secara umumnya berhijrah ke Eropah bersama dengan orang-orang Assiria dan sebahagian besar orang Israel ketika keruntuhan Empayar Parthian dan menjadi dikenali dalam sejarah sebagai Aryan (lihat juga tulisan Peperangan Unitarian/Trinitarian [268]).
Sistem ini dilihat di dalam sistem Easter (Paskah) dan Krismas. Terutama dengan pengikut-pengikut dari apa yang memasuki Kekristianan seperti sistem Easter, berakar dari penyembahan dewa Attis. Mistri dan kultus matahari mempunyai upacara-upacara ini dan kita melihat mereka dalam kultus Orphic, Dionysian, mereka yang dari Attis dan juga dari Adonis.
Para imam sida-sida dari Attis menghiasi diri mereka sendiri dengan cacahan dari tumbuhan ivy yang mana kudus dalam semua mistri Druidic dan kultus matahari secara umumnya. Attis bermaksud bapa. Istilah Pape juga bermaksud bapa. Justru, istilah Pape atau pope (paus) diceduk dari mistri kultus. Istilah bapa juga adalah satu taraf dari sistem Mithras dan maka itu umum kepada Matahari dan Mistri Kultus.
James George Frazer meletakkan perspektif ini di dalam karyanya, The Golden Bough (edisi ketiga, Macmillan 1976 print v. Ms. 277).
Sifat asal Attis sebagai pohon roh telah dibawah secara terang-terangan oleh bahagian di mana pohon cemara memainkan peranan dalam legendanya, upacaranya dan monumennya. Cerita yang mengisahkan bahawa dia dahulunya seorang manusia telah bertukar menjadi pohon cemara adalah hanya satu daripada percubaan jelas yang merasionalkan kepercayaan lama yang sering kali bertembung dengan kita dalam mitologi. Pembawaan pohon cemara dari timbunan kayu kayan bersama dengan violet dan berkas buluh domba, adalah seperti membawa pohon May atau pohon musim panas dalam budaya warga moden; dan patung yang digantung pada pohon cemara adalah hanya sebagai salinan wakil bagi pohon roh Attis. Selepas diikat pada kayu tersebut, patung itu akan disimpan selama setahun dan kemudian dibakar.. (ms. 277).
Sistem ini telah diteliti dengan panjang lebar dalam tulisan Asal-usul Krismas dan Paskah [235]. Konsep pohon roh dan Tritunggal Allah telah dikembangkan dari tulisan Doktrin Asal Dosa Bahagian 1, Taman Eden [246].
Persamaan pada sistem kepercayaan ini adalah kerana ianya sistem asal yang sama. Ianya berakar dari orang-orang Assiro-Babilon yang datang kepada kita sebagai Aryan dan sistem mereka tersebar bersama dengan pembubaran orang-orang Hititi dan Assiria dan sepuluh suku kaum Israel dari Timur Tengah dan pusat padang rumput ke Eropah dan ke India.
Frazer mempunyai pandangan bahawa tujuan asal budaya yang diterangkan diatas dan Ponon cemara yang kudus bagi Attis, adalah untuk mengekalkan roh tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan sepanjang tahun. Keinginan yang terus-menerus untuk mengekalkan roh kehidupan dan keabadian adalah sesuatu yang lazim ada di antara orang-orang Aryan seperti seluruh konsepnya dalam kamu tidak akan sekali-kali mati.
Frazer menambah:
Untuk tujuan-tujuan yang sama mungkin Ivy adalah kudus untuk Attis, pada semua kejadian yang kita baca bahawa para imam sida-sidanya telah dicacah dengan corak bentuk daun-daun ivy (ibid. Ms. 278).
ERE menyatakan:
Banyak bangsa percaya bahawa kemujaraban cacahan berkembang melewati hidup pada masa sekarang kepada dunia yang seterusnya, di mana mereka sebagai tanda pengenalan – contohnya, Nagas dari Manipur, Kayans dari Borneo, India Amerika Utara , dan banyak lagi, atau sebagai petunjuk atau sebagai peredaran yang membolehkan seseorang pengembara menamatkan pengembaraannya.
Justru ianya mungkin boleh dinyatakan, bahawa tujuan untuk membuat cacahan pada masa kuno dahulu adalah sebagai satu pengenalan tanda, meletakkan orang yang dicacah dalam kultus dewa atau daemon yang akan disembah. Ini dilakukan supaya dewa itu atau allah atau daemon kan mengambil roh orang yang mati itu dan membuat inkarnasi semula dalam sistem hidup-selepas mati. Berlandaskan struktur jiwa atau ka. Ini dilakukan di dalam penjelasan kehidupan kekal yang disediakan oleh orang-orang purbakala dalam penyembahan Tritunggal Allah, yang mana dia sendiri dipertalikan sebagai dewa dalam pohon itu. Tritunggal allah dalam pohon telah dilihat dalam catatan kita seawal pendudukan orang-orang Indu basin di Harappa dan Mohenjo Daro dari Sumer kuno ca 2000 BCE (lihat juga Doktrin Asal Dosa Bahagian 1, Taman Eden [246]).
Tritunggal Allah muncul sebagai sistem di Roma, sebagai Jupiter Juno dan Minerva dan juga dalam bentuk dewi Hecate, dewa bermuka-tiga pada persimpangan.
Justru, kita lihat bahawa tujuan sebenarnya ialah untuk mengenali penganut sistem tersebut dan terutamanya imam sida-sida yang taat kepada sistem tersebut, maka mereka dikenal pasti sewaktu di dalam selepas kehidupan.
Ianya adalah perkembangan pada sistem kepercayaan setan dan telah dibentangkan untuk mempromosikan doktrin jiwa abadi dan idea serta asas pembohongan di Eden: Kamu tidak akan sekali-kali mati.
Untuk sebab ini, Allah telah mengutuk sistem ini, kerana ianya satu musyrik.