Terdapat beberapa program yang menghitung pelbagai aktiviti cakerawala, seperti masa terbenam matahari, fasa-fasa bulan, tetapi terutamanya masa yang tepat pada Bulan-bulan Baru. Ini, bersama dengan penelitian ilmu laut, memberi kepelbagaian maksud untuk menetapkan tarikh dan masa bulan-bulan baru. Kamu akan dapati bahawa mereka saling bersetuju di antara satu dengan yang lain. Tambahan pula, mereka semua bersetuju dengan hari yang ditetapkan oleh Jemaat-jemaat Allah mengenai bulan-bulan baru.
Ini bermaksud kita boleh mengetahui hari pertama yang betul pada bulan yang pertama dalam kelander Allah. Kita juga bolah mengetahui hari yang betul untuk perayaan Paskah dan masa yang betul untuk merayakan Roti tidak Beragi. Juga kita akan mengetahui semua hari yang betul untuk merayakan hari Suci Allah, terutamanya hari Perayaan Bait Suci. Terdapat banyak persoalan yang dibangkitkan oleh jemaat-jemaat lain berhubungan dengan hari-hari yang betul.
Adakah kamu menyedari betapa senangnya untuk merasa mempunyai spiritual yang baik dalam diri kita sendiri, mengetahui bahawa kita sedang berada di jalan yg benar menuju kepada kerajaan Tuhan.
‘Jalan kebenaran’ adalah perkara yang akan kita bincangkan. Tetapi persoalan yang sering diajukan adalah, ‘Tidak kah semua yang percaya kepada Allah berfikir bahawa mereka berada di dalam jalan yang benar?’ Adakah Jalan Kebenaran itu? Bagaimanakah kita tahu bahawa kita berada di jalan yang benar?’
Aliran-aliran agama yang utama seolah-olah menuju ke arah yang betul, sementara menegaskan Alkitab adalah perkataan Allah yang benar. Mereka menegaskan bahawa tulisan tersebut tidak boleh dilanggar dan setiap perkataan Tuhan mesti dihormati. Mereka juga menegaskan bahawa semua perintah hukum Tuhan harus dipelihara, bukan sahaja yg senang atau baik sahaja. Walau bagaimanapun, mereka akan terpesong besar dari kebenaran apabila mereka menukar atau mengantikan hari sabbath dengan”Hari Tuhan”. Mereka berkotbah dengan bersemangat bahawa semua Kristian yang mengasihi Allah harus memelihara perintah hukum keempat dengan menghadiri jemaat setiap hari Ahad. Ini adalah suatu ejekan.
Sebahagian daripada agama ini hampir memiliki dan memberi perkhabaran tentang kebenaran. Mereka hampir kepada jalan kebenaran.
Tetapi adakah itu menjadi satu persoalan hanya kerena mereka membuat kesilapan pada satu perkara itu? Adakah Tuhan memberikan satu garis panduan kepada kita untuk mengetahui bahawa dunia ini penuh dengan dosa dan kita mempunyai kecenderungan untuk menderita kerana keadaan ini?
Kita sering mendengar bahawa ” kita berdoa kepada Allah yang sama; kita semua menuju ke arah yang sama; namun kita berada pada jalan yang berlainan.”
Adakah ianya menjadi satu persoalan jika kita berada di jalan yg berlainan? Apakah yg kita tahu dan faham tentang jln kebenaran menuju kerajaan tuhan?
Yesaya 2:2-3 akan terjadi pada hari-hari yang terakhir; gunung tempat rumah Tuhan akan berdiri tegak di hulu gunung-gunung dan menjulang tinggi di atas bukit-bukit; segala bangsa akan berduyun-duyun ke sana, 3 dan banyak suku bangsa akan pergi serta berkata; ‘mari, kita naik ke gunung TUHAN, ke rumah Allah Yakub, supaya Ia mengajar kita tentang jalan-jalanNya, dan supaya kita berjalan menempuhnya,; sebab dari sion akan keluar pengajaran dan firman Tuhan dari Yerusalem.”
Tuhan telah memberikan arah tuju kepada kerajaanNya dan ianya terpulang kepada diri kita untuk mahu kekal berada di jalan kebenaran itu jika kita mahu pergi ke dalam kerajaan itu. Jalan yang Tuhan sediakan kepada kita tidak sulit. Sesungguhnya jalan itu jelas seperti permata.
Yohanes 14:3-6 “Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempatKu, supaya di tempat di mana Aku berada, kamupun berada. 4 Dan ke mana Aku pergi , kamu tahu jalan ke situ.” 5 Kata Tomas kepadaNya: “Tuhan, kami tidak tahu ke mana Engkau pergi: jadi bagaimana kami tahu jalan ke situ?” 6 Kata Yesus kepadanya: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.”
Tambahan pula, Yesus telah memberikan kita arah tuju atas pilihan-pilihan yang harus dibuat di dalam kehidupan. Dia memberitahu kita jalan itu.
Yohanes 14:15 “Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintahKu.”
Terdapat perkataan yang bersyarat dalam pernyataan ini, yakni perkataan “jikalau.”
Yohanes 14:21 “Barangsiapa memegang perintahKu dan melakukannya, dialah yang mengasihi Aku. Dan barangsiapa mengasihi Aku, ia akan dikasihi oleh BapaKu dan Akupun akan mengasihi dia dan akan meyatakan diriKU kepadanya.”
Pernyataan: Yesus mensyaratkan keadaan bagaimana kita mengasihiNya. “Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintahKu.” Juga terdapat juga hubungan mengenai apa yang Yesus katakan: jikalau kita mengasihiNya, Allah akan mengasihi Kita, dan Yesus akan mengasihi kita.
Yohanes 14:22-24 Yudas, yang bukan Iskariot, berkata kepadaNya: “Tuhan, apakah sebabnya maka Engkau hendak menyatakan diriMu kepada kami, dan bukan kepada dunia?” 23 Jawab Yesus: “Jika seorang mengasihi Aku, ia akan menuruti firmanKu dan BapaKu akan mengasihi dia dan Kami akan datang kepadaNya dan daim bersama-sama dengan dia. 24 Barangsaiapa tidak mengasihi Aku, ia tidak menuruti firmanKu; dan firman yang kamu dengar itu bukanlah daripadaKu, melainkan dari Bapa yang mengutus.”
Semua ini tergantung dalam perkataan “Jikalau”. Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintahKu. Dan sebaliknya, jikalau kamu tidak menuruti perintah Tuhan, ini bermaksud bahawa kamu tidak mengasihi Dia. Maka, kamu berada di luar daripada kasih Tuhan. Kamu berjalan dalam jalan kamu sendiri, bukan dalam jalan Allah.
Perhatikan juga, bahawa Yesus tidak mereka-reka perkataan ini. Ini adalah perkataan Allah, yang disampaikan kepada kita oleh Yesus Kristus.
Jadi ianya agak jelas di sini apa yang harus kita lakukan. Kita mesti menuruti setiap perkataan Allah yang telah disampaikan oleh Tuhan Yesus kepada kita. Ini kedengaran seperti permintaan yang senang dan munasabah, bukan kah begitu? Bagaimanapun kita mempunyai lawan, musuh, seekor singa yang sedang mengaum dan berkeliaran di dunia mencari mangsa spiritual. Tidak ada perkara lain yang dilakukan oleh Setan selain dari memimpin kita ke jalan yang salah dan membawa kita kepada cara kehidupannya. Yesus sememangnya jelas apabila dia mengatakan – “mereka yang mengasihi aku akan menuruti perkataanku.”
Tetapi ada satu berita baik, saudara-saudara. Kita tidak perlu berjalan pada jalan itu keseorangan. Kita mempunyai seorang gembala yang baik yang akan memimpin kita dan menjaga kita daripada bahaya. Yesus pernah mengingatkan kita bahawa akan ada nabi palsu di dunia ini, tetapi sesiapa yang mengikut gembala tidak akan sesat atau diperbodohkan.
Yohanes 10:1-5 “Aku berkata kepadamu: sesungguhnya siapa yang masuk ke dalam kandang domba dengan tidak melalui pintu, tetapi dengan memanjat tembok, ia adalah seorang pencuri dan seorang perompak; 2 tetapi siapa yang masuk melalui pintu, ia adalah gembala domba. 3 Untuk dia penjaga membuka pintu dan domba-domba mendengarkan suaranya dan ia memanggil domba-dombanya dan menuntunnya ke luar. 4 Jika semua dombanya telah dibawanya ke luar, ia berjalan di depan mereka dan domba-domba itu mengikuti dia, kerana mereka mengenal suaranya. 5 Tetapi seorang asing pasti tidak mereka ikuti, malah mereka lari daripadanya, kerana suara orang-orang asing tidak mereka kenal.”
Pernyataan: Tidak ada kandang tersendiri untuk domba-domba yang dimiliki oleh seseorang. Mereka akan dikumpulkan dalam satu kawasan. Apabila satu daripada empunya biri-biri itu datang kepada biri-birinya, dia akan memanggil biri-biri itu dan biri-biri itu mengenali suara gembala itu dan mengikuti dia. Biri-biri itu tidak akan mengikut suara asing yang memanggil mereka.
Yohanes 10:9-11 “Akulah pintu; barangsiapa masuk melalui Aku, ia akan selamat dan ia akan masuk dan keluar dan menemukan padang rumput. 10 Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan; Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan. 11 Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya;” (KJV)
Ramai Pengkhotbah di dunia sekarang yang memberikan banyak mesej yang menyakinkan bahawa mereka mempunyai jalan kepada keselamatan. Sebahagian daripadanya hampir kepada kebenaran sebenar dan mereka memberikan banyak alasan untuk mengikuti mereka. Tetapi Tuhan Yesus sudah memberi amaran supaya berjaga-jaga dengan mereka. Kita kenal suara gembala kita sendiri, kita telah mendengar kabar kebenaran, dan kita telah ditunjukkan jalan menuju kerajaan itu. Kita mempunyai seorang gembala yang baik yang memimpin kita, tetapi kita harus berhati-hati mendengar panggilan suara yang betul. Terdapat banyak penyamar di dunia ini yang mengunakan suara syaitan yang membuat kita berfikir bahawa itu adalah suara gembala kita.
Untuk berada tetap pada jalan itu kedengarannya senang, tetapi ianya tidak tanpa masalahnya. Jalan yang menyilang serta halus, dan besar dipanggil jalan-jalan dunia. Syaitan adalah pengeliru kebenaran dan akan melakukan semua yang dia boleh lakukan untuk membawa kita lari dari jalan yang sempit dan susah itu, untuk mengikuti dia di dalam jalan yang mudah, besar yang menuju kepada kecelakaan.
Matius 7:13-15 “Masuklah melalui pintu yang sesak itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan yang menuju kepada kebinasaan dan banyak orang yang masuk melaluinya; 14 kerana sesaklah pintu dan sempitlah jalan yang menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya.” 15 “Waspadalah terhadap nabi-nabi palsu yang datang kepadamu dengan menyamar separti domba, tetapi sesungguhnya mereka adalah serigala yang buas.”
Pernyataan: Yesus berfirman agar masuk melalui pintu gerbang. Dalam Yohanes 10:9 Yesus berfirman, “Akulah pintu.”
Jadi, sekarang kita sudah tahu jalan yang diterangkan dengan jelas untuk kita ikuti. Jalan ini adalah sempit dan susah untuk diikuti. Kita juga tahu bahawa terdapat satu lagi jalan yang luas dan senang untuk ditempuhi yang menuju kebinasaan. Pertimbangkan apa pertaruhannya, kita harus bertanya mengapa seseorang itu mahu memilih jalan yang senang. Tetapi dari sinilah Setan akan bertindak. Dia adalah pakar untuk menjadikan sesuatu yang baik kelihatan jahat, dan yang jahat menjadi baik. Cara Setan adalah cara dunia di mana dipenuhi dengan kemeriahan dan kemegahan. Dia menjadikannya seperti baik, tetapi ianya bukan jalan yang benar.
Bagaimana jika kita terus berjalan di jalan yang benar, tetapi cuma berjalan di tepi , dan sekali-sekala menyimpang dengan cepat ke jalan dunia yang mudah? Bagaimana pula jika kita memelihara kebanyakan perintah hukum dalam kebanyakan masa kita? Bagaimana pula jika kita meletakkan satu kaki di jemaat Allah dan sebelah kaki lagi dalam Yudaisme, atau beberapa agama lain? Bagaimana dengan penegasan-penegasan yang diajarkan oleh beberapa agama untuk menunjukkan bahawa kepercayaan kita adalah salah, bahawa hukum itu sudah diubah, atau disebut ‘sudah dipakukan di kayu salib’ bersama dengan perjanjian baru? Beberapa kumpulan akan memberikan banyak alasan untuk memelihara Bulan Baru yang lapuk 2 hari.
Kita telah diberitahu bahawa memelihara bulan-bulan baru adalah kafir. Bagaimana semua ini memberi efek kepada kita? Boleh kah kita secara senang diyakinkan untuk keluar dari jalan kita? Ingat – “sekiranya kamu mengasihi aku, kamu akan memelihara perintah hukumku”; “sekiranya kamu mengasihi aku, kamu akan menuruti perkataan-perkataanku.”
Matius 5:17-19 “Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. 18 Kerana Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama ini belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi. 19 Kerana itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-pertintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga.”
Ini adalah perkataan yang tegas yang tidak meragukan dalam apa yang dimaksudkan oleh Allah. Allah, melalui mengajaran Yesus Kristus, memberitahu kita supaya menurut semua hukumNya. Tidak ada ruang untuk kita melakukannya sendiri. Tuhan telah menganugerahkan kebenaranNya dan kita seharusnya diam di dalamnya. Keselamatan kita bergantung padanya. Tetapi ya, oleh kerana kita mempunyai keinginan yang bebas, kita boleh berjalan di jalan yang luas lagi senang, tetapi bahayanya sangat teruk. Bagaimana pula jika kita hilang petunjuk dan tidak boleh mencari jalan kembali ke jalan benar itu. Sejurus Setan berada di antara jalan dan kita, dia akan melakukan semua yang boleh dilakukannya untuk mencegah kamu dari kembali. Ingat, ianya di luar penglihatan, di luar pemikiran. Semakin jauh kamu lari dari ajaran Allah, semakin bahaya keadaan kamu akan hilang. Yesus mengatakan bahawa jalan itu sempit dan susah untuk dicari. Kita harus mencarinya terlebih dahulu dan sekiranya kita tersesat, kita boleh mencarinya kembali. Adakah kita betul-betul mahu mengambil peluang itu?
Menyimpang sedikit daripada jalan yang benar adalah tidak baik. Mencuri sedikit adalah tidak baik. Sedikit kemarahan kepada saudara adalah juga tidak baik. Menyebut sedikit nama Tuhan dengan sembarangan adalah tidak baik. Kita harus menyimpan semua perintah Allah pada setiap masa.
Ayub 8:11-13 Dapatkah pandan bertumbuh tinggi, kalau tidak di rawa, atau mensiang bertumbuh subur, kalau tidak di air? 12 Sementara dalam pertumbuhan, sebelum waktunya disabit, layulah ia lebih dahulu daripada rumput lain. 13 Demikianlah pengalaman semua orang yang melupakan Allah; maka lenyaplah harapan orang fasik.
Sememangnya ada jalan yang salah, jalan yang membawa kepada kemusnahan dan tidak ada pengharapan. Jalan di mana kita dapati diri kita sedang berjalan mempunyai beberapa batu sandungan. Ianya dipanggil ujian. Kita mempunyai masalah-masalah yang menyebabkan kita jatuh, kita akan merasa tertekan, dan kita akan kecewa.
Terdapat lubang-lubang tempat di mana kita boleh jatuh. Kita boleh jatuh di dalam pencubaan dosa. Tetapi kita mempunyai Allah yang maha pengampun yang akan mengambil kita, dan membolehkan kita meneruskan perjalanan di dalam jalanNya. Allah, dalam belas kasihannya memberitahu kita bahawa kita tidak pernah diuji lebih besar daripada apa yang kita boleh tangani. Masalahnya ialah, bahawa kita, sebagai makhluk yang tidak abadi tidak tahu berapa berat yang mampu kita tangani dan kita menjadi tertekan. Tetapi harus diingat bahawa janji Allah akan menjaga kita.
Alkitab memberitahu kita bahawa Tuhan akan menjawab semua panggilan kita; Dia akan memberikan semua keperluan kita. Tetapi Dia berkata, “Carilah dulu kerajaan Tuhan.” Kita harus memelihara keutamaan kita dengan betul. Malah Allah berfirman kita boleh meminta hal-hal keduniawian dan Dia akan memberikannya kepada kita. Tetapi, carilah dulu kerajaan Tuhan.
Untuk membantu kita supaya sentiasa ditinggikan, Tuhan berfirman Dia akan memudahkan jalan itu untuk kita.
Yesaya 26:7 Jejak orang benar adalah lurus, sebab Engkau yang merintis jalan lurus baginya.
Allah tahu ada masalah di dunia. Tetapi jika kita terus diam dekat denganNya, jika kita menuruti perkataanNya melalui ajaran Yesus Kristus, maka jalan kita akan menjadi mudah. Jika kita mengalami pencubaan, dan jika kita jatuh, semuanya itu hanya sementara saja. Perjalanan kita akan dipermudahkan sekali lagi.
Dalam jalan ini, kamu akan berjumpa dengan ramai orang yang berada dalam persimpangan jalan mereka. Mereka mungkin keliru dengan pelajaran keagamaan yang diajar di dalam jemaat mereka. Mereka sedang bergelut dengan jemaat mereka dan tidak berpuas hati dengan apa yang mereka dengar. Mereka mungkin sedang mencari bimbingan kerohanian dalam kehidupan mereka. Mereka mungkin sedang mencari jalan yang betul untuk di lalui.
Kita perlu mencari peluang untuk mengkhabarkan berita baik yang Tuhan berikan. Sementara kita mendengar banyak kali perkara ini, kita perlu untuk bersedia untuk menjawab persoalan-persoalan yang berhubungan dengan perkataan Allah yang benar.
Ada kalanya, kita boleh menanam benih kebenaran dan tidak berbuat apa. Orang itu mungkin akan datang kembali untuk mempelajari lebih banyak, atau mula mencari sendiri. Berilah mereka alamat laman web dan suruh mereka mula membaca. Kita mempunyai tujuan di dalam jemaat. Kita perlu memberitakan kebenaran bila masa kita mempunyai kesempatan. Kita mungkin boleh berbicara beberapa perkataan yang boleh memimpin orang baru ke jalan yang benar.
Kehidupan adalah sukar, saudara. Yesus mengetahui hal ini sewaktu dia berdoa kepada Allah Bapa untuk kita.
Yohanes 17:13-17 Tetapi sekarang, Aku datang kepadaMu dan Aku menyatakan semuannya ini sementara Aku masih ada di dalam dunia, supaya penuhlah sukacitaKu di dalam diri mereka. 14 Aku telah memberikan firmanMu kepada mereka dan dunia membenci mereka, karena mereka bukan dari dunia, sama seperti Aku bukan dari dunia. 15 Aku tidak meminta supaya Engkau mengambil mereka dari dunia, tetapi supaya Engkau melindungi mereka daripada yang jahat. 16 Mereka bukan dari dunia, sama seperti Aku bukan dari dunia. 17 Kuduskanlah mereka dalam kebenaran; firmanMu adalah kebenaran.
Yohanes 17:20-23 Dan bukan untuk mereka ini saja Aku berdoa, tetapi juga untuk orang-orang, yang percaya kepadaKu oleh pemberitaan mereka, 21 supaya mereka semua menjadi satu, sama separti Engkau ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam kita supaya dunia percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus Aku. 22 Dan Aku telah memberikan kepada mereka kemuliaan, yang Engkau berikan kepadaKu, supaya mereka menjadi satu, sama seperti Kita adalah satu; 23 Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam Aku supaya mereka sempurna menjadi satu, agar dunia tahu, bahawa Engkau yang telah mengutus Aku dan bahawa Engkau mengasihi mereka, sama seperti Engkau mengasihi Aku.
Bagaimana mungkin kita tidak berasa senang dengan diri kita sendiri? Bagaimana mungkin kita tidak berasa gembira dan bahagia? Yesus berfirman bahawa Tuhan Allah mengasihi kita sebagaimana Tuhan Allah mengasihi Dia.
Kita mempunyai perlindungan Allah dalam hidup ini. Kita mempunyai cinta kasihNya, dan kita mempunyai janji kerajaan sorga. Untuk memilikinya, kita harus berjalan di atas jalan yang benar. Jalan ini termasuklah menyimpan hukum Tuhan Allah, memelihara Hari SuciNya dan Bulan-bulan baruNya. Ini termasuklah menghadiri jemaatNya dan mengadakan kebaktian bersama dengan yang lain. Semua ini tergantung pada perkataan: “jikalau” “Jikalau kamu mengasihi aku…”
Jangan sekali-kali lari dari peluang untuk memberitahu seseorang mengenai berita baik Allah ini. Terdapat banyak lagi ruang di dalam jalan kebenaran ini dan kita seharusnya gembira untuk mengongsikannya.
Bergembira dan bermurah hatilah, saudara sekalian. Kita berada di jalan yang benar.