Christian Churches of God
[055]

Pertanyaan Lazim dalam Islam

(Edisi 1.0 20080612-20120121)
Semua ini merupakan kekunci-kekunci penting sekali dalam pengertian Quran. Sebab Jemaat dan fungsinya dielak oleh para pengulas Hadis, erti Koran (Qur’an) diremehkan dan disalah tanggap supaya para pengikut Islam tidak mendapat apa-apa pengertian sebenar daripadanya.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta © 2008, 2012 Wade Cox dengan input oleh Jean-Alphonse Armand)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Pertanyaan Lazim dalam Islam

Nabi yang dipanggil Muhammad

P1. Apakah nama sebenar Nabi ini bagi orang Arab?

J. Menjelang abad keenam Jemaat Pemelihara Sabat Tuhan di Timur tersebar dari hulu Nil sampai Arabia dan Asia Kecil hingga India dan Timur Tengah. Dari tahun 610 seorang mualaf Kristian Monofisit dibangunkan dan dididik sebagai imam. Dia bernama Qasim bin ‘Abdullah, bin ‘Abdul-Muttalib bin Hashim daripada kumpulan suku Hashim iaitu kakeknya. Dia menjadi mualaf Kekristianan Pemelihara Sabat (lihat juga naskah Keturunan Abraham Bahagian III: Ismael (No. 212C)).

Tidak lama kemudian keinginannya yang sungguh-sungguh untuk mencari kebenaran dalam Kitab Suci menarik perhatiannya kepada masalah-masalah dengan doktrin Nasaari Monofisit, yang nampaknya menyanggah teks asal itu sendiri. Pada dasarnya Roh sudah mula memanggilnya melalui tabir, yang dipanggil “Evangelion”. Dia mencarikan Jemaat sebenar. Tulisan suci Purana dari India menyatakan bahawa dia kemudian dikenal Jemaat-jemaat Tuhan yang berpangkalan di situ. Muhammad Jemaat memanggilnya dalam mimpi, dan Rasul Arabia menerima penglihatan ketika meditasinya dalam gua. Ini menakutkan namun mengilhaminya. Dengan itu dia menjadi umat Unitarian Pemelihara Sabat dari Jemaat di situ di Arabia, dibaptiskan (sekali lagi) sebelum misinya. Sebab bukan keturunan Harun atau Lewi, dia dicangkokkan ke dalam AhlulBayt pengantin-pengantin Rasulullah sebagai seorang Nasraani Sabi (TheoSebes/QEO-SEBHS/sebovmenoi – Penyembah Tuhan) Mursal. Beberapa Hadis menyokong fakta bahawa dia menjadi seorang Sabi. Sebagai Mursal (Pengantin Rasulullah) dia menerima pengertian yang semakin banyak. Akhirnya, daripada baptisannya, dia diperkuatkan dalam Roh Kudus (Ahmed) dan mencapai keadaan Mahmoodan lalu menjadi Muhammad sebagai umat Kristian sejati dalam Jemaat-jemaat Tuhan.

P2. Dikatakan bahawa istilah Yang Terpuji (atau Ahmed) ialah salah satu nama Nabi ini, sebagai rujukan dirinya sendiri, namun ini ialah rujukan kepada Roh atau Penghibur, dan sesetengah mengatakan ini bermaksud kedua-duanya dan membuktikan dukungan Nabi. Jadi, apakah Ahmad sebenarnya?

J. Umat Muslim pada umumnya tidak sedar bahawa Ahmed bukanlah nama Abu Qasim tetapi sebaliknya Roh Kudus, sebab mereka tidak membaca Alkitab, khususnya teks Yohanes dalam bahasa Aram (Aramaic).

Tentunya luar biasa jika Nabi tidak mengerti peranan Roh dan tidak mungkin dia akan cuba mengambil untuk dirinya peranan Roh itu.

Pada Surah 61:6 kita lihat bahawa Kristus dinyatakan rasul Tuhan. Khabar baik Ahmed adalah mengenai “Penghibur” yang diutus kepada Jemaat. Roh Kudus muncul menyampaikan kuasa Tuhan sebagai utusan atau penghibur Jemaat pada Pentakosta 30 CE, namun kuasanya disangkal atau dicemooh ramai. Teks itu merujuk kepada bahagian dalam Kisah bab 2 (lihat juga Kisah 8:11 dsb.). Hadis telah sengaja mengaburkan pemahamannya.

P3. Tahukah kita keturunan sebenar Nabi itu?

J. Keturunannya ialah Ismael kepada Kinana kepada Quraish, kepada Hashim kepada Qasim (lihat Muslim 2/245; Tirmidhi 2/201). Dia kemudian disalah panggil sebagai Muhammad yang tidak pernah menjadi namanya tetapi sebaliknya satu gelaran untuk badan Jemaat Tuhan.

Nabi ini terpengaruh oleh suku bapanya dan beberapa orang sezamannya di Mekah, Madinah dan Taif, yang telah menjadi monoteis. Jadi, mereka dapat menampung sesetengah daripada bentuk-bentuk Monofisit bukan-Trinitarian dalam Kekristianan, tetapi bukan bentuk-bentuk Trinitarian Athanasia, yang telah mempengaruhi pemujaan santo (orang kudus) dan relik sesuai dengan animisme Kasdim. Mereka telah menerima pakai pemujaan suatu ilah, “Maria,” dalam bentuk-bentuk kultus Ibu dewi, yang diperolehi di Arabia daripada Astarte dan berkait dengan Matahari sebagai entiti feminin dalam sesetengah misteri (lihat naskah Mistikisme Bab 5 Islam (No. B7_5)

).

 

P4. Kita lihat dan dengar di mana-mana, dalam pers dan dalam kehidupan sehari-hari, rujukan-rujukan kepada “nabi Islam, Muhammad” atau Mahomet atau Mohammed, dsb. Bukankah “MAHOMET” bermakna dia yang tidak terpuji daripada peniadaan yang diberikan oleh awalan “ma”? Sebaliknya, “MUHAMMAD” bermakna dia yang layak dipuji. Bolehkah anda jelaskan kontradiksi ini?

J. Muhammad ialah agama Ketuhanan itu (lihat Surah 48:29) iaitu, gambar-gambar Allah Maha Esa melalui Roh Tuhan. Muhammad ialah meterai nabi-nabi menurut Surah 33:40. Nama pengkhotbah tersebut haruslah jangan dikelirukan dengan penggunaan istilah Muhammad sebab ini hanya satu meterai atau gelaran.

 

Muhammad pada mulanya bukanpun satu nama. Perkataan Muhammad sama dengan makna jamak: orang-orang yang dianjurkan. Kita boleh lihat bahawa makna gelaran Muhammad sebenarnya seerti dengan apa saja gelaran yang dapat diberikan kepada orang-orang yang paling diberkati di kalangan Hasil-hasil Sulung.

 

Muhammad (Surah 3:144, 33:40, 47:2, 48:29) dan Mahmoodan (Surah 17:79) pastinya menyatakan satu hubungan kepada Ahmed, tetapi mungkin mempunyai nuansa yang berbeza dengan apa yang kita jangkakan sebagai perkataan-perkataan yang tidak mempunyai padanan tepat dalam bahasa Inggeris.

 

P5. Ada mengatakan bahawa Perjalanan Malam Nabi yang membawanya ke Yerusalem, kemudian ke Firdaus, merupakan satu visi. Apakah erti sebenar Perjalanan Malam itu?

J. Hadis telah mengubah satu teks dalam Quran dalam Surah 17:1 yang mana nabi itu menuntut bahawa dia mendapat visi di mana dia dijalankan pada waktu malam dari “Masjidilharam” (ditafsir sebagai Mekah) ke “Masjid Al-Aqsa” (ditafsirkan sebagai Gunung Bait di Yerusalem). Visi ini adalah untuk tujuan memperlihatkan tempat Bani Israel dalam Kitab Suci. Tradisi Hadis menuntut bahawa ini adalah di atas kuda bersayap “Buraq” dan dari situ nabi dibawa ke syurga dan kembali. Pemahaman asalnya adalah seperti yang digambarkan dalam terjemahan Pickthall dalam pendahuluan kepada Surah itu, yang mana difahami dia telah dibawa atas kuda syurgawi melalui tujuh langit ke hadirat Tuhan dalam visi, sama seperti bagaimana Paulus dan Yohanes menulisnya dalam Perjanjian Baru.

 

Banyak omong kosong dibicarakan tentang 27 Rajab. Malah sesetengah pengulas AS menuntut bahawa pada tanggal ini nabi naik dari masjid Al Aqsa ke syurga, yang mustahil secara alkitabiah dan teologi dalam kedua-dua sistem.

 

Islam

 

P1. Kita tahu bahawa umat Muslim menyembah satu Tuhan tetapi apakah agama mereka? Adakah Quran dimaksudkan untuk membentuk dasar satu agama baru?