Christian Churches of God
[CB93]

Penaklukan-Penaklukan Daud

(Edisi 1.0 20061208-20061208)
Dibawah pemerintahan Daud, bangsa Israel menjadi makmur seperti yang dijanjikan Tuhan. Mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan sempadan Israel menjadi selamat. Daud mahu membina sebuah Kaabah bagi Tuhan tetapi dia tidak dibenarkan untuk melakukannya. Bgaimana pun, Allah telah berjanji kepada Daud bahawa rumah dan kerajaannya akan berkekalan selamanya. Karya tulis ini telah diadaptasikan dari Bab 98-102 dari The Bible Story Jilid IV oleh Basil Wolverton, yang diterbitkan oleh Ambassador College Press.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta © 2006 Christian Churches of God,
Disunting oleh Wade Cox)
(tr. 2009)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Penaklukan-Penaklukan Daud

Kita teruskan disini dari karya tulis Raja Daud (No. CB92).

Janji Allah kepda Daud

Selepas Daud berpindah ke istana yang diberikan sebagai hadiah dari Hiram, raja Tirus itu, dia mula berfikir betapa baiknya keadaan persekitarannya daripada persekitaran Tabut itu, yang hanya terletak di dalam sebuah kemah.

“Tabut itu harus diletakkan dlam tempat yang lebih sempurna daripada apa yang aku miliki,” Daud memberitahu Natan. Nabi itu. “Apa pendapat kamu tentang rancangan aku untuk membina Kaabah untuk menempatkan Tabut itu?”

“Sudah tentu Allah akan senang dengan tindakan itu,” Natan menjawab. “Aku fikir bahwa Dia akan memberkati kamu dan semua umat Israel kerana mempunyai idea yang baik ini.”

Bagaimana pun, pada malam itu. Tuhan menghubungi Natan dalam penglihatan untuk memberitahu dia bahawa rencangan Daud itu tidak menurut kepada kehendak Allah.

“Beritahu Daud untuk tidak melakukan itu. Aku tidak memerlukan lebih dari sebuah kemah atau Bait Suci bagi kehadiranku sejak Israel keluar dari Mesir.” Tuhan memberitahu Natan. “Aku tidak pernah bersungut kepada pemimpin Israel atau mencadangkan bahawa Aku Mahu atau perlu kediaman bagi Tabut itu.

“Sekarang, berikan mesej ini kepada Daud” ‘Aku pilih kamu sebagi ketua umatku. Aku telah bersama dengan kamu dimana saja kamu akan pergi dan telah membinasakan musuh-musuhmu, dan aku akan membuat nama kamu menjadi besar. Dan akau akan menyediakan satu tempat bagi umatku Israel dan mereka tidak akan diganggu lagi. Tidak akan ada lagi peperangan melawan kamu dan keturunan kamu akan memerintah tanah ini bagi generasi yang mendatang. Apabila kamu mati, Aku akan mengangkat satu dariapda anak lelakimu untuk mengambil mahkota dan Aku akan membuat kerajaannya kuat. Dialah yang akan membina Kaabah bagiku. Aku akan menjadi Bapanya dan dia akan menjadi anakku. Sekiranya dia berdosa, Aku akan gunakan bangsa lain untuk menghukum dia, tetapi kasihku tidak akan meninggalkan dia seperti aku mengambilnya dari Saul. Rumahmu dan kerajaanmu akan bertahan selamanya dihadapan aku; mahkotamu akan berdiri untuk selamanya” (2 Sam 7:1-16; 1Taw 17:1-14).

Pagi berikutnya Natan memberitahu Daud tentang mimpinya dan semua yang Allah beritahu kepada dia. Daud tidak kecewa mengetahui bahawa Allah tidak mahu dia membina tempat khusus bagi Tabut itu. Malah dia merasa senang dan ghairah mengetahui bahwa dia akan mempunyai anak yang akan disuruh oleh Allah untuk membina Kaabah yang akan didedikasikan kepaa Pencipta itu, dan menjadi tempat yang lebih sesuai untuk Tabut itu. Serta merta Daud pergi ke tempat tersendiri untuk duduk meditasi dihadapan Allah dan memberi syukur kerana janji-janji Allah yang baik dan berkat kepada dirinya sendir dan umat Israel (2 Sam 7:17-29; 1Taw 17:15-27).

Oleh kerana penurutan Daud dan oleh kerana orang-orang mencari kepada Allah untuk kehidupan yang baik, satu jangka masa kelegaan dari tekanan dari dikelilingi musuh mula datang bagi semua umat Israel. Oleh kerana Israel tidak percaya dengan perlindungan Allah sepenuhnya, bagaimana pun sekuriti ini hanya datang selepas beberapa peperangan dimana Daud memimpin tenteranya bersama dengan bantuan Allah. Walaupun Israel tidak bergantung kepada Allah sepenuhnya, Dia memelihara janjiNya dan membebaskan mereka dari musuh.

Kemenangan-kemenangan bagi Daud

Satu daripada kemenangan pertama Daud dalam ketenteraan pada masa itu adalah mengalahkan orang Filistin dan menawan mereka. Umat Israel menawan beberapa daripada kota utama mereka dan mendudukinya selama beberapa tahun. Keadaan yang bertentangan bagi umat Israel ini yang mana sudah lama menjadi subjek orang Filistin (2 Sam 8:1; 1Taw 18:1).

Daud juga mengalahkan orang Moab. Diamembuat mereka berbaring di sisi masing-masing dalam barisan. Dua pertiga dari setiap barisan, seperti yang diukur dengan tap, telah dibunuh, dan satu pertiga daripadanya dibiarkan hidup menjadi hamba Daud. Mereka yang dibiarkan hidup dipaksa untuk membayar hormat kepada Israel untuk membayar apa yang mereka telah ambil dalam serangan mereka dahulu keatas Kanaan (2 Sam 1:1; 1Taw 18:2).

Daud juga berlawan dengan tentera Raja Hadadezer dari Zobah di Sugai Euprates. Dia menawan satu ribu dari kereta kudanya, tujuh ribu penunggang kereta kuda dan dua puluh ribu tentera darat; kemudian dia mencacatkan semua kereta kuda kecuali pada satu ratus kumpulan. Dia juga membunuh dua puluh ribu orang Aramean (Siria) dari Damascus apabila mereka datang untuk menjemput Hadadezer (2 Sam 8:3-5; 1Taw 18:5).

Allah telah memrinahkan Israel untuk tidak mengumpulkan kuda-kuda perang dengan banyak, kecuali mereka bergantung penuh dengan kuda perang dan bukannya dari perlindungan Allah sendiri (Ul 17:16). Itulah sebabnya Daud telah mengarahkan kereta-kereta kuda itu dibunuh kecuali satu ratus itu untuk kegunaan orang Israel. Banyak metal telah diambil dari kereta kuda itu, dan juga alat jerat yang berharga (1Taw 18:3-4).

Orang-orang Daud mengumpukan lebih banyak ramapsan dalam peperangan itu. Ini dihantar ke Yerusalem sebagai persembahan kesyukuran kepada Allah kerana menambah kekayaan kepada Israel. Pada masa yang sama, Daud meninggalkan bala tenteranya di wilayah itu untuk melindungi sempadan Kanaan. Orang Moabm orang Siria menjadi subjek kepada Daud dan ufti telah diminta dari mereka (2 Sam 8:6-8;1Taw 18:6-8).

Untuk sementara waktu, orang Siria telah mempelajari satu pengajaran. Hukuman mereka datang kerana mereka telah mencuri tanah-tanah yang Allah telah berikan kepada tiga suku kaum Israel (1Taw 5:3, 9-11, 18:23). Jadi Tuhan memberikan Daud kemenangan dimana saja dia pergi.

Ianya tidak lama sebelum Toi, pemerintah kota Hamat yang berdekatan, mendengar apa yang telah berlaku. Dia dan Hadadezer adalah musuh dan tentera mereka selalu berperang. Toi merasa senang mengetahui bahwa umat Israel telah mengalahkan seluruh bala tentera Hadadezer.

Maka, dia menghantar anak lelakinya, Joram, mengetuai satu delegasi melawat Daud dan mengucapkan tahniah dia pada kejayaan terbarunya dalam peperangan. Bagi membuktikan persahabatan bapanya untuk raja Israel, Joram menyampaikan Daud dengan satu barang-barang mahal yang diperbuat dari gangsa, perak dan emas. Semua ini Daud menambahkan kepada perbendaharaan khas dibina daripada barang-barang berharga yang diambil dari orang-orang negara-negara lain dan dia mendedikasikannya untuk  Tuhan. Dia berharap yang kekayaan ini akhirnya akan membantu membina Kaabah untuk Tuhan (2Sam. 8:9-12; 1Taw.18:9-11).

Kejayaan berperang pada negara-negara itu memberi tekanan pada Israel menyebabkan Daud menjadi lebih dihormati oleh musuh-musuhnya serta oleh rakyatnya. Akhirnya Tanah Kanaan Yang Dijanjikan telah didiami dan semua sempadan-sempadannya diduduki oleh rakyat Israel. Sementara itu, Daud bekerja untuk mewujudkan kerajaan yang adil. Dia mengekalkan dalam pejabat-pejabat orang-orang atasan yang paling cekap. Dia jenis raja yang secara terbuka dan secara sulit memberikan pujian pada orang-orangnya apabila pujian layak diberikan kepada mereka, daripada ingin memuji kepada diri sendiri (2Sam. 8:15-18; 1Taw.18:14-17).

Daud mengajar kesetiaan

Yoab, walaupun dia menyebabkan kemarahan Daud di masa lalu, dikekalkan sebagai panglima bagi tentera Israel. Daud telah menjanjijan jabatan itu kepada sesiapa sahaja yang berjaya memimpin bala tentera masuk ke Yerusalem semasa serangan terhadap kota itu oleh orang Israel, dan Yoab mendapat upah tersebut. Dia adalah ketua perang yang berkeupayaan, walaupun dia seorang yang suka kepada keganasan. Bersama dengan saudaranya Abisai, yang menjadi kepala dibawah dia, Yoab melaksanakan tugasnya dengan baik.

Dalam peperangan yang lepas secara khususnya ketika Israel menyingkirkan musuh mereka dari Kanaan selatan, Abisailah yang menangani bla tentera itu. Catatan mereka sangat jelas bahawa lapan belas ribu tentera Edom telah dibunuh (2 Sam 8:13-14; 1Taw 18:12-13). Allah menggunakan semua jenis orang untuk melaksanakan rencanaNya. Tetapi hambaNya yang benar harus menuruti kepada hukum fizikal dan spiritual sang Pencipta.

Daud dan Mefiboset

Kehendak Daud untuk bersikap adil dalam hal kerajaan membuat dia tertanya-tanya sama ada masih ada keluarga Saul yang masih hidup. Sekiraya masih ada, ianya kehendak raja itu untuk membantu mereka demi untuk memperingatkan anak Saul, Yonatan, yang merupakan sahabat Daud yang paling rapat ketika dia masih seorang muda yang bekerja untuk Saul sebagai ahli pemuzik dan pemagang perisai (2 Sam 9:1).

Akhirnya seorang lelaki yang bernama Ziba yang merupakan hamba Saul telah dibawa ke Yerusalem.

Raja itu bertanya kepada dia sekiranya masih ada ahli keluarga Daud yang akan diberikan kebaikan Allah. Daud mengetahui seseorang itu harus setia kepada sahabat lama (Ams 17:17; 18:24; 27:10).

Ziba memberitahu Daud bahawa ada seorang anak lelaki Yonatan yang bernama Mefiboset, yang cacat pada kedua-dua kakinya (lihat 2 Sam 4:4).

Ziba memberitahu dia bahawa budak lelaki ini tinggal dengan pengasuh yang bernama Makir di kota Lo-debar.

Jadi Raja mengutus dia. Apabila Mefioset datang dihadapan Daud dia tunduk untuk memberi hormat.

“Aku adalah hambamu. Tuan!” di bercakap dengan perasaan gentar (2 Sam 9:2-6).

“Jangan takut,” Daud berkata kepada dia, “kerana aku hanya ingin menunjukkan kebaikan demi untuk bapamu Yonatan. Aku akan pulihkan semua tanah yang dimiliki oleh datukmu Saul, dan kamu akan selalu makan di mejaku.”

“Mengapa kamu harus berbuat demikian?” Mefiboset bertanya. “Sudah tentu aku hanya seperti anjing yang sudah mati untuk kamu” (ay.7-8).

Kemudian raja itu memanggil Ziba dan berkata kepada dia, “Aku telah memberikan cucu Saul ini semuanya yang dimuliki oleh Saul dan keluarganya. Kamu dan keluarga kamu dan hamba-hamba lain akan kembali melaksanakan tugas yang harus dijalankan untuk membuat wilayah Mefiboset dan kamu itu produktif dan semua orang yang tinggal atau bekerja disana.”

Ziba merasa senang dengan pernyataan ini. Dia mempunyai lima belas anak yang mampu untuk bekerja. Dia juga mempunyai dua puluh hamba yang diaingin kekalkan untuk bekerja.

“Ianya memang kehendak aku untuk melaksanakan perintah raja,” Ziba berkata.

Orang muda ini merasa gembira. Dia bersyukur kepada Daud yang merasa senang dengan peluang untuk melakukan sesuatu bagi anak Yonatan.

Mefiboset dihantar kepada isterinya, dan mereka merasa selesa didalam rumah yang baru. Untuk membuat hidupnya lebih senang lagi, Allah memberkati mereka dengan seorang anak lelaki yang dinamakan Mikah. Ketiga-tiga mereka telah dilayan secara diraja, dan selalu dijemput oleh Daud untuk makan petang dan dalam upacara-upacara yang lain (ay.9-13).

Daud mengalahkan orang Amon

Sementara masa berjalan Daud telah diberitahu yang raja Amon telah mati. Alkitab tidak menyebut sambungan apa Daud ada dengan lelaki ini, tetapi nyata dia pernah berkawan dengan Daud, mungkin semasa dia mencari teduh daripada Saul di luar Kanaan. Daud mahu anakanda baginda, Hanun, untuk tahu bahawa raja Israel telah meminta maaf untuk mendengar kematian bapanya. Daud menghantar satu delegasi dengan hadiah-hadiah untuk tanah timur Amon di Laut (Mati) bagi menyampaikan mesej simpati Daud ini (2Sam. 10:1-2; 1Taw. 19:1-2).

Hanun menerima orang Israel itu dengan baik, tetapi selepas mereka dibawah ke ruang tetamu bagi rehat pada malam itu sebelum kembali ke Yerusalem, beberapa daripada para ketua Amon yang tidak berapa suka kepada orang Israel ini datang bercakap kepada Hanun.

“Sekiranya raja Israel prihatin kepada bapa kamu, dia hanya menggunakannya sebagai satu alasan untuk mengutus pengintip disini,” mereka memberitahu Hanun. “Orang-orang ini bersama dengan hadiah-hadiah memerhatikan kota kita supaya mereka membawa informasi itu kembali. Ini bererti bahawa Israel sedang merancang untuk menyerang kita tidak lama lagi!”

Hanun merasa bimbang dengan pendapat itu. Pada pagi berikutnya dia memutuskan bahawa para ketua itu mungkin benar, dan dia memerintahkan untuk menangkap orang Israel itu. Setiap janggut mereka telah dibuka separuhnya, dan jubah mereka telah dikoyakkan hampir kepada pinggang mereka. Dalam keadaan itu mereka tlah diperintahkan untuk kembali ke Yerusalem dan memberitahu Daud bahawa cubaannya untuk mengintip orang Amon adalah satu tindakan keterlaluan kerana wakilnya akan melihat ketika mereka kembali.

Berita tentang tindakan yang memalukan ini tiba kepada Daud sebelum wakil itu tiba di Sungai Yordan. Daud mengutus orang-orangnya untuk menghantar pakaian baru di kawasan kota Yeriko. Mereka diperintahkan untuk kekal disana sehingga janggut mereka tumbuh kembali.

Sementara itu, Hanun juga menerima beberapa berita yang membuat dia mengumpulkan para ketua Amon yang telah membuat melayan orang Israel itu dengan salah (1 Sam 10:3-5; 1Taw 19:3-5).

Raja Hanun dari Amon kemudian mengetahui bahawa dia bertindak tidak bijak kerana memalukan orang-orang Daud. Laporan datang kepada dia bahawa orang Israel sangat marah dimana mereka hampir memutuskan untuk menyerang Amon di wilayah Laut Mati itu.

Tentera Hanun terlalu kecil dibandingkan dengan tentera Raja Daud. Hanun menyedari bahawa satu-satunya jalan yang boleh menandingi musuhnya adalah dengan bergabung tenaga dengan bala tentera jirannya dari Aramaean dan Mesopotamia.

Hanun berjaya mengumpulkan 33,000 bala tentera – ramai diantara mereka adalah penunggang kuda dan penunggang kereta kuda – dari empat dari raja-raja yang berdekatan (2 Sam 10:6; 1Taw 19:6-7).

Bila Daud mendengar ini dia lebih kecewa daripada runsing. Dia berharap peperangan itu mungkin boleh dielak untuk berapa tahun lagi, tetapi kini dia tahu bahawa, kerana Israel tidak percaya kepada perlindungan Tuhan, tentera Israel akan hendaklah dihantar keluar semula. Walaupun rakyat Israel, dan terutama Duid, marah disebabkan oleh apa Hanun telah dibuat untuk orang yang telah datang untuk Amon untuk satu matlamat mesra, Daud tidak merancangkan mencetuskan peperangan besar kerana perkara itu. Tetapi orang Amon telah sekarang mempelawa serangan ke atas diri mereka untuk kali kedua.

Orang Filistin tidak mengancam orang Israel pada ketika itu, jadi kebanyakan tentera Israel telah diutus keluar untuk bertemu dengan musuh. Daud kekal di Yerusalem, mengutus Yoab sebagai ketua bala tentera perang, dan Abisai, saudara Yoab, sebagai panglima kedua dalam peperangan itu (2 Sa, 10:7; 1Taw19:8).

Orang-orang Amon mempertahankan gerbang kota mereka sementara orang Siria berperang di luar. Apabila Yoab menyedari dia sedang berpererang kepada dua depan, dia memilih tentera yang terbaik untuk melawan 33,000 tentera Siria itu. Bala tentera yang tertinggal diletakkan dibawah arahan Abisai untuk melawan tentera Amon.

Yoab kemudian berkata kepada bala tentera Israel, “Sekiranya orang Siria itu terlalu kuat untuk aku, datanglah dengan cepat bersama dengan orang-orangmu untuk membantu aku. Sekiranya orang-orang Amon itu terlalu kuat untukmu, aku akan kembali untuk membantu kamu. Jangan takut untuk dikalahkan. Sekiranya Allah melihat ianya sesuai, Dia akan menolong kita untuk menang” (2 Sam 10:8-12; 1Taw 19:9-13).

Jerat menjadi satu kemenangan

Pernyataan Yoab yang terakhir dianggap sebagai janggal bagi seorang panglima perang yang berpengalaman dan percaya dalam peperangan dan keganasan untuk menyelesaikan keadaan itu. Walaubagaimana pun, dia percaya dalam kuasa Allah, walaupun dia tidak selalu menurut kepada Hukum Allah. Dia mungkin tidak pernah sedar sejauh mana Allah menolong dia untuk membebaskan orang Israel yang berdosa itu dari jiran-jirannya.

Dalam arahan Yoab bala tentera yang lebih kuat itu membentuk satu barisan depan untuk menghadapi orang Siria. Apabila orang Siria menyedari bahwa mereka, dan bukannya orang Amon yang dahulu diserang, mereka merasa panik. Mereka melarikan diri dari Medeba dengan keadaan huru hara dimana Yoab memberi arahan kepada orang-orangnya untuk tidak membuat mereka memenatkan diri untuk mengejar dengan sia-sia.

Pada masa yang sama bala tentera Abisai menyerang orang Amon, yang merasa kecewa dengan pengunduran orang Siria dimana mereka juga melarikan diri untuk berlindung kedalam kota mereka. Selepas itu Yoab kembali ke Yerusalem (2 Sam 10:13-14; 1Taw 19:14-15).

Syrians itu sedar bahawa mereka tidak ada perlawanan untuk orang Israel. Jadi pemimpin-pemimpin itu merancang untuk pembalasan segera. orang yang suka menjadi juara adalah Hadadezer. Dia raja Syria yang dahulunya telah kehilangan beribu orang dan banyak kuda dan kereta-kereta kuda untuk tentera Israel. Pada masa ini Hadadezer telah membina semula bala tenteranya. Digabungkan dengan orang-orang raja-raja Syria lain, ini dibuat satu mesin pergaduhan yang agak besar. Tetapi Hadadezer tidak berpuas hati sehingga dia telah mengambil banyak lagi Aramaean berjuang daripada Mesopotamia. Askar-askar ini tiba di Helam di bawah perintah bagi Shobach, panglima besar Hadadezer (2 Sam 10:15-16; 1Taw 19:16).

Apabila dia mendengar ini, Daud memutuskan bahawa dia sendiri akan memimpin bala tentera helam dimana Siria menyerang mereka. Tetapi sekali lagi oramg Siria melarikan diri dari orang Israel. Mereka meninggalkan tujuh ratus penunggang kereta kuda mati di medan pertempuran, dan juga empat puluh ribu bala tentera termasuk panglima Shobach.

Apabila semua raja-raja yang merupakan kepada Hadadezer melihat bahawa mereka telah dikalahkan oleh Israel, mereka berdamai dengan Israel dan menjadu subjek kepada mereka (2 Sam 10:17-19; 1Taw 18:17-19).

Daud dan Batsyeba

Pada tahun berikutnya, ketika cuaca membenarkan untuk perarakan bala tentera, Daud mengutus Yoab keluar bersama dengan raja-raja tentera dan seluruh tentera Israel melawan orang Amon. Daud tidak prihatin dengan balas dendam. Dia mahukan kekangkan orang Amon yang suka berperang ini sebelum mereka membina satu angkatan tentera yang cukup kuat untuk menyusahkan orang Israel di masa hadapan.

Mereka memusnahkan orang-orang Amon dan menawan kota Rabah. Tetapi Daud tinggal di Yerusalem (2 Sam 11:1; 1Taw 20:1).

Pada suatu malam Daud pergi ke atas dan berjalan-jalan di atas bumbung istananya. Dari bumbung itu dia melihat seorang perempuan muda yang sedang mandi dan Daud melihat bahawa dia seorang yang amat cantik. Pada masa itu tidak ada yang sangat menghairankan untuk mandi serta dilihat oleh orang lain. Kebersendirian tidak boleh didapati oleh semua orang tetapi selalunya haruslah berpakaian ketika mandi di sungai atau seumpamanya.

Selepas bertanya siapa perempuan itu, Daud mengetahui bahawa namanya adalah Batsyeba, dan bahawa dia adalah isteri kepada seorang lelaki yang bernama Uria dari Het. (Orang Het tinggal di wilayah Sungai Yordan ketika Israel harus datang ke Kanaan). Uria adalah satu daripada beribu tentera dalam bala tentera Israel yang melancarkan serangan kepada orang Amon. Dia juga satu daripada tiga puluh tujuh pahlawan Daud, seorang panglima Israel (2 Sam 23:39). Walaupun Daud tidak mengetahui dia, kemungkinan untuk mendapatkan dia sebagai isteri bertumbuh dalam fikirannya. Dia dengan nafsunya dipengaruhi dengan kecantikan fizikal semata-mata.

Walaupun Daud mempunyai keupayaan untuk berfikir dengan bijak, dia terus berfikir tentang Batsyeba. Dia memutuskan untuk melakukan sesuatu tentangnya. Kemudian Daud mengutus para utusannya untuk mendapatkan dia. Jadi dia datang kepada Daud dan dia tidur dengan perempuan itu. Kemudian dia kembali ke rumahnya.

Daripada membuka fikirannya yang dipenuhi dengan nafsu, Daud mengikutinya. Akibatnya adalah satu permulaan yang sangat buruk dalam hidupnya. Dia telah melanggar Hukum yang Ketujuh dana Hukum Sepuluh. Sekarang sudah pasti akan datang (2 Sam 11:4).

Akibat yang pertama datang kepada Daud apabila dia menerima mesej dari Batsyeba yang memberitahu dia bahwa dia sedang mengandung beberapa bulan selepas itu. Satu-satunya cara untuk melepaskan masalah ini adalah menyatukan Uria kepada isterinya serta merta. Sekiranya Uria tinggal bersama dengan isternya beberapa hari, dia akan fikir bayi itu adalah kepunyaannya.

Daud tidak membuang masa untuk menutus utusan kepada Yoab, meminta dia mengambil suami Batsyeba dari Yerusalem untuk melaporkan perkembangan perang. Uria bergegas kembali dan dibawa kepada Daud.

Apabila Uria datang kepada dia, Daud bertanya kepada dia bagaimana keadaan Yoab dan bala tenteranya dan bertanya tentang peperangan itu.

Daud akhirnya berkata kepada Uria. “Pergilah, pulanglah ke rumahmu dan basuhkan kakimu” (2 Sam 11:2-8).

Rancangan Daud berkesudahan sebaliknya

Raja itu merasa lega sementara dia melihat Uria keluar dari pintu. Soalan-soalan itu hanyalah satu tindakan untuk menyembunyikan sebab yang sebenarnya bagi orang Het itu kembali ke Yerusalem.

Tetapi selain itu ada perasaan bersalah, khususnya dalam kehadiran pegawai yang setia dan taat dimana dia melakukan kesalahan. Untuk cuba mengurangkan perasaan yang tidak senang ini, Daud memberikan dia Hadiah.

Pada pagi keesokannya Daud telah mendengar satu kejutan yang tidak menyenangkan. Dia telah diberitahu bahwa Uria tidak pulang ke rumah. Dia telah tidur di pintu istana bersama dengan hamba-hamba raja.

“Mengapa kamu tidak pulang ke rumah untuk bersama dengan isteri kamu?” raja itu bertanya apabila Uria dibawah kepadanya.

“Adakah kamu tidak ingin melihat dia selepas kamu pergi untuk sekian lama?”

“Aku ingin sekali bersama dengan isteriku.” Uria menjelaskan, “tetapi aku merasa sementara panglima aku dan bala tentera harus tidur di tanah dan batu, aku tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk mendapat sesuatu yang lebih baik. Bagaimana boleh aku pergi ke rumahku dan makan minum dan bersama dengan isteriku? Aku tidak akan melakukan perkara seperti itu” (ay. 9-11).

“Jadi, tinggallah disini pada malam ini,” Daud berkata, “dan esok aku akan mengutus kamu untuk bersama-sama dengan bala tentera yang lain.”

Jadi Uria tinggal di sekitar istana. Dia makan dan minum bersama dengan Daud dan daud membuat dia mabuk. Tetapi pada petang itu Uria tidak pulang ke rumahnya seperti yang Daud harapkan tetapi sekali lagi tertidur bersama dengan hamba-hamba di pintu istana (ay.12-13).

Satu lagi rancangan

Membuat Uria menjadi mabuk adalah satu tindakan yang sia-sia. Walaupun dalam keadaan itu Uria yang cekal menolak untuk melawat isterinya, yang sudah dekat. Dia merasa bahawa dia tidak harus berseronok di rumah sementara bala tentera yang lain dalam kesusahan di medan pertempuran melawan orang Amon.

Daud merasa sangat bimbang tentang apa yang akan berlaku sekiranya orang ramai akan mengetahui bahawa dia adalah bapa kepada anak yang dikandung oleh isteri orang lain. Dalam tindakannya untuk melepaskan diri, Daud memutuskan untuk melakukan satu perkara yang jahat. Dia mengutus surat rasmi kepada Yoab, panglima tenteranya, dengan Uria menjadi pengutusnya. Uria kembali dengan serta merta, seperti yang dia harapkan, untuk bersama-sama dengan tentera Israel lain yang berkemah itu.

Selepas membuka surat itu, Yoab yang ganaspun merasa terkilan. Dia diperintahkan untuk menempatkan Uria di barisan depan dalam peperangan melawan Amon. Kemudian dia dengan serta merta mengundurkan bala tenteranya dan tidak membenarkan tenteranya untuk membantu atau menyelamatkan Uria. Tentera yang setia ini telah diberikan waran kematian oleh Daud, dan anpa dia ketahui menyampaikannya kepada orang yang mempunyai kuasa untuk melaksanakan perintah kejam ini (ay.14-15).

Sementara Yoab mengepung kota itu, dia meletakkan Uria di tempat yang dia tahu ada seorang pahlawan yang gagah. Apabila orang-orang di kota itu keluar dan berlawan dengan tentera Yoab, beberapa daripada orang dalam bala tentera Daud mati. Dan Uria adalah antara mereka. Beberapa orang Amon membunuh Uria, tetapi Daud yang bertanggung jawab bagi kematian orang Het ini (ay.16-17).

Yoab mengutus utusan kepada Daud untuk memberitahu segala apa yang berlaku.

“Musuh keluar melawan kamu,” dia berkata, “dan sementara kami mengejar mereka kembali ke gerbang kota, orang-orang di tembok menyerang kami dan beberapa daripada tentera kami gugur. Uria orang Het itu juga terbunuh.”

“Aku tahu bahawa Yoab merasa susah kerana orang Amon menipu mereka,” Daud berkata kepad autusan itu. “Apabila kamu kembali, beritahu dia supaya tidak begitu susah. Ingatkan dia bagi aku bahawa beberapa orang harus mati dalam peperangan. Beritahu dia bahawa ianya kehendak aku untuk dia melupakan perkara lalu dan mencari jalan untuk mengalahkan kota Rabah, walaupun ia memerlukan berbulan-bulan untuk melakukannya” (ay.18-25).

Apabila Batsyeba mengetahui bahawa suaminya telah mati dalam peperangan, maka dia meratap baginya. Selepas dia selesai berkabung, Daud membawa dia ke istana dan menjadi satu daripada isterinya.

Dibawah keadaan yang sukar ini, Daud menambah lagi jumlah isterinya, dan akhirnya menambah satu lagi anak.

Sekiranya Allah tertidur, Daud mungkin hidup dalam episod yang memusnahkan dalam hidupnya tanpa diketahui oleh umatnya berkenaan dengan kehendaknya yang tidak baik, tentang rancangan jahatnya dan perbuatan yang terkutuk. Kebenaran boleh dipegang teguh dari seluruh bangsa dan juga individu.

Tetapi Allah tidak tertidur. Dia tidak boleh ditipu. Dan Allah tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Daud. Malah raja Israel sekalipum, sama seperti orang lain, akan mendapat kesusahan kerana melanggar Hukum Allah (ay.26-27).

Natan menegur Daud

Allah memulakn hukuman kepada Daud dengan memerintah kepada Natan, satu daripada nabi Allah, tentang apa yang harus dikatakan kepada raja itu.

Apabila dia datang kepada raja, Natan memberitahu dia tentang dua orang yang berjiran. Satu adalah kaya dan satu lagi miskin. Orang yang kaya mempunyai ternakan domba yang banyak serta lembu-lembu. Orang yang miskin hanya mempunyai hanya seekor domba yang dibesarkan di rumahnya. Ia menjadi binatan peliharaan bagi kanak-kanak dalam rumahnya, dan ia hampir sama seperti ahli keluarga yang lain.

“Masalah timbul apabila seorang kawan datang melawat orang yang kaya ini,” Natan meneruskan. “Daripada memberitahu hambanya untuk menyembelih satu daripada binatang ternakannya bagi makanan untuk pelawatnya, dia menyuruh hamba itu pergi kerumah orang yang miskin itu dan mengambil serta menyembelihkan satu-satunya binatang yang dia ada, binatan peliharaannya. Domba itu diberikan kepada pelawat orang yang kaya itu (2 Sam 12:1-4).

Daud dengan marah berkata, “Orang itu harus memberikan jirannya empat domba untuk menggantikan satu domba yang disembelih itu. Dan oleh kerana dia seorang yang tamak dan tidak ada perasaan kasih kepada orang miskin, dia patut mati” (ay.5-6).

“Kamu tidak perlu keluar rumahmu untuk mencar orang seperti itu yang tidak mempunyai belas kasihan yang berhati perut itu,” Natan berkata. “Kamulah orang itu!”

Kemudian Nathan berkata, “Kamu telah marah Tuhan oleh kelakuan buruk kamu dahulu. Dia melindungi kamu berkali-kali daripada Saul dan askar-askarnya. Dia membolehkan kamu berkuasa di Israel, rumah dan kekayaan kamu menikmati dan beberapa isteri yang kamu pilih. Jika kamu memerlukan yang lain, Tuhan akan memberi ia untuk kamu. Memkamungkan perkara yang menakjubkan itu Pencipta kamu telah menggunakan sebagai kamu, mengapa kamu melanggar HukumNya? Kamu merancang kematian lelaki yang setia dimana dengan isterinya kamu berbuat zina! Uriah orang Het itu mati oleh tangan kamu melalui musuhmu, orang Amon. Kemudian kamu mengambil jkamu Uria menjadi isteri kaum untuk menutup zina kamu” (ay.7-9)

“Allah memerintahkan kepada aku untuk memberitahu kamu apa akan terjadi kerana kamu telah melakukan dosa besar.” Natan meneruskan. “Dari sekarang, kematian akan terjadi di rumah kamu. Ianya akan terjadi pada waktu ianya tidak dijangka. Perkara jahat yang lain akan terjadi dalam rumah kamu. Jiran akan mengambil isteri kamu dari kamu. Kamu telah melakukan banyak perkara dalam rahasia, tetapi orang yang mengambil isteri kamu akan melakukan perkara sama pada waktu siang dan dalam pendangan mata orang ramai” (ay.10-12).

“Aku mengakui dosaku. Aku telah bertindak dengan tidak berhati perut dan tidak mempunyai kasih.” Daud mengakui selepas itu. “Aku telah melakukan perkara buruk ini di pandangan Allah tanpa melihat orang lain. Aku patut mati!” (Mazmur 51 adalah Doa pertobatan Daud).

“Sekarang selepas kamu menyedari betapa berdosanya kamu dan telah bertobat, Allah akan mengampuni kamu,” Natan berkata. “Dia tidak akan mengambil nyawamu. Bagaimana pun, oleh kerana tindakan kamu ini sangat menistakan Tuhan, anak yang lahir kepadamu akan pasti mati.”

Dengan itu akan ada masa kesukaran di depan. Ianya mula terjadi serta merta selepas anaknya lahir dari Batsyeba. Bayi itu tiba-tiba sakit. Walaupun ramalan Natan bahawa bayi itu akan mati, Daud telah berpuasa dan berdoa ia akan hidup. Dia menghabiskan malam-malamnya tidur di lantai batu (ay.13-16).

Para penatua di rumah Daud cuba untuk bercakap dengan dia untuk tidur ti katil, tetapi dia enggan dan tidak makan.

Bayi itu mati pada hari ketujuh dia sakit. Para hamba merasa takut untuk memberitahu raja. Mereka berkata perangainya sangat ekstrim sementara bayi itu masih hidup lagi dan mereka takut dia kan bertindak dalam keadaan tertekan sekiranya dia mengetahui bahwa bayinya telah mati. Apabila Daud menyedari bahawa mereka saling berbisik, dia tahu apa yang telah berlaku.

“Adakah bayi itu sudah mati?” dia bertanya.

“Ya,” mereka menjawan, “dia sudah mati.”

Kemudian Daud berdiri, membasuh dirinya, menyikat rambutnya, menukar bajunya, dan pergi ke Bait Suci dan menyembah Allah. Kemudian dia kembali ke istana untuk makan (ay.17-20).

“Bagaimana kamu merasa lebih baik selepas bayi kamu mati?” seseorang bertanya.

Daud menjelaskan, “Sekarang selepas bayi itu mati, tidak ada alasan lagi untuk terus berpuasa dan berdoa untuk dia. Aku berharap dia akan hidup, tetapi sekarang selepas dia pergi, tidak ada yang boleh aku lakukan untuk membawa dia kembali.”

Selepas mendapat semula kekuatannya, Daud pergi kepada keselesaan Batsyeba disebabkan oleh kehilangan anak lelaki mereka. Kemudian, seorang lagi anak lelaki telah dilahirkan kepada Daud dan Batsyeba. Kerana mereka kini bebas untuk berkahwin, Tuhan melihat dengan memihak pada perkahwinan mereka dengan memberi mereka anak kedua ini. Tuhan sayang dia dan dia menghantar firman kepada Nathan, nabi itu untuk memanggilnya Jedidiah, yang bermakna Yang dikasih Allah (Yah[o]). Daud telah memberi nama dia Salomo, yang bermakna Pendamai (ay. 21-25). Mazmur 127:2, ditulis oleh Salomon, membawa nama Yedid atau yang dikasihi, yang adalah nama yang diberikan Tuhan kepada Salomon melalui Nathan.

Sementara itu, dari masa Uria orang Het itu dibunuh sehingga selepas Daud bertobat, Yoab dan tentera orang Israel telah berlawan melawan Rabah dari orang Amon dan menawan kota kudus itu.

Kemudian, Yoab mengutus para utusan ke Yerusalem untuk memberitahu Daud bahawa mereka berperang melawan Rabah dan merampas bekalan air disana. Mesej ini juga adalah satu cadangan bawaha Daud akan datang ke Rabah bersama dengan tentera tambahan untuk menawan kota. Kalau tidak, sekiranya Yoab mengambil kota itu, ia akan dinamakan sempena namanya (ay.26-28).

Orang Amon akhirnya ditawan

Daud bersetujuh, dan pergi kepada seluruh tentera untuk bergabung dengan Yoab. Mereka menyerang Rabah dan menawannya. Daud mengambil mahkota raja mereka, yang adalah mahkota Milkom, dinamankan sempena dewa mereka, dan ia ditempatkan di kepalanya sendiri (ay.29-30).

1 Tawarikh 20:1-3 berkata bahawa Yoab pergi ke Rabah dan mengepungnya, tetapi Daud kekal di Yerusalem. Selepas ianya dikepung, Daud pergi disana. Dia membuka mahkota dari kepalan, yang dianggap kepala raja Milkom, dewa orang Amon. Daud  menyuruh orang-orang itu bekerja sebagai penggergaji, penggerek besi dan kapak. Bagi orang-orang Amon di kota, mereka diambil dan disuruh bekerja sebagai buruh kasar bagi orang Israel.

Alkitab tidak menyebut apa yang telah terjadi untuk raja Amon, tetapi dia mungkin dibunuh. Mahkota itu merujuk untuk di sini, kerana mahkota raja, ditimbang lebih daripada satu ratus pound. Ia mempunyai banyak batu-batu permata, dan emas sahaja bernilai wang yang sangat banyak jumlahnya. Mahkota itu difahamkan telah diletakkan pada kepala patung dan penempatan mahkota itu pada kepala Daud adalah satu pemindahan kuasa daripada kebaktian palsu mereka kepada raja bangsa Israel dibawah Satu Allah yang Benar.

Mahkota itu hanya sebahagian kecil dari kekayaan yang diambil oleh orang Israel dari Rabah. Mereka juga mengambil banyak barang rampasan dari kito. Ini semua, bersama dengan barang rampasan dari kota-kota lain, telah dibawah balik ke Yerusalem ketika Daud dan bala tenteranya kembali.

Kita akan teruskan Cerita Alkitab ini dalam karya tulis  Masalah dalam Keluarga Daud (No. CB 94).