Istilah bagi kemarahan SHD2734 ‘harah’ di dalam Alkitab adalah suatu kata kerja yang bermaksud ‘menjadi marah’ dan secara kausatif ianya bermaksud ‘menjadi panas’ atau ‘melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh’ (Nehemia 3:20). Kata nama ‘haron’ SHD 2740 merujuk kepada kemarahan ilahi, iaitu ‘membakar’. Kemarahan adalah suatu perkataan yang agresif dan sepertimana ketakutan, mampu mendorong seseorang itu untuk bertindak, dan kemarahan yang dipergunakan dengan betul dapat memberikan kita kesungguhan untuk melakukan pekerjaan. Jadi terdapatnya kemarahan manusia dan kemarahan ilahi dan kita perlu memahami apa dia kemarahan Ilahi dan membuangkan kemarahan manusia milik kita daripada pemikiran kita.
Cerita Kain dan Habel jelas diketahui daripada Kejadian 4:1-14 dan merupakan contoh pertama yang direkodkan mengenai kebanggaan diri yang terluka dan ketidakbolehan untuk menangani teguran serta kritikan daripada Tuhan. Kemarahan ini di dalam seorang manusia mengakibatkan pembunuhan.
Kemarahan merupakan embrio pembunuhan dan setiap kali kita disinggung atau perasaan kita dilukai dan kita merasakan kemarahan timbul di dalam diri kita, kita haruslah memadamkannya serta-merta kerana kita tahu bahawa lanjutan logikal kepada kemarahan ini adalah pembunuhan. Memain-mainkan perasaan-perasaan marah di dalam keadaan-keadaan sebegitu secara efektifnya adalah membunuh di dalam fikiran kita.
Cerita Kain dan Habel adalah cerita manusia sejajar pemberontakan angkatan malaikat surgawi. Habel mewakili Kristus dan Kain pula mewakili Iblis selaku dua anak-anak Tuhan. Kristus, anak yang taat dan Iblis, yang penuh dengan keangkuhan diri dan telah memberontak terhadap hukum serta kedaulatan Allah Bapa. Seseorang yang angkuh dengan cepat menjadi marah terhadap sebarang ancaman terhadap kecemerlangan yang dilihat pada dirinya.
Tindakan-tindakan Firaun terhadap Musa sepanjang tempoh sepuluh tulah itu memperlihatkan seorang lelaki yang bangga dengan kedudukannya diuji dengan permintaan-permintaan Musa. Musa, sebagai seorang warga sebelumnya mempersoalkan kedaulatan Firaun dan Firaun tidak dapat menerima hal ini dan menjadi sangat marah. Rancangan muktamadnya, yang lahir daripada kemarahannya terhadap orang-orang Israel, adalah untuk mengejar mereka dan membunuh mereka semua di Laut Merah.
Apabila kita berdiri untuk menuruti hukum-hukum Tuhan di dalam masyarakat ini, kita membuatkan penguasa-penguasa dunia ini marah, kerana kita merujuk kepada Tuhan dan bukannya kepada mereka. Sejarah menunjukkan bahawa nasib ramai orang yang mengikut hukum Tuhan adalah kebencian dan kematian. Kemarahan membawakan kematian.
Cerita Bileam dan keldainya sekali lagi menunjukkan kelukaan, keangkuhan, kemarahan dan keinginan untuk membunuh objek kemarahan itu (Bilangan 22:21-30). Yusuf diamarkan oleh seorang malaikat untuk membawa Maria serta Yesus yang muda dan melarikan diri ke Mesir untuk keselamatan mereka (Matius 2:13-15). Ayat 16 memperlihatkan kemarahan memuncak Herodes, yang mengakibatkan pembunuhan berama-ramai setiap anak lelaki di bawah 2 tahun di Betlehem dan semua daerahnya, di dalam usahanya untuk menghapuskan Mesias.
Kemarahan dan ancaman pembunuhan itu sekali lagi dipamerkan di dalam cerita Nebukadnezar dan tiga orang Ibrani yang menolak untuk mengakui suatu sistem yang bertentangan dengan sistem Tuhan. Kesemua ini adalah contoh-contoh Alkitab mengenai kemarahan manusia.
Caranya bagaimana kemarahan dijadikan suatu tarikan di dalam sukan dan filem-filem wayang pada hari ini telah membiasakan orang ramai sehingga menerima kemarahan sebagai suatu tindakbalas sah terhadap sesuatu keadaan. Berikutnya, wujudlah keganasan di dalam keluarga, di dalam sukan, dan di jalan-jalanan. Sehinggakan anak-anak kecil juga berkelakuan begitu. Terdapat juga perbuatan merosakkan reputasi perwatakan orang yang mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang lain daripada ‘kebiasaan’, disebabkan apa yang dikatakan adalah betul. Para penuduh tidak mempunyai sebarang alasan. Kemarahan adalah reaksi pertama dan jika doktrin-doktrin mereka tidak dapat melalui ujian kebenaran, maka mereka merasakan ianya ditujukan kepada diri mereka secara peribadi. Kristus menyampaikan kepada jemaat sedikit kebenaran, mereka menjadi marah dan membawanya keluar untuk membunuhnya (Lukas 4:14-30).
Kadangkala Tuhan mempergunakan kemarahan orang lain untuk memaksakan suatu hubungan lebih erat dan lebih bergantung padaNya daripada individu. Umat dunia ini cenderung untuk memilih jemaat-jemaat di mana mereka berada berdasarkan prejudis-prejudis mereka sendiri, dan mereka melakukannya untuk membenarkan prejudis-prejudis mereka itu. Biarlah Alkitab menjadi ukuran bagi pembenaran posisi kita.
Akibat-akibat daripada kemarahan manusia dapat dilihat jika seseorang mengkaji: Ayub 5:2 ; Mazmur 37:8; 55:3; 76:10 dan Amsal 6:34; 12:16; 14:17,29; 15:1,18.
Terdapat situasi-situasi lain yang menunjukkan aspek kemarahan yang satu lagi iaitu kemarahan Ilahi: Keluaran 22:24; 33:5; Bilangan 11:1,10; 11:33, Yosua 23:16. Teks-teks ini adalah berkenaan kemarahan ilahi dan membakar milik Tuhan dan menunjukkan bahawa oleh kerana Tuhan dan Kristus mampu untuk marah, maka sepatutnya juga terdapat masanya untuk kita menjadi marah. Jenis kemarahan sebegini adalah jenis yang dilihat sebagai ‘mempunyai kesungguhan untuk berkerja’, dan ianya adalah untuk pekerjaan Tuhan.
Apabila Kristus menghalau para penjual daripada bait itu, dia marah kerana rumah Bapanya telah dicabuli.
Apabila kita melihat atau mendengar hukum-hukum Tuhan dicabuli atau apabila kita mendengar doktrin yang bukan berasal daripada Alkitab dipromosikan, kita haruslah marah dan bersungguh-sungguh menunjukkan kesalahan tersebut. Juga kita haruslah mempamerkan kemarahan kita sepenuhnya dengan meninggalkan jemaat tersebut dan berdiri berseorangan, jika perlu, terhadap keberhalaan dan pencabulan hukum Tuhan.
Ini adalah kemarahan yang betul, suatu ‘kesungguhan terhadap pekerjaan’ Tuhan, suatu kemarahan yang membakar, seperti milik Tuhan. Kemarahan manusia adalah proses pemikiran yang salah dan kita harus pastikan bahawa kita menguasainya, sepertimana yang diperintahkan Tuhan kepada Kain.