Christian Churches of God
056z

Ringkasan: Memelihara Hari-hari Perayaan

(Edisi 2.1 19940917-20000209)
Karya ini membincangkan latarbelakang kepada pemeliharaan perayaan-perayaan Imamat 23, yang datangnya daripada pemahaman Perintah Keempat.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta © 1994 [ed. 1997], 2000 Wade Cox)
(Tr. 2003)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Ringkasan: Memelihara Hari-hari Perayaan

Perayaan-perayaan Tuhan disenaraikan di dalam Imamat 23:1-44. Ini merupakan perkumpulan-perkumpulan yang diperintahkan Tuhan bagi umatNya, dan semuanya saling berkait, dan secara berurutan, menjelaskan rencanaNya bagi manusia. Sepertimana dengan pemeliharaan kesemua Hukum atau Perintah Bersepuluh, begitu juga kesemua Perayaan-perayaan ini perlu dipelihara.

Daripada Imamat 1:1,2 TUHAN menyatakan bahawa semua itu adalah perayaan-perayaan yang ditetapkan TUHAN, perkumpulan-perkumpulan suci, dan perayaan-perayaan milikNya. Sebarang perayaan lain oleh organisasi-organisasi Kristian aliran umum adalah lain daripada perayaan-perayaan tetap Tuhan sendiri, dan tidak mempunyai bahagian di dalam urutan Rencana Tuhan yang dinyatakan di dalam Perayaan-perayaanNya.

Dia memulakan dengan hari Sabat sebagai yang pertama daripada perayaan-perayaanNya, perintah keempat, suatu waktu untuk doa dan renungan rohani. Masa ini juga adalah suatu perkumpulan kudus, jadi ianya penting untuk umat yang berkepercayaan sama untuk bertemu di dalam perkumpulan. Ini merupakan perintah bagi kesemua perayaan.

Berikutnya di dalam ayat-ayat Imamat 23, perayaan-perayaan itu haruslah diumumkan kepada semua, penekanan diberikan kepada pemeliharaannya pada hari-hari tertentu (hari-hari yang betul) menurut Bulan-bulan Baru astronomikal, kalau tidak perkumpulannya tidak sah.

Terdapatnya Perayaan Roti Tidak Beragi, di mana upacara Paskah adalah sebahagian daripada waktu ini. Kristus merupakan Paskah kita, dan perayaan itu kini memperingati pengorbananNya, sehingga Dia datang semula. Juga sebahagian daripada Hari-hari Roti Tidak Beragi adalah persembahan Unjukan Berkas, pada hari tertentu, pada waktu tertentu, yang sekali lagi telah digenapi Kristus dengan kenaikanNya kepada BapaNya dan TuhanNya (yang juga Bapa dan Tuhan kita) untuk penerimaan, pada hari pertama minggu berikutan kebangkitanNya, pada malam sebelumnya.

Perayaan-perayaan itu ternyata berlangsung sekitar masa penuaian-penuaian jelai dan gandum. Kristus merupakan hasil sulung daripada penuaian jiwa-jiwa, yang berterusan di dalam umat-umat pilihan dan mewakili penuaian umum pada hari-hari terakhir.

Seterusnya adalah Pentakosta, apabila di Yerusalem pada tahun 30 TM Roh Kudus telah dicurahkan kepada para pengikut yang berkumpul, dan Jemaat Tuhan telah dimulakan. Ini adalah penuaian kita, sewaktu 2000 tahun hinggalah zaman akhir.

Selanjutnya, pada Bulan Baru hari pertama bulan ketujuh di dalam kalendar Tuhan, Perayaan Sangkakala-sangkakala diadakan. Ini jelas sekali mewakili kedatangan semula Mesias, apabila Dia kembali pada tiupan sangkakala-sangkakala, dan dengan tiupan terakhir, menyelamatkan kita dan menubuhkan pemerintahanNya di atas bumi ini.

Pada hari kesepuluh bulan ketujuh ini, Tuhan memerintahkan suatu puasa dari malam hari ke 9 hingga malam hari ke 10, yang dipanggilNya sebagai Sabat kita. Hari ini disebut sebagai Hari Pendamaian di dalam urutan perayaan-perayaan yang harus dipelihara. Ia mewakili pendamaian kita kepada Allah Bapa, dan pengikatan Iblis, pemerintah dan raja dunia masa ini, kepada penjara 1000 tahun.

Perayaan Pondok Daun mewakili 1000 tahun ini. Kristus akan menjadi pemerintah di bahawa Hukum Tuhan, dan dengan orang-orang kudusNya akan membawakan keamanan serta keadilan kepada planet ini.

Ini adalah suatu perayaan tujuh hari yang harus dirayakan dengan gembira, membantu serta memberi kepada mereka yang kurang bernasib baik, dan dengan pengajaran para guru, menyatakan seluruh Rencana Tuhan.

Jemaat Perjanjian Baru, di bawah pimpinan para rasul, memelihara kesemua perayaan-perayaan yang diberikan ini, sepertimana juga Yesus Kristus sewaktu hayatNya di dunia. Hukuman terhadap tidak menurut adalah berat sekali, seperti yang ditunjukkan Zakharia 14:16-19.

Kita harus memelihara perayaan-perayaan ini pada zaman ini, kerana kita ingin menyenangkan Bapa kita dengan penurutan, dan kita memerlukan perkumpulan-perkumpulan ini untuk memperkuatkan serta menumbuhkan Roh Kudus di dalam diri kita, serta tumbuh di dalam kasih dan penerimaan terhadap saudara-saudara kita.

Sistem dunia kini yang ada di bawah pimpinan raja dunia ini iaitu Iblis, dikhususkan untuk membuatkannya sukar bagi kita untuk menurut perintah-perintah Tuhan, namun Dia telah membuatkan janji-janji besar dan berkuasa untuk kita bagi melakukan kehendakNya.

Dan segala perkara dapat kita tanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepada kita (Filipi 4:13).