Kejadian 24 adalah cerita tentang Abraham yang mencari isteri bagi anaknya Isyak melalui hambanya.
Kejadian 24:1-4 Isyak sudah berumur sekitar empat puluh tahun ketika dia mengawini Rebekah. Pada sistem Yobel, Kristus menunggu empat puluh tahun Yobel, 2,000 tahun, untuk mendapatkan mempelainya.
Sementara Abraham memilih mempelai bagi Isyak, Allah juga memanggil mempelai bagi Kristus, menjadi Jemaat, tubuh serta mempelai Kristus (Yoh 6:44).
Dalam Kejadian 24:5-6 kita memahami bahawa kita tidak akan disingkirkan dari perjanjian Allah. Allah akan memimpin kita melalui malaikatNya (ayat 7) sekiranya kita taat. Eliezer terlepas dari sumpahan sekiranya Rebekah tidak mahu mengikuti (ayat 8). Ini melambangkan Roh Kudus yang keluar dari mereka yang dipanggil tetapi tidak dipilih, yang tidak mahu mengikuti.
Dalam Kejadian 24:10, Eliazer mengambil 10 ekor unta. Jumlah ini melambangkan kelengkapan, dan seperti unta yang tidak bersih, ia mewakili semua bangsa bukan Yahudi. Eliezer mempunyai kendalian terhadap semua barang-barang tuannya. Roh Kudus membawa keselamatan kepada semua seperti melalui Abraham semua bangsa akan diberkati.
Unta-unta itu berlutu untuk minum, satu gambaran bangsa-bangsa tunduk kepada Kristus. Air yang diberikan oleh Kristus memimpin kepada kehidupan kekal (Yoh 4:14).
Eliezer berdoa kepada Eloah, Allah Abraham, Satu Allah yang Benar, Allah yang kita sembah.
Konsep Eliezer berdiri di sisi sumur (ayat 13,14) merujuk kepada jemaat yang banyak yang datang untuk mengambil air dari sumur hidup, tetapi roh (hamba) membuat perbezaan di antara jemaat-jemaat (wanita-wanita).
Allah mengetahui apa yang kita perlukan (Mat 6:8) sebelum kita memintanya, dan Rebekah datang ke sumur sementara Eliezer berdoa. Dia “keluar” – menunjukkan Jemaat “keluar” dari duia ini (ayat 15).
Dia membawa kendi tanah, dan kita adalah tanah di tangan Allah (Yes 64:8). Selepas membentuk dan membakar kita, yang mana memurnikan diri kita, kita akan menjadi pasu untuk kegunaan kudus (2 Tim 2:20,21). Rebekah seorang yang cantik dan seorang perawan. Pembaptisan membuat kita cantik secara spiritual, dan Wahyu 14:4 menggambarkan diri kia sebagai perawan.
Pembaptisan adalah “masuk kedalam air” dan apabila kita “keluar” kiat akan menerima Roh Kudus (ayat 16.17). Kristus menerima Roh Kudus ketika Dia “keluar” (Mat 3:16).
Dalam ayat 21 kita boleh disamakan dengan penungguan Eliezer untuk mengetahui, kerana Kristus tidak mengetahui semuanya. Hanya Allah yang maha tahu.
Eliezer memberikan Rebekah dua gelang emas dan cincin hidung, dan meminta penempatan. Gelang ini berharga 20 sekel, harga seorang wanita. Kristus telah membayar harga ini bagi kita, ketika dia menyerahkan nyawaNya.
Rebekah menyingkap keluarganya mempunyai hubungan persaudaraan dengan Abraham dan bahawa penempatan dan makanan untuk kedua-dua lelaki itu dan unta-unta boleh didapati (ayat 24,25). Eliezer mengtahuinya dan berterima kasih kepada Allah atas pemeliharaanNya (ayat 26,27). Ayat 28-31 menunjukkan minat Laban adalah hanya kepada kekayaan fizikal para pelawat tersebut. Israel fizikal mahu melihat kekayaan Allah, sebelum ia membenarkan Dia masuk dalam hati mereka (rumah). Laban juga demikian.
Satu analogi peristiwa yang membawa kepada Perjamuan Kudus Tuhan boleh diambil dari ayat 15 bersama dengan Lukas 22:10, Kejadian 24:32 bersama dengan Markus 14:17, dan makanan asas jerami disamakan dengan roti dan wain dan pembasuhan kaki bersama dengan Yohanes 13:5-10.
Eliezer menjelaskan bahawa dia datang dalam nama tuannya, sebagai hamba (ayat 34). Ini menggambarkan Kristus yang diutus dengan satu misi oleh BapaNya (yoh 6:38).
Laban dan Bethual menerima perkataan serta misi Eliezer sebagai arahan dari Allah (ayat 50,51). Rebekah bertunang dengan Isyak (ayat 52,53) sama seperti kita bertunang dengan Kristus sebagai mempelai. Kebangkitan Kristus semasa rentetan Paskah, dan persembahan Unjukan Berkas boleh diambil dari ayat 54.
Jangka masa kematangan dan pemanggilan terhadap semua Jemaat ditunjukkan dalam ayat 55. umat pilihan sudah lama dipanggil. “Sekurang-kurangnya sepuluh” yang menggambarkan kelengkapan, “dan kemudian dia boleh pergi”, yang mana bererti umat pilihan boleh pergi, sebagai makluk yang dibangkitkan untuk berkawin dengan Kristus.
Eliezer mahu kembali dengan cepat (ayat 56) sama seperti Kristus kembali dengan cepat sebagai Persembahan Unjukan Berkas pada waktu pagi.
Rebekah dipanggil untuk membuat keputusannya untuk pergi (ayat 57), sama seperti kita telah dipanggil dan keputusan adalah di tangan kita sama ada kita mengikuti Kristus atau tidak. Dia telah membuat satu komitmen seumur hidup atau perjanjian, seperti yang kita lakukan semasa menerima panggilan Kristus.
Jadi rombongan ini kembali, menunggang unta kepada Abraham (ayat 59-61). Rebekah (yakni Jemaat) menunggang unta yang tidak bersih, sama seperti umat pilihan yang tinggal dikalangan bangsa-bangsa tetapi bukan sebahagian daripadanya.
Dalam ayat 61, hamba itu “mengambil” Rebekah. Umat pilihan telah diambil dan dibina dalam Jemaat, yakni tubuh Kristus (1 Kor 12:27).
Isyak, dalam ayat 62-63 keluar untuk bertafakur, dan melihat “unta-unta itu datang”. Ini boileh disamakan dengan Perayaan Sangkakal, apabila Kristus kembali dan bangsa-bangsa datang berkumpul di hadapan Dia, untuk pengadilan.
Jadi apabila Rebekah (Jemaat) melihat Isyak (Kristus), dia turun dari unta itu (ayat 64). Ini menggambarkan Jemaat meninggalkan bangsa-bangsa dimana ia tinggal dan dibangkitkan semula untuk bergabung dengan Kristus pada ketika kedatangannya.
Dalam ayat 65, Rebekah telah mengambil seludung dan menutupi tubuhnya. Jemaat adalah satu bentu spiritual yang perawan (12 Kor 11:2; Wah 14:4). Pada waktu kedatangan Kristus, kita akan dibangkitkan dan “mengambil seludung” bererti mengenakan tubuh roh, dan tubuh duniawi kita akan lenyap. Ini adalah jubah kita.
Ianya melalui Roh Bap bahawa semua segala sesuatu disingkap (1 Kor 2:10), seperti yang kita boleh ambil dari ayat 66. Rencana keselamatan disimpulkan dengan Sabat dan hari yang kelapan, dan mengistilahkan Hari Akhir yang Besar. Hari Akhir yang Besar adalah Hari Kudus kerana ia mewakili penghakiman dalam kebenaran terhadap dunia dan penghapusan akhir dosa