Christian Churches of God
036z

Ringkasan: Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun

(Edisi 2.0 19940618-20000820)
Nubuatan Kejatuhan Mesir dikaji dari Yehezkiel bab-bab 29 hingga 32, di dalam lima bahagian. Pemahaman tentang nubuatan ini adalah penting bagi rangka umum kedatangan Mesias serta perang-perang Bani Surgawi dan penghujung zaman bangsa-bangsa lain.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta © 1994, 1995, 2000 Wade Cox)
(Ringkasan oleh Patti Gambier, Ed. Wade Cox) (Tr. 2003)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Ringkasan: Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun

Karya ini dikaji dari Yehezkiel bab 29-32. Ia merupakan suatu rangka umum tentang urusan-urusan Tuhan dengan Mesir; kedatangan Mesias; perang-perang akhir zaman; dan penghujung zaman bangsa-bangsa lain. Oleh kerana karya ini adalah berkenaan aspek-aspek sejarah dan alkitab secara terperinci, dan juga disebabkan keduaan nubuatan bab-bab tersebut, ringkasan ini akan memberikan gambaran keseluruhan bagi karya ini.

Nabi Yehezkiel telah diberikan penglihatan suatu nubuatan penting di dalam sejarah dunia, dan Mesir digunakan sebagai bangsa kuncinya, kerana pertama, ia salah satu kerajaan yang paling kuno sekali. Ia juga mewakili konflik sistem-sistem dunia yang digambarkan Daniel sebagai “Raja Utara dan Raja Selatan.”

Selepas saja bab-bab mengenai Mesir (Yehezkiel 29-32), bab 33 merupakan amaran penjaga kepada Israel, lantas mengaitkan kejatuhan Mesir kepada Israel pada zaman akhir.

Sebelum bab 29, di dalam Yehezkiel bab 28, adalah rekod kejatuhan Kerub Penjaga yang Diurapi, yang dikenalpasti sebagai Iblis, yang kini adalah penguasa rohani sistem-sistem dunia, dan berkait kepada Yesaya 14.

Yehezkiel 29:18,19 mengisahkan pengepungan Tirus selama 13 tahun oleh Nebukadnezar. Ganjarannya dari Tuhan atas segala usahanya adalah dia akan diberikan Mesir. Tahun kekalahan Mesir di bawah tangan Nebukadnezar di Karkemis adalah 605 SM. Ia menjadi tarikh penting bagi nubuatan-nubuatan yang terkandung di dalam penglihatan Yehezkiel, walaupun dia tidak pergi ke dalam Mesir pada masa itu.

Yehezkiel 30:3 melompat kepada masa hari Tuhan. Jadi nubuatan ini berjalan selama masa yang lama, sehinggalah perang-perang zaman akhir dan kedatangan Mesias (ayat-ayat 4-9).

Ayat-ayat 10-12 kembali kepada pencerobohan orang-orang Babel (Babilon) pada tahun 605 SM dan seterusnya.

Ayat 12 – sungai Nil belum lagi kering pada masa itu, dan hanya akan terjadi kemudiannya.

Ayat 13-22 – Mesir akan dibinasakan dan ditawan sebagai pendahuluan kepada kedatangan Mesias. Ayat-ayat kuncinya adalah ayat 21 dan 22. Dua lengan Mesir telah dipatahkan; setiap lengan mempunyai jangkamasa 40 tahun.

Mesir merupakan kerajaan purba dari sekitar tahun 1600-1500 SM, setelah Ahmose mengusir golongan Hyksos dan membentuk apa yang dipanggil sebagai dinasti ke 18. Selama abad-abad seterusnya yang penuh pergolakan dan menghampiri abad ke 12 SM, Rameses III telah menghalang suatu pencerobohan oleh bani Pereset atau Orang-orang Laut dari utara, yang telah menetap di Gaza dan yang dikenali sebagai bangsa Filistin oleh orang-orang Israel. Israel mengakui keunggulan mereka, yang nampaknya disebabkan penggunaan senjata-senjata besi oleh mereka.

Pada abad ke 7 SM, dengan mengambil kira kemunculan, kekalahan serta penyusunan semula negara-negara Levant (kawasan timur laut Mediterranean), pentasnya telah tersedia bagi kemunculan empayar-empayar Daniel 2 – iaitu 4 binatang dahsyat Daniel 7 dan 8.

Sejarah yang berkaitan dapat dirujuk dengan senang di dalam buku Colin McEvedy World History Fact Finder.

Siri urutan kerajaan-kerajaan yang dinyatakan Daniel dimulakan dengan gambaran terperinci empayar Babilon di bawah Nebukadnezar di dalam Daniel 4. Kerajaan ini akan diikat tunggulnya dan dibiarkan sehinggalah 7 masa berlalu (ayat 25). Nubuatan ini mula-mula sekali adalah berkenaan tempoh 7 tahun di mana raja ini sakit, namun ia juga merujuk kepada tempoh 7 kali 360 hari (suatu tahun nubuatan) atau 2520 tahun, dan ini sangat penting kepada urutan zaman akhir.

Pada tahun 605 SM, Nekho dari Mesir telah dikalahkan oleh Nebukadnezar pada pertempuran Karkemis, di luar Mesir. Pada tahun 567 SM, kira-kira 38 tahun kemudiannya, Nebukadnezar sekali lagi telah mengalahkan Mesir, dan tempoh 40 tahun lengan patah pertama telah tamat. Pada tahun 598 SM, Nebukadnezar telah menakluki Yerusalem dan membuang orang-orang Yahudi ke Babilon dan sekali lagi pada tahun 587 apabila dia memusnahkan bait suci itu. Tempoh 11 tahun ini bersamaan dengan rangka masa yang sama dari 1933-1944 yang melibatkan kenaikan dan kejatuhan Reich (Jerman) Ketiga, serta penganiayaan hebat penduduk Yahudi di Eropah.

Tuhan telah membangkitkan Koresh untuk tujuan menghapuskan orang-orang Babilon, memulihkan Israel, serta mendirikan dasar untuk pembinaan semula Bait Suci itu. Lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013].

Pada tahun 525 SM anak Koresh iaitu Cambyses, telah menakluk Mesir, dan ini merupakan fasa kedua atau lengan kedua penaklukan tersebut. Maka lengan kedua bagi nubuatan pertama itu telahpun digenapi.

Aktiviti ini yang melibatkan Koresh juga penting bagi pemahaman mengenai zaman akhir. Kerana, dari pemulihan dan pembinaan semula ini, tempoh pelayanan Mesias harus ditentukan dan disambungkan dengan Tanda Yunus, serta pemusnahan Bait Suci itu pada tahun 70 TM.

Nubuatan Daniel berkenaan 70 minggu-tahun itu (Daniel 9:25) telah digenapi dengan pembinasaan Bait itu pada tahun 70 TM. Lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013] untuk penerangan penuh mengenai nubuatan yang disalahfaham ini.

Yehezkiel 30:23-26: Maka kuasa Mesir telah dipecahkan, bermula tahun 605 SM, agar kita menyedari bahawa Yang Maha Tinggi berkuasa ke atas kerajaan-kerajaan manusia (Daniel 4:26).

Yehezkiel 32:1-8: Ayat-ayat 7 dan 8 menyamai kata-kata Kristus di dalam Matius 24:29-31. Maka nubuatan Yehezkiel terus berjalan sehinggalah kepada kedatangan semula Mesias. Lihat Lukas 21:24-27; Wahyu 6:12,13; Yesaya 13:10; Yoel 2:10; Zefanya 1:15. Daniel 7:13,14 membayangi Lukas 21:27.

Yehezkiel 32:9-16 terus mengisahkan tentang Mesir. Ayat 10 – kejatuhan tersebut begitu dahsyat, bangsa-bangsa sekelilingnya gentar, dan setiap orang takut kehilangan nyawanya. Ini merupakan Hari Tuhan pada akhir zaman.

Ayat-ayat 17-23: Tuhan melaksanakan pengadilan kedua, dan menyebutkan bangsa-bangsa yang terbabit di dalam pembinasaan tersebut.

Ayat-ayat 26-28 melibatkan bangsa-bangsa yang tidak termasuk di dalam kumpulan pertama tadi, jadi di sini kita berhadapan dengan suatu aspek nubuatan ini pada kemudian hari, dan terdapat perbezaan di antara jenis-jenis peperangan yang terbabit.

Ayat 29: Edom ada di sini. Penglibatan Edom hanya mungkin wujud melalui warga Turki Ottoman, yang membawa kita jauh ke hadapan jangka masa zaman akhir.

Dalam mengenalpasti jangka masa nubuatan Yehezkiel, jawapannya terletak di dalam tahun penting kekalahan Mesir di Karkemis pada tahun 605 SM, serta nubuatan mengenai kerajaan Nebukadnezar yang diikat tunggulnya selama tempoh 7 masa – 2520 tahun. Dari situ kita sampai kepada tahun kalendar 1916 – satu tahun yang penting di dalam sejarah manusia moden. Perang Dunia 1 bermula pada tahun 1914 namun bencana utamanya bermula pada tahun 1916.

Pada tahun tersebut, yang memulakan perang-perang besar zaman akhir, Mesir telah diduduki oleh Bala Tentera Komanwel British di bawah Allenby. Perang Dunia 1 memperlihatkan pembangunan konsep-konsep serta cara-cara perang moden, dengan cara peperangan parit pada baris hadapan Barat, dan pada tahun 1916 melibatkan penggunaan kereta kebal untuk pertama kalinya, dengan lebih dari sejuta orang yang terkorban.

1917 – tentera British telah menawan kota Baghdad dari Turki, dan tibanya Disember 1917, Yerusalem sekali lagi berada di dalam tangan Israel setelah 1847 tahun berlalu, dan pewujudan sebuah negara Yahudi dijamin oleh Deklarasi Balfour.

Suatu ringkasan sejarah 1914-20 melibatkan bangsa-bangsa yang disebutkan di dalam nubuatan Yehezkiel dan mencetuskan permulaan perang-perang akhir zaman, yang berkemuncak dengan kedatangan semula Mesias serta pendirian Kerajaan Tuhan.

Perang-perang pendahuluan Eropah memulakan pemecahan pelacur Wahyu itu serta pembentukan binatang itu. Ini adalah konsep pemerintahan demokratik, pergerakan kuasa-kuasa politik, pelenyapan Kerajaan-kerajaan Beraja, pemerintahan umum yang ditentukan persetujuan menyeluruh, pengawalan orang-orang serta semua di luar sistem keagamaan.

1789 – revolusi Perancis – binatang itu mula membentuk.

1792 Perancis menjadi sebuah republik.

Bermula dari situ, berlaku penyusunan semula serta penumpuan kuasa-kuasa di seluruh dunia, lantas membolehkan Efraim mendapat hak kelahirannya seperti yang telah dijanjikan kepada Abraham.

Tibanya tahun 1798-1801, England telah mendapat kuasa ke atas Mesir dari Napoleon dan tentera Perancis telah menyerah kalah kepada Britain. India datang di bawah pengaruh British. Empayar tersebut bertumbuh kerana distribusi semula.

1806 – Pembelian Tanah Louisiana oleh USA dari Perancis memperkuatkan Manasye, yang telah bergantung kepada Efraim selama 150 tahun. Setelah Perang Dunia 2, Manasye telah memiskinkan Efraim, seperti mana disebutkan Yesaya 9:21.

Napoleon telah membubarkan Empayar Roma Suci pada tahun 1806, namun ia dibentuk semula pada tahun 1815.

Pandangan menyeluruh ke atas pelbagai organisasi serta penyusunan semula negara-negara sewaktu abad ke 19 adalah terlalu luas untuk dimasukkan ke dalam ringkasan ini. Namun begitu, kerajaan-kerajaan monarki Eropah berada di bawah kekuasaan Gereja Katolik, kerajaan-kerajaan republik sedang muncul di seluruh dunia, kuasa binatang itu sedang berkumpul, dan Efraim serta Manasye (Komanwel British dan USA) sedang memperkuatkan genggaman mereka pada janji-janji hak lahir itu.

Pada tahun 1845, pembuatan senjata meriam yang pelurunya diisi dari pangkal dan larasnya beralur telah dimulakan di Piedmont. Peperangan yang menggunakan senjata-senjata moden menjadi suatu kemungkinan. Jadi dari tahun 1914 (70 tahun kemudiannya), gas beracun, kapal selam, kereta kebal, pertempuran parit, dan segala kengerian Perang Dunia 1 telah dilepaskan.

Maka pentasnya tersedia untuk pemodenan sistem-sistem dunia kepada satu arena terbuka yang sangat besar, yang akhirnya akan membentuk satu sistem besar di bawah kawalan kuasa binatang Wahyu, dengan kuasa ketenteraan.

1901 – orang-orang Boer di Afrika Selatan memulakan peperangan gerila.

1902 – berakhirnya Perang Boer dan Tanjung itu telah dikuasai Britain, sementara USA mendapat kuasa ke atas Terusan Panama, yang akhirnya dibuka pada tahun 1914.

1906 – kapal perang berkuasa turbin yang pertama telah dilancarkan.

1916 memperlihatkan pertalian antara kekalahan Mesir pada tahun 605 SM dan kemasukan Tentera-tentera Komanwel British ke dalam Mesir – 2520 tahun.

Mesir memainkan peranan utama di dalam pengawalan perdagangan sedunia melalui Terusan Suez, dan merupakan pintu masuk kepada penubuhan negara Israel bermula dari tahun 1945.

Mesir juga membangun menurut nubuatan lengan-lengan itu. Pada tahun 1953 (hampir 40 tahun selepas 1914) kemerdekaan dicapai di bawah pimpinan Gamel Abdul Nasser. Pada 1956, 40 tahun selepas tarikh mulanya iaitu 1916, Krisis Suez tercetus dan Mesir mempertahankan kemerdekaannya. 40 tahun seterusnya melihatkan percubaan-percubaan berterusan untuk menghapuskan negara Israel.

Mesir kini berada di bawah pengaruh Fundamentalis Islam. Bangsa-bangsa yang mengawal Mesir secara nubuatannya menjadi Raja-raja Selatan, dan perang-perang antara Raja-raja Utara dan Raja-raja Selatan sedang terbentuk (Daniel bab 11).

Nubuatan Yehezkiel itu berlanjutan sehingga perang-perang zaman akhir dari tahun 605 SM hinggalah kedatangan semula Mesias.

1996-7 menandakan permulaan fasa terakhir perang-perang Raja-raja Utara dan Raja-raja Selatan.