Hari Sabat adalah suci bagi Tuhan menurut perintah keempat (Keluaran 20:8-11). Ini adalah agar kita semua beroleh perhentian (Ulangan 5:14).
Saranan 1: Kamu harus berkerja enam hari seminggu.
Kamu tidak harus berdiam. Apa sekalipun yang tanganmu dapat lakukan, lakukanlah dengan segenap hatimu (Pengkhotbah 9:10). Kerana apa yang kamu tabur akan kamu tuai (Galatia 6:7). Juga layanilah dengan setia saudara-saudaramu, khususnya mereka yang merupakan orang asing (3Yohanes 5-7).
Hari ketujuh adalah hari Sabat. Ianya dikira sebagai hari Sabtu daripada masa penciptaan. Ianya dianggap semua bangsa sebagai hari Sabat dan yang jatuh pada hari Sabtu kalendar masakini. Hari ketujuh berada di dalam suatu kitar berterusan dan tidak boleh diletakkan pada hari lain. Dengan itu, kalendar dunia baru yang disarankan itu betul-betul mengena pada teras hukum taurat itu. Itulah sebabnya kenapa sistem Roman telah sentiasa menentang pemeliharaan hari Sabat seperti yang kita lihat daripada karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat [122]; (rujuk juga Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]).
Saranan 2: Janganlah kamu berbuat kerja pada hari Sabat.
Tidak harus ada pekerjaan pada hari Sabat, oleh mana-mana individu daripada sebarang kumpulan sosial di dalam kawalan Israel. Hukum itu haruslah dipelihara oleh semua di dalam Israel, sama ada orang asing ataupun orang Israel sendiri. Nehemia adalah contoh pekerjaan pada hari Sabat (Nehemia 10:28-31).
Sabat difahamkan mewakili suatu sistem yang mencirikan umat Tuhan. Ia dilanjutkan kepada semua yang dirangkuminya dan tidak harus ada sebarang perdagangan pada hari Sabat ataupun hari kudus dengan sesiapapun tidak kira ianya umat Tuhan ataupun bangsa-bangsa lain. Hari Sabat merupakan suatu tanda atau meterai (Keluaran 20:8,10,11; Ulangan 5:12) di antara kita dan Tuhan yang menjadikan kita kudus (Keluaran 31:12-14).
Barangsiapa yang mencabuli hari Sabat akan dihukum mati (Keluaran 31:14; Bilangan 32:36). Hukuman ini merujuk kepada kehilangan hidup kekal yang dikaruniakan kepada umat-umat pilihan. Mereka diasingkan daripada umat (ibid.) kerana hidup kekal dinafikan bagi mereka. Sabat merupakan tanda di antara Tuhan dan anak-anak Israel untuk selamanya (Keluaran 31:17).
Persediaan untuk hari Sabat haruslah dibuat pada hari sebelumnya (Keluaran 16:5). Makanan haruslah dikumpulkan dan disediakan, daripada contoh dengan manna itu. Setiap orang haruslah tinggal di tempatnya (Keluaran 16:29-30). Mereka harus berhenti pada hari ini pada musim membajak dan musim menuai (Keluaran 34:21). (rujuk karya Juma’ah: Bersedia Untuk Hari Sabat [285]).
Kerana itulah tindakan Yesus memetik bulir gandum pada hari Sabat telah dicemuh. Namun dia menyatakan bahawa dia adalah Tuhan hari Sabat bukannya dengan maksud bahawa hari itu tidak perlu dipelihara, tetapi sebaliknya agar ia dipelihara seperti sediakala. Memang dibolehkan untuk memungut makanan cukup untuk dimakan pada hari Sabat mengikut teks ini dan juga daripada hukum Perjanjian itu (Matius 12:1-12).
Lebih khusus lagi, imam-imam Bait Suci “mencemari” hari Sabat dan tidak bersalah (Matius 12:5; rujuk Bilangan 28:9-10; lihat juga Nehemia 13:7; Yehezkiel 24:21; Yohanes 7:22-23). Dengan itu pekerjaan kita pada hari Sabat, selaku umat-umat pilihan, di dalam penyembahan Tuhan adalah tidak bersalah. Hakikatnya, lebih banyak korban dilaksanakan pada hari Sabat berbanding hari-hari lain.
Imamat 26:34 melanjutkan Sabat ke dalam sistem-sistem Jubli dan tanah negeri. Kerana negeri itu tidak berhenti pada masa itu, Tuhan akan menghantar bangsa-bangsa ke dalam tawanan demi mendapatkan semula Sabat-sabat perhentian itu.
Perintah Janganlah kamu memasang api di manapun dalam tempat kediamanmu merujuk kepada perapian ataupun dapur api dan bukannya kepada alatan rumah (Keluaran 35:3). Jika ianya di dalam kuasamu untuk berhenti berusaha atau tidak berkerja pada hari Sabat atau tidak berjual-beli, kamu haruslah berbuat demikian dan kamu mesti melawan segala tentangan. Kamu tidak boleh menjual dan membeli pada hari-hari kudus. Kamu tidak boleh pergi ke restoran-restoran pada hari-hari Sabat ataupun hari-hari kudus.
Kelalaian yang telah menyelinap masuk ke dalam Jemaat-jemaat Tuhan berkenaan hari Sabat telah datang daripada pembinaan auditorium di Pasadena pada hari Sabat. Pembinaan pada hari Sabat itu telah dilakukan berdasarkan pada alasan bahawa pembinaan tersebut tidak dapat dikawal. Itu adalah palsu. Pembinaan tersebut ada di dalam batas kediaman kita dan hakikat bahawa ianya terjadi telah memulakan penghapusan prinsip perhentian pada hari Sabat bagi hamba-hamba umat Israel serta para pengembara yang melaluinya.
Nehemia memerintahkan agar orang-orang asing juga memelihara hari Sabat. Dia merupakan teladan kita di dalam bagaimana hukum itu harus dipelihara. Nehemia 13:22 menunjukkan bahawa ianya tanggungjawab keimamatan Tuhan, iaitu keimamatan baru umat-umat pilihan, untuk menyucikan diri mereka dan menjaga pintu-pintu masuk, untuk menguduskan hari Sabat.
Kristus juga memberikan perintah berkenaan penyembuhan orang sakit. Ini harus dilakukan pada hari Sabat. Oleh itu, ianya dibolehkan untuk menyembuh serta memberi makan kepada orang sakit dan cacat pada hari Sabat.
Ajaran daripada lembu di dalam sumur itu adalah berkenaan hal-hal kecemasan. Tidak cukup untuk hanya melakukan sesuatu yang telah dirancangkan sebelumnya. Lukas 14:5 menunjukkan bahawa ianya penting untuk menguruskan kecemasan-kecemasan pada hari Sabat. Sabat haruslah dipelihara di dalam kemurnian rohani (Yesaya 1:13). Ia seharusnya tidak dicemari (Yesaya 56:2,4-7).
Hari Sabat adalah suatu kesukaan, bukannya hari dukacita (Yesaya 58:13-14). Sabat akan dipelihara semua apabila mereka datang untuk menyembah di hadapan Tuhan; dari satu Bulan Baru kepada yang lain dan dari satu Sabat ke Sabat yang lain (Yesaya 66:23).
Tiada beban harus ditanggung pada hari Sabat, mahupun dibawa ke Yerusalem (Yeremia 17:21). Oleh itu, bersukacitalah di dalam hari Sabat dan bawakanlah sukacita kepada rumah Tuhan. Janganlah mengangkat apa-apa beban keluar daripada rumah-rumahmu pada hari Sabat (Yeremia 17:22). Dengan itu, berkerja di dalam kawasan sendiri juga dilarang pada hari Sabat. Ia seharusnya dikuduskan (ibid.).
Hari Sabat adalah syaratnya bagi mewarisi kerajaan Israel jika tiada beban yang dibawa masuk melalui pintu-pintu masuk kota. Para raja akan duduk di atas takhta Daud. Namun jika amaran ini tidak diendahkan maka kota itu akan dimusnahkan dengan api (Yeremia 17:27). Lantas orang-orang kafir akan mentertawakan hari-hari Sabat (Ratapan 1:7: RSV kejatuhan) pada hari keruntuhannya. Maka Sabat merupakan tanda dan sumber penghinaan bagi mereka daripada rumah Tuhan. Raja dan imam akan menanggung bebanan kemurkaannya kerana pencemaran ke atas hari Sabat (Ratapan 2:6).
Hari-hari Sabat adalah untuk kesukaan dan bersukaria. Tetapi, sebagai hukuman, kesukaan hari-hari Sabat akan diambil pergi (Hosea 2:11).
Sentiasalah berjaga-jaga agar dapat berbuat baik dan menyembuh penderitaan semua orang (Lukas 13:10-16). Janganlah dalam apa sekali keadaanpun, melihat sesama sendiri, untuk menghakimi baik buruknya perbuatan yang kamu lakukan sesama sendiri pada hari Sabat (Lukas 14:1-6; Kolose 2:16).
Lukas 23:54 menunjukkan bahawa kamu harus bersedia untuk hari Sabat. Fikirkan terlebih dahulu, berbuatlah yang baik antara satu sama lain. Tunjukkanlah bahawa kita mengasihi sesama sendiri sepertimana Kristus mengasihi kita. Bertumbuhlah di dalam iman sementara kita semua dijadikan sempurna (Lukas 5:5-14).
Kita adalah suatu kelompok kecil yang berkerja bersama-sama di dalam kesukaran. Terdapat suatu usaha berterusan, seperti yang kita lihat di dalam karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat [122], yang bertujuan menghapuskan kita. Peganglah pada hari Sabat. Sungguhpun ada antara kita yang murtad, sehinggakan pada peringkat-peringkat tertinggi pelayan-pelayan kita, ia bukanlah alasan untuk kita tidak laksanakan tanggungjawab-tanggungjawab kita dengan betul terhadap Tuhan di dalam hari Sabat (rujuk karya Hukum dan Perintah Tuhan Keempat [256]).