Yohanes 17:17 Kuduskanlah (diasingkan bagi kegunaan kudus) mereka dalam kebenaran; firman-Mu adalah kebenaran.
Penyembahan sebenar kepada Tuhan dilaksanakan di dalam roh dan di dalam kebenaran (Yohanes 4:23). Agama Kristian aliran umum menyembah suatu Trinitas, tetapi adakah itu kebenaran Alkitab? Mari kita kaji perkembangan doktrin ini, menyingkap asal-usulnya, dan menentukan kesahihannya.
Konsep Tuhan sebagai tiga hypostases yang membentuk suatu entiti yang lebih besar diterbitkan daripada pemikiran Yunani dan ianya bukan berunsur alkitab.
Di dalam tulisan-tulisan kuno, Plato menggunakan Parmenides sebagai modelnya, dan Plotinus telah membentuk suatu skim tiga hypostases sebagai Satu, Intelek dan Jiwa, yang merupakan bayangan awal Trinitas yang terdiri daripada Bapa, Firman dan Roh.
Bahasa yang digunakan para terpelajar Yunani, berkenaan konsep-konsep Keilahian yang Tidak Disertai, jiwa, monads, henads, ‘Seorang yang berkeupayaan luarbiasa’, ‘yang ramai sebagai Satu’ ‘yang ramai sebagai Dia yang bersifat parmenidean’, ‘bahawa anggota pertama di dalam setiap triad adalah suatu analog bagi yang lain’, bukanlah cara pemikiran kita. Kita berfikir dengan berasaskan Alkitab, dan bahasa falsafah Yunani ini adalah sesuatu yang asing bagi kita.
Konsep monoteis Alkitab adalah bahawa TUHAN adalah satu, dan melalui rohNya, yang lainnya dihubungkan kepadaNya, dan bahawa kemajmukan itu itu adalah kesatuan di bawah kehendak Tuhan, dan itulah caranya bagaimana kemajmukan (pluraliti) itu menjadi satu. Kemajmukan tanpa kesatuan adalah bertentangan dengan kehendakNya.
Namun begitu, kemajmukan sebagai kesatuan itu tidak memerlukan SATU entiti sahaja, sepertimana yang cuba diajukan oleh golongan Trinitarian. Dalam kata lainnya, bahawa Trinitas itu adalah tiga di dalam satu, tidak dapat dipisahkan, namun boleh bertindak secara individu.
Orang-orang Yunani awal tidak memiliki konsep kasih agape Tuhan. ‘Agape’ merupakan suatu transliterasi Yunani daripada istilah Ibrani ‘ahabah’ daripada Kidung Agung di dalam LXX, jadi, mereka tidak memahami perkongsian ibadah di dalam kasih Tuhan kepada orang lain, melalui Roh KudusNya. Ini merosakkan sebarang pemahaman mengenai rencana keselamatan itu sebagaimana ia ditunjukkan di dalam Alkitab.
Hubungan di antara Tuhan/Yesus Kristus, Tuhan/kita, dan Yesus Kristus/kita, memerlukan kasih agape Tuhan, melalui Roh Kudus untuk mengikat kita.
Falsafah Yunani tidak dapat menerima hakikat bahawa pengorbanan Kristus, sebagai manusia, sudah cukup untuk mendamaikan manusia kepada Tuhan.
Konsep berkenaan Bapa sebagai pencipta, dan sebagai Tuhan tertinggi, jelas difahami di dalam sistem-sistem Kasdim dan teks-teks Yunani asal. Neo-Platonisme telah memesongkan hakikat kekuasaan Allah Bapa yang jelas ke atas penciptaanNya dengan menyatakan bahawa Dia wujud di dalam seluruh ciptaan materialnya, dan kemudiannya memuja ciptaan tersebut melalui animisme, panteisme dan politeisme.
Oleh kerana mereka tidak memahami kasih agape, orang-orang Yunani kemudiannya menekankan bahawa Kristus abadi-bersama dan dan setara-bersama dengan Tuhan, yang jelas sekali ditolak Alkitab – Tuhan seorang sahaja yang benar-benar kekal abadi (1Timotius 6:16).
Socrates mengisytiharkan bahawa ‘prinsip pertama tidak dicipta’, dan orang-orang dahulukala berpendapat bahawa prinsip pertama itu adalah yang Satu, jadi para Trinitarian mendakwa bahawa sungguhpun Kristus adalah pelahiran daripada Bapa, dia tetap abadi. Ensiklopedia Katolik Baru mengatakan bahawa Kristus adalah suatu pelahiran (ciptaan) Bapa.
Yesus adalah Anak Tuhan melalui pelahiran, seperti juga Iblis dan para iblisnya, serta seluruh angkatan roh surgawi. Kita boleh menjadi anak-anak Tuhan melalui panggilan Tuhan (Yohanes 6:44) dan penurutan kita. Tiada lagi jalan lain untuk menjadi sebahagian daripada yang Satu, dan kita sememangnya tidak dapat bersatu dengan Tuhan dengan hanya azam kita sendiri. Kamu tidak boleh bersatu dengan Tuhan, sebagai Tuhan, dengan tafakur mistik sebagai sebahagian daripada usahanya.
Golongan Kapadokia, di dalam proses perkembangan Trinitarianisme yang berterusan, telah mengabaikan pernyataan Alkitab berkenaan rencana Tuhan untuk keselamatan manusia, dan dengan itu telah menghapuskan perbezaan di antara identiti Tuhan dengan identiti Kristus. Jemaat awal kenal benar dengan perbezaan tersebut. Pada hari ini, golongan Trinitarian tidak membincangkan kesemua teks Alkitab, dan mereka juga salah-petik dan salah-tafsir, atau mengabaikan teks-teks yang tidak dapat diubah mereka.
Golongan Kapadokia menentang pendapat bahawa Tuhan boleh dikenali. Alkitab jelas mengatakan bahawa Tuhan boleh dikenali (Yohanes 10:4-14) dan bahawa kita wajib mengenali Dia untuk mendapatkan kehidupan kekal (Yohanes 17:3) dan sememangnya patut mengenali Dia (2Tesalonika 1:5-8). Dia memang boleh dikenali (Roma 1:19-21) dan kamu sendiri yang akan rugi jika tidak berbuat demikian (1Korintus 1:15; Wahyu 3:14; Ayub 1:6, 2:1 dan 38:7).
Kuasa Kristus datangnya daripada Bapa (Yohanes 5:26-28, 10:18) dan kekuasaan tersebut dibawakan di dalam nama Tuhan. Tulisan-tulisan Paulus adalah bersifat subordinationis, seperti juga dengan kata-kata Kristus.
Pokoknya di sini adalah bahawa manusia juga boleh menjadi anak Tuhan, dan sesudah kebangkitan itu, menjadi makhluk roh. Iblis menyamarkan kebenaran yang indah ini dengan menyebarkan dusta besar Trinitas, yang menghadkan keluarga Tuhan kepada tiga makhluk di dalam satu.
Artikel ‘Trinitas’ daripada International Standard Bible Encyclopedia menyatakan: istilah ‘Trinitas’ bukanlah istilah Alkitab. Begitu juga, perkataan ‘Trinitas’ tidak ditemui di dalam Alkitab.
Pembacaan Lanjut
Petunjuk-petunjuk Tuhan [184]
Wujud Bersama dengan Bapa [081]
Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus [160]
Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim [001]
Monoteisme Kuno [G1]