Apabila kita melihat lampu trafik dan ia berwarna merah, apa yang kita lakukan? Kita berhenti. Kenapa, because ia satu hukum atau undang-undang. Kenapakah hukum ini diadakan? Untuk menyelamatkan nyawa.
Semua ibubapa mempunyai peraturan-peraturan untuk anak-anak mereka, bukan begitu? Kita semua tahu peraturan-peraturan yang ibubapa kita adakan untuk kita, sungguhpun kadangkala kita mungkin melupainya. Kenapakah mereka membuat peraturan-peraturan ini? Kerana mereka mahu menjaga keselamatan anak-anak mereka. Hukum atau peraturan adalah untuk perlindungan kita. Ini adalah tujuan sebenar kenapa Bapa surgawi kita yang mengasihi telah memberikan hukum-hukum kepada kita, — untuk perlindungan kita. Tuhan telah memberikan kita Hukum Bersepuluh atas sebab yang sama ibubapa kita memberikan kita peraturan untuk diikuti, kerana Dia mengasihi kita dan ingin melindungi kita dan menghalang kita dari menyakiti diri kita sendiri serta orang lain.
Sebelum Tuhan memberikan perintah-perintah hukum itu, Dia memberitahu Israel di dalam Keluaran 19 ayat 5:
Keluaran 19:5 Jadi sekarang, jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan firman-Ku dan berpegang pada perjanjian-Ku, maka kamu akan menjadi harta kesayangan-Ku sendiri dari antara segala bangsa.
Kita lihat di dalam Keluaran 34:28 bahawa Tuhan merujuk kepada Hukum Bersepuluh sebagai “perkataan perjanjian”.
Keluaran 34:28 Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan TUHAN empat puluh hari empat puluh malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman.
Jika kita, hari ini, menurut Dia sepenuhNya dan memelihara perjanjianNya, Dia akan memberkati serta melindungi kita seperti mana yang dijanjikanNya pada masa itu.
Walaupun Tuhan memberikan banyak hukum, peraturan dan ketetapan di dalam Alkitab, sepuluh perintah atau hukum itu merupakan intisari semuanya kerana ia menunjukkan kasih, mula-mula sekali kepada Tuhan, dan kemudiannya kepada umat manusia sesama sendiri. Ia begitu penting sekali kepada Tuhan hinggakan Dia bukan saja mengucapkannya kepada umat, tetapi juga menulisnya dengan tanganNya sendiri (Keluaran 31:18), bukan sekali, tetapi dua kali. Jika ia begitu penting kepada Tuhan, maka tentunya ia penting untuk kita juga.
Berapa orang antara kita yang dapat menghafal Hukum Bersepuluh itu? Kita tidak mungkin dapat melakukan perintah Tuhan untuk menurutnya jika kita tidak mengetahuinya.
Sekarang kita akan bacakan setiap satu dari hukum-hukum itu dan lihat apakah yang diperintahkan Tuhan kepada semua orang di semua tempat, di sepanjang zaman, orang muda mahupun orang tua, untuk dilakukan. Kemudian kita akan membincangkan perintah-perintah ini dan melihat bagaimana mereka bekerja di dalam kehidupan kita. Hukum-hukum ini ditemui di dalam Keluaran 20 dan Ulangan 5.
(Bacalah setiap perintah ini secara bergilir-gilir)
Keluaran 20:1-17
1 Lalu Allah mengucapkan segala firman ini:
2 Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan.
3 Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku.
4 Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi.
5 Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHAN, Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku,
6 tetapi Aku menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, yaitu mereka yang mengasihi Aku dan yang berpegang pada perintah-perintah-Ku.
7 Jangan menyebut nama TUHAN, Allahmu, dengan sembarangan, sebab TUHAN akan memandang bersalah orang yang menyebut nama-Nya dengan sembarangan.
8 Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat:
9 enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu,
10 tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau hewanmu atau orang asing yang di tempat kediamanmu.
11 Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menguduskannya.
12 Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya lanjut umurmu di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu.
13 Jangan membunuh.
14 Jangan berzinah.
15 Jangan mencuri.
16 Jangan mengucapkan saksi dusta tentang sesamamu.
17 Jangan mengingini rumah sesamamu; jangan mengingini isterinya, atau hambanya laki-laki, atau hambanya perempuan, atau lembunya atau keledainya, atau apapun yang dipunyai sesamamu.
Mari kita lihat setiap satunya masing-masing dan mengkaji apa sebenarnya yang Tuhan katakan kepada kita.
- “Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan. Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku”.
Umat Israel telah menjadi hamba-hamba di Mesir selama lebih dari 400 tahun. Mereka hidup di kalangan bangsa Mesir dan orang-orang Mesir mempunyai banyak tuhan-tuhan. Mereka mempunyai tuhan untuk setiap aspek kehidupan yang berbeza, untuk kambing domba mereka, cuaca, tanaman dan sebagainya. Apabila bangsa Israel datang ke Mesir mereka hanya mempunyai seorang Tuhan sahaja, namun mereka telah jatuh ke dalam sistem ibadah di Mesir dan beribadah seperti orang-orang Mesir. Tuhan telah menyelamatkan mereka dari kejahilan dan dosa itu. Sin (Dosa) juga merupakan nama Dewa Bulan, yang dijadikan patung berhala Anak Lembu Emas. Allah menyuruh mereka untuk tidak mempunyai tuhan-tuhan yang lain kerana Dia telah membuat perjanjianNya dengan Abraham iaitu moyang mereka bahawa mereka akan menyembah Dia dan bukannya yang lain.
Apa yang menjadi tuhan kita adalah sesiapa atau apa saja yang kita dahulukan di dalam hidup kita. Allah sedang memberitahu kita untuk memastikan kita mendahulukan Dia, dan lebih mendengar firmanNya daripada sesiapa yang lain. Dia memberitahu kepada kita di dalam banyak tempat di dalam Alkitab bahawa jika kita mengasihi Dia, maka kita akan melakukan perintah-perintahNya. Perintah-perintahNya bertujuan menjauhkan kita dari kesusahan.
Tuhan memanggil Abraham sebagai “sahabatNya” (2Tawarikh 20:7, Yesaya 41:8, Yakobus 2:23) dan memanggil Daud sebagai “orang yang berkenan di hatiKu” (Kisah 13:22). Mereka adalah contoh-contoh orang yang taat kepada Tuhan, dan Tuhan memuji mereka kerananya. Apabila mereka ingkar kepadaNya, mereka dihukum. Ada baiknya untuk membaca tentang kehidupan Daud dan Abraham serta melihat apakah yang terjadi apabila mereka menurut Tuhan dan apabila mereka ingkar padaNya.
Adalah penting untuk sedar bahawa kita tidak selalunya mendapat kesusahan serta-merta apabila kita tidak menurut, sebaliknya ia satu kesilapan untuk memikirkan bahawa kita telah terlepas daripadanya. Lambat laun kita harus berhadapan dengan akibat-akibat perbuatan kita. Segala yang kita lakukan mempunyai akibatnya, dan Tuhan ingin kita berfikir sebelum kita bertindak. Kita perlu memikirkan: “Adakah tindakan-tindakan saya sesuai dengan hukum Tuhan?”
- “Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHAN, Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku, tetapi Aku menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, yaitu mereka yang mengasihi Aku dan yang berpegang pada perintah-perintah-Ku.”
Ini dengan muktamadnya menolak penyembahan atau tunduk menyembah kepada patung-patung, salib-salib, atau bintang Daud, atau menggunakan sebarang gambar atau patung di dalam ibadah kita kepada Tuhan. Kita tidak boleh menyembah apa-apa atau sesiapapun, melainkan Tuhan. Ada orang yang mungkin mengatakan bahawa seseorang bintang lagu rock, atau ahli sukan terkenal, atau pelakon filem, adalah idola atau pujaan mereka. Orang-orang seperti ini bersalah melanggar Perintah kedua. Kita seharusnya tidak mempunyai berhala. Kita seharusnya tidak menggunakan sebarang gambar atau patung di dalam ibadah kita kepada Tuhan.
Kita mungkin mempunyai hero, iaitu orang-orang yang kita sanjungi dan hormati kerana teladan mereka yang baik, namun mereka tidak boleh mengambil tempat Allah di dalam hidup kita. Fikirkan beberapa cara bagaimana seseorang itu boleh meletakkan seseorang di tempat Tuhan.
III. “Jangan menyebut nama TUHAN, Allahmu, dengan sembarangan, sebab TUHAN akan memandang bersalah orang yang menyebut nama-Nya dengan sembarangan.”
Nama Tuhan adalah istimewa. Ia memperkenalkan siapa Dia dan apakah yang dilakukanNya. Kita sepatutnya hanya menggunakannya dengan penuh hormat, takut dan kagum, dan bukan dalam kemarahan, berbahasa kasar, atau mencarut. Cara kita menggunakan nama Tuhan menunjukkan bagaimana perasaan kita terhadapNya. Adakah kita betul-betul hormat dan takut akan Tuhan seperti mana yang sepatutnya?
Kita sebenarnya mencabul nama Tuhan apabila kita memanggil diri kita sebagai umat Kristian namun berkelakuan seperti yang dikutuk Alkitab. Jika kita mengatakan diri kita Kristian tetapi sebaliknya berdusta dan mencuri dan melanggar perintah-perintah yang lain maka ertinya kita membawa aib kepada nama Tuhan. Perbuatan-perbuatan kita seharusnya memberi penghormatan, bukannya keaiban, kepada namaNya.
Begitu banyak wayang gambar, rancangan televisyen, dan orang-orang dari pelbagai lapisan masyarakat dengan senang menggunakan nama Tuhan dengan begitu sahaja. Dia mengatakan Dia akan menganggap mereka yang melakukan ini sebagai bersalah. Satu cara lagi bagaimana orang ramai mungkin menggunakan nama Tuhan dengan sembarangan adalah di dalam penggunaan eufemisme atau bahasa kiasan (di mana suatu perkataan yang lembut digunakan untuk menggantikan perkataan yang kelihatan kesat). Sebagai contohnya, ucapan “Ya Tuhan!” digantikan dengan “Ya __”. Menggunakan ucapan-ucapan ini adalah salah. Mereka hanyalah pembayang kepada apa yang sebenarnya ingin dikatakan orang.
- “Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat: enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau hewanmu atau orang asing yang di tempat kediamanmu. Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menguduskannya.”
Perintah keempat mengakhiri bahagian pertama Hukum Bersepuluh yang khususnya memberitahu kita bagaimana Tuhan inginkan perhubungan kita denganNya. Ia juga merupakan hukum yang paling diabaikan dan diserang oleh manusia. Mereka yang tidak menurut tidak nampak bezanya di dalam hari yang mereka pelihara suci.
Tetapi dengarlah kepada apa yang Tuhan katakan mengenai Sabat-sabat di dalam Keluaran 31 ayat 13 hingga 17:
Keluaran 31:13-17 13 “Katakanlah kepada orang Israel, demikian: Akan tetapi hari-hari Sabat-Ku harus kamu pelihara, sebab itulah peringatan antara Aku dan kamu, turun-temurun, sehingga kamu mengetahui, bahwa Akulah TUHAN, yang menguduskan kamu. 14 Haruslah kamu pelihara hari Sabat, sebab itulah hari kudus bagimu; siapa yang melanggar kekudusan hari Sabat itu, pastilah ia dihukum mati, sebab setiap orang yang melakukan pekerjaan pada hari itu, orang itu harus dilenyapkan dari antara bangsanya. 15 Enam hari lamanya boleh dilakukan pekerjaan, tetapi pada hari yang ketujuh haruslah ada sabat, hari perhentian penuh, hari kudus bagi TUHAN: setiap orang yang melakukan pekerjaan pada hari Sabat, pastilah ia dihukum mati. 16 Maka haruslah orang Israel memelihara hari Sabat, dengan merayakan sabat, turun-temurun, menjadi perjanjian kekal. 17 Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh Ia berhenti bekerja untuk beristirahat.”
Ia benar pada masa itu, dan ia masih benar sekarang ini kerana Tuhan tidak pernah berubah (Ibrani 13:8). Ia merupakan tanda di antara Tuhan dan umatNya untuk selamanya. Ia menandakan kita sebagai umat Tuhan, dan ia membenarkan Tuhan dan kita mengetahui siapakah diri kita. Mereka yang tidak memelihara Sabat hari ke 7, tidak mengenali Tuhan kerana Sabat-lah yang menandakan kita sebagai umat Tuhan. Melaluinya Tuhan mengetahui yang kita taat kepadaNya dan kita, dengan berbuat demikian, melihat Tuhan di dalam ibadah kita pada hari Sabat.
Mari kita lihat bila dan bagaimana Tuhan mencipta Sabat itu di dalam Kejadian 2:1-3.
Kejadian 2:1-3 1 Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya. 2 Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. 3 Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.
Setelah Tuhan habis melakukan penciptaan fizikal itu, dan telah menjadikan manusia, Dia telah membuat Sabat untuk manusia (Markus 2:27). Dia membuatnya bukan saja untuk Israel, tetapi untuk semua orang. Dia menjadikannya dengan berhenti dari pekerjaanNya, dan Dia menguduskannya. Dia mengarahkan kita berhenti dan memeliharanya suci. Tiada ditemui di dalam Alkitab bahawa Tuhan telah mengubah ini. Kita mempunyai teladan Yesus Kristus dan para Rasul yang memelihara Sabat. Rasul Paulus memberitahu kita bahawa kita seharusnya mengikut teladannya seperti mana dia mengikut teladan Kristus (1Korintus 11:1).
Hari Sabat (hari ke 7 minggu) adalah satu-satunya hari di dalam minggu yang dikuduskan Tuhan, dan hanya Tuhan sahaja yang mampu menjadikan sesuatu itu kudus; manusia tidak boleh. Satu-satunya perkara yang boleh dilakukan manusia hanyalah memilih untuk menurut atau tidak.
Bila Tuhan menyuruh kita berhenti pada hari Sabat, Dia bukannya meminta kita untuk hanya duduk diam tidak berbuat apa-apa. Ia suatu hari yang istimewa. Ia adalah masa untuk perkumpulan ibadah dengan mereka yang sama kepercayaan dengan kita. Ianya suatu masa untuk menyembah Pencipta kita dan meluangkan masa bersamaNya, belajar lebih banyak mengenaiNya, dan untuk mendekatiNya. Ia adalah masa untuk mengalihkan tumpuan kita dari aktiviti harian kita dan menumpu kepada pembaharuan rohani pemikiran kita.
Bagaimanakah kita menjadikan Sabat itu kudus? Dengan berkumpul bersama untuk menyembah dan memuji Tuhan dan belajar lebih banyak mengenai Dia, dan datang hampir kepadaNya dengan bergaul bersama orang lain yang percaya sama seperti kita, bernyanyi dan berdoa. Yesaya 58:13-14 memberitahu kita bahawa Tuhan menginginkan kita menyebut hari Sabat sebagai hari kenikmatan. Untuk melakukan ini, kita haruslah bersedia lebih awal. Janganlah biarkan Sabat itu tiba tanpa bersedia. Kita mempunyai enam hari untuk memikirkan serta bersedia untuk Sabat sementara kita melakukan pekerjaan kita yang lain.
Bagaimanakah kita mencabul hari Sabat? Dengan melakukan urusan kita sendiri, dengan membuatkan orang lain bekerja untuk kita (sebagai contoh, pergi ke restoran untuk makan), dengan fikiran kita yang tertumpu kepada idea-idea serta kegemaran kita sendiri, dengan tidak menjadikan Tuhan sebagai pusat perhatian kita pada hari ini.
Alkitab banyak memperkatakan mengenai Sabat. Kita perlu mengetahui apakah tanggapan Tuhan terhadap SabatNya yang telah diciptaNya untuk kita, dan kenapa. Kita tidak bebas melakukan apa saja yang kita mahu pada hari ini. Lihat juga karya Hari Sabat [CB21].
- “Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya lanjut umurmu di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu.”
Perhatikan bahawa, mula-mula sekali, perintah kelima merupakan perintah pertama yang memasukkan suatu janji, bahawa umur kita mungkin dilanjutkan. Bagaimanakah menghormati ibubapa kita boleh melanjutkan umur kita? Dari satu segi, jika kita hormat pada ibubapa kita maka kita tidak akan bergiat di dalam tabiat-tabiat yang merosakkan seperti dadah, seks, berdusta, mencuri, menipu, dan lain-lain. Juga, jika kita menurut dan menghormati ibubapa kita, Tuhan akan memberkati kita.
Anak-anak perlu diajar perintah ini dari awal lagi kerana belajar untuk menurut perintah ini akan memulakan tabiat yang akan kekal seumur hidup di dalam menghormati pihak berkuasa, peraturan-peraturan serta hukum-hukum, — hukum Tuhan dan juga manusia. Kemudian, sementara mereka meningkat dewasa, mereka tidak akan menghadapi masalah untuk memindahkan kasih, penurutan dan penghormatan mereka terhadap ibubapa mereka kepada Bapa surgawi mereka.
Bermula dengan hukum kelima, Tuhan mengajar kita bagaimana untuk mengasihi orang lain; empat perintah pertama mengajar kita bagaimana mengasihi Tuhan. Empat yang pertama dan enam yang kemudiannya diringkaskan di dalam Matius 22:37-40:
Matius 22:37-40 37 Jawab Yesus kepadanya: “KASIHILAH TUHAN, ALLAHMU, DENGAN SEGENAP HATIMU DAN DENGAN SEGENAP JIWAMU DAN DENGAN SEGENAP AKAL BUDIMU. 38 Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. 39 Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: KASIHILAH SESAMAMU MANUSIA SEPERTI DIRIMU SENDIRI. 40 Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi.”
Ini adalah jawapan yang diberikan Kristus ketika ditanya apakah perintah terbesar di dalam Hukum Taurat. Jadi kita dapat lihat bahawa kedua ini merangkumi seluruh Hukum itu.
Bagaimanakah kita menghormati ibubapa kita? Dengan menunjukkan penghormatan kita kepada mereka, menurut mereka, lemah-lembut dan bersopan terhadap mereka, dan mengikut teladan mereka sementara mereka mengikut Tuhan. Tuhan mengkehendaki penurutan kita lebih dari segalanya. Dia mengatakan bahawa itulah caranya untuk menunjukkan kasih kepadaNya, dan ibubapa kita tidak menginginkan yang lain dari itu.
- “Jangan membunuh.”
Kehidupan merupakan karunia yang berharga dari Tuhan, dan oleh kerana hanya Tuhan sahaja yang mampu mencipta kehidupan, hanya Dia sahaja yang boleh memutuskan bila masanya suatu nyawa harus berakhir. Masyarakat hari ini begitu jauh sekali dari Tuhan dan arahanNya sehinggakan pembunuhan digunakan di dalam wayang gambar dan televisyen untuk hiburan, dan orang ramai bersorak kerananya. Orang ramai yang menonton televisyen melihat pembunuhan-pembunuhan yang banyak setiap hari, dan ini menjadikan mereka lali terhadap keganasan.
Namun Tuhan mengatakan di dalam Matius 5 bahawa kita tidakpun sepatutnya marah terhadap saudara kita. Jalan Tuhan adalah jalan kasih, bukannya perselisihan. Alkitab memang mengajar bahawa ada waktunya untuk menjadi marah, namun kita perlu memastikan bahawa kemarahan kita itu ditujukan kepada ketidakadilan dan perbuatan-perbuatan berdosa, bukannya orang. Juga terdapat perbuatan-perbuatan tertentu di mana Tuhan benarkan pemerintah menjatuhkan hukuman mati demi kebaikan masyarakat. Ini tidak melanggar hukum keenam ini.
VII. “Jangan berzinah.”
Ramai orang yang berfikir perintah ini hanya ditujukan kepada orang yang sudah berkahwin yang tidak setia kepada sumpah-sumpah perkahwinannya, namun ini tidak betul. Kita harus belajar untuk melihat melalui pandangan mata Tuhan, bukannya dunia. Apa yang sebenarnya Tuhan katakan kepada kita di sini adalah bahawa seks seharusnya hanya dilakukan oleh dua orang yang telah berkahwin dengan satu sama lain, dan sebarang penggunaan seks yang lain adalah melanggar hukum Tuhan.
Ini begitu penting sekali di dalam pandangan Tuhan hingga Dia memberitahu kita di dalam Matius 5:27-28;
Matius 5:27-28 27 Kamu telah mendengar firman: Jangan berzinah. 28 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya.
Dia membuatnya cukup jelas bagaimana pandanganNya terhadap seks di luar perkahwinan; tiada lagi yang perlu ditafsirkan atau dikelirukan mengenainya.
VIII. “Jangan mencuri.”
Semua orang berhak memiliki hartanya sendiri. Tuhan telah memberikan setiap kita hak tersebut, dan perintah kelapan melindungi hak itu. Kita hanya berhak ke atas apa yang kita kerjakan dan dapat sebagai ganjaran, atau apa yang diberikan sebagai hadiah. Jika kita mendapat apa-apa dengan cara lain dari itu, maka ianya salah. Ini meliputi gred, wang, atau benda. Tuhan menyuruh kita menghormati hak-hak orang lain serta harta-benda mereka sama seperti kita mahu mereka menghormati kita.
Terdapat banyak cara untuk mencuri, termasuklah tidak memberikan upah yang sepatutnya untuk kerja harian, tidak membuat yang terbaik apabila kita diupah untuk melakukan kerja, meminjam sesuatu dan tidak mengembalikannya. Fikirkan contoh-contoh yang lain.
Maleakhi 3:8-10 menunjukkan bahawa kita mungkin mencuri dari Tuhan:
Maleakhi 3:8-10 8 Bolehkah manusia menipu Allah? Namun kamu menipu Aku. Tetapi kamu berkata: “Dengan cara bagaimanakah kami menipu Engkau?” Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus! 9 Kamu telah kena kutuk, tetapi kamu masih menipu Aku, ya kamu seluruh bangsa! 10 Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan.
Terdapat banyak caranya untuk melanggar perintah Tuhan terhadap mencuri, jadi kita haruslah sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga.
- “Jangan mengucapkan saksi dusta tentang sesamamu.”
Tuhan mengasihi kebenaran, firmanNya adalah kebenaran. Satu senarai perkara-perkara yang dibenci Tuhan terdapat di dalam Amsal 6:16-19.
Amsal 6:16-19 16 Enam perkara ini yang dibenci TUHAN, bahkan, tujuh perkara yang menjadi kekejian bagi hati-Nya: 17 mata sombong, lidah dusta, tangan yang menumpahkan darah orang yang tidak bersalah, 18 hati yang membuat rencana-rencana yang jahat, kaki yang segera lari menuju kejahatan, 19 seorang saksi dusta yang menyembur-nyemburkan kebohongan dan yang menimbulkan pertengkaran saudara.
Antara enam perkara yang dibenci Tuhan, dua daripadanya melibatkan dusta. Tuhan mahukan kita sentiasa bercakap benar. Kita harus mencintai kebenaran. Oleh kerana kita tidak mahu orang lain berdusta mengenai kita, Tuhan mengarahkan kita untuk tidak berdusta mengenai orang lain. Ia mencemar nama baik serta merosakkan perwatakan seseorang yang telah dibinanya sepanjang hayatnya.
Di dalam Yohanes 8:44, Yesus memanggil Iblis sebagai bapa pendusta. Kita tidak ingin bersalah mengikuti teladan Iblis. Dahulunya, kita semua telah bersalah dari segi bersaksi dusta, namun kita harus bertaubat dan mengingati Amsal 12:22.
Amsal 12:22 Orang yang dusta bibirnya adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi orang yang berlaku setia dikenan-Nya.
Kita tidak dapat tinggal terus di dalam kebenaran tanpa pertolongan Tuhan kerana seperti yang dikatakanNya kepada kita di dalam Yeremia 17:9-10:
Yeremia 17:9-10 9 Betapa liciknya hati, lebih licik dari pada segala sesuatu, hatinya sudah membatu: siapakah yang dapat mengetahuinya? 10 Aku, TUHAN, yang menyelidiki hati, yang menguji batin, untuk memberi balasan kepada setiap orang setimpal dengan tingkah langkahnya, setimpal dengan hasil perbuatannya.
Jika kita meminta, Dia akan menolong kita.
- “Jangan mengingini rumah sesamamu; jangan mengingini isterinya, atau hambanya laki-laki, atau hambanya perempuan, atau lembunya atau keledainya, atau apapun yang dipunyai sesamamu.”
Perintah ini adalah berkenaan bagaimana kita berfikir lebih banyak daripada apa yang kita lakukan. Semua dosa bermula dari hati (atau fikiran). Ini memberitahu kita bahawa Tuhan bukan saja memerhatikan perbuatan serta kata-kata kita, tetapi juga apa yang kita fikirkan.
Markus 7:21-23 21 sebab dari dalam, dari hati orang, timbul segala pikiran jahat, percabulan, pencurian, pembunuhan, 22 perzinahan, keserakahan, kejahatan, kelicikan, hawa nafsu, iri hati, hujat, kesombongan, kebebalan. 23 Semua hal-hal jahat ini timbul dari dalam dan menajiskan orang.
“Mengingini” di sini bermaksud ingin memiliki dengan cara yang tidak baik atau tidak senonoh. Ia lebih daripada hanya kagum terhadap sesuatu yang dimiliki seorang yang lain. Ia termasuk iri hati, iaitu kebencian terhadap seseorang yang memiliki sesuatu yang kita tidak miliki. Ianya suatu kerinduan atau nafsu terhadap sesuatu yang bukan hak kita.
Untuk melawan sikap mengingini ini kita haruslah percaya bahawa Tuhan akan menyediakan jalan bagi kita memenuhi segala keperluan kita. Kita haruslah menumpu kepada Tuhan dan arahan-arahanNya kepada kita di dalam setiap bahagian hidup kita, kerana Dia menjanjikan damai sejahtera kepada semua yang fikirannya tetap padaNya (Yesaya 26:3). Jika tumpuan kita adalah pada Tuhan dan apa yang dikehendakiNya, maka kita tidak akan mengalah kepada fikiran serta keinginan kita yang jahat.
Seperti yang dinyatakan sebelumnya, sepuluh hukum itu diringkaskan di dalam dua perintah besar, — kasihilah Tuhan dan kasihilah sesama sendiri. Jika kita mengikut nasihat ini, Bapa kita akan berkenan terhadap kita.