Christian Churches of God
[B7_i]

Pengenalan Kepada Mistisisme

(Edisi 1.0 20040807-20040807)
Disini kita akan melihat kepada keasalan, matlamat dan dorongan Sistem-sistem Mistisisme.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

(Hakcipta © 2004 Wade Cox) (Tr. 2008)

This paper may be freely copied and distributed provided it is copied in total with no alterations or deletions. The publisher’s name and address and the copyright notice must be included.  No charge may be levied on recipients of distributed copies. Brief quotations may be embodied in critical articles and reviews without breaching copyright.

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

Pengenalan Kepada Mistisisme

Dalam jangka masa di penghujung Milenium Ketiga Sebelum Masehi, sistem keagamaan telah muncul di Chaldea dibawah para pemerintah keatas apa yang kita kenali sekarang sebagai Iraq, di lembah sungai Tigris dan Euprates, di kota Babilon. Kawasan ini, bertempat di kawasan yang dikenali sebagai lapangan Shinar, adalah pusat kepada dunia pada ketika itu.

Alkitab memperincikan siapa yang diam disitu, dan ketua ini dikenal pasti sebagai Nimrod.

Terdapat pergelutan keagamaan yang telah muncul didalam mitologi pada masa itu, di dua pusat utama dan di kawasan diantaranya, yang dikenali sebagai Levant atau Kanaan.

Legenda semua tamadun yang  berkaitan dengan kawasan itu, telah mencatatkan satu air bah besar yang telah menutupi permukaan bumi, dan telah memusnahkan tamadun serta orang-orang mereka.

Bagi mereka yang terselamat, terdapat satu catatan tentang satu melapetaka dan pembubaran manusia kepada berbagai bangsa, dan suku kaum, setiap satu bertutur dalam bahasa yang berlainan. Kawasan ini dikenali sebagai babel, yang bererti kekeliruan, dicatatkan selepas kekeliruan terhadap bahasa.

Agama yang berkembang di kawasan itu telah ditentang oleh imam Allah, yang merupakan anak lelaki bongsu Nuh, yang bernama Sem. Dia merupakan imam kepada Allah yang Satu. Dia dicatatkan dalam catitan tahunan orang Mesir sebagai tuhan yang menentang dewa-dewa mereka.

Agama yang muncul dari Babilon adalah sistem misteri ang berpusat kepada Nimrod, dan bentuk dewi ibu yang dikenalpasti bersama dengan dia, sebagai Semiramis. Dia adalah ibu, kekasih kepada tuhan yang dikenali dengan pelbagai nama. Orang Asaria memanggilnya Dumuzi; Alkitab memanggilnya Tammuz. Dia adalah dewa tuhan mitos yang dikenali di tempat lain sebagai Attis dikalangan orang Phrgian dan orang Roma, dan orang Adonis dikalangan orang Yunani. Dia dikaitkan dengan Mithras di timur, dan kemudian dalam Tentera Roma, dan juga Apollo Hyperborios dikalangan orag Celtik. Di Mesir, dia muncul dalam sistem tritunggal, yang terdiri dari Osiris, Isis dan Horus. Pada awal sistem Roma, ia adalah Jupiter, Juno dan Minerva.

Perayaan agama ini berpusat pada peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengalaman mistikal dari entiti-entiti ini. Ia tampak bahawa mitos mungkin telah datang dari peristiwa-peristiwa disekeliling kehidupan mereka, dan  laluan musim telah dijelaskan oleh mereka.

Terdapat banyak bentuk agama ini, dan dewa-dewa ini mempunyai banyak nama. Malah sehingga hari ini, perayaan bagi kelahiran anak/ kekasih terdapat dalan Perayaan Easter (Paskah Hari Minggu). Perkataan Easter, adalah dalam bentuk bahasa Anglo-Saxon dari nama bagi dewi Ibu Ishtar, atau Ashtoreth dalam Alkitab, suami kepada Baal. Pada ketika ini, anak sebagai tuhan ini disembeli, dan memasuki bumi dimana dewi-dewi akan menyelamatkan dia, dan memberikan dia kehidupan semula. Ini adalah perayaan Easter, dimana tuhan akan mati pada hari Jumaat dan dibangkitkan pada hari Ahad. Kultus misteri memantulkan proses ini melalui beberapa cara, yang mana semuanya boleh dilihat mempunyai persamaan.

Beberapa orang cendekiawan mengetahui dan memahami sistem ini dan keasalannya. Beberapa daripadanya telah menjelaskan prosesnuya, tetapi telah menerima kritikan. Ini adalah kerana teologi sistem moderen adalah bertentangan dengan kosmologi disekitar sistem Alkitab. Penjelasan yang menyokong Alkitab tidak sesuai dengan agenda politik pada sistem dunia pada masa kini. Dengan itu, apa sahaja kesilapan yang kecilpun, atau kecacatan, telah digunakan untuk membuang karya-karya mereka. Dengan cara ini, karya Layard, dan secara khususnya Hislop, dan karyanya The Two Babylons, telah juga dibuang kerana ini. Alkitab sendiri telah diserang, dan selalunya oleh orang yang mendakwa diri mereka sebagai ahli teologi sistem Kristian.

Bagaiamana pun, sejarah doktrinnya yang boleh dijejaki yang boleh dilihat telah tersebar keluar dari Babilon, ke pelbagai bahagian di dunia ini dimana orang-orang dari Timur Tengah datang, dan dimana mereka mendirikan sistem-sistem.

Sementara manusia tersebar di seluruh dunia, mereka menggunakan sistem ini. Secara khususnya, orang Aryan sementara mereka menuju ke utara, selepas penawanan India, mengekalkan sistem Dewa Tuhan Matahari, dan Dewi Ibu dan sistem Tritunggalnya. Mereka mengabdikan perayaan-perayaan Krismas dan Paskah Hari Minggu sebagai lambang-lambang Kalendrikal dari kosmologi ini. Ianya ditentang oleh beberapa pihak yang sedikit. Orang-orang ini dikenal pasti melalui ketaatan mereka menyembah Satu Allah yang Benar, dan pergelutan keagamaan mereka dicatatkan dalam mukasurat Alkitab.

Dalam karya ini, kita menjejaki keasalan dan struktur serta penyebaran sistem ini, dimana menjelaskan setiap fasa penyebaran tersebut, dan dasar ajaran kepercayaan dan kalendarnya.

Ianya bukan sesuatu yang baru. Ianya sudah lama. Ianya dalah agama yang mempunyai pandangan dan sistem kepercayaan yang sama, yang telah tersebar diseluruh bumi ini.

Alkitab mengenal pastinya sebagai Misteri, Babylon Yang Agung, Ibu Perempuan Sundal, dan Kekejian Bumi (Wah 17:5).

Sistem ini sangat besar dan berkuasa, dimana ianya dikenal pasti sebagai penganiaya kepada pengikut Yesus Kristus. Namun, dia adalah perempuan yang mempunyai kuasa dan wewenang keatas raja-raja dan bumi. Dengan ini, dia dilihar sebagai struktur keagamaan yang diwakili oleh lambang seorang perempuan dari sistem keagamaan dalam teologi kuno.

Bullinger, dalam Alkitab Companion, mengatakan ini berkenaan dengan Wahyu 17:5:

MISTERI: Ayat ini sepatutnya berbunyi, “Dan pada dahinya tertulis suatu nama tertulis, suatu lambang (rahasia), BABILON BESAR, ibu dari wanita-wanita pelacur dan dari kekejian bumi.” Dengan ini, nama perempuan ini adalah tanda rahasia atau lambang kepada “kota besar” yang dilambangkanya (ay. 18).

PEREMPUAN SUNDAL = perempuan-perempuan sundal.

DI BUMI: Babilon adalah pusat kepada berhala dan sistem penyembahan yang salah. Ini adalah misteri kepada ketidakbenaran (2 Tes 2:7) yang dilihat dalam semua “agama” yang besar dalam dunia ini. Semuanya menggantikan Allah dalam Alkitan dengan tuhan lain, tuhan yang dibuat sama ada dengan tangan atau imaginasi tetapi semuanya telah dibuat-buat;  satu agama yang terdiri daripada  keagungan dan usaha manusia sendiri. “Perjumpaan semula Jemaat-jemaat Christendom” dan “Liga Bansa-bangsa” adalah dua tanda yang jelas pada masa kini. (catatan bawah kepada ayat 5).

Dengan ini, Bullinger, satu daripada pakar Alkitab yang disegani dari Protestantianisme, melihat perempuan sundal dari Babilon sebagai satu sistem Kristian, yang menginginkan kekejian dunia. Islam harus juga mengikuti aliran ini untuk mencapai matlamat ini.

Bullinger tidak hidup untuk melihat kejatuhan Liga Bangsa-bangsa, dan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengikutinya selepas Perang Dunia ke-II.

Bagaimana pun, dia telah memahami bahawa urutan ini adalah sebahagian daripada kemuncak sistem-sistem dunia sebelum kedatangan Mesiah.

Peperangan yang mendatang adalah bersifat keagamaan. Agama telah digunakan untuk menggabungkan negara-negara bebas dalam dunia ini kedalam negeri-negeri yang boleh dikendalikan dan mengabdikannya, supaya dunia ini boleh menjadi suatu alat yang boleh dikendalikan dimana diperintah oleh suatu golongan elit. Sistem keagamaan ini diserapkan kearah ini.

Bullinger mengatakan bahawa istilah “abominasi” disini dalam teks (Wah 17”4-5) adalah bahasa Yunani “bdelugma” yang mana digunakan dalam Septuagint dari satu patung berhala (2 Raja 23:12 dll.); dalam bentuk jamaknya, pemujaan berhala (Ul 18:9). Dipanggil “abominasi” kerana praktik yang tidak bersih dalam penyembahan (catatan kepada ayat 4).

Dia mengatakan tentang perkataan ini: “Dan Kekotoran = dan mempunyai perkara-perkara yang tidak bersih, seperti dalam teks (catatan kepada ayat 4).

Sistem ini tidak kabur. Pemahaman tentang sistem ini telah tersebar diluruh bumi dan telah dikenal pasti dengan mudah.

Karya ini, fahaman Mistisisme, menjelaskan urutan ini, bagaimana sistem ini tersebar, dan bagaimana ianya mempengaruhi pelbagai elemen dan sistem-sistem; didirikan sementara ia tersebar, dan menghasilkan teologi yang tersendiri dan boleh dibezakan.

Kita akan melihat ianya tersebar ke timur di India bersama dengan tamaadun awal disana, dam kemudiannya muncul dengan besarnya dalam penawanan orang Aryan. Ianya bergerak ke utara dan barat  dalam Eropah, dan selatan di Mesir dan Afrika. Penyebaran di seluruh Asia telah mencemarkan banyak sistem keagamaan. Bentuknya sebagai Mistisisme, adalah suatu alat yang dibawa kemana-mana

Matlamatnya adalah untuk mengeluarkan individu dari taat kepada Satu Allah yang Benar, dan mengabdikan satu sistem yang mengharapkan  kekekalan melalui kewujudan jiwa. Ia cuba untuk membersihkan bahawa jiwa dari limitasi yang ada padanya melalui kejatuhan dari langit.

Ia cuba untuk memulihkan dirinya kepada langit dan kepada kekekalan dalam erti katanya sendiri, bebas dari mentaati, dan melalui rahmat Allah, difahami dari mukasurat-mukasurat Alkitab.

Sistem ini akan hampir memusnahkan dunia.